You are on page 1of 31

Ibadah (Solat Jumaat)

Surah al-Jumaah
Muhammad Uzair bin Izham
Pensyarah Kolej Teknologi Darul Naim Kuala Lumpur
Pengenalan Surah al-Jumu’ah
Surah yang ke-62 menurut turutan mushaf
Kedudukan selepas surah as-Saff (Kepentingan Kesatuan Barisan) dan
sebelum Surah al-Munafiqun (Bahaya Munafik)
Surah yang ke-110 menurut penurunan mushaf
Turun selepas surah as-Saff yang ke-109 dan sebelum surah al-Fath
yang ke-111 (Kemenangan)
• Madaniyah
• Mengandungi 11 ayat
Surah Musabbihat
• Surah al-Jumuah merupakan salah satu daripada surah Musabbihat
• Surah Musabbihat adalah surah yang dimulakan dengan tasbih
• Surah²nya adalah al-Hadid, al-Hashr, As-Saff (‫ )س بح‬Al-Jumuah, al-
Taghabun (‫)ي سبح‬, al’ala (‫ )س بِّح‬dan al-Isra’ (‫)س بحان‬, berbeza² kerana
tasbih boleh berlaku bila² masa dan pelbagai cara.
• Kelebihannya seperti yang disebutkan dalam hadith:
‫ترمذي‬
) ‫ك انال ي نام حتىي قرأ ا لمسبحاتويقولف يها آية خير منآ لفآية (ا ل‬
Latar Belakang Surah al-Jumu’ah
• Sebab penamaan surah al-Jumaah
 ‫س َع ْوا ِإلَ ٰى ِذ ْك ِر اللَّـ ِه َو َذ ُروا ا ْلبَ ْي َع‬
ْ ‫صاَل ِة ِمن يَ ْو ِم ا ْل ُج ُم َع ِة فَا‬ َ ‫ين آ َمنُوا ِإ َذا نُو ِد‬
َّ ‫ي لِل‬ َ ‫يَا َأ ُّي َها الَّ ِذ‬
‫ي‬ ِّ ‫سو َرةُ ا ْل ُج ُم َع ِة» ا ْلبُ َخا ِر‬ ُ ‫سا ِع ْن َد النَّ ِبي ِء فَُأ ْن َزلَتْ َعلَ ْي ِه‬ً ‫ « ُكنَّا ُجلُو‬:‫َعنْ َأ ِبي ُه َر ْي َرةَ قَا َل‬

• Surah Jumua’ah turun pada tahun ke-6H yakni tahun berlakunya


perang Khaibar kerana Abu Hurairah beriman selepas peperangan.
• Surah ini turun kemudian namun kefarduaan solat Jumaat telah
difardukan sebelumnya yakni ketika baginda pertama kali solat
Jumaat di kampun Bani Salim bin Auf sebelum masuk ke Madinah
dalam peristiwa Hijrah.
Tujuan Penurunan Surah
1. Amaran bagi yang tidak menunaikan atau leka untuk solat Jumaat
2. Suruhan untuk meninggalkan apa sahaja yang boleh menyebabkan
seseorang itu lalai daripada melaksanakan kewajipan tersebut
3. Penafian bahawa Rasulullah SAW hanya diutuskan untuk orang arab
sahaja walhal baginda diutuskan untuk umat sekalian termasuk
yang akan datang
4. Risalah baginda SAW merupakan satu kurniaan dari Allah SWT
5. Mengeji orang Yahudi yang hasad kepada Islam dan menjadikan
Hari Jumaat hari yang terbaik berbanding kaum Yahudi hari Sabtu
6. Menghapus dakwaan mereka merupakan auliya’ Allah
Tema Surah al-Jumu’ah
• Peranan Solat Jumaat dalam Ketaatan
• Keadilan Allah s.w.t
• Pemelihan nabi akhir zaman kepada keseluruhan manusia dan bukan
dikalangan bani israil
• Menghina bani israil kerana sifat buruk mereka
Kelebihan hari Jumaat
1. Hari terciptanya langit dan bumi
2. Hari terciptanya Adam a.s
3. Hari dimasukkan manusia ke dalam syurga
4. Hari Kiamat
5. Hari disunatkan mempernyakkan salawat
6. Hari pengampunan
7. Hari penuh barakah
8. Hari dimakbulkan doa
‫﴾ هُ َو‬١﴿ ‫يز ْال َح ِك ِيم‬ِ ‫وس ْال َع ِز‬ ِ ‫ض ْال َملِ ِك ْالقُ ُّد‬ ِ ْ‫ت َو َما فِي اَأْلر‬ ِ ‫يُ َسبِّ ُح لِلَّـ ِه َما فِي ال َّس َما َوا‬
‫اب‬ َ ِّ‫ث فِي اُأْل ِّمي‬
َ َ‫ين َر ُسواًل ِّم ْنهُ ْم يَ ْتلُو َعلَ ْي ِه ْم آيَاتِ ِه َويُ َز ِّكي ِه ْم َويُ َعلِّ ُمهُ ُم ْال ِكت‬ َ ‫الَّ ِذي بَ َع‬
﴾٢﴿ ‫ين‬ ٍ ِ‫ضاَل ٍل ُّمب‬ َ ‫َو ْال ِح ْك َمةَ َوِإن َكانُوا ِمن قَ ْب ُل لَفِي‬

