You are on page 1of 49

BAB 2

SEJARAH
PERKEMBANGAN
BURUH DI MALAYSIA
2.1 PENDAHULUAN
 Dalam bab ini kita akan lihat tentang sejarah
perkembangan buruh yang berlaku pada
zaman penjajah, selepas Perang Dunia II dan
selepas Dasar Ekonomi Baru.
 Disamping itu, kita akan lihat tentang
peristiwa-peristiwa dan pindaan kepada
undang-undang yang berkaitan dengan
organisasi buruh pada masa-masa tersebut.

2
2.2 PERKEMBANGAN BURUH ZAMAN
IMIGRAN DAN PENJAJAH

2.2.1 Peranan Golongan Imigran

 Sebelum TM secara rasmi menjadi tanah


jajahan Inggeris, orang India dan Cina telah
dibawa masuk secara besar-besaran untuk
bekerja di Malaysia. Orang India banyak
bekerja sebagai orang gaji, pekerja ladang
dan membuat jalanraya. Manakala orang
cina lebih kepada pelombong bijih timah.

3
 Keadaan perkembangan buruh pada masa itu
lebih kepada konsep harmoni dan harga
buruh pada masa itu adalah murah.
 Golongan melayu pada masa itu adalah
petani dan enggan menerima sebarang
bentuk disiplin industri dengan pembayaran
gaji yang murah.
 Terdapat juga buruh-buruh paksa
diperkenalkan pada masa tersebut yang
mempunyai ciri-ciri seperti kemiskinan, tidak
dipedulikan dan bersifat sementara.

4
 Kelas pemodal pada masa tersebut banyak
dikuasai oleh kaum cina dan eropah. Mereka
lebih cenderung menggunakan orang-orang
jawa, india dan cina kerana upah buruh yang
murah.
 Buruh India pada masa itu menjadi pilihan
kerana:
- rakyat dan biasa dengan corak
pemerintahan British;
- tekun;
- tidak bercita-cita tinggi;
- sanggup menerima gaji yang murah; dan
- mudah dikawal
5
 Disamping itu, keadaan di negara India
sendiri menggalakkan penghijrahan rakyatnya
untuk mencari pekerjaan.
 India Immigration Committee telah
ditubuhkan untuk menguruskan pengambil
pekerja dari India.
 Pada peringkat awal buruh yang masuk ke
Malaysia di gelar ‘buruh berpindah yang
dibantu’(assisted migration labour).
 Sistem ini dipanggil Indentured System
(1860-1907) iaitu buruh yang masuk ke
Malaysia perlu menandatangani kontrak
perjanjian dengan majikan yang telah
membiayai mereka.
6
 Walaubagaimanapun, sistem ini telah
digantikan dengan sistem Kangany (1908-
1922). Ia dilaksanakan dengan menghantar
seorang kangany ke India untuk mencari
pekerja dan segala perbelanjaan dan
komisyen kangany dibiayai oleh majikan.
 Sistem kangany terus digunakan sehingga
penghujung tahun 1930-an iaitu setelah kelas
pemodal dan pengusaha getah tidak mahu
menggunakan tenaga buruh.

7
 Ada sebahagian pekerja yang masuk ke
Malaysia tanpa sistem ini iaitu melalui Indian
Immigration Committee. Dalam kaedah ini
majikan tidak perlu untuk membayar apa-apa
berkaitan tambang dan sebagainya.
 Manakala Buruh Cina pula di bawa masuk tanpa
pengawasan dan bantuan oleh pihak penjajah
kerana tiada hubungan yang rapat. Mereka
banyak bekerja dengan majikan dari bangsa
mereka sendiri.
 1870an- pemodal-pemodal menggangap
kedatangan pendatang cina kurang
menyenangkan kerana masalah kegiatan kongsi
gelap.
8
 Tahun 1880 jawatan Chinese Protectorate
diwujudkan untuk membendung kegiatan
tersebut.
 Kemasukan buruh-buruh cina adalah
bergantung kepada broker atau ejen yang
membiayai perbelanjaan mereka dan
menyerahkan kepada majikan setelah
majikan tersebut membayar perbelanjaan
serta komisen kepada ejen.
 Dengan itu, buruh-buruh ini dikenali sebagai
buruh tebusan kerana mereka menyelesaikan
hutang dengan pihak majikan.
9
 Masalah sosioekonomi yang berlaku di negara
China seperti kebuluran dan tekanan
penduduk menjadi faktor utama yang
menggalakkan mereka keluar mencari nafkah.
 Sementara itu, sejarah kemasukan pekerja-
pekerja Indonesia (orang Jawa) telah berlaku
lebih awal dari orang Cina dan India.
 Kemasukan orang-orang Jawa agak terbatas
kerana dasar penjajah Belanda dan kos
perkhidmatan yang terlalu mahal.

