You are on page 1of 59

BAB 4

PEMBIAKAN
4.1 DEFINISI
PEMBIAKAN
• Pembiakan ialah proses penghasilan
individu baharu oleh organisma hidup.
• Pembiakan merupakan ciri asas bagi
setiap organisma hidup.
• Pembiakan boleh dibahagikan kepada
dua jenis :

Pembiakan Seks Pembiakan Aseks


BEBERAPA ORGANISMA HIDUP YANG MENJALANKAN
PEMBIAKAN SEKS

TUMBUHAN
BURUNG MAMALIA
BERBUNGA

IKAN REPTILIA AMFIBIA


BEBERAPA ORGANISMA HIDUP YANG MENJALANKAN
PEMBIAKAN ASEKS

HYDRA PARAMECIUM UBI KENTANG

AMOEBA BAKTERIA HALIA


PEMBIAKAN SEKS
• Pembiakan seks merupakan
jenis pembiakan utama yang
dijalankan oleh manusia, haiwan
dan tumbuhan peringkat tinggi.
• Pembiakan bagi manusia bukan
sahaja untuk menghasilkan
zuriat, malah melibatkan ikatan
kekeluargaan dan kasih sayang.
PEMBIAKAN SEKS

MELIBATKAN 2 INDUK

Induk jantan yang membawa sel Induk betina yang membawa sel
pembiakan jantan (sperma) pembiakan betina (ovum)
PEMBIAKAN SEKS

• Pembiakan seks
menghasilkan generasi
baharu yang berbeza
daripada induknya dan
menunjukkan variasi
genetik.
• Proses pertama yang
terlibat ialah
persenyawaan.
SEL SPERMA

• Antonie van
leeuwenhoek
merupakan saintis
pertama yang mengkaji
sel sperma
menggunakan
mikroskop pada tahun
1677
PEMBIAKAN ASEKS
• Pembiakan aseks berlaku dalam
organisma ringkas seperti
Amoeba, paramecium dan
Hydra.
• Tumbuhan seperti bawang, halia
dan ubi kentang juga membiak
secara aseks.
• Bagi pembiakan aseks, hanya
satu induk yang terlibat.
PEMBIAKAN ASEKS
• Persenyawaan TIDAK
berlaku dalam pembiakan
aseks.
• Individu baharu yang
dihasilkan adalah seiras
secara genetic dengan
induksnya.
• Variasi tidak wujud dalam
kalangan anak
KULTUR TISU

• Kultur tisu ialah contoh


bioteknologi dalam
penghasilan individu
baharu.
• Teknik ini akan
menghasilkan tanaman
baharu dalam tempoh masa
yang singkat.
PEMBIAKAN ASEKS BELAHAN DEDUA

• Belahan dedua ialah


pembahagian satu
sel induk kepada dua
sel anak
• Contoh :
 amoeba
 paramecium
 bakteria
PERTUNASAN
• Pertunasan ialah
proses pembentukan
tunas pada badan
organisma.
• Tunas bermula sebagai
satu struktur yang
berkembang dan
kemudiannya terputus
dan membentuk
individu baharu.
• Penjanaan semula PENJANAAN SEMULA
berlaku daripada
kebolehan fragmen
organisma tertentu yang
tumbuh dan
berkembang menjadi
individu baharu yang
lengkap.
• Contoh : cacing pipih,
tapak sulaiman, planaria
dan spirogyra
• Pembentukan spora ialah
proses penghasilan spora PEMBENTUKAN SPORA
di dalam sporangium.
• Selepas sporangium
pecah, spora yang halus
dan ringan akan
disebarkan oleh angin.
• Apabila sampai di tempat
yang lembap, spora
tumbuh menjadi
tumbuhan yang baharu.
• Contoh : alga. Kulat, paku
pakis dan bakteria
PEMBIAKAN VEGETATIF
• Pembiakan vegetatif
merupakan satu cara untuk
menghasilkan tumbuhan
baharu daripada bahagian
vegetative tumbuhan induk
selain bunga.
• Contoh : akar, batang bawah
tanah, batang rayap,
bebawang dan daun.
• Contoh : lobak merah,
strawberi, halia, ubi keladi
dan ubi kentang
AKAR

