You are on page 1of 49

PERLEMBAGA

AN MALAYSIA
- BAHAGIAN 3 -

Ms. Zunika Samiyah Khalib


PENGENALAN

Bab ini akan menceritakan mengenai perjalanan Tanah Melayu memperolehi


kemerdekaan dari British dan pembentukan perlembagaan negara, menerusi 4
fasa:

(i) Malayan Union


(ii) Persekutuan Tanah Melayu
(iii) Kemerdekaan
(iv) Kontrak Sosial
(I) MALAYAN
UNION
SEBAB PENUBUHAN
MALAYAN UNION
 Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu,
Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945.
 Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan
tandatangan raja-raja Melayu.
 Faktor penubuhan Malayan Union:
- Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan
pengurusan pentadbiran.
- British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu
bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union
dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-raja Melayu.
CIRI-CIRI
MALAYAN UNION
 Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan
Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan
dan Majlis Undangan.
 Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan (negeri naungan /
protectorate).
 Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.
 Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan
keturunan.
SEBAB PENENTANGAN
TERHADAP
MALAYAN UNION
 Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.
 Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan
Inggeris.
 Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli.
 Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
 Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu
yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.
PERISTIWA PENENTANGAN
MALAYAN UNION
 Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu.
 Tapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward
Gent sebagai gabenor pertama.
 Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British
mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah
Melayu.
 British sedar tanpa sokongan orang Melayu, Malayan Union akan gagal.
SOALAN 1
Pilih salah satu daripada SEBAB PENENTANGAN TERHADAP
MALAYAN UNION, dan jelaskan dengan terperinci beserta dengan
contoh yang relevan.
*Tiada limitasi perkataan
(II) PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
PENUBUHAN
PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU
 British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada 4
wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British.
 Ia bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh
diterima oleh orang Melayu.
 Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember
1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
 Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU
 9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan
Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.
 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.
 Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi.
 Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri
 Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
MAJLIS MESYUARAT
PERSEKUTUAN
 Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri.
 1951- Sistem Ahli diperkenalkan.
 British melantik beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi
ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti
menteri.
 Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan
bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.
SOALAN 2
Lakukan pencarian terhadap Sistem Ahli. Nyatakan pandangan
kamu, adakah Sistem Ahli ini membantu dari segi perkembangan
system pentadbiran Tanah Melayu pada masa itu?
*Tiada limitasi perkataan
(III)
KEMERDEKAAN
PILIHANRAYA
 Pilihanraya 1:
- 1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran
Pulau Pinang.
- UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN.
- Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.
 Pilihanraya 2:
- Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
- 12 kerusi dipertandingkan
- PERIKATAN menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.
 1953: PERIKATAN cadangkan kepada British supaya diadakan pilihanraya
untuk seluruh Tanah Melayu.
 1955: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA (52 kerusi):
- 8 parti bertanding
- PERIKATAN menang 51
- PAS menang 1 (di Kerian, Perak)
 Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan
menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.
 Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia
berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
 Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO
cukup besar. PERIKATAN yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh
membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal
ini tidak dilakukan kerana gabungan semua rakyat adalah lebih baik untuk
masa depan negara.
PERJANJIAN LONDON
 Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan
sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.
 Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang
Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.
 Januari 1956: rombongan 8 orang wakil berangkat ke London (4 wakil Raja
Melayu & 4 wakil Perikatan).
 Diketuai Tunku Abdul Rahman.
 Wakil Raja-raja Melayu:
- En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
- Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
- Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
 Wakil PERIKATAN:
- Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri) selaku “Ketua Rombongan”
- Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
- Kol. H. S. Lee (Menteri Pengangkutan)
- Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
- Setiausaha: T. H. Tan
 Rombongan ini bertujuan untuk berunding dengan pegawai British sebagai
usaha menuntut kemerdekaan.
 Rundingan berlangsung 3 minggu mulai 18 Januari – 8 Februari 1956.
 Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya
persetujuan:
- British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
- Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel & menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
- British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.
- Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah
Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
 Menurut Perjanjian London, perlembagaan mestilah mengambil kira:
- Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
- Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak raja-raja.
- Mewujudkan jawatan ketua negara yang bergelar YDA.
- Pemeliharaan hak-hak istimewa org Melayu dan hak-hak yang sah
kaum-kaum lain.
- Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk
seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya
Reid yang ditubuhkan pada 1956.
 Keahliannya:
- Lord Reid (British) - Sir Ivor Jennings (British)
- Sir William Mckell (Australia) - B. Malik (India)
- Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
 Suruhanjaya ini meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang
ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.
 Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan
pandangan semua rakyat  KONTRAK SOSIAL.
SOALAN 3
Pada pandangan kamu, adakah wajar sekiranya Suruhanjaya Reid
tidak diwujudkan untuk membantu merangka perlembagaan pada
masa itu?
*Tiada limitasi perkataan
(IV) KONTRAK
SOSIAL
PENGERTIAN
KONTRAK SOSIAL
 Iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang
sangat penting kepada kestabilan negara.
 Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli.
 Orang Melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama
Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu.
 Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, diperbaharui
apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada
16 September 1963.
PEMBENTUKAN MALAYSIA
 Dicadangkan oleh Tunku Abd Rahman pada 27 Mei 1961.
 Tunku Abd Rahman menyedari bahawa Malaya dan negara-negara lain di
rantau ini sukar untuk berdiri atas kaki sendiri terutamanya dengan banyak
persaingan yang berlaku di peringkat antarabangsa.
 Idea untuk menyatukan negara-negara jajahan British ini telah banyak kali
dibincangkan sebelum Malaya perolehi kemerdekaan lagi.
FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN MALAYSIA
 Ancaman dan pengaruh dari Komunis.
 Memberikan kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
 Berkongsi keuntungan ekonomi.
 Memperjuangkan hak Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
RESPON
NEGARA-NEGARA ASEAN
 Indonesia:
- Ganyang Malaysia
 Filipina:
- Tuntutan terhadap Sabah
PROSES PEMBENTUKAN
MALAYSIA
 Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC):
- Menjelaskan konsep Malaysia kepada orang awam.
- Mendapatkan persetujuan bersama dari pemimpin politik.
 Suruhanjaya Cobbold:
- Mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai
pembentukan Malaysia.
 Inter-government Committee:
- Membentuk Perlembagaan Malaysia dengan merujuk kepada
Perlembagaan Persekutuan Malaya + laporan dari Suruhanjaya Cobbold +
rangka kerja dari MSCC.
ISU BRUNEI DAN
SINGAPURA
 Brunei tarik diri dari gabungan ini kerana:
- Brunei seperti hanya mahukan kemerdekaan, tetapi kuasa untuk
mengawal negara itu tidak mahu digabungkan dengan Malaysia.
 Singapura mempunyai banyak konflik dan perselisihan dengan Malaya:
- PAP (diketuai oleh Lee Kuan Yew) ingin bersaing dengan Parti
PERIKATAN dibawah pimpinan Tunku Abd Rahman.
UNSUR-UNSUR TRADISI
PERLEMBAGAAN DAN
KONTRAK SOSIAL
 Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia
& memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
 Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang-
undang.
 Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang
Melayu & bumiputera Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja.
 Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan dilindungi di bawah
Akta Hasutan.
 Dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan
awam.
SOALAN 4
Adakah unsur-unsur tradisi ini masih lagi relevan pada masa
sekarang? Nyatakan pandangan anda.
*Tiada limitasi perkataan
TERIMA KASIH

You might also like