10
2.2.2 Perkembangan Organisasi
Buruh
 Perubahan politik di China dan India
mempunyai pengaruh keatas perkembangan
buruh di TM.
 Orang-orang Cina pada dasarnya mempunyai
dua jenis persatuan iaitu :
- Triad iaitu mereka yang terlibat dalam
pekerjaan dan perniagaan yang sama dan
bertujuan saling bantu membantu.
- Guilds iaitu mereka yang terlibat dengan
sesuatu pekerjaan khusus spt tukang jahit,
tukang kasut, tukang emas etc.
11
 Walaubagaimanapun, kedua persatuan ini
tidak boleh dianggap sebagai kesatuan
sekerja kerana ia hanya mewakili untuk
golongan itu sahaja.
 Tahun 1922- Konfrensi Buruh Kebangsaan
diadakan di Canton yang telah memulakan
perkembangan organisasi buruh cina di
Malaysia.
 Walaubagaimanapun, Revolusi 1911 telah
menunjukkan penubuhan gerakan
Kuomintang dan gerakkan ini telah
merancang untuk menubuhkan beberapa
cawangan di TM.
12
 Beberapa usaha telah diambil oleh gerakan
pada peringkat awal iaitu:
- memungut derma;
- menubuhkan sekolah dalam bahasa
cina (Kou Yu);
- memperjuangkan konsep hak pekerja
dan meninggikan semangat orang-orang
cina; dan
- membentuk kesatuan sekerja yang
rahsia dan tidak berdaftar.
 Pada tahun 1920an telah wujud anggota
berhaluan kiri dalam Kuomintang yang
bertujuan untuk memimpin pergerakan buruh
di negara China dan seterusnya di Malaysia. 13
 Ia menumpukan usaha kepada
pengembangan semangat kebangsaan
melalui pembukaan sekolah-sekolah cina.
 Tahun 1925, Nanyang General Labour Union
(GLU) ditubuhkan di Singapura oleh
Profintern dan tujuannya ialah lebih tertumpu
kepada ideologi politik dan semangat orang-
orang cina tanpa memberi tumpuan kepada
hak-hak kaum buruh.
 Pada tahun 1928 GLU telah dilumpuhkan oleh
kerajaan dengan membuat beberapa sekatan.

14
 Walaubagaimanapun, bagi pekerja-pekerja
India di Malaysia tidak mempunyai institusi
ekonomi dan sosial yang kuat untuk
menubuhkan organisasi untuk
memperjuangkan kepentingan.

15
2.2.3 Zaman Kemelesetan Ekonomi

 Dimana pada zaman ini aktiviti kesatuan-


kesatuan sekerja terhenti.
 Kemlesetan ini adalah disebabkan kejatuhan
harga getah dan timah yang teruk.
 Peranan buruh pada masa itu adalah lemah
dan upah buruh adalah rendah. Sementara
itu, ramai di kalangan buruh telah di hantar
balik oleh majikan mereka.
 Disamping itu, pergerakan komunis pada
masa itu lemah dan ketua komunis pada
masa itu telah ditangkap.
16
 Beberapa ordinan telah diwujudkan untuk
tujuan menghadkan pendatang asing iaitu:
- Immigration Restriction Ordinance (1930)
- Aliens Ordinance (1933)
 Walaubagaimanapun, sekatan ini tidak banyak
merubah bentuk populasi pekerja kerana
sebilangan pekerja telah menggangap diri
mereka sebahagian daripada penduduk tetap.
Sebahagian mereka menolak untuk
penghantaran balik ke negara asal secara
percuma.
 Di antara tahun 1933-42 berlaku perubahan
sistem kerja yang berbentuk peraturan kepada
bebas.
17
2.2.4 Konflik Perusahaan