• Bahagian akar tumbuhan induk akan berkembang


menjadi tumbuhan baharu
BATANG

• Bahagian batang tumbuhan induk akan


berkembang menjadi tumbuhan baharu.
DAUN

Bahagian daun tumbuhan induk akan


berkembang menjadi tumbuhan baharu
KEPENTINGAN PEMBIAKAN
• Semua organisma hidup membiak bagi
menghasilkan invidu baharu.
• Pembiakan sangat penting untuk
menambahkan bilangan organisma
sesuatu spesies. Kegagalan organisma
menghasilkan individu baharu boleh
menyebabkan kepupusan.
• Pembiakan dapat meningkatkan jumlah
individu yang sama spesies.
• Pembiakan menurunkan maklumat
genetik kepada generasi baharu.
4.2 SISTEM PEMBIAKAN
MANUSIA
• Manusia membiak dengan cara
pembiakan seks.
• Sistem pembiakan manusia terdiri
daripada :
sistem pembiakan lelaki dan sistem
pembiakan perempuan
• Sistem pembiakan lelaku dan perempuan
kedua-duanya sangat penting. Pasangan
tidak dapat melahirkan zuriat jika mana-
mana system pembiakan mereka gagal
berfungsi.
PERUBAHAN FIZIKAL YANG BERLAKU KETIKA
AKIL BALIGH
Maksud akil baligh peringkat permulaan sistem
pembiakan menjadi matang dan menghasilkan sel
pembiakan.
Remaja yang telag akil baligh akan mengalami
pertumbuhan dan perkembangan yang banyak sama
ada dari segi emosi, fizikal mahupun fisiologi.
Umur lelaki Ketika mencapai akil baligh :
Lebih kurang 14-17 tahun manakala perempuan pula
lebih awal daripada lelaki iaitu antara 10-12 tahun.
LELAKI AKIL
BALIGH
• Suara
 Peti suara (larinks) membesar
 Suara menjadi garau
• Badan
 Misai dan janggut mula tumbuh
 Bulu tumbuh di muka, ketiak dan dada
• Organ pembiakan
 Testis menghasilkan sperma dan hormone
seks
 Bulu tumbuh di bahagian sulit
 Zakar dan skrotum mula membesar
PEREMPUAN AKIL
BALIGH
• Badan
Buah dada membesar
Punggung mula padat dan lebar
Bulu tumbuh di bahagian ketiak
• Organ pembiakan
Ovari menghasilkan ovum dan
hormone seks
Bulu tumbuh di bahagian sulit
Kitaran haid bermula
PERBANDINGAN GAMET JANTAN DAN
GAMET BETINA
• Sperma ialah sel
yang paling kecil di
dalam badan lelaki
dan berbentuk
seperti berudu
PERBANDINGAN GAMET JANTAN DAN
GAMET BETINA

•Ovum pula ialah


sel yang terbesar
di dalam badan
perempuan
• Kepala sperma mengandungi
nucleus yang membawa maklumat
genetik dan pewarisan untuk
diturunkan kepada zuriat (anak)
• Ekor sperma membolehkan sperma
bergerak dan berenang dalam
semen melalui faraj, uterus dan
tiub falopio sistem pembiakan
perempuan.
• Jumlah sperma normal yang
dilepaskan adalah sebanyak 60 juta
setiap sentimeter padu.
• Ovum berbentuk spera dan
berdiameter kira-kira 0.1 mm
• Nukleus ovum mengandungi
maklumat genetic dan
pewarisan untuk diturunkan
kepada zuriat (anak)
• Ovum tidak boleh bergerak
sendiri
• Bilangan ovum yang dihasilkan
biasanya hanya satu setiap
bulan bagi perempuan normal
• Ovum boleh hidup selama 2 hari selepas
dibebaskan dari ovari.
• Sperma boleh hidup sehingga 3 atau 4 hari
4.3 KITAR HAID
KITAR
HAID
• Perempuan akan mula mengalami haid
apabila mencapai akil baligh.
• Haid merupakan tanda bermulanya kitar
haid bagi setiap perempuan.
• Haid ialah peluluhan lapisan dinding
uterus dan darah yang mengalir melalui
faraj.
• Kitar haid pula merujuk kepada satu siri
perubahan yang berlaku pada dinding
uterus dan ovari.
• Kitar haid juga melibatkan pembentukan
dan pembebasan telur yang matang
KITAR HAID
• Kitar haid dikawal oleh :
Otak dan sistem endokrin yang membebaskan hormon.
• Perempuan normal mengalami kitar haid kira-kira 28 hari
dan berbeza-beza mengikut individu.
• Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi kitar haid :
Pengambilan nutrien
Perubahan berat badan secara mendadak
Perubahan emosi
Tekanan mental
FASA HAID

