You are on page 1of 19

KIARA COLLEGE

DIPLOMA IN ENFORCEMENT MANAGEMENT


(DISASTER MANAGEMENT)
(EDM 2413)

PENSYARAH MADAM.AINUL SYAFIYIN CHEW

NUR ANIS FARAZEERA MOHD AZIZUL NIZAM


JOSHUA BENEDICT
BINTI ALEXANDER BIN ABDULLAH
AHLI KUMPULAN (DEM2060062)
(DEM2060080) (DEM2060058)

JILIBOY TUNIH NORAINI BINTI DURASIN AINREYAS WAIN


(DEM2060078) (DEM2060083) (DEM2060072)
SISTEM AMARAN AWAL

ISU PENTING
SISTEM
PENGENALAN AMARAN AWAL

KOMPENAN
SISTEM
AMARAN AWAL

KEPENTINGAN
SISTEM AMARAN CABARAN
AWAL SISTEM
AMARAN AWAL

PERISTIWA
SIAPAKAH YANG TERLIBAT?

KESIMPULAN
PENGENALAN

Sistem Amaran Awal adalah siren yang digunakan


untuk memberi amaran awal kepada penduduk
01 setempat terhadap kemungkinan berlakunya
bencana.
SAATNM merupakan teknologi pengesanan
02 bencana yang diguna pakai di beberapa
negara maju dan mula digunakan di negara
kita.
Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia
03 (SAATNM) yang digunakan sekarang hanya berupaya
mengesan kejadian gempa bumi dan tsunami dalam tempoh
15 minit selepas kejadian.

04 (MET Malaysia) diberikan tanggungjawab untuk


menyedia dan menyelaraskan sistem ini. Petugas bawah
seliaan Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Bencana yang
berperanan di stesen pengawasan akan beroperasi 24 jam.
KEPENTINGAN SISTEM AMARAN AWAL

 Mengeluarkan amaran awal tsunami atau


bencana lain secara efektif dan cepat
kepada orang awam sekiranya berlaku
bencana di kawasan tersebut dengan
menggunakan siren bagi membantu
orang awam untuk bertindak balas bagi
mencari tempat yang selamat untuk
diduduki semasa berlakunya sesuatu
bercana.
KEPENTINGAN SISTEM AMARAN AWAL

 Kepentingan sistem amaran awal ini dapat meminimumkan kesan


kematian dan kerosakan harta benda. Oleh itu, meningkatkan
kesedaran orang ramai di semua peringkat masyarakat agar terlibat
sama di dalam program kesedaran awam dan latihan amal tsunami
sangat diperlukan kerana setiap daripada kita memerlukan
pendidikan tentang risiko bencana yang akan kita hadapi, sistem
amaran awal sedia yang ada di negara serta langkah-langkah
menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu bencana. Sistem ini
memanfaatkan sepenuhnya kelebihannya untuk mengeluarkan
amaran awal yang membolehkan pemindahan segera dari kawasan
berbahaya ke kawasan yang selamat.
KEPENTINGAN SISTEM AMARAN AWAL

 Sistem amaran awal berupaya memberikan “masa yang


mencukupi” atau lebih kita kenali sebagai “masa
keemasan” bagi masyarakat yang berisiko untuk
menyelamatkan diri mereka apabila berdepan dengan
bencana alam dan masyarakat perlu menghargai “masa
keemasan” tersebut dengan bertindak secara wajar agar
dapat mengambil tindakan yang bersesuaian untuk
menyelamatkan diri. Sistem ini sememangnya boleh
melindungi beribu-ribu lagi nyawa manusia yang berada
jauh dari kawasan bencana tetapi perlu peka dengan
nasihat pihak yang berkaitan.
ISU PENTING SISTEM AMARAN AWAL

 Urus Tadbir Berkesan dan Pengaturan institusi yang dimana ia


telah diwujudkan untuk menyokong kejayaan pembangunan dan
kemampanan sistem amaran awal yang kukuh. Ia juga
merupakan asas kepada empat elemen, iaitu Pengetahuan
Risiko, Perkhidmatan Pengawasan dan Amaran, Penyebaran dan
Komunikasi Makluman, dan Keupayaan Respons. Seperti yang
kita ketahui, tadbir urus yang baik boleh dipupuk melalui rangka
kerja perundangan yang disokong oleh penyelesaian institusi
yang berkesan. Pada masa yang sama, tadbir urus yang berkesan
harus menggalakkan pembuatan keputusan dan komitmen di
peringkat tempatan disokong oleh pentadbiran dan sumber yang
lebih luas di peringkat serantau. Komunikasi menegak dan
mendatar perlu diwujudkan antara semua pihak yang terlibat
dalam sistem amaran awal.
ISU PENTING SISTEM AMARAN AWAL

 Isu penting yang kedua ia melibatkan komuniti tempatan.


Seperti yang kita sedia maklum, sistem amaran awal yang
memberikan tumpuan kepada kepentingan orang ramai sangat
bergantung kepada penglibatan langsung masyarakat atau
penduduk yang berkemungkinan terdedah kepada bahaya. Sedar
ataupun tidak,tanpa penglibatan pihak berkuasa dan komuniti
yang terdedah dengan bahaya, tindakbalas pihak kerajaan dan
institusi semasa bencana tidak mungkin mencukupi. Pendekatan
komunikasi dan arahan sebahagian besar akan disuarakan oleh
pihak yang terlibat mengenai amaran awal melalui penyertaan
aktif komuniti tempatan untuk membolehkan respons diperolehi
daripada pelbagai aspek mengenai sesuatu isu yang wujud.
Dengan cara ini, komuniti tempatan dan organisasi pentadbiran
boleh membantu untuk mengurangkan terdedah daripada bahaya
dan kearah pengukuhan keupayaan tempatan.
ISU PENTING SISTEM AMARAN AWAL

Pertimbangkan perspektif kepelbagaian jantina dan budaya. Apabila


membangunkan sistem amaran awal, adalah penting untuk mengakui
bahawa kumpulan yang berbeza mempunyai risiko yang berbeza
disebabkan oleh budaya, jantina atau ciri-ciri lain yang mempengaruhi
keupayaan mereka untuk bersedia dan bertindak balas secara berkesan
terhadap bencana. Secara asasnya, wanita dan lelaki selalunya mempuyai
peranan yang berbeza dalam masyarakat. Mereka juga mempunyai akses
yang berbeza kepada maklumat dalam situasi bencana. Di samping itu,
warga emas, orang kurang upaya dan golongan miskin selalunya lebi
terdedah kepada bahaya. Maklumat,pengaturan institusi dan sistem
komunikasi amaran awal harus disesuaikan dengan keperluan setiap
kumpulan yang terdedah kepada bahaya dalam komuniti.
KOMPENAN SISTEM AMARAN AWAL

Komponen Pengumpulan Data berfungsi bagi memantau elemen-elemen seperti Seismic


Network (GSN) yang mempunyai rangkaian 17 stesen tolok pasang surut tempatan serta
rangkaian pemantauan paras laut dan antarabangsa yang mempunyai rangkaian 18 stesen
kamera pantai (CCTV) serta pemantauan buletin gempa bumi dan tsunami dari Pusat
Amaran Tsunami Pasifik (PTWC), Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dan Pusat
Perkhidmatan Tsunami (TSP) iaitu Australia, India dan Indonesia. Selain itu,pada masa
nyata (real time) rangkaian 77 stesen seismologi tempatan serta antarabangsa juga akan
diakses melalui Global.
KOMPENAN SISTEM AMARAN AWAL

Komponen Pemprosesan Data ialah aplikasi dan sistem untuk pemprosesan data seismik dan
pemodelan tsunami. Aplikasi pemprosesan data seismik automatik yang digunakan dalam MET
Malaysia dikenali sebagai aplikasi Seiscomp3 dan Antelope yang berfungsi untuk menentukan
parameter seperti pusat gempa, kedalaman dan magnitud atau kekuatan bencana yang berlaku di dalam
atau di luar Malaysia. Pemodelan tsunami juga merupakan simulasi model tsunami daripada senario
tsunami yang menghasilkan ketinggian ombak dan masa tsunami tiba di kawasan pantai Malaysia.
KOMPENAN SISTEM AMARAN AWAL