 Konflik perusahaan yang berlaku di TM


mempunyai hubungan yang rapat dengan 2
faktor utama iaitu:
- Perkembangan nasionalisme di negara
China dan India; dan
- Kejatuhan harga getah dan timah.
 Antara alasan mogok yang selalu
diketengahkan pada masa itu ialah berkaitan
dengan aspek gaji dan beban kerja.
18
 Pada September 1936, mogok pertama telah
dilancarkan oleh pekerja-pekerja kilang nenas
di Singapura dan Johor yang melibatkan
seramai 1,500 orang dan berlangsung selama
3 minggu.
 Peristiwa itu merebak kepada pekerja-pekerja
binaan yang melibatkan seramai 4 ribu dan
berlangsung selama 2 minggu.
 Pekerja Traction Company di Singapura yang
merupakan syarikat multinasional telah
mengadakan mogok dan ini menunjukkan
mogok bukan hanya dikalangan orang-orang
cina sahaja.
19
 Disamping itu, mogok juga merebak kepada
pekerja-pekerja perbandaran Singapura dan
ia melibatkan 13 ribu orang dari kalangan
kaum Cina dan India.
 Mogok juga telah merebak ke negeri-negeri
lain. Di Selangor pada bulan Januari dan
Februari 1937 mogok telah dilancarkan oleh
pekerja-pekerja arang batu di Batu Arang dan
lombong timah Hong Fatt di Sungai Besi.
 Pada bulam Mac 1937, mogok dilancarkan
oleh pekerja-pekerja ladang Cina di Selangor,
N. Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.
20
 Parti Komunis Malaya (PKM) pada masa itu
sangat supportive dalam menjayakan mogok
yang dilakukan para pekerja.
 Tindakan tersebut sebenarnya ada kaitan
dengan aspek ekonomi. Dimana di antara
tahun 1933 hingga 1936 harga getah, timah
dan arang batu telah naik sehingga 250%.
Pemodal mendapat keuntungan tetapi
pekerja yang menderita.
 Sehubungan itu, pekerja memohon kenaikan
gaji 20 hingga 25 peratus.
 Tindakan mogok ini telah menyebabkan pihak
polis campurtangan untuk menanganinya.
21
 Sehubungan itu, pada tahun 1940
diperkenalkan Akta Pembangunan dan
Kebajikan Penjajah. Walaubagaimanapun, ia
tidak dapat dilaksanakan dengan pendudukan
Jepun.

22
2.3 Perkembangan Buruh Selepas
Perang Dunia Kedua

 Senario peperangan sangat menyedihkan


kerana keadaan inflasi yang teruk dan pengaruh
pergerakan komunis telah menular ke dalam
organisasi kesatuan sekerja.
 Apabila Inggeris kembali berkuasa selepas
kekalahan Jepun telah menguatkuasakan Trade
Union Enactment (1940) dari NNMB kepada
seluruh TM pada tahun 1946.
 Dibawah enakmen yang ini telah berlaku
beberapa syarat kepada kesatuan-kesatuan
sekerja iaitu: 23
- Semua kesatuan sekerja wajib berdaftar
dengan Pendaftar Kesatuan Sekerja;
- Penubuhan Jabatan Pendaftaran Baru
kesatuan sekerja ditubuhkan yang lebih
tertumpu kepada menguruskan pendaftaran
dan menyelia aktiviti pekerja; dan
- Penubuhan Jabatan Penasihat Kesatuan
Sekerja.
 Peranan Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja
ialah:
- Menasihati TU
- Memupuk perkembangan TU

24
- Membantu dalam proses perundingan
dengan pihak majikan; dan
- Memberi nasihat berkaitan dengan
keahlian, kewangan dan kepimpinan.
 Disamping itu, GLU pada masa tersebut telah
dipengaruhi oleh PKM dan pihak berkuasa
tidak mahu mendaftarkannya sebagai
kesatuan sekerja yang sah.
 Dasar negara terhadap organisasi buruh
selepas peperangan adalah:
- memecahkan GLU; dan
- menggalakkan kesatuan sekerja yang
kurang militan dan boleh dikawal.
25
 Awberry dan Dally (1948) telah menyatakan
melalui laporan mereka kepada pihak
berkuasa Inggeris bahawa organisasi buruh
telah dipengaruhi oleh golongan komunis.
 Tahun 1946, sebanyak 519 mogok yang
dilancarkan dan melibatkan seramai 25 ribu
orang pekerja di Malaysia dan Singapura.
 Tahun 1947, bilangan mogok 291 dan pekerja
69,217 orang.
 Tahun 1948 pula mencatatkan bilangan
mogok sebanyak 181 dan pekerja 34,037
orang.

