You are on page 1of 1

.

0 PENYATAAN MASALAH
Organisasi pendidikan terutama di peringkat sekolah berdepan dengan cabaran untuk
pelaksanaan program Dual Language Programme (DLP) yang melibatkan subjek Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah terpilih. Sebagai sebuah negara yang pesat
membangun, cabaran utama masyarakat Malaysia menjurus kepada penguasaan bahasa
Inggeris yang seiring dengan perubahan ilmu yang ke peringkat dunia. DLP yang diberi
pilihan kepada pelajar pula adalah program pengukuhan bahasa Inggeris iaitu sekolah diberi
peluang untuk menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa
sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris (Khair Mohamad Yusof, 2015). Buat
permulaan, sebanyak 300 buah sekolah dikenal pasti melaksanakan DLP dan HIP secara
rintis pada tahun 2016 (Noor Azlan & Norhasnida, 2007). Pemilihan sekolah terbabit
berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan pengetua atau guru besar serta kesediaan
sekolah berkenaan melaksanakannya.

You might also like