You are on page 1of 38

BAB 2: PROSES PEMBELAJARAN

1. Kesediaan belajar
2. Persepsi dan Penanggapan
3. Ingatan dan Lupaan
4. Pemindahan Pembelajaran
5. Prinsip-prinsip dalam Mind, Brain and Education
Science (MBE) (Tokuhama-Espinosa et.al., 2020)
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran.
7. Implikasi proses pembelajaran terhadap
pengajaran dan pembelajaran
Proses Pembelajaran
1. KESEDIAAN BELAJAR
JENIS-JENIS KESEDIAAN BELAJAR
Faktor-faktor mempengaruhi Kesediaan Belajar
Implikasi Kesediaan Belajar
terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
1. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3. Guru akan memeringkatkan isi pelajaran.
4. Menggunalan pelbagai rancangan pengajaran.
5. Membangkitkan naluri ingin tahu murid.
6. Menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
7. Merancang aktiviti pengajaran yang boleh memberi
kepuasan kepada murid.
8. Mewujudkan suasana pembelajaran kondusif.
APA PANDANGAN ANDA
TENTANG GAMABR
BERIKUT??
2. Persepsi dan Penanggapan
GAMBAR A
GAMBAR B
2. Persepsi dan Penanggapan
• Persepsi
Gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran (tentang sesuatu), pandangan (melalui
pancaindera) atau tanggapan. Persepsi
merupakan satu proses yang melibatkan otak
menerima maklumat daripada deria.

Proses Persepsi
- tumpuan perhatian kepada rangsangan dalam
persekitaran, membina imej melalui
penderiaan, menghantar maklumat/imej ke
otak, memproses maklumat, persepsi,
pengesahan persepsi
• Persepsi dapat dibahagikan kepada 3:-
a. persepsi penglihatan
b. persepsi pendengaran
c. persepsi kinestetik
• Penanggapan
✔ Sifat-sifat umum bagi sesuatu kelompok objek atau idea.
✔ Pencerapan atau perbuatan menanggap atau menerima rangsangan
dengan pancaindera kemudian menggambar.
✔ Penanggapan ialah pembentukkan konsep.
✔ Penanggapan sebagai pengkategorisasi atau konseptualisasi.

Sifat-sifat penanggapan
a. Persepsi bersifat selektif
b. Persepsi bersifat kesinambungan
c. Persepsi berbentuk personal
d. Persepsi sering berubah-ubah
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Persepsi dan Penanggapan

1. Pengalaman
2. Imaginasi
3. Kecerdasan
4. Penguasaan bahasa
5. Contoh-contoh
Implikasi Persepsi dan Penanggapan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1. Set Induksi
2. Variasi Rangsangan
3. Latihan Pengamatan
4. Penyampaian Isi Pelajaran
5. Penerangan guru/ penggunaan bahasa
3. Ingatan dan Lupaan

• Ingatan
Keupayaan menerima maklumat, menyimpan dan
mengeluarkan maklumat apabila diperlukan pd
bila2 masa.

Proses Ingatan
PENGKODAN -----> PENYIMPANAN ---->
PENGELUARAN SEMULA
Jenis-jenis Ingatan
1. Ingatan sensori/deria
-Dianggap sebagai perantaraan pengamatan dan
ingatan.
2. Ingatan jangka pendek
-merujuk kepada apa yang diingati beberapa minit
selepas sesuatu pengalaman.
3. Ingatan jangka Panjang
-merujuk kepada rekod pengalaman yang kekal.
Lupaan
Lupaan - Kegagalan mengeluarkan kembali
maklumat yang tersimpan di dalam ingatan.
-Apa yang diingati akan beransur dilupakan.
1. Kegagalan mengekod
2. Kegagalan mengeluarkan semula maklumat
3. Surihan ingatan
4. Gangguan
Strategi untuk Meningkatkan Ingatan
1. Latih Tubi (Rehearsel)
- Menyebut atau membaca berulangkali apa-apa yang dibaca secara kuat atau

