You are on page 1of 29

PELAJARAN 5 PRINSIP

PANDANGAN HIDUP
ISLAM
Tasawwur Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Pengertian Rabbaniyyah,
Syumuliyyah, Waqi‘iyyah,
‘Alamiyyah, Thabat dan Murunah
Rabbaniyyah
• Ketuhanan iaitu
segala hukum,
konsep, prinsip, nilai
dan peraturan yang
terkandung dalam
Islam adalah
bersumberkan wahyu
Allah SWT.
Syumuliyyah

• Lengkap iaitu agama


Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW
lengkap dan sempurna
serta meliputi
kehidupan di dunia dan
akhirat.
Alamiyyah
• Sarwajagat iaitu
Islam ialah agama
yang sesuai bagi
semua manusia tanpa
mengira bangsa,
tempat dan zaman
Waqi‘iyyah
• Realiti Islam ialah
agama praktikal,
mampu diamalkan
oleh semua golongan
manusia.
Thabat dan Murunah
• Thabat ialahTetap dan
teguh iaitu perkara yang
tetap (qat‘iyy), tidak boleh
diubah dasar, prinsip serta
pelaksanaannya menurut
Islam
• Murunah adalah Luwes
atau anjal iaitu boleh
berubah mengikut
kesesuaian, namun masih
tetap pada prinsip asasnya.
Ciri-ciri Prinsip Pandangan
Hidup Islam
Rabbaniyyah
• slam ialah agama yang
diwahyukan oleh Allah SWT.

• Islam dan seluruh makhluk


merupakan hak milik Allah
SWT.
• Islam ialah satu pegangan
yang jitu dan bersih
daripada kekurangan,
kejahilan dan dorongan hawa
nafsu. Allah SWT sebagai
pemberi peraturan hidup.
Syumuliyyah
• Kesempurnaan hanya milik
Allah SWT.
• Islam tidak terikat dengan
masa, tempat dan ruang
tertentu.
• Manusia dibekalkan
dengan akal dan syariat
yang lengkap sesuai dengan
tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah Allah
SWT.
Alamiyyah
• Kedudukan manusia sebagai
sebaik-baik kejadian.
• Nilai keadilan Islam bersifat
sejagat.
• Islam sentiasa menegakkan
kebenaran dan mencegah
kemungkaran.
• Islam menjamin hak asasi
manusia.
Waqi‘iyyah
• Praktikal dan
mampu diamalkan.
• Menyelesaikan
masalah kehidupan.
• Menekankan
kesederhanaan dan
keseimbangan hidup.
Thabat
• Akidah, kepercayaan dan
keyakinan terhadap Allah
SWT sebagai Tuhan Yang Masa
Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.
• Ibadat khusus seperti solat
fardu, puasa, haji dan zakat
telah ditetapkan cara
pelaksanaannya oleh syariat
Islam.
• Ketetapan hukum syariah
seperti hudud, qisas, diat dan
takzir.
Murunah

• Islam agama yang


mudah.
• Dilaksanakan mengikut
keadaan dan
kemampuan.
Keistimewaan Prinsip
Pandangan Hidup Islam
Keistimewaan Prinsip
Pandangan Hidup Islam
• Sesuai dengan fitrah dan akal
manusia
• Bersifat jelas dan praktikal
• Sesuai dengan peranan sebagai
khalifah
• Keseimbangan
• Mementingkan budaya ilmu
• Rahmat bagi sekalian alam
Sesuai dengan fitrah dan
akal manusia

• Selaku pencipta
manusia, Allah SWT
lebih mengetahui fitrah
kejadian manusia.
• Wahyu yang diturunkan
sesuai dengan fitrah
dan akal manusia.
Bersifat jelas
dan praktikal
• Peraturan dan
panduan hidup
dalam al-Quran dan
al-Sunnah amat
jelas dan praktikal.
• Mudah dilaksanakan
dan tidak
membebankan.
Sesuai dengan peranan
sebagai khalifah

• Manusia ialah
pengganti dalam
melaksanakan ajaran
Islam.
• Bertujuan untuk
memakmurkan
kehidupan dan
kesejahteraan manusia.
Keseimbangan
• Seimbang dari
sudut rohani dan
jasmani.
• Seimbang dalam
hubungan dengan
Allah SWT,
manusia dan
alam sekitar.
Mementingkan
budaya ilmu
• Mengangkat darjat
manusia dengan
penguasaan ilmu
pengetahuan.
• Membina
ketamadunan dan
kemajuan hidup
berdasarkan ilmu.
Rahmat bagi
sekalian alam
• islam membawa rahmat kepada
semua makhluk.
• Islam mementingkan nilai
kasih sayang dan
persaudaraan.
Kepentingan Mengamalkan
Prinsip Hidup Islam
Kepentingan Mengamalkan Prinsip Hidup
Islam
• Prinsip Rabbaniyyah dalam Islam sangat
penting bagi saya memahami tujuan kehidupan.
Segala yang ada di dunia ini adalah sementara,
akhirat ialah destinasi sebenar. Allah SWT telah
memberikan panduan yang jelas dan benar
kepada saya
• Islam tidak memisahkan agama daripada
norma kehidupan. Malah, Islam meraikannya
dan menetapkan sistem yang cukup lengkap
merangkumi seluruh aspek kehidupan. Itulah
prinsip Syumuliyyah.
Kepentingan Mengamalkan
Prinsip Hidup Islam

• Prinsip ‘Alamiyyah ialah prinsip


utama dalam bidang kemanusiaan.
Sikap diskriminasi perkauman
sangat ditentang oleh Islam.
Keadilan adalah untuk semua.
• Islam ialah agama praktikal.
Setiap suruhan dan tegahan
mempunyai manfaat rohani dan
jasmani. Kita perlu mengkajinya
dengan lebih mendalam
Kepentingan Mengamalkan Prinsip Hidup
Islam
• Selain mendatangkan manfaat dan
kebaikan, syariat yang ditetapkan oleh
Allah SWT sebenarnya adalah praktikal.
Kesemuanya mampu untuk kita lakukan.
Jika terdapat kesukaran, pasti ada
pemudah cara. Itulah prinsip Thabat dan
Murunah.
Islam Sebagai Penyelesaian
Islam Sebagai Penyelesaian
• Hak asasi bermaksud hak-hak asas yang wajib
diberikan kepada setiap individu. Contohnya,
hak keamanan, hak pendidikan dan lain-lain
lagi.
• Melalui prinsip hidup Islam yang kita pelajari,
sama sekali tiada pencabulan hak asasi
terhadap manusia dalam Islam. Kita perlu
menjelaskan kepada masyarakat tentang
konsep keadilan sejagat dalam Islam.
TAMAT

You might also like