You are on page 1of 24

Pendekatan Kritikan Sastera

AMN

KRITIKAN SASTERA
Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri. Pertimbangan dan penilaian terhadap karyakarya sastera akan diperkuat dengan alasan alasan yang munasabah.

FUNGSI KRITIKAN SASTERA


Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca

PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN SASTERA

Pendekatan moral Pendekatan sosiologi Pendekatan psikologi Pendekatan tipainduk Pendekatan struktur Pendekatan Feminisme Pendekatan Intertekstual Pendekatan Formalistik

Pendekatan Formalistik/Formalisme
pendekatan yang paling awal muncul di Malaysia mula popular digunakan sekitar tahun 1960-an dan 1970-an Antara penulis yang menggunakan pendekatan formalistik dalam kritikan mereka ialah Mana Sikana, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Mohd Affandi Hassan, dan lain-lain. Tulisan Hashim Awang yang membicarakan novel keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer memberi tumpuan kepada aspek plot dalam novel ini.

Pendekatan Formalistik/Formalisme
berasaskan idea `bentuk teks kesusasteraan mempunyai bentuknya tersendiri. Bahasa merupakan salah satu bentuk yang mengungguli teks

Pendekatan Formalistik
merupakan satu bidang kajian sastera yang menumpukan kajian terhadap unsur-unsur dalaman karya meliputi tema dan persoalan, perwatakan, plot, gaya bahasa, nada dan latar Pendekatan Formalistik melihat satu-satu aspek sahaja daripada bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesebuah karya sastera.

Pendekatan Formalistik
merupakan satu bidang kajian sastera yang menumpukan kajian terhadap unsur-unsur dalaman karya meliputi tema dan persoalan, perwatakan, plot, gaya bahasa, nada dan latar Pendekatan Formalistik melihat satu-satu aspek sahaja daripada bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesebuah karya sastera.

Pendekatan Formalistik
Misalnya dalam novel, aspek yang dikritik ialah dari aspek plot cerita sahaja atau dalam karