You are on page 1of 6

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

KUNO DAN BAHASA MELAYU


KLASIK
Nur Iffah Shahirah binti Mahazer
PPISMP BM (A)
PERKEMBANGAN
Bahasa Melayu kuno berkembang di Jambi dan Sriwijaya pada abad
ke-7 hingga abad ke-13 menerusi pelayaran pedagang-pedagang dari
India dan China.
Terdapatnya pengaruh budaya Hindu dan kesan kemasukan Bahasa
Sanskrit ( asas pemodenan bahasa Melayu purba).
Selain itu, aksara mula diperkenal dan wujudnya bahasa Melayu kuno
yang mempunyai tulisan tersendiri.
Pengaruh Sanskrit pada masa itu meluas kerana bahasa Melayu tidak
mempunyai banyak kosa kata.Selain itu,bahasa Sanskrit ialah bahasa
bangsawan dan juga mempunyai ketamadunan yang sangat tinggi.
 Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
 Susunan ayat bersifat Melayu
 Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
 Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
 Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
 Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -
niparwuat)
 Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
 Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
PERKEMBANGAN
 Bahasa Melayu klasik ini bermula dengan kedatangan pengaruh agama Islam dan
bahasa Arab, bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu tulisan, iaitu tulisan
Jawi.
 Bermula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari pihak Barat dengan kedatangan
penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu
bertembung dengan bahasa dn kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa
Melayu.
 Tulisan Rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu
oleh David Barbosa pada tahun 1516 M setelah Melaka ditawan oleh Portugis, (Amat
Juhari Moain 1992:1062).
 Kemudian pada tahun 1521 seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat
catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.
• Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
• Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
• Menggunakan bahasa istana
• Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih)
• Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
• Banyak menggunakan partikel pun dan lah
• Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan
beberapa huruf tambahan.
• Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam
bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan,
falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
• Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah
olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat
berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah
daripada teks-teks bahasa Arab.
• Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf,
ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like