26
 Dalam pada masa yang sama PKM terus
memainkan peranannya untuk menyusun
pergerakan dalam revolusi mereka
menentang penjajah.
 Disamping itu, peristiwa penting selepas
perang ialah kerajaan Inggeris mengiktiraf
PKM sebagai parti politik yang sah.
 Pada tahun 1947, GLU telah menukar nama
kepada PMFTU (Pan Malayan Federation of
Trade Union). Ia dianggotai oleh kira-kira 289
kesatuan dan keahlian hampir 200 ribu.

27
 Pada Jun 1948, pindaan telah dibuat oleh
pihak berkuasa terhadap Trade Union Enact.
(1940) supaya ia lebih berkesan untuk
menghancurkan kegiatan PKM.
 Oleh itu, daripada pindaan tersebut telah
menetapkan bahawa kesatuan-kesatuan
sekerja ditubuhkan berdasarkan:
- persamaan jenis pekerjaa dan industri;
- pegawai-pegawai kesatuan kecuali
jawatan setiausaha mestilah telah
bekerja selama lebih daripada tiga
tahun dalam pekerjaan atau industri
yang menubuhkan kesatuan tersebut.
28
 Tujuan menguatkuasakan kedua-dua undang-
undang tersebut adalah untuk menghalang
TU dijadikan alat politik dan membubarkan
PMFTU.
 Akibat daripada pindaan ini sebanyak 100 TU
telah dilupuskan daripada pendaftaran.
 Disamping itu, PKM juga telah mengubah
aktiviti mereka ke hutan dengan membuat
penentangan secara kekerasan.
 Sehubungan itu, kerajaan bertindakbalas
dengan mengistiharkan darurat dan dengan
itu lengkaplah misi pihak berkuasa untuk
membendung kepentingan ekonomi dan
politik negara. 29
 Apabila kerajaan baru mengantikan Inggeris
ada satu matlamat baru iaitu menggalakkan
penubuhan TU, bebas dan demokrasi.
 Pada 1940-65 hubungan buruh bersifat
voluntery. Bermaksud sekiranya berlaku
pertikaian di antara pekerja-majikan , mereka
boleh melancarkan tindakan mogok tanpa
campurtangan kerajaan.
 Industrial Court Ordinance 1948
membenarkan campurtangan oleh kerajaan
jika mempunyai permintaan bersama oleh
kedua-dua pihak yang bertelingkah.
30
 Walaubagaimanapun, keadaan ini telah
berubah selepas tahun 1965, dimana kerajaan
telah mengubal “peraturan-peraturan perlu”
dan antara kandungannya ialah :
- melarang tindakan mogok;
- menubuh Tribunal Industri;
- kerajaan memberi kuasa penuh kepada
menteri untuk campurtangan dalam
mana-mana pertikaian perusahaan; dan
- perlu merujuk kepada Jabatan Buruh
dalam mana-mana pertikaian yang tidak
diselesaikan.

31
 Pindaan pada tahun 1967, Trade Union
Ordinance (1959) telah membenarkan
pegawai-pegawai menyertai TU kecuali polis,
tentera, ahli profesional dalam kerajaan.