Komponen penyebaran yang sangat penting bagi memudahkan hebahan kepada orang ramai tentang bahaya yang
mengancam keselamatan mereka terutama di kawasan yang mempunyai risiko bencana yang tinggi. Penyebaran
maklumat dan amaran secara efektif dapat memastikan orang ramai sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana.
Secara tidak langsung, untuk mencapai matlamat SAA bagi memastikan kepentingan dan keselamatan awam
dilindungi dan dapat mengurangkan risiko kecederaan serius, membaiki kerosakan harta benda dan nilai
sentimental lain (seperti kehilangan nyawa). Pelbagai saluran komunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS),
emel, faks, hebahan di laman web, aplikasi myCuaca, radio dan televisyen serta kenyataan akhbar. Informasi yang
sama juga boleh diakses di media sosial rasmi MET Malaysia (Facebook, Instagram dan Twitter). Selain itu,
hebahan di TV oleh penyampai MET Malaysia turut bersiaran tiga kali sehari bagi memastikan orang awam
mendapat maklumat yang terkini, tepat dan sahih.
CABARAN SISTEM AMARAN AWAL

 Negara kita kini mempunyai sistem amaran awal tsunami yang sangat maju setanding dengan negara-negara yang lain,
mampu mengesan gempa bumi dan tsunami. Secara umumnya, penyebaran maklumat gempa bumi boleh dilakukan dalam
tempoh lapan minit selepas gempa bumi dikesan. Tetapi kita harus ingat secanggih mana pun sistem itu, sekiranya orang
ramai tidak faham dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas menerima maklumat dan amaran yang dikeluarkan
Jabatan Meteorologi Malaysia, ia tidak akan berkesan kerana bencana tsunami jarang berlaku.

 Orang ramai cenderung lupa dan tidak bersedia untuk menghadapinya. Selain itu, sifat semula jadi gempa bumi yang tidak
dapat diramalkan merupakan cabaran dalam menguruskan risiko bencana alam ini. Semua orang tahu bahawa bencana
alam tidak dapat dicegah, tetapi juga kita juga perlu tahu bahawa dengan adanya pengetahuan, perancangan dan persediaan
awal ia akan dapat membantu kita untuk meminimumkan kesan kematian dan kerosakan harta benda.

 Salah satu komponen utama dalam usaha mengurangkan impak negatif bencana alam ialah meningkatkan kesedaran orang
ramai seperti program kesedaran awam dan latihan amal tsunami. Semua lapisan masyarakat perlu memahami risiko
bencana yang mereka hadapi, sistem amaran awal yang sedia ada di negara kita dan prosedur untuk menyelamatkan diri
sekiranya berlaku bencana.
SIAPAKAH YANG TERLIBAT

1 KOMUNITI 3 INSTITUSI DAN ORGANISASI SERANTAU

Mereka yang paling terdedah. Mereka hendaklah Bertanggungjawab untuk menyediakan pengetahuan dan nasihat
terlibat secara aktif dalam semua aspek penubuhan dan khusus yang menyokong usaha nasional untuk membangun dan
pengoperasian sistem amaran awal, agar berupaya mengekalkan keupayaan sistem amaran awal. Selain itu, mereka
mengambil tindakan untuk meminimumkan ancaman menggalak perkaitan dengan organisasi antarabangsa supaya
kehilangan atau kerosakan. memudahkan penyampaian amaran awal berkesan di kalangan
negara-negara yang berjiran.

