You are on page 1of 26

BAB 8 :

PERHUBUNGA
N LUAR
HUBUNGAN
DIPLOMATIK
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
-Perjanjian berlaku di satu tempat bernama Hudaibiyah berhampiran Makkah
-Pada hari Isnin, 1 Zulkaedah tahun keenam Hijrah, baginda memulakan perjalanan ke Makkah diiringi oleh
isteri baginda dan 1400 orang Islam
-Sampai di Hudaibiyah, rombongan baginda berhenti dan menghantar Uthman bin Affan sebagai duta Islam
kepada Quraisy
-Uthman tidak kembali dan tersebar berita bahawa Uthman telah dibunuh
-Rasulullah SAW telah mengambil bai'ah daripada rombongannya
-Bai'ah tersebut dinamakan Bai'ah al-Ridhwan
-Suhail bin Amru berbincang dengan Rasulullah SAW dan bersetuju untuk berdamai berasaskan perjanjian :
a.Rasulullah SAW dan umat Islam hendaklah pulang pada tahun ini dan hanya boleh memasuki Makkah pada
tahun hadapan serta boleh tinggal di situ selama tiga hari
b.Gencatan senjata antara kedua-kedua belah pihak akan berlangsung selama 10 tahun
c.Sesiapapun boleh memilih untuk bersekutu dengan mana-mana pihak sama ada pihak Muhammad SAW atau
pihak Quraisy
d.Sesiapa yang mendatangi Muhammad kerana melarikan diri untuk masuk Islam daripada pihak Quraisy
tanpa izin walinya hendaklah dikembalikan kapada Quraisy manakala sesiapa yang mendatangi Quraisy
daripada pihak Muhammad tidak akan dikembalikan kepada Muhammad SAW
-Walaupun ada sahabat yang tidak bersetuju dengan isi perjanjian itu, tetapi Rasulullah SAW tetap
menerimanya kerana perjanjian tersebut amat menguntungkan umat Islam untuk jangka masa panjang
SURAT PERUTUSAN
NABI MUHAMMAD
Islam
SAW
-Salah satu wasilah yang digunakan dalam menyebarkan dakwah

-Rasulullah SAW telah mengirimkan surat- surat diplomatik melalui


utusan diplomatik baginda dan kandungan surat tersebut mengajak
pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta rakyat negara lain
untuk memeluk agama Islam
-Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat untuk membuatkan
cop mohor berupa cincin perak yang berukiran kalimat "Muhammad
Rasulullah"
1.Surat untuk Raja Habsyah Melalui Utusan Amru Bin Umaiyah
-Raja Habsyah ialah raja beragama Kristian yang bernama Asyam bin Al-Jabr
atau lebih dikenali dengan Raja Najasyi
-Raja Najasyi memeluk Islam selepas menerima surat Rasulullah SAW dan
kemudiannya membalas surat baginda
2.Surat untuk Raja Bahrain Melalui Utusan Ala Bin Hadrami
-Raja Bahrain pada ketika itu ialah Munzir bin Sawa
-Seperti Raja Najasyi, Munzir bin Sawa berbesar hati menerima utusan itu dan
menerima dan memeluk Islam
3.Surat untuk Raja Oman Melalui Amr bin Al-'As
-Kedua-dua raja Oman iaitu Jayfar dan Abd bin Julandi memeluk Islam
4.Surat untuk Pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam Melalui
Utusan Shuja' bin Wahb al-Asadi
-Pemerintah Damsyik dan gabenor Syam ialah Munzir bin Harith bin Abi Shamir al-Ghassani.
-Pada mulanya, mereka memberi respon yang kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang Madinah.
-Mereka kembali tenang setelah dipujuk oleh Shuja' bin Wahb al-Asdi dan melayan utusan Rasulullah SAW
dengan sopan dan penuh hormat
-Mereka tidak memeluk Islam

5.Surat untuk Pemerintah Yamamah Melalui Utusan Salit Bin 'Amr


-Pemerintah Yamamah ketika itu ialah Hauzah bin Ali yang beragama Kristian
-Beliau menyatakan persetujuan untuk memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah bagi
separuh negara Islam
-Beliau meninggal dunia beberapa hari setelah beliau menyatakan syaratnya

