You are on page 1of 29

DRAMA

MAHKAMAH

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 1


09/15/2023
SINOPSIS
 Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu,
Hakim memulakan perbicaraan. Hakim
memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I
masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Tertuduh
I, Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian
seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca
pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu
Mek Teh binti Jali, berumur 99 tahun, di Taman
Gagak Putih.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 2
 Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa
raya. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah
dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan
dijalankan, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman
Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang
kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah
terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu
tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu
patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa
raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah terhadap
tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu
mengaku salah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan
pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya mengaku bersalah
terhadap tuduhan tersebut.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 3
SINOPSIS
 Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut,
Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang. Kulit pisang
tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah
disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak.
Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar.
Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin
Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu
bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang
yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah
itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan
perkara itu merupakan suatu contoh yang baik.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 4


SINOPSIS
 Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan
bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela
menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper
telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu,
seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di
dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit
pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu
letih, matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak
nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan
raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu
jatuh, kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin
Leper tidak bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam
bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada
tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 5
SINOPSIS
 Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan
hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper.
Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah
untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela
tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa raya.
Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan
mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan kambing itulah yang
perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku,
maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib.
Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah membuat
keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 6
SINOPSIS
 Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang
semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai
berbahasa Melayu. Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh II
mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim
menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya
membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-
komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah
dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari
stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk
subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut.
Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan
bahasa lnggeris seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance
Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 7
SINOPSIS
 Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta
pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan dalam
mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah
beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan
tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah terhadap tuduhan
tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan
dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak semula dan dia
mahu memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan Akinomoto
memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai
dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur
akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan
menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti
ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit,
kepercayaan, pangkat, kedudukan, dan sebagainya.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 8
TEMA
 Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu
keputusan.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 9


PERSOALAN
 Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela
dirinya.
› Namun begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin
Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela
untuk membela dirinya di mahkamah.
 Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.
› Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk
membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan.
 Kehidupan golongan yang terlibat dalam kerja-kerja untuk
menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan
golongan biasa.
› Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti
orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 10
PERSOALAN
 Denda akan dikenakan terhadap pihak yang
bersalah.
› Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak
beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur
akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa
dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya.
 Isu bahasa Melayu di mahkamah.
› Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih
belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap
dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 11
PLOT
 PERMULAAN
› Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim
memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I
masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa
raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat
bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan
kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di
Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak
bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk
membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk
berunding selama seminit.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 12
PLOT
 PERKEMBANGAN
› Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika
itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu,
dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh.
Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela
membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar.
Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan
rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper
tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit
pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itumeninggal dunia. Dengan
itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu
agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh
secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan
peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak
bersalah.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 13
PLOT
 KLIMAKS
› Tertuduh II (Akikino-komokotoko, ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk.
Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak
difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya
membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah
dituduh mencuri seekor beruk subsidi milli( kerajaan Malaysia dari stor JKK
Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu,
hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam
bahasa InggerisAkinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya
menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah
beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu, Tertuduh II dapat memahami
kestuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan
dia mahu mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu
memelihara anaknya.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 14
PLOT
 PELERAIAN
› Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut
dengan adil dan saksama, hakim niemerintahkan
Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga
selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia
perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai
umur akil baligh dan dia dipaksa memanjat pokok
kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai
tuannya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 15


TEKNIK PLOT
 DIALOG
› HAKIM: Siapa nama kamu?
› TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.
 PEMERIAN
› PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI MAHKAMAH
berdiri. TUAN HAKIM masuk (dengan iringan
muzik) lalu mengambil tempat. [

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 16


LATAR
LATAR TEMPAT
(a) Mahkamah Tempat berlangsungnya sidang
perbicaraan
(b) Taman Gagak Putih. Tempat Bulat bin Leper makan
sebiji pisang berangan dan tempat
Mek Teh bin Jali berjoging.

( c ) Stor JKK Ulu Dungun Tempat Tertuduh II mencuri seekor


beruk subsidi milik kerajaan
Malaysia

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 17


LATAR
LATAR MASA
Waktu pagi sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi.
20 Mac 1988 Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi
milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun pada 20
Mac 1988
Januari 1988 Tarikh Januari 1988 kematian Mek Teh bin Jali dan waktu
Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih.
1 minit Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela
dan Tertuduh I untuk berunding.