senyap tanpa ubah bentuknya. Cth: puisi, formula

2. Penghuraian (Elaboration)
- Mengaitkan dengan contoh-contoh yang konkrit.

3. Organisasi (Organization)
-Proses mengelompok maklumat yang berhubung kait dgn. kategori atau corak
yang menunjukkan perhubungan dalam bentuk visual (carta, graf, jadual,peta
minda)
Implikasi Ingatan dan Lupaan Tehadap
PdP
❖mewujudkan suasana yang
menyeronokkan, menyenangkan, selamat
dan selesa di dalam bilik darjah.
❖mengadakan aktiviti pembelajaran yang
melibatkan murid melakukan aktiviti secara
berkumpulan yang fleksibel
pergerakannya.
❖menyediakan isi pelajaran yang bertitik
mula dengan pengetahuan sedia ada
murid dan di peringkatkan mengikut
keupayaan murid
Implikasi Ingatan dan Lupaan Tehadap
PdP
❖menyediakan set induksi yang dapat menangkap
tumpuan dan perhatian murid, rasa ingin tahu dan
motivasi yang tinggi.
❖menyediakan aktiviti pembelajaran dlm pelbagai
variasi seperti membaca, mencatat, berbincang,
melakukan dan membentangkan hasil yg melibatkan
pergerakan.
❖mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran
pembelajaran yang berpusatkan murid dan
berasaskan aktiviti.
Implikasi Ingatan dan Lupaan
Tehadap PdP
❖memberikan maklumbalas secepat mungkin
murid berasa berjaya.
❖memperbanyakkan pengulangan untuk
mengukuhkan isi pelajaran yang sedang
dipelajari.
4. Pemindahan Pembelajaran
• Murid perlu ditegaskan kepentingan menguasai kecekapan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
ke dalam situasi baru.
• Misalnya, murid yang memahami konsep ekologi, mereka
dapat memahami maksud guru apabila mengatakan air
yang diambil dari perigi yang digali berhampiran tandas
curah mengandungi kuman dan tidak sesuai diminum.
• Pemindahan maklumat di atas dipanggil pemindahan
menegak (pemindahan berlaku dalam satu subjek tertentu
sahaja.)
4. Pemindahan Pembelajaran
• Manakala pemindahan pengalaman dan maklumat
antara subjek dikenali sebagai pemindahan mendatar
iaitu sesuatu fenomena yang berlaku dalam subjek A
misalnya membantu murid memahami fenomena subjek
B.
• Pemindahan sebegitu dinamakan pemindahan positif
kerana pembelajaran lama memberi sumbangan terhadap
penguasaan pembelajaran baru.
• Satu keadaan di mana murid tidak dapat mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada kepada pembelajaran baru
dinamakan sebagai pemindahan sifar.
Prinsip-prinsip dalam Mind, Brain and
Education Science (MBE) (Tokuhama-
Espinosa et.al., 2020)
Prinsip 1: Keunikan
Prinsip 2: Potensi yang berbeza
Prinsip 3: Pengalaman Lepas
Prinsip 4: Perubahan yang Berterusan
Prinsip 5: Neuroplasticity
Prinsip 6: Ingatan+Perhatian=Pembelajaran
Prinsip 1: Keunikan
• Otak manusia adalah unik seperti wajah manusia.
• Sementara struktur asas kebanyakan otak manusia
adalah sama (bahagian yang serupa di kawasan
yang sama),
• Tiada dua otak yang sama.
• Genetik unik bagi setiap orang digabung dengan
pengalaman hidup dan kehendak bebas untuk
membentuk laluan saraf.
Prinsip 2: Potensi yang Berbeza

• Otak setiap individu adalah berbeza persediaan


untuk mempelajari tugasan yang berbeza.
• Keupayaan pembelajaran dibentuk oleh konteks
pembelajaran, pengalaman pembelajaran terdahulu,
pilihan peribadi, biologi individu dan genetik,
kejadian pra-dan peri-natal, dan pendedahan alam
sekitar.
Prinsip 3: Pengalaman Lepas

• Pembelajaran baru dipengaruhi oleh pengalaman


terdahulu.
• Kecekapan otak menjimatkan usaha dan tenaga
dengan memastikan rangsangan luaran
dinyahkodkan terlebih dahulu, dibandingkan,
secara pasif dan aktif, dengan kenangan yang sedia
ada.
Prinsip 4: Perubahan Berterusan

• Otak sentiasa berubah dengan pengalaman. Otak


adalah sistem yang kompleks, dinamik, bersepadu
iaitu sentiasa diubah oleh pengalaman individu.
Prinsip 5: Neuroplasticity

• Otak adalah neuro-plastik.


