You are on page 1of 12

SET INDUKSI

Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: 1.Menyatakan lima maklumat berkaitan dengan negeri negeri yang terdapat di Malaysia secara lisan. 2. Membaca dan menyatakan lima isi penting secara lisan tentang keistimewaan negeri negeri yang terdapat di Malaysia. 3.Menulis lima ayat tunggal berdasarkan petikan yang dibaca.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

PENUTUP

Langkah 1 : aktiviti 1
Arahan guru : Sila baca rencana mengenai negeri negeri yang terdapat di Malaysia. Setiap kumpulan akan menerima rencana yang berbeza.

Kumpulan 1 http://ms.wikipedia.org/wiki/J ohor Kumpulan 3 http://ms.wikipedia.org/wiki/S abah

Kumpulan 2 http://ms.wikipedia.org/wiki/P erlis Kumpulan 4 http://ms.wikipedia.org/wiki/M elaka

Langkah 1 : aktiviti 2

rahan guru : Murid dikehendaki membaca petikan yang diberikan. Cari isi isi penting yang terdapat dalam petikan. Murid diberi masa selama 10 minit.

Langkah 1 aktiviti 3
Arahan guru : Setelah membaca petikan tadi, murid diminta menyatakan isi isi penting yang terdapat dalam petikan. Apakah kelebihan yang terdapat pada negeri negeri yang berkenaan? Setiap kumpulan dikehendaki berbincang mengenai soalan di atas dan mempersembahkan jawapan mereka dalam bentuk power point.

Langkah 2 aktiviti 1
Arahan guru : Murid diminta membaca petikan tentang negeri negeri di dalam Malaysia mengikut kumpulan masing-masing. Baca secara bergilir - gilir dalam kumpulan anda. Pembacaan murid hendaklah dirakamkan dengan menggunakan movie maker.

Langkah 2 : aktiviti 2
Arahan guru : Senaraikan lima isi penting dalam bahan yang telah dibaca berdasarkan teks. Lima isi penting itu ialah:
Geografi negeri Sejarah negeri Kebudayaan dan ekonomi Keistimewaan negeri

Langkah 2 : aktiviti 3
Arahan guru : Murid dikehendaki membuat laporan ringkas dengan menggunakan Power Point setelah mengenal pasti lima isi penting berdasarkan teks. Murid juga boleh memasukkan animasi yang sesuai sekiranya berkebolehan untuk berbuat begitu.

Langkah 3 : aktiviti 1
Arahan guru : Murid diminta untuk membaca sekali lagi petikan yang berkaitan dengan kumpulan masing-masing. Murid boleh bertanya kepada guru sekiranya tidak mengetahui makna perkataan. Murid juga boleh menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan yang berkenaan.

Langkah 3 : aktiviti 2
Arahan guru : Murid hendaklah mengenal pasti ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan yang anda baca. Murid juga boleh menggunakan ayat majmuk sebagai sumber mencari ayat tunggal. Jika menghadapi masalah berhubung konsep ayat tunggal dan ayat majmuk, sila layari alamat internet berikut: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/index.htm Murid mencatatkan dapatan dengan menggunakan Power Point.

Langkah 3 : aktiviti 3
Arahan guru Bina lima ayat tunggal berdasarkan perkataan yang terdapat di dalam petikan. Sila bertanya kepada guru tentang cara pemilihan perkataan dalam rencana bagi membina ayat tunggal. Murid mempersembahkan hasil kerja dengan menggunakan Power Point.

Penutup
Berapakah jumlah negeri yang terdapat di Malaysia? Apakah yang anda faham mengenai ayat tunggal? Sila bertepuk tangan dan ucapkan terima kasih kepada rakan anda kerana telah bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Selamat berjumpa lagi.

You might also like