6.Surat untuk Raja Iskandariah Melalui Utusan Hatib Bin Abi Balta'ah
-Pemerintah Iskandariah ialah Jarih bin Mathew atau lebih dikenali Raja Muqaugis
-Beliau berjanji akan mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah SAW dengan penuh
hormat dalam sebuah peti yang diperbuat daripada gading
-Beliau juga mengirimkan hadiah kepada Rasulullah SAW sebagai tanda persahabatan
7.Surat untuk Maharaja Rom Melalui Utusan Dihiyah al-Kalbi
-Maharaja Rom ialah Heracleus
-Walau bagaimanapun, Heracleus tetap menerima surat daripada Rasulullah SAW namun Heracleus ingin
mengetahui kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW
-Heracleus bertanya akan Abu Sufyan yang tentang peribadi, keturunan, kedudukan sosial dan kejujuran
Rasulullah SAW
-Heracleus mengutarakan pendapatnya bahawa soalan- soalan yang diutarakannya memperlihatkan ciri-ciri
seorang nabi menurut pandangannya dan sebagaimana yang dibaca oleh baginda di dalam Kitab Injil
-Heracleus berasa terharu dengan surat Rasulullah SAW dan melayan wakil baginda dengan penuh hormat
Ada riwayat menyatakan bahawa Heracleus memeluk Islam secara sembunyi namun riwayat yang lain
menyatakan bahawa beliau tetap kafir sehingga menemui ajal

8.Surat untuk Raja Parsi Melalui Abdullah Bin Huzaifah


-Raja Parsi begitu marah selepas membaca surat tersebut lalu mengoyakkannya
-Beliau berasa terhina kerana menganggap salah seorang rakyatnya iaitu Rasulullah SAW berani menulis
namanya sebelum nama baginda
-Apabila Abdullah bin Huzaifah kembali ke Madinah dan memberitahu Raja Parsi telah mengoyak surat
tersebut, Rasulullah SAW lantas menyatakan bahawa kerajaan dan empayar Khosroe Pervez bakal musnah
sebagaimana beliau mengoyak surat baginda
9.Surat untuk Amir, Pemimpin dan Pemerintah yang Lain
-Antara mereka yang memeluk Islam ialah:
a.Ferda bin Umro al-Khizai memeluk Islam pada tahun kelima Hijrah
b.Thumamah dari Najd yang memeluk Islam pada tahun keenam Hijrah
c.Jabla, pemerintah Ghassan memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah
d.Kedar, pemerintah Daumatul Jandal memeluk Islam pada tahun kesembilan
Hijrah:
e.Dzul Kala bin Himyar, Raja Himyar memeluk Islam pada tahun kesembilan
hijrah
Hubungan Diplomatik Zaman Khulafa' Al-Rasyidin
-Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya -Semasa pemerintahan Khalifah Umar beliau
mempertahankan kerajaan Islam d Madinah telah menawan Mesopotamia dan sebahagian
daripada ancaman kuasa-kuasa dari Kerajaan kawasan Parsi daripada Empayar Parsi
Parsi di sebelah timur dan Byzantine di sekaligus berjaya menamatkan hayat Empayar
sebelah barat yang kerap kali mengancam Parsi serta menawan Mesir, Palestin, Syam,
kerajaan Islam di Madinah Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine
-Beliau melantik panglima perang iaitu Khalid -Setelah Islam berjaya menakluk
bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera Baitulmuqaddis, paderi besar Baitulmuqaddis
yang dipecahkan kepada empat batalion iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu
tentera : kepada Khalifah Umar dan mengajak Khalifah
a.batalion pertama dipimpin oleh Yazid bin Umar supaya bersembahyang di dalam gereja
Abi Sufian besar Kristian iaitu Church of the Holy
b.batalion kedua dipimpin oleh Shurahbil bin Sepulchre tetapi Khalifah Umar menolak dan
Hasanah sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa
c.batalion ketiga dipimpin oleh Abu Ubaidah jauh daripada gereja tersebut kerana tidak
al-Jarrah mahu mencemarkan status gereja tersebut
d.batalion keempat dipimpin oleh Amru bin al- sebagai pusat keagamaan Kristian
As
NAUNGAN
NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH
-Cukai jizyah diertikan sebagai cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang tinggal di negara
Islam untuk menjamin perlindungan dan keselamatan nyawa, harta benda serta amalan agama mereka
-Antara syarat jizyah yang dikenakan :
a.Sihat daripada segi fizikal dan mental
b.Sampai umur akil baligh
c.Mestilah kaum lelaki
d.Merkemampuan untuk membayar jizyah
e.Sihat
f.Selamat daripada bencana yang berpanjangan seperti buta atau sakit tua
g.Merdeka
-Jizyah boleh dibahagikan kepada dua :
a.Jizyah secara baik - atas dasar kerelaan dan persetujuan
b.Jizyah secara paksa- pihak pemerintahan sendiri yang menentuk kadarnya
-Orang bukan Islam yang menduduki negara Islam yang membayar jizyah terbahagi pula kepada dua golongan :
a.Golongan Zimmi -orang yang bukan Islam, tunduk dan patuh pada pemerintah
b.Golongan al-Mustakim - golongan pendatang yang dibenarkan tinggal negara Islam secara aman dalam tempoh tertentu
-Mereka juga berhak menunaikan tanggungjawab terhadap negara Islam seperti orang Islam antaranya :
a.Menghormati undang-undang Islam
b.Menghormati syiar dan umat Islam
c.Bersama-sama mempertahankan negara daripada ancaman luar
d.Bersama-sama membangunkan negara Islam
ANTARA NAUNGAN YANG BERHAK DITERIMA :