32
2.4 Penubuhan MTUC

 Latarbelakang penubuhan MTUC adalah


dengan kemunculan segolongan kecil
pemimpin kesatuan-kesatuan baru selepas
Perang Dunia Kedua. Mereka telah bergerak
terpisah daripada PMFTU.
 MTUC mendapat sokongan kerajaan kerana
matlamatnya adalah untuk membantu dasar-
dasar kerajaan dab ia berbeza dengan PMFTU
adalah untuk menetang pihak berkuasa.
Dengan itu, MTUC dianggap sebagai alternatif
untuk para pekerja.
33
 Pemimpin MTUC kebanyakkan pada masa
tersebut adalah terdiri daripada kaum India
yang mendapat pendidikan Inggeris. Di
antara pemimpin yang mengasas ialah P.P
Narayanan.
 MTUC mempunyai hubungan dengan
International Confederation of Free Trade
Union (ICFTU).
 Pemilihan pucuk pimpinan MTUC adalah di
buat melalui perwakilan.
 Ia ditubuhkan hasil gabungan daripada
beberapa kesatuan sekerja yang terdiri
daripada berbagai tred dan perusahaan.
34
 Ia juga tidak didaftarkan dibawah Ordinan
Kesatuan Sekerja 1948 tetapi di bawah
Ordinan Persatuan-Persatuan 1949 (Societies
Ordinance).
 Dari segi politik, MTUC cuba bersikap neutral
yang hanya memperjuangkan nasib pekerja.
Walaubagaimanapun, peranan MTUC dalam
aspek politik tidak dapat dielakkan kerana
penubuhannya telah mendapat pengiktirafan
kerajaan dan sudah tentu ia pro-kerajaan.
 Disamping itu, ada desas desus mengatakan
mereka menyokong parti pembangkang dengan
penangkapan pemimpin kanan mereka di
Singapura.
35
 Oleh itu, pucuk pimpinan MTUC cuba
menafikan perkara ini dengan menyatakan
falsafah mereka adalah untuk pekerja dan
kebajikan mereka. Namun begitu, mereka
tidak menyekat ahlinya untuk bergiat aktif
dalam politik.
 Disamping itu, P.P Narayanan telah
menggangap hubungan industri adalah
sebagai masalah kemanusiaan.
 Sehubungan itu, kesan daripada penubuhan
MTUC adalah untuk menghapuskan anasir-
anasir komunis di Tanah Melayu.
36
2.5 Perkembangan Buruh Dibawah
Dasar Ekonomi Baru
 DEB diperkenalkan adalah kesan daripada
peristiwa 13 Mei 1969 yang mempunyai dua
tujuan utama iaitu membasmi kemiskinan dan
membentuk perpaduan kaum.
 Apabila parlimen telah berfungsi semula,
beberapa peruntukan dalam Peraturan-
peraturan Perlu Kesatuan Sekerja 1969
tersebut telah dijadikan undang-undang tetap
dengan beberapa tujuan iaitu:

37
- untuk menjamin fungsi yang dimainkan
oleh TU adalah berkesan; dan
- untuk menjamin kepentingan ahli
kesatuan dan negara dalam keadaan
selamat.
 Disamping itu, TUA yang telah dipinda pada
1971 telah dienakmenkan dan antara ciri-cirinya
ialah:
- menghapuskan peruntukan sijil
pendaftaran sementara;
- menghapuskan peruntukan bagi
kewujudan tabung politik dalam TU;
- memberi kuasa kepada registrar untuk
tidak didaftarkan semula kepada mana- mana
TU yang terlibat dengan kegiatan haram;
38
- mengeluarkan peraturan baru bagi
melindungi daripada tindakan mogok liar; dan
- mengeluarkan peraturan baru iaitu hilang
kelayakan bagi pegawai atau pekerja parti
politik daripada memegang jawatan.
 Disamping itu, pindaan lain yang menjadi
undang-undang tetap ialah pada 1 Nov 1971
(sek.13 IRA) memperuntukkan hak majikan
dalam common law dapat dibuat secara bertulis
supaya kepentingan mereka dalam amalan
hubungan industri tidak dilenyapkan.

39
 Hal ini terutamanya berkaitan dengan
managerial prerogative iaitu menghadkan
skop penawaran bersama(CB) dengan
melarang TU membangkitkan dalam mana-
mana tuntutan berhubung dengan perkara-
perkara dalam Sek. 13 (3) IRA 1967 a hingga
f.
 Undang-undang buruh yang berjalan pada
tahun 1971 telah berjalan dengan aman,
demi untuk mencapai DEB.
 Dengan hak collective bargaining yang di
kawal dan kebebasan tindakan perusahaan
yang terbatas, maka kebanyakkan TU yang
besar telah menukar haluan mereka dengan
40
membuat pelbagai aktiviti ekonomi seperti:
- projek manufacturing tekstil oleh NUPW
- koperasi perumahan oleh CUEPACS
- skim pinjaman oleh NUTP
- penubuhan bank buruh oleh MTUC
 Kerajaan telah menunjukkan galakkan kepada
kegiatan di atas. Oleh itu, pasa 1973
kerajaan telah meminda TUA 1959 iaitu
dengan membenarkan kesatuan-kesatuan
melabur lebihan tabungan dalam perniagaan
dengan persetujuan bertulis daripada
kerajaan mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan.