• Hari 1 – 5
• Lapisan dinding uterus,
salur darah dan ovum
yang tidak tersenyawa
terluluh dan
disingkirkan apabila
haid bermula
FASA PERMULAAN

• Hari 6 -11
• Dinding uterus mula dibina
semula dan menebal
• Salur darah pada dinding
uterus mula terbentuk dan
bersedia untuk menerima
penempelan sel yang telah
disenyawakan.
FASA SUBUR

• Hari 12 -17
• Ovum dibebaskan dari ovari
pada hari ke 14 kitar haid
(pengovulan)
• Dinding uterus dan salur
darah terus berkembang
• Jika ada sperma
persenyawaan mungkun
berlaku
FASA PRAHAID

• Hari 18 -28
• Dinding uterus terus menebal
dan kaya dengan salur darah
• Jika berlaku persenyawaan,
penempelan embrio akan
terjadi di dinding uterus
• Kitar haid akan berulang
semula sekiranya
persenyawaan tidak berlaku.
KEPENTINGAN MENGURUS
KEBERSIHAN DIRI SEMASA HAID
• Penjagaan kebersihan diri
semasa haid adalah sangar
penting bagi memastikan
system pembiakan tidak
dijangkiti oleh
miroorganisma seperti
bakteria, virus dan kulat
KEPENTINGAN MENGURUS
KEBERSIHAN DIRI SEMASA HAID
• Semasa haid, Wanita perlua
sentiasa menukar tuala Wanita
3-4 kali sehari untuk
menghindari jangkitan bakteria
dan virus yang boleh
menyebabkan jangkitan saluran
kencing (UTI)
• Wanita haid digalakkan mandi
dengan kerap untuk
membersihkan tubuh badan
MASALAH KITAR
HAID
• Kitar haid yang tidak stabil merujuk kepada
seseorang Wanita itu tidak mengalami haid
pada setiap bulan, kitar haid yang terlalu
Panjang atau terlalu pendek dan fasa haid
yang melebihi 15 hari.
• Masalah ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor:
Pertambahan berat badan
Masalah hormon
Gangguan emosi senaman yang berlebihan
Ketumbuhan di dalam rahim
KESAN KITAR HAID TIDAK
STABIL
• Tanda awal mengalami masalah sistem pembiakan
• Rawatan yang lambat boleh menyebabkan masalah
Kemandulan kesihatan yang serius (kanser ovari, kanser serviks)

• Wanita mengalami kesukaran untuk menentukan hari


Kesukaran subur
merancang • Wanita tersebut sukar merancang atau mencegah
keluarga kehamilan

• Menyebabkan haid yang berpanjangan


Masalah kesihatan • Hal ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak
(anemia) • Tubuh badan jadi lemah atau mudah pengsan
4.4 PERSENYAWAAN DAN
KEHAMILAN
PROSES PERSENYAWAAN

• Persenyawaan
bermaksud proses
percantuman nucleus
sperma dengan nucleus
ovum
• Dariapada berjuta-juta
sperma, hanya satu
sperma yang paling kuat
dan terbaik akan
mensenyawakan ovum
PROSES PERSENYAWAAN DAN PENEMPELAN
EMBRIO

1. Sperma akan 3. Selepas


berenang memasuki persenyawaan, zigot
faraj semasa membahagi menjadi
persetubuhan satu bebola sel yang
disebut sebagai
2. Jika ovum hadi di tiub falopio, embrio. Embrio akan
persenyawaan mungkin berlaku. menempel di dinding
Nukleus sperma akan bercantum uterus/ rahim
dengan nucleus ovum di tiub
falopio membentuk zigot

You might also like