1.HAK MENDAPAT 2.HAK MENDAPAT


PERLINDUNGAN KEHORMATAN DIRI
-Perlindungan daripada ancaman luar -Maruah orang-orang Zimmi harus dijaga
-Pembelaan daripada kezaliman dalam sama seperti maruah umat Islam
negara -Sesiapa yang menyakiti mereka dianggap
-Perlindungan kehormatan darah atau mengkhianati Allah, Rasul, dan agama
tubuh badan (tidak boleh membunuh kerana mereka berada di bawah
mereka) perlindungan dan tanggungan Islam
-Pemeliharaan harta benda
3.HAK KEBEBASAN BERAGAMA
-Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk menukar dari satu pegangan agama kepada agama yang lain
-Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam serta umat Islam perlu menghormati rumah- rumah
ibadat mereka

4.HAK MEMPEROLEH PERLINDUNGAN (KEBAJIKAN) PADA


HARI TUA ATAU MISKIN
-Mana-mana golongan Zimmi yang telah tua dan tidak mampu melakukan pekerjaan atau mendapat bencana
berhak memperoleh perlindungan daripada kerajaan Islam
-Mereka terlepas daripada membayar jizyah dan diperuntukan bantuan sara hidup terhadap mereka dan anak-
anak mereka daripada Baitulmal

