You are on page 1of 5

PERINGATAN KEPADA

KETUA PENGAWAS
UJIAN MENDENGAR
KETUA PENGAWAS (KP)

• Menerima kertas peperiksaan dan cakera video digital (DVD) Ujian Mendengar daripada Penyelia
Kawasan di pintu bilik kebal bersama seorang Pengawas. Menyemak sampul kertas peperiksaan bagi
memastikan mata pelajaran, tarikh, waktu peperiksaan serta bilangan kertas peperiksaan adalah betul;
• KP hendaklah meletakkan salinan pertama borang LP/Am 29 di atas SJP di dalam sampul bungkusan
SJP pusat berkenaan.
• KP hendaklah memasukkan salinan kedua borang LP/Am 29 ke dalam Buku Rekod Pusat Peperiksaan.

• KP hendaklah menghantar Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan ke bilik kebal setelah ujian bertutur
dan ujian mendengar selesai dilaksanakan.
PEMBUNGKUSAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN (SJP)

• KP hendaklah memastikan SJP disusun mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
dalam buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
• KP hendaklah menulis nombor sampul pada ruangan yang telah disediakan pada setiap
sampul SJP sekiranya terdapat lebih dari satu sampul. Contohnya jika 2 sampul catatkan:
• i. (1/2) pada sampul pertama; dan
• ii. (2/2) pada sampul kedua
• KP melekatkan lakri keselamatan dengan cara:
• i. membuka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru.
• ii. menekan bahagian yang berpelekat dengan bahagian plastik pembungkus supaya
kedua-dua permukaan bertutup rapat.
• KP hendaklah mengikat bungkusan SJP dengan kemas dan kuat.
PENYERAHANBUNGKUSAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN (SJP)
SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN (SJP)BAHASA MELAYU 1103/4

• KP bertanggungjawab menjaga keselamatan bungkusan SJP sebelum diserahkan kepada


Pengetua di pusat peperiksaan.
• KP hendaklah menyerahkan bungkusan SJP kepada Pengetua di pusat peperiksaan sebaik
sahaja tamat peperiksaan pada hari berkenaan dengan mematuhi prosedur sedia ada.
• KP merekod dalam Buku Rekod Pengawasan Peperiksaan maklumat berkaitan personel
yang terlibat dan penyerahan bungkusan SJP.

You might also like