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih
kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[1]
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan
mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-
Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum
syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad)
itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [2]
‫ض‬
ِ ْ
‫ر‬ ‫َأْل‬ ‫ا‬ ‫ي‬ِ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫و‬
َ َ ‫ت‬
ِ ‫ا‬ ‫و‬ ‫ا‬
َ َ ‫م‬‫س‬َّ ‫ال‬ ‫ي‬ِ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫م‬ َّ
َ ‫يُ َسبِّ ُح لِل‬
‫ه‬
ِ ‫ـ‬
• Sekali lagi disebut tentang tasbih di dalam ayat ini di mana diberitahu
yang seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi ini bertasbih
kepada Allah. Dan ada banyak lagi makhluk yang kita tidak tahu maka
kerana itu digunakan kalimah ‫ ما‬kerana jikalau kita tahu kalimah
ataupun benda yang dimaksudkan maka kalimah‫ ا ّلذي‬yang digunakan.
Jadi kerana kita tidak tahu, kita gunakan kata tunjuk dalam bentuk
umum sahaja, iaitu ‫ما‬.
• Sama ada kamu tahu atau pun tidak tahu jenis makhluk Allah yang
bertasbih itu, ketahuilah yang mereka bertasbih kepada Allah. Dan ini
adalah perli Allah kepada manusia – makhluk semua bertasbih kepada
Allah, kamu pula bagaimana, wahai manusia?
ِ ِ‫ْال َمل‬
‫ك‬
• Allah adalah Raja segala raja. Ini adalah pemerintahan Allah secara
makro (secara keseluruhan).
• Apabila ada raja di dalam satu-satu kerajaan maka mereka mahu
ditunjukkan ketaatan kepada rajanya itu.
• Raja dikenali dengan simbolnya seperti istana, pakaian rasmi, protocol
• Apabila seorang Raja itu perlu ditaati, maka tentulah Raja Segala Raja
kena ditaati juga. Jadi kalau puak Yahudi masih nak melawan lagi
keputusan Allah melantik Rasul dari bangsa Arab, maka mereka tentu
akan dikenakan dengan balasan buruk – lagi teruk dari balasan
seorang rakyat yang menentang rajanya.
‫وس‬
ِ ُّ
‫د‬ ُ ‫ق‬ ْ
‫ال‬
• Bahasa: bermaksud suci dari bercampur dengan bahan-bahan. Ia bermaksud suci
dari asal lagi. Justeru, berbeza dengan kalimah zakah (yang juga bermaksud suci)
kerana ia bermaksud kesucian yang datang kemudian iaitu setelah dibersihkan. Kalau
zakah digunakan, ia bermaksud sebelum itu tidak bersih tetapi setelah melakukan
sesuatu, maka ia jadi bersih.
• Tapi quds bermaksud suci dari asal lagi. Jadi apabila kita
melakukan taqdis (penyebutan penyucian), bukanlah kita menyucikan sesuatu tetapi
kita menyebut tentang kesucian sesuatu itu.Kalimah Quddus pula adalah dalam
bentuk mubalaghah (bersangatan, ekstrem). Maknanya, Allah bukan sahaja suci, tapi
Dia menjadi sumber kepada semua kesucian di dalam alam. Jadi apabila kita
melakukan taqdis kepada Allah, maka kesannya adalah ia akan menyucikan diri kita.