5.KEBEBASAN BEKERJA DAN MEMEGANG JAWATAN


DALAM KERAJAAN
-Orang bukan Islam diberikan kebebasan bekerja dalam apa-apa jua bidang pekerjaan namun mereka tidak
dikecualikan daripada larangan agama Islam seperti menjalankan perniagaan yang mengandungi unsur riba
serta menjual arak atau babi
-Mereka dibenarkan memegang jawatan kerajaan dalam negara Islam kecuali beberapa jawatan yang
mempunyai ciri-ciri keagamaan
NAUNGAN MELALUI
PEMBAYARAN JIZYAH
PADA ZAMAN KHULAFA'
AL-RASYIDIN DAN
ZAMAN BANI UMAIYAH
PELAKSANAAN JIZYAH
-Cukai jizyah bermula pada Zaman Nabi Muhammad SAW apabila suku Yahudi Taima membayar cukai
itu untuk mendapatkan perlindungan di bawah negara Islam Madinah
-Pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, sistem cukai jizyah dikembangkan ekoran perluasan kerajaan Islam
ke wilayah Mesopotamia, Asia Tengah, Syam dan Afrika
-Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, pemimpin Hirah telah bersetuju membayar jizyah
sebanyak 19 ribu Dirham setahun setelah diberikan tiga pilihan iaitu sama ada memeluk Islam, diserang
atau membayar jizyah
-Khalifah Umar bin al-Khattab ialah pemimpin pertama yang mengenakan cukai kepada ahli Zimmah
iaitu penduduk bukan Islam yang tinggal di wilayah Islam
-Penduduk yang kaya akan dikenakan 48 Dirham dan yang miskin sebanyak 12 Dirham manakala ahli
Zimmah yang lemah dan tidak
berdaya akan mendapat pemberian atau insentif khas daripada Baitulmal negara
-Selaras dengan dasar meluaskan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Umaiyah,
Khalifah Muawiyah telah menubuhkan sebuah jabras kewangan khas bagi menguruskan hal ehwal
percukaian termasuk cukai jizyah
-Tujuan penubuhan jabatan tersebut adalah untuk memastikan bahawa semua projek dan perancangan
kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jabatan kewangan tersebut dikenali sebagai Diwan al-
Kharaj
PERUBAHAN DASAR PELAKSANAAN JIZYAH
-Pada asalnya cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam (Zimmi) saja dan prinsip ini diamalkan
pada zaman Khulafa' al-Rasyidin
-Bermula daripada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, cukai jizyah telah dikenakan bukan saja
kepada orang bukan Islam tetapi juga kepada orang Islam keturunan bukan Arab (Mawali)
-Dasar baru yang mendiskriminasikan orang Islam bukan Arab adalah untuk mengatasi masalah
kewangan dan keadaan ini telah menghalang orang bukan Islam memeluk agama Islam bagi
mengelakkan bayaran cukai jizyah
-Dasar baharu dalam pelaksanaan cukai jizyah membangkitkan penentangan daripada umat-umat Islam
bukan keturunan Arab
-Tindakan ini dianggap bersifat perkauman Arab dan mendiskriminasikan kaum bukan Arab
-Buat pertama kali golongan rahib (paderi) dikenakan cukai jizyah semasa pemerintahan Khalifah
Abdul Malik
-Bentuk bayaran jizyah juga mengalami perubahan bermula pada zaman Khalifah Abdul Malik yang
sebelumnya cukai jizyah boleh dibayar dalam bentuk hasil tanaman tetapi Khalifah Abdul Malik telah
menghentikan pembayaran secara barangan dan menetapkan bahawa cukai jizyah haruslah dibayar
dalam bentuk wang tunai
-Kadar bayaran cukai jizyah telah dinaikkan sebanyak empat kali ganda
Perubahan Dasar terhadap Cukai Jizyah Pada Zaman Pemerintahan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
-Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, bayaran jizyah dihapuskan terhadap orang kafir Zimmi
yang memeluk Islam dan tindakan ini adalah selari dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah
-Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk :
a.Menarik mereka terhadap Islam
b.Menghapuskan diskriminasi terhadap golongan Mawali
c.Menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur antara Arab dan bukan Arab
d.Memujuk orang bukan Islam memeluk agama Islam
-Kadar bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi yang belum memeluk Islam juga dikurangkan supaya
tidak membebankan rakyat
-Selepas kematian Khalifah Umar, dasar cukai jizyah yang diperkenalkan oleh beliau telah
dimansuhkan
-Khalifah Yazid II, pengganti Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengembalikan semula dasar diskriminasi
terhadap golongan Islam bukan Arab dengan membayar cukai jizyah dengan kadar nilai dinaikkan
sebanyak 50 peratus
PERJANJIAN
KERAJAAN BYZANTINE
-Musuh tradisi kerajaan Islam sejak zaman-berzaman