41
 Pada Feb 1975, suatu perundingan berkaitan
dengan The Code of Conduct for Industrial
Relation telah diadakan di antara MTUC dan
MEF.
 Kesan daripada pelaksanaan kod ini telah
mengurangkan bilangan tindakan mogok
daripada 64 (1975) kepada 28 (1980).
 Walaubagaimanapun pada tahun 1979 situasi
harmoni ini dicemari dengan pertikaian antara
MAS dan AEU. Dimana buat pertama kali
pemimpin kesatuan sekerja ditahan dibawah
ISA.
42
 Impak daripada peristiwa itu kerajaan telah
memperketatkan TUA 1959 pada tahun 1980.
 Pada tahun 1980-an, pindaan tersebut
memberi kuasa kepada Pendaftar seperti
menyekat aktiviti persatuan dengan tidak
mendaftarkan semula atau dibatalkan
penyertaan.
 Pendaftar diberi kuasa mengarah kesatuan untuk
tidak melakukan sebarang cadangan tindakan
mogok, jika didapati tindakan mogok itu salah
disisi undang-undang.
 Pendaftar juga dibenarkan untuk membatalkan
mana-mana undi sulit yang dilakukan melanggar
undang-undang.
43
 Pendaftar juga dibenarkan memeriksa mana-
mana permis atau pejabat TU pada bila-bila
masa.
 Disamping itu, Pendaftar juga dibenarkan
memeriksa dokumen atau akaun yang
berkaitan dengan pelaburan tabung kesatuan
sekerja.
 Manakala pada tahun 1989, kerajaan telah
menyatakan bahawa kekangan pada undang-
undang buruh ini adalah bertujuan untuk :
- meningkatkan kecekapan;
- persaingan dalam ekonomi; dan
- melindungi kaum buruh.
44
 Pindaan pada tahun 1989 adalah dilihat
sebagai fokus kerajaan dalam menggalakkan
pembentukan in-house union.
 Ketika ini definisi TU telah ditukar dengan
tujuan untuk memberi penekanan kepada
keperluan meningkatkan produktiviti dan
hubungan pekerja- majikan yang harmoni.
Ini kerana definisi yang sedia ada bersikap
negatif dari segi konflik dan penyelesaian
konflik yang lebih bersifat konfrantasi.
 Disamping itu, beberapa pindaan telah
dilakukan pada tahun 1989 berkaitan dengan
TUA 1959 seperti:
45
- Sek. 28(1) mengurangkan masa
kelayakan bagi pekerja untuk menjadi
pegawai dalam kesatuan iaitu daripada 3
tahun kepada setahun.
- Sek.56 memberi masa yang panjang
bagi laporan tahunan kesatuan dari 3 bulan
kepada 6 bulan.
- Sek. 26(3) membenarkan undian
dijalankan secara sulit untuk menentukan
keahlian

46
 Dalam IRA 1967, terdapat beberapa pindaan
yang telah dilakukan pada tahun 1989. Di
antaranya ialah:
- Sek. 20 iaitu mengurangkan
pergantungan seseorang ahli yang tidak
berpuashati kepada kesatuanya untuk
membelanya bagi pemberhentian pemecatan
yang tidak adil dengan menghadkan
masa untuk mendengar pemecatan
tersebut
- Sek. 56 iaitu menguatkuasakan award
Mahkamah Perusahaan supaya lebih
berkesan seperti award di Mahkamah Tinggi.

47
- Sek 12 iaitu telah memanjangkan masa
menunggu bagi TU membuat permohonan
pendaftaran semula dari 3 bulan kepada 6
bulan.
 Oleh itu, apa yang dapat dilihat pada masa DEB
terdapat beberapa pindaan dan undang-undang
yang dibuat yang berkaitan dengan undang-
undang buruh adalah bertujuan untuk menjaga
kepentingan pekerja, majikan, kerajaan dan
rakyat.
 Contohnya dalam IRA 1967, telah menetapkan
kandungan dalam collective agreement tidak
boleh kurang daripada peruntukan dalam Akta
Pekerjaan 1955.
48
SEE YOU AGAIN….

49

You might also like