• Allah suci dari melakukan kesilapan. Jadi segala perbuatan Allah tidak pernah salah.
Manusia memang buat banyak kesilapan dan kesalahan, tapi Allah tidak sama sekali.
Maka janganlah Yahudi kata Allah salah pilih Nabi Muhammad sebagai Rasul pula. Itu
menghina Allah namanya.
‫يز‬
ِ ِ‫ز‬ ‫ع‬
َ ْ
‫ال‬
• Kalimah al Aziz mempunyai dua makna didalamnya: iaitu hormat dan
kuasa. Jadi dua elemen hormat dan kuasa ini penting kerana ada
orang yang dihormati tetapi dia tidak ada kuasa dan ada orang yang
ada kuasa tetapi dia tidak dihormati tetapi al-aziz ada kedua-dua
elemen. Maka Allah ditaati dan juga dihormati. 
• Kerana kedudukan Allah sebagai al-Aziz, maka Allah boleh buat sahaja
ikut kehendakNya. Kalau Allah nak azab hamba yang engkar, Allah
boleh buat bila-bila masa sahaja kerana Dia ada kuasa itu. Tidak ada
sesiapa yang boleh halang atau persoalkan sekali pun.
‫ْال َح ِك ِيم‬
• Allah boleh beri hukuman bila-bila masa sahaja tapi Allah juga bersifat
al-Hakeem. Yang mempunyai kebijaksanaan dan juga yang membuat
hukum. Segala undang-undang yang Allah berikan kepada kita adalah
atas kebijaksaanNya, maka ianya amat sesuai kepada kita. Tidak rugi
kalau kita ikut dan taat kepada segala hukum yang Allah telah buat itu. 
• Dan kerana kebijaksaan Allah, Allah tidak terus hukum kita dengan azab
walaupun hamba itu telah meakukan kesalahan. Ini kerana Allah
bijaksana dan memberi tangguh kepada hamba itu untuk
memperbetulkan dirinya. Jadi kerana sifat inilah kita ada peluang untuk
menjadi ahli syurga. Kalaulah kita buat salah sahaja terus kena azab,
maka tidaklah ada manusia di atas mukabumi ini.
َ ّ‫ث فِي اُأل ِّمي‬
‫ين َرسواًل ِّمنـ ُهم‬ َ ‫ُه َو الَّذي بَ َع‬
• Di dalam surah-surah musabbihat sebelum ini Allah telah memulakan surah-surah itu
dengan menegur manusia tetapi tidak di dalam surah ini. Di dalam surah ini, selepas
Allah menyebut tentang DiriNya dan memuji DiriNya, Allah menyebut tentang
Rasulullah.
• Allah beritahu dengan jelas sekali dalam ayat ini yang Dialah yang memilih Nabi
Muhammad, Dialah yang membangkitkan baginda dari kalangan bangsa Arab.
Bukanlah baginda itu bangkit dan hidup sendiri menjadi Nabi. Tapi ianya adalah pilihan
Allah. Maka Yahudi atau sesiapa sahaja janganlah hendak mempersoalkan keputusan
Allah pula dalam perlantikan itu. Tidak selamat kalau mempersoalkan keputusan Allah!
• Dalam ayat ini, Allah menyebut yang Rasulullah itu adalah seorang ummiy kerana
kaumnya juga ummiy. Kalimah‫ُألمي َّين‬
ِّ ‫ ا‬ini dari kalimah ‫ أ م م‬yang bermaksud ‘ibu’ (umm).
Oleh itu, kalimah ummiy bermaksud seseorang yang tidak tahu membaca
sebagaimana dia baru sahaja keluar daripada perut ibu. Kerana seseorang yang keluar
dari perut ibunya, tentu tidak tahu apa-apa
‫‪Hubungan Nama Allah dan Peranan Nabi‬‬