-Kerajaan Byzantine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiyah pada awal penubuhannya
dengan mengutus bala tentera berkuda untuk memerangi Islam
-Keadaan yang berlaku memaksa Khalifah Abu al-Abbas mengutuskan gabenornya di Syam bagi mematahkan serangan
tersebut namun begitu hasratnya menemukan kegagalan kerana beliau meninggal dunia terlebih awal
-Apabila al-Mansur dilantik menjadi khalifah, beliau telah berusaha untuk menguasai kembali kawasan yang dirampas
oleh kerajaan Byzantine
-Beliau membina kekuatan di beberapa kawasan utama yang terbahagi kepada dua kawasan :
a.Kubu al-Jazariah - kawasan yang dikhaskan untuk mempertahankan kepulauan Furat dan utara Iraq
b.Kubu Syam - terletak di barat kubu al-Jazariah dan berfungsi untuk mempertahankan Syam
-Raja Byzantine, Costantinople IV mengajukan perjanjian damai dengan kerajaan Abbasiyah dan bersedia membayar
cukai kepada Baghdad setiap tahun
-Pada tahun 779 Hijrah, Khalifah al-Mahdi telah mengirimkan sebuah pasukan yang kuat di bawah pimpinan al-Hasan
bin Quhtabah ke negeri Rom
-Pada tahun 780 Hijrah, Khalifah al-Mahdi telah memimpin sebuah pasukan tentera menuju ke sempadan Byzantine
dan sampai di Mosul dan Hall dan beliau meninggalkan pesan kepada puteranya, Khalifah al-Rashid untuk meneruskan
usaha memerangi tentera Byzantine
-Keadaan ini memaksa Ratu Irene (yang pada waktu itu memerintah atas nama puteranya, Costantine VI) untuk
melakukan perundingan, maka kedua-dua pihak bersepakat bahawa kerajaan Byzantine wajib menyerahkan cukai
tahunan dan membiarkan para tentera Abbasiyah bagi mempermudah gerakan ketenteraannya
-Pada zaman Khalifah al-Rashid, beliau telah memerintahkan agar kawasan kubu dijadikan kawasan berasingan dinamakan kubu
Thugur dan Awasim yang bertujuan untuk mempertahankan sempadan negara dengan Byzantine serta membina beberapa kubu baharu
seperti kubu Ayn Zariah dan Zabtarah
-Penguasa kerajaan Byzantine, Nafqur (Nicephorus I) enggan membayar cukai kepada kerajaan Abbasiyah sebagaimana dalam
perjanjian sebelum ini antara Ratu Irene dengan kerajaan Abbasiyah
-Tindakan Naqfur tersebut menyebabkan Khalifah al-Rashid telah mengutus surat ugutan kepada kerajaan Byzantine bahkan Khalifah
al-Rashid sendiri keluar memimpin satu pasukan tentera yang besar untuk memerangi kerajaan Byzantine
-Naqfur telah mengaku kalah dan mengikat perjanjian damai dengan kerajaan Abbasiyah. Melalui perjanjian tersebut, Naqfur berjanji
akan membayar cukai kepada Khilafah Abbasiyah
-Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mu'tasim, pemerintah Byzantine, Taufil bin Mikhail enggan membayar cukai tahunan dan
akhirnya pada tahun 223 Hijrah/839 Masihi Khalifah al-Mu'tasim mengerahkan pasukan yang sangat besar ke Kota Ammuriah
-Perang Ammuriah ini adalah antara pertempuran terhebat yang melibatkan tentera Islam dan Byzantine disebabkan ketidakpuasan
hati pemerintah Taufil bin Mikhail terhadap beberapa pos sempadan di negara-negara Islam
-Dari seluruh rangkaian peperangan melawan Byzantine bermula pada masa Khalifah al-Mansur sehingga Khalifah al-Mutawakkil
telah terjadi enam kali perjanjian damai
-Pemerintah Abbasiyah seterusnya sibuk dengan kekacauan dalam negeri dan ketidakstabilan politik menyebabkan Byzantine
mengambil peluang dan menduduki kembali wilayah-wilayah mereka yang pernah diduduki oleh kekuasaan Abbasiyah mulai dari
masa pemerintahan Khalifah al-Mans hingga Khalifah al-Mutawakkil
-Ada dalam kalangan para khalifah selepas Khalifah al-Mutawakkil berusaha untuk memiliki dan mempertahankan wilayah-wilayah
tersebut seperti al-Musta'in, al-Mu'tamid dan al-Muqtadir tetapi semuanya tidak berjaya
-Lemahnya kekuatan tentera Abbasiyah akibat kaum 'Alawiyyin (yang merupakan kaum yang terbanyak dan terkuat dalam tentera
Abbasiyah) telah melakukan pemberontakan serta terjadinya serangan kaum Atrak (orang-orang Turki) yang mengakibatkan
munculnya pelbagai kerajaan kecil di wilayah kekuasaan Abbasiyah seperti kerajaan Buwaih, Saljuk, dan Fathimiyah
KERAJAAN UMAWIYAH DI
ANDALUSIA
-Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umawiyah adalah sentiasa tegang akibat
permusuhan menyebabkan Abdul Rahman bin Mu'awiah cuba melarikan diri daripada kerajaan
Abbasiyah dan beliau berjaya menubuhkan kerajaan Umawiyah di Andalusia dengan menjadikan