• Neuroplastisiti wujud sepanjang jangka hayat
walaupun terdapat perbezaan perkembangan yang
ketara mengikut umur.
Prinsip 6:
Ingatan+Perhatian=Pembelajaran
• Pembelajaran melibatkan pelbagai proses kognitif,
termasuk ingatan dan perhatian.
• Tiada pembelajaran baru tanpa beberapa bentuk
ingatan dan beberapa bentuk perhatian.
• Pelajar tidak sentiasa sedar tentang proses ini.
Kebanyakan pembelajaran di sekolah memerlukan
ingatan pendek, sistem ingatan jangka panjang
yang berfungsi dengan baik dan perhatian disedari.
Walau bagaimanapun, jenis pembelajaran lain
boleh berlaku tanpa perhatian yang disedari.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembelajaran
o Dalam konteks bilik darjah, pembelajaran hanya akan berlaku
sekiranya wujud:

❖ KESEDIAAN
⮚ Pembelajaran dalam bilik darjah hanya berlaku sekiranya pelajar telah
bersedia untuk menjalani aktiviti pembelajaran tersebut.
⮚ Kematangan dalam semua aspek tersebut membolehkan pelajar itu
melaksanakan proses pembelajaran yang sesuai untuk menghasilkan
yang optimum.
⮚ Kesediaan yang dimaksudkan di sini termasuklah kesediaan kognitif,
afektif dan juga psikomotor pelajar tersebut.
KESEDIAAN KOGNITIF

o Pelajar hanya boleh mencapai aras pengetahuan dan


kefahaman sahaja apabila berada pada tahap rendah
tetapi lama-kelamaan lazimnya mereka akan mampu
mengintegrasikan beberapa aras pemikiran serentak
seperti aras aplikasi, analisis dan juga sintesis.
KESEDIAAN AFEKTIF
o Kesediaan yang positif akan mempengaruhi sesi
pembelajaran kerana mereka akan lebih
bermotivasi.
o Keadaan ini akan menjadikan mereka lebih agresif
dan akan mengambil bahagian yang aktif dalam sesi
pembelajaran tersebut.
o Dorongan juga lebih kuat bagi mereka untuk
mencapai kecemerlangan.
o Hasilnya mereka akan dapat memperoleh
keseronokan dan kepuasan yang akan terus menjadi
dorongan berpanjangan kepada mereka untuk
berjaya.
KESEDIAAN AFEKTIF
o Sebaliknya, pelajar yang kurang bersedia dari segi
afektifnya tidak akan dapat menerima kesan yang
maksimum.
o Malah pembelajaran tidak mungkin berlaku dan
pelajar akhirnya akan menimbulkan masalah
disiplin di dalam kelasnya.
KESEDIAAN PSIKOMOTOR
o Merujuk kepada kesediaan fizikal individu untuk
menjalani latihan yang menggunakan tubuh badan.
o Misalnya, kemahiran menulis dalam kalangan
kanak-kanak memerlukan kanak-kanak tersebut
telah bersedia dengan jari-jemarinya, barulah
mereka dapat menulis dengan baik.
o Penguasaan kemahiran psikomotor banyak
bergantung kepada kesediaan kognitif dan afektif.
o Fizikal murid perlu dalam keadaan yang selesa.
Sekiranya keadaan mereka telah selesa, barulah
pembelajaran di dalam kelas akan dapat diikuti
dengan baik.
Implikasi Proses Pembelajaran terhadap PdP
a. Murid didalam kelas terdiri daripada individu yang berbeza; pelbagai
latar belakang, kecenderungan, tahap kecerdasan, kekuatan,
kekurangan, minat dan sebagainya.
b. Rancang penyampaian isi pelajaran, aktiviti pembelajaran, pengurusan
pembelajaran mengikut tahap dan kesediaan belajar murid.
c. Aplikasi strategi pengajaran kepelbagaian pelajar agar murid mendapat
layanan adil dan manfaat
d. Sediakan set induksi yang boleh menarik minat murid.
e. Sediakan bahan sumber yang pelbagai rangsangan
f. Banyakkan latih tubi, ulangan dan latihan yang pelbagai
g. Rujuk semula maklumat yang dipelajari pada sesi2 yg lepas.
h. Adakan projek dan latihan amali seberapa kerap yang mungkin untuk
membolehkan pembindahan pembelajaran berlaku.
TERIMA KASIH

You might also like