‫ْال َملِ ِك‬ ‫يَ ْتلُو َعلَ ْي ِه ْم آيَاتِ ِه •‬


‫وس‬
‫ِ‬ ‫د‬ ‫ُّ‬ ‫ُ‬ ‫ق‬ ‫ْ‬
‫‪ ‬ال‬ ‫َويُ َز ِّكي ِه ْم •‬
‫يز‬
‫َ ِ ِ‬ ‫ز‬ ‫ع‬ ‫ْ‬
‫ال‬ ‫اب •‬‫َويُ َعلِّ ُمهُ ُم ْال ِكتَ َ‬
‫ْ‬
‫‪ ‬ال َح ِك ِيم‬ ‫َو ْال ِح ْك َمةَ •‬
Tilawah - Tazkiyyah - Ta’lim - Hikmah
Kerja2 para anbiya’ terdahulu dan kita sebagai penyambung

1. Tilawah: merujuk kepada masdar dan rujukan


2. Tazkiyah: membersihkan aqidah, ibadah dan akhlak
3. Ta’lim: Keupayaan menerima hukum2 Allah dan tidak terlaksana
tanpa dua sifat sebelumnya
4. Hikmah: menerima hukum tidak memadai perlu diamalkan merujuk
maksud hikmah.

Tadarruj dalam perlaksanaan hukum Allah melalui sunnatullah.


َ َ‫رين ِمن ُهم لَ ّما ي‬
‫لحقوا بِ ِهم‬ َ ‫َو‬
َ ‫ءآخ‬
• Nabi SAW nabi akhir zaman yang tidak hanya dibangkitkan untuk
kaum Arab sahaja tetapi seluruh umat manusia di dunia yang
bertentangan dengan pegangan bani Israil bahawa mereka sahaja
terselamat keran umat pilihan
• ‘Menyertai’ itu bukan sahaja bermaksud menyertai mereka beriman
dengan agama Islam semasa di dunia ini sahaja, tetapi juga boleh
bermaksud ‘menyertai mereka’ di syurga. Iaitu masuk dan duduk
bersama mereka dalam syurga. Waktu itu kita boleh berkenalan
dengan mereka dan tahu apakah dugaan dan perjuangan orang-orang
terdahulu sebelum kita.
َ ‫َو ُه َو ال َعزي ُز‬
‫الحكي ُم‬
• Kepada mereka yang enggan untuk beriman kerana sebelumnya Allah
dah hantar rasul, Allah akan bersifat al-Aziz dengan mereka. Allah
akan kenakan azab kepada mereka dan mereka tidak dapat
menghalang azab itu.
• Tapi Allah tidak terus mengenakan azab kepada mereka yang engkar.
Kerana atas sifat kebijaksaanNya (hikmah), Allah beri tangguh kepada
manusia untuk mengubah sikap dan pegangan mereka. Kalaulah Allah
tidak beri tangguh, maka tidaklah ada makhluk yang hidup di atas
muka bumi ini kerana ada sahaja salah dan silap kita.
‫ظيم‬
ِ ‫ضل ال َع‬َ ُ ‫هَّللا‬ ‫هَّللا‬ َ ٰ
ِ ‫ذلِ َك فض ُل ِ يُؤتي ِه َمن يَشا ُء ۚ َو ُ ذو الف‬
• Makna yang dimaksud ialah pemberian yang dianugerahkan Allah
kepada Muhammad SAW. berupa kenabian yang besar dan apa yang
diberikan oleh Allah secara khusus kepada umatnya, iaitu diutuskan
Nabi SAW. kepada kita kerana perutusan nabi membawa cahaya Iman
• pengetahuan agama Islam ini terbuka untuk semua manusia dan
bukan kepada golongan ulama atau golongan-golongan ustaz sahaja,
tetapi semua boleh belajar. Dan ini berlainan dengan fahaman agama-
agama lain sebelum Islam di mana mereka berpendapat bahawa
pengetahuan agama itu hanya kepada ahli-ahli agama sahaja. 
َ ‫بِْئ‬ ۚ ‫ار يَحْ ِم ُل َأ ْسفَا ًرا‬
‫س‬ ِ ‫م‬
َ ‫ح‬
ِ ْ
‫ال‬ ‫ل‬ ِ َ ‫ث‬ ‫م‬
َ َ
‫ك‬ ‫ا‬َ ‫ه‬ ‫و‬ ُ ‫ل‬ ‫م‬
ِ ْ‫ح‬َ ‫ي‬ ‫م‬
ْ َ ‫ل‬ ‫م‬
َّ ُ ‫ث‬ َ ‫ة‬‫ا‬ ‫ر‬
َ ‫و‬
ْ َّ ‫ت‬‫ال‬ ‫وا‬ ُ ‫ل‬ ‫م‬
ِّ ‫ح‬
ُ ‫ين‬
َ ‫ذ‬ِ َّ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ل‬
ُ َ ‫َمث‬
َ ‫ َواللَّـهُ اَل يَ ْه ِدي ْالقَ ْو َم الظَّالِ ِم‬ ۚ ‫ت اللَّـ ِه‬
‫ين‬ ِ ‫ين َك َّذبُوا بِآيَا‬ َ ‫ َمثَ ُل ْالقَ ْو ِم الَّ ِذ‬ ﴿٥﴾