Qurtubah atau Cordova sebagai ibu negaranya yangberlaku pada tahun 755 Masihi
-Khalifah Abu Ja'afar al-Mansur telah membuat satu revolusi untuk menjatuhkan al-'Ala bin
Mughis al-Jazami di Kota Bajah pada tahun 763 Masihi
-Usaha itu gagal kerana pemerintah kerajaan Umawiyah di Andalusia iaitu Abdul Rahman al-
Dakhil telah berjaya mematahkan usaha tersebut dan kejayaan Abdul Rahman al-Dakhil itu
menyebabkan Khalifah Abu Ja'afar al-Mansur menggelarkannya 'Istana Quraisy'
-Abdul Rahman telah menulis kepada pengikutnya di Syam untuk melantik anaknya Sulaiman
sebagai pemerintah Andalusia selepas kematiannya
KERAJAAN KAROLONJI
-Kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan terletak di Laut Adriatik iaitu di selatan
Perancis pada zaman sekarang
-Kerajaan ini berada di bawah kepemimpinan Raja Perancis yang bernama Sharlaman dan telah
mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah
-Kerjasama antara Sharlaman dengan Khalifah Harun al-Rashid dibuat dengan dua tujuan:
a.Memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umawiyah yang berdiri di Andalusia tetapi hal ini
tidak menghasilkan sesuatupun disebabkan kerajaan Umawiyah memiliki kekuatan yang cukup
besar
b.Sharlaman memperoleh beberapa faedah dari Baghdad terutamanya dalam keilmuan
HUBUNGAN LUAR DAN PERJANJIAN PADA ZAMAN
UTHMANIYAH
PERJANJIAN CARLOWITZ PERJANJIAN
(1699 MASIHI) PASSAROWIT (1718)
-Berlangsung semasa pemerintahan Sultan -Ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan
Mustafa II kerajaan Uthmaniyah kehilangan Timsuar,
-Antara isi daripada perjanjian tersebut ialah Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan
Uthmaniyah harus menyerahkan seluruh negeri Rumania
wilayah Hungaria, sebahagian besar Sloveni -Ditandatangani antara Sultan Ahmad III
Hemenietz, Padolia, Ukraine, Morea Croasia dengan Austria serta Venesia
kepada Habsburg serta sebahagian daerah -Kerajaan Uthmaniyah perlu menyerahkan
Dalmatia kepada Venesia semua daerah yang dikuasai Austria sementara
-Sebahagian wilayah dalam Uthmaniyah telah kerajaan Uthmaniyah hanya dibenarkan
jatuh ke tangan Venezia dan Habsburg. menduduki pulau-pulau yang direbut daripada
Venesia
PERJANJIAN RADSIN PERJANJIAN CATHARINA
(1774)
-Ditandatangani selepas kekalahan Turki -Rusia mengembalikan daerah Wallachia dan
kepada Russia Moldova kepada kerajaan Turki Uthmaniyah
-Menyerahkan Ukraine kepada Russia dan setelah berjaya menaklukinya, namun Rusia
membuka perniagaan kepada bangsa Cossack tetap berhak untuk turut campur tangan dalam
di LautHitam setelah mengusainya selama pemerintahan di dua daerah tersebut
beberapa abad -Rusia berhak mendirikan konsulat di seluruh
wilayah Turki Uthmaniyah sekaligus
melindungi kepentingan Kristian Ortodox di
wilayah-wilayah tersebut
-Kerajaan Turki Uthmaniyah menanggung
sebahagian besar perbelanjaan perang Rusia
yang berjumlah 4.5 juta Rubbel
-Rusia diberikan hak untuk menguasai seluruh
pelabuhan di Laut Azov dan Muara Sungai
Danube
-Kapal dagang Rusia dibolehkan untuk
melintasi selat Dardanella
PERJANJIAN SISTOVA PERJANJIAN JASSY (1792)
-Ditandatangi pada(1791)
tahun 1791 - -Berlangsung pada tahun 1792
Mengembalikan batas kedua-dua kerajaan ini -Kerajaan Turki Uthmaniyah menyerahkan
kepa keadaan sebelum perang pada tahun 1787 Crimea kepada Rusia.

PERJANJIAN PERJANJIAN
DARDANELA (1809) DARDANELA (1809)
-British berjanji untuk meninggalkan semua -Mengakhiri perang terakhir antara Rusia dan
wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah iaitu Mesir Turki Uthmaniyah yang berlangsung sejak
dan menghentikan pendudukannya atas wilayah tahun 1877
wilayah tersebut -Turki Uthmaniyah dan Russia
-Pemerintah Turki Uthmaniyah pula berjanji untuk menandatangani perjanjian San Stefano yang
mengakui secara rasmi hak-hak konsular British di
mengandungi pembebasan Romania, Serbia,
wilayah Turki Uthmaniyah
dan Montenegro serta memberikan kuasa
-Tujuan British menandatangani perjanjian ini
adalah untuk menjaga keamanan maritimnya di autonomi kepada Bosnia dan Herzegovina
perairan Mediterranean terhadap kemungkinan -Bulgaria juga diserahkan di bawah
ancaman serangan angkatan laut Rusia pengawasan Rusia
-Tidak ada kapal perang yang diizinkan melintasi
Selat Bosforus dan Dardanela
TERIMA
KASIH

You might also like