2 KERAJAAN TEMPATAN 4 SEKTOR SWASTA

Mereka harus terlibat secara aktif dalam rekabentuk dan Mereka memainkan peranan penting dalam meningkatkan
penyelenggaraan sistem amaran awal. Mereka harus memahami kesedaran bencana kepada masyarakat umum dan juga
maklumat mengenai panduan yang diterima dan berupaya dalam penyebaran amaran awal. Sektor swasta mempunyai
untuk menasihati, mengarah dan melibatkan penduduk potensi yang besar untuk membantu menyediakan tenaga
tempatan dengan cara yang mementingkan keselamatan orang mahir dalam bentuk sumber daya teknikal, pengetahuan atau
awam dan mengurangkan kemungkinan kehilangan sumber bantuan kewangan (dalam bentuk tunai dan bukan tunai) dari
komuniti itu bergantung. segi barangan dan perkhidmatan.
PERISTIWA BENCANA
Tsunami Lautan Hindi 2004

 Mengimbas kembali tragedi yang berlaku 19 tahun lalu, ramai yang tidak menyangka situasi ini berlaku. Kali pertama
tsunami melanda pada 26 Disember 2004. Gelombang pemusnah itu boleh kita katakan dicetuskan oleh gempa bumi
besar.
Tsunami Lautan Hindi 2004 yang melanda pantai barat laut Sumatera pada 9.1 yang merentasi lautan.Gelombang tsunami
menjejaskan 16 negara berhampiran Lautan Hindi dan membunuh hampir 1 juta orang di 14 negara. Seperti yang kita
sedia maklum antara negara yang paling terjejas akibat bencana alam ini ialah Indonesia yang mencatatkan jumlah
kematian tertinggi dengan 165,708, diikuti Sri Lanka dengan 35,399 kematian, India dengan 16,389 dan Thailand dengan
8,345. Negara lain telah merekodkan tidak lebih daripada 300 kematian. Malaysia tidak terkecuali, dengan 68 kematian
dilaporkan dan anggaran kerosakan serta kerosakan ekonomi berjumlah lebih kurang $500,000. Negeri-negeri yang paling
teruk terjejas adalah Kedah (Pulau Langkawi dan Kota Kuala Muda) dan Pulau Pinang
PERISTIWA BENCANA
Gempa Bumi Ranau 2015

 Pada 5 Jun 2015, negara kita sekali lagi digemparkan dengan gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang berpusat di Ranau,
Sabah. Gegaran itu turut dirasai di beberapa bahagian lain di negeri Sabah seperti Tamponan, Tuaran, Kota Kinabalu dan
Kota Morut. Insiden itu bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa pendaki dan Malim Gunung, bahkan ia memberikan
kesan terhadap sebahagian kerosakan landskap gunung Kinabalu, kehilangan sumber pendapatan Malim Gunung, porter dan
semua pengusaha-pengusaha pelancong yang berurusan dengan pendakian gunung turut dirasai. Bagi pendapat kami,bencana
ini seharusnya menjadi amaran kepada kita semua agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sedar bahawa Malaysia
juga sangat berisiko dan terdedah kepada gempa bumi dan tsunami serta bencana lain.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kami sebagai satu kumpulan percaya bahawa kerjasama dan penyertaan
orang ramai serta agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana amat diperlukan dalam usaha
mempersiapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan, disiplin, moral dan semangat agar
mempunyai kesedaran dan sentiasa bersedia menghadapi gempa bumi,tsunami dan bencana
lain.
Kita dapat lihat,yang MET Malaysia sangat komited untuk melaksanakan pelbagai program
bagi meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan di kalangan rakyat Malaysia. Jika bencana
sebegini berlaku kepada negara atau negari kita, kita sebagai manusia mesti bersabar, walaupun
kita melihat semua barangan atau rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh kita musnah dalam
sekelip mata dan bagi kita nyawa kita sendiri lebih penting kerana kita hanya hidup sekali di
dunia ini.
Marilah kita bersama-sama memperingati Hari Kesedaran Tsunami Sedunia yang akan
disambut nanti pada tanggal 5 November kerana setiap tahun tarikh ini telah dipilih sebagai
‘Hari Kesedaran Tsunami Sedunia’ atau World Tsunami Awareness Day (WTAD) yang
bertujuan untuk memupuk kesedaran, moral dan kesiapsiagaan setiap negara di peringkat
antarabangsa terhadap bencana tsunami. WTAD disambut sejak tahun 2016 bagi
memperingati kejadian-kejadian tsunami di seluruh dunia.
GAMBAR

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim
veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate
velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit.
AINI

AZIZUL JOSHUA

SEKIAN
TERIMA KASIH ANIS

JILIBOY ZACK

You might also like