• Ayat ini merujuk kepada golongan Yahudi. Kaum Yahudi itu telah
diberatkan dengan tanggungjawab menanggung Kitab Taurat.
Tanggungjawab itu adalah untuk belajar dan menyampaikannya kepada
umat manusia. Namun tidak dilaksanakannya
• golongan Yahudi itu telah ada Kitab Taurat pada mereka. Mereka
sepatutnya tahu dan kenal siapa Nabi Muhammad itu kerana ianya
telah disebut dalam Taurat. Sepatutnya merekalah yang berada di
hadapan untuk beriman dan membantu baginda kerana mereka telah
kenal dan tahu. Tapi sebaliknya yang berlaku (mereka menentang
baginda). Maka mereka telah tidak menjalankan ajaran dalam Taurat
seperti yang sepatutnya.
‫ون‬
ِ ُ
‫د‬ ‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ه‬ِ ‫ـ‬َّ ‫ل‬ِ ‫ل‬ ‫ء‬ُ ‫ا‬َ ‫ي‬ِ ‫ل‬‫و‬ْ ‫َأ‬ ‫م‬
ْ ُ
‫ك‬ َّ ‫ن‬‫َأ‬ ‫م‬
ْ ُ ‫ت‬ ‫م‬
ْ ‫ع‬
َ َ
‫ز‬ ‫ن‬ ‫ِإ‬ ‫وا‬ ُ
‫د‬ ‫ا‬ َ ‫ه‬ ‫ين‬
َ ‫ذ‬
ِ َّ ‫ال‬ ‫ا‬َ ‫ه‬ُّ ‫ي‬‫َأ‬ ‫قُ ْل يَا‬
‫ين‬
َ ِ‫صا ِدق‬ َ ‫ت ِإن ُكنتُ ْم‬ َ ‫اس فَتَ َمنَّ ُوا ْال َم ْو‬ َّ
ِ ‫الن‬ ﴿٦﴾
• Salah satu kesilapan golongan Yahudi itu adalah kerana mereka
perasan mereka itu golongan ‘terpilih’. Mereka sangka mereka itu
Kekasih Allah dan orang lain tidak layak menjadi kekasih Allah
walaupun orang lain itu beramal banyak mana pun.. Mereka sangka
mereka suci dan tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.
• Maka Allah cabar mereka dalam ayat ini. Kalau benar mereka itu
kekasih Allah dan akan terus masuk syurga bila mati, maka Allah suruh
mereka doa supaya cepat mati. 
• (‫ )هادو‬orang yang menjadi yahudi kerana mereka buat agama sendiri
َ ‫ َواللَّـهُ َعلِي ٌم بِالظَّالِ ِم‬ ۚ ‫ت َأ ْي ِدي ِه ْم‬
‫ين‬ ْ ‫ َواَل يَتَ َمنَّ ْونَهُ َأبَ ًدا بِ َما قَ َّد َم‬ ﴿٧﴾
• Mereka tiada akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya
disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan
mereka sendiri.
• Mereka tidak akan minta kematian dengan segera selama-lamanya
kerana mereka pun tahu yang mereka itu ada buat salah. Dan mereka
tahu yang mereka tidak sediakan saham pahala mereka untuk
akhirat. 
• Kerana mereka sendiri tahu apa amalan salah yang mereka buat dan
mereka juga tahu yang kalau mereka mati, mereka akan ada masalah.
Maka kerana itu mereka takut mati.
َ ُّ‫ت الَّ ِذي تَفِر‬
َ ‫ثُ َّم تُ َر ُّد‬ ۖ ‫ون ِم ْنهُ فَِإنَّهُ ُماَل قِي ُك ْم‬
‫ون ِإلَ ٰى‬ َ ‫قُ ْل ِإ َّن ْال َم ْو‬
ِ ‫ َعالِ ِم ْال َغ ْي‬ ﴿٨﴾
َ ُ‫ب َوال َّشهَا َد ِة فَيُنَبُِّئ ُكم بِ َما ُكنتُ ْم تَ ْع َمل‬
‫ون‬
• Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian
kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib
dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu
kerjakan”.
• Allah nak ingatkan yang walaupun mereka tak minta mati cepat pun,
mereka akan tetap mati juga.
• Allah memberi isyarat di dalam ayat ini yang orang Yahudi yang tidak
berpegang dengan Taurat itu ada takut kepada mati dan itu adalah
kesan kerana tidak berpegang dengan Taurat.  
‫ ٰ َذلِ ُك ْم‬ ۚ ‫صاَل ِة ِمن يَ ْو ِم ْال ُج ُم َع ِة فَا ْس َع ْوا ِإلَ ٰى ِذ ْك ِر اللَّـ ِه َو َذرُوا ْالبَ ْي َع‬ َ ‫يَا َأ ُّيهَا الَّ ِذ‬
َ ‫ين آ َمنُوا ِإ َذا نُو ِد‬
َّ ‫ي لِل‬
َ ‫ َخ ْي ٌر لَّ ُك ْم ِإن ُكنتُ ْم تَ ْعلَ ُم‬ ﴿٩﴾
‫ون‬

• Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang)


untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah
kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat
yang sebenarnya),
• Kita kena hargai wahyu yang Allah berikan. Jangan jadi macam Yahudi
yang buat tidak kisah sahaja. Mereka hanya setakat jaga lafaz sahaja
(seperti kebanyakan orang kita juga). Maka untuk selamat dunia dan
akhirat, kita kena hidupkan suasana mengajar dan belajar. 
Hari Jumaat
• Jumaat dari kalimah ‫ ج م ع‬yang bermaksud ‘kumpul’. Nama ‘Jumaat’ mula
digunakan setelah Islam bangkit dengan Nabi Muhammad SAW. Terma ini
baru digunakan oleh Nabi Muhammad sebagai wahyu dari Allah.
Sebelum itu, tiada hari Jumaat tapi yang digunakan adalah hari ‘Arabah’.
• Sebelum Islam, hari utama dalam agama telah ada pada Ahli Kitab.
Yahudi ada Hari Sabtu sebagai hari ibadah khusus untuk mereka kerana
hari itulah Bani Israil diselamatkan dari perhambaan Firaun.
• Nasrani pula menjadikan hari Ahad sebagai hari agama mereka. Ini tidak
ada diajar oleh Nabi Isa dan juga dalam Injil pun, tapi mereka reka sendiri
kerana mereka hendak membezakan dari Yahudi. Mereka mengambil hari
Ahad ini sebagai hari agama kerana mereka kata apabila Nabi Isa wafat,
baginda telah hidup semua pada hari Ahad dan diangkat ke langit.
‫ض َوا ْبتَ ُغوا ِمن فَضْ ِل اللَّـ ِه َو ْاذ ُكرُوا اللَّـهَ َكثِي ًرا لَّ َعلَّ ُك ْم‬
ِ ْ‫ر‬‫َأْل‬ ‫ا‬ ‫ي‬ِ ‫ف‬ ‫ُوا‬
‫ر‬ ‫ش‬
ِ َ ‫ت‬ ‫ان‬َ ‫ف‬ ُ ‫ة‬ ‫اَل‬ َّ
‫ص‬ ‫ال‬ ‫ت‬
ِ َ ‫ي‬ ‫ض‬
ِ ُ ‫فَِإ َذا ق‬
َ ‫تُ ْفلِح‬ ﴿١٠﴾
‫ُون‬

• Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di


muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah
apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan
Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di
dunia dan di akhirat).
• Bukanlah kita kena terus duduk di masjid pada hari Jumaat itu.
Selepas selesai Solat Jumaat, maka boleh keluar dan sambung
perniagaan, sambung buat kerja atau balik ke rumah kepada keluarga.
َ ‫َوِإ َذا َرَأ ْوا تِ َجا َرةً َأ ْو لَ ْه ًوا انفَضُّ وا ِإلَ ْيهَا َوتَ َر ُكو‬
 ‫قُلْ َما ِعن َد اللَّـ ِه َخ ْي ٌر ِّم َن اللَّـه ِْو َو ِم َن‬ ۚ ‫ك قَاِئ ًما‬
‫ين‬ ِ ‫ َواللَّـهُ َخ ْي ُر الر‬ ۚ ‫التِّ َجا َر ِة‬ ﴿١١﴾
َ ِ‫َّازق‬

• Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan


(yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu
pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar -
berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di
sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah
sebaik-baik pemberi rezeki.
• Latarbelakang ayat ini: Ini adalah kejadian semasa di Madinah dan waktu itu
umat Islam sudah agak ramai dan ada berjenis-jenis golongan pula yang
telah masuk Islam. Ada yang imannya kuat dan ada yang iman masih baru
lagi berputik. Waktu ini Rasulullah sedang memberikan khutbah Jumaat
kepada mereka. Waktu itu tiba-tiba datanglah rombongan perniagaan yang
besar yang membuat orang tertarik kepadanya lebih dari solat
1) Apakah azan yang diwajibkan bersegera
bersolat Jumaat?
• Sebahagian ulama’ berpendapat azan yang pertama kerana tujuan
azan tersebut memanggil umat islam bersegera menunaikan solat. Hal
ini dilakukan pada zaman Uthman
• Sebahagian yang lain selepas daripada khatib naik ke mimbar kerana
ia seperti yang nabi s.a.w lakukan. Pun begitu, ulama’ berpendapat
kerana para sahabat ketika itu berada berdekatan masjid yang tidak
menyukarkan mereka bersegera.
• Kebanyakan ulama’ menerima pendapat kedua kerana ia terdapat
dalam hadith dan berkaitan hukum haram jual beli.
2) Adakah dibatalkan jual beli ketika azan?
• Dalam ayat menyebutkan jual beli bermaksud keseluruhan muamalat.
• Hukum sebahagan ulama’ sebut ianya fasid kerna ayat al-Quran
melarang ( ‫)وذروا ا لبيع‬
• sebahagian yang lain menyebutkan ia haram tetapi tidak fasid kerana
perbuatan jual beli sempurna akadnya yang haram kerana waktunya
• Mazhab syafie: jual beli diterima kerana ia hanya galakan yang tidak
membawa kepada haram kerana ada ayat ( ‫)ذلكم خير ل كم‬
3) Adakah Khutbah syarat sah Jumaat?
• Hanafiyah: tidak disyaratkan khutbah yang lengkap cukup sekadar
peringatan kerana itu yang disebutkan oleh Allah. Pun begitu uruf
mengetahui zikr itu adalah khutbah tetapi ia tidak menyebabkan solat
Jumaat tidak diterima
• Syafieyyah dan Hanabilah: Syarat khutbah ialah 2 khutbah dengan ada
pujian pada Allah, selawat ke atas nabi, bacaan ayat al-Quran, wasiat
kepada taqwa, dan doa untuk seluruh umat islam
• Malikiyyah: mengandungi peringatan atau ancaman
• Jumhur ulama’: mendengar sebahagian khutbah merupakan syarat
sah Jumaat kerana khutbah diringankan solat Jumaat
• Sebahagian ulama’: cukup mendapat rakaat terakhir solat Jumaat.
4) Bilangan dibolehkan solat Jumaat
• Solat Jumaat wajib kecuali bagi wanita, hamba, bayi dan sakit
• Hanafiyyah : Cukup sekadar 4 orang
• Syafieyyah dan Hanabilah: Sekurang-kurangnya 40 orang
• Malikiyyah: tidak disyaratkan bilangan tertentu tetapi mestilah
jamaah yang duduk di satu perkampungan yang berlaku jual beli
antara mereka dan ia mesti lebih dari 3 atau 4.

You might also like