2 minit Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua


minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk
pendakwa raya merujuk kamus.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 18


LATAR
LATAR MASYARAKAT
a) Masyarakat intelektual. Hakim, pendakwa raya, dan peguam
bela merupakan masyarakat
intelektual.
(b) Masyarakat yang hidup miskin Tertuduh I merupakan masyarakat
yang miskin kerana dia tiada wang
untuk mengupah peguam bagi
membela dirinya di mahkamah.
(c) Masyarakat yang baik hati. Peguam bela bersungguh-sungguh
mempertahankan Tertuduh I agar anak
guamnya itu terlepas daripada
pertuduhan yang dihadapinya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 19


LATAR
LATAR MASYARAKAT
(d) Masyarakat yang prihatin Tertuduh II prihatin terhadap keadaan
terhadap haiwan. beruk yang telah dicurinya itu

(e) Masyarakat yang tetap Bulat bin Leper dipaksa oleh


pendirian pendakwa raya untuk mengaku
bersalah tetapi dia tetap tidak
mengaku bersalah.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 20


WATAK DAN PERWATAKAN
 HAKIM
› Seorang golongan intelektual.
› seorang yang pandai bergurau.
› Seorang yang menggunakan bahasa Melayu tetapi
dengan bunyi Inggeris.
› Seorang yang adil dan saksama.
› Seroang yang menjalankan amanah dengan baik.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 21


WATAK DAN PERWATAKAN
 PENDAKWA RAYA
› Golongan intelektual.
› Seorang yang tegas dengan hujahnya
› Seorang yang menjalankan tugasnya dengan
bertanggungjawab
› Seorang yang terburu-buru ketika berhujah.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 22


WATAK DAN PERWATAKAN
 PEGUAM BELA
› Seorang yang tegas ketika menjalankan tugas.
› Seorang yang berfikiran rasional ketika menjalankan
tugas.
› Seorang yang sanggup berkhidmat dengan percuma
untuk orang-orang susah.
› Seorang yang berkeyakinan ketika membicarakan
hujah.
› Gemar menonton gusti.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 23


WATAK DAN PERWATAKAN
 TERTUDUH I (Bulat bin Leper)
› Orang miskin.
› Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian seorang
nenek tua, iaitu Mek Teh.
› Seorang yang berani berhadapan dengan hakim dan
pendakwa raya.
› Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit
pisang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh
pihak berkuasa.
› Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.
› Seorang yang berbudi bahasa.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 24
WATAK DAN PERWATAKAN
 TERTUDUH II (Akikino-komokotoko)
› Dipanggil Akinomoto.
› Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
› Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh
memahaminya.
› Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yang telah
dicurinya itu.
› Seorang yang Dddapati bersalah dan dikenakan hukuman
menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta memanjat
pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai
tuannya
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 25
GAYA BAHASA
(a) Pengarang PEGAWAI: Sudah, tuan.
menggunakan dialog • HAKIM: Kenapa lambat?
pendek

Dialog panjang HAKIM: Ya, peguam bela ini pelanggan kamu


Bulat bin Leper, telah dituduh menyebabkan
kematian seorang nenek tua secara tidak sengaja
pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00
pagi, di Taman Gagak Putih.

Diksi Kata-kata tersebut seperti hakim, pendakwa raya,


Pemilihan kata yang peguam bela, penterjemah, Tertuduh I, Tertuduh
digunakan oleh pengarang II, kandang, bersumpah, tuduhan, mensabitkan,
bersesuaian dengan jalan anak guam, kad kuning, dan sebagainya. (
cerita yang berlaku di
mahkamah

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 26


GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris The Advance Dictionary of the Modern English for


the Malaysians World

Sinkope HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah kita ada peguam
percuma.

Repetisi PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin


Leper ialah pihak yang bertanggungjawab dalam
kes ini. Kalau Bulat tidak membuang

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 27


NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai Pengajaran Contoh

Kita hendaklah adil dalam Hakim membuat keputusan


Keadilan. membuat keputusan. terhadap tertuduh dengan adil dan
saksama

Kita mestilah
bertanggungjawab untuk Bulat bin Leper membuang kulit
Tanggungjawab menjaga kebersihan alam pisang ke dalam tong sampah.
sekitar

Kita hendaklah tegas dalam Hakim tegas ketika membuat


Ketegasan. menjalankan sesuatu tugas keputusan terhadap tertuduh.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 28


Kita mestilah yakin ketika Peguam bela begitu yakin ketika
membicarakan sesuatu berhujah untuk menyelamatkan
Keyakinan hujah supaya tidak Tertuduh I daripada pertuduhan
menimbulkan keraguan. yang dihadapinya.

Kita hendaklah prihatin Tertuduh II prihatin terhadap


Keprihatinan terhadap keadaan haiwan keadaan beruk subsidi yang sedang
yang berada di sekeliling hamil itu.
kita.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 09/15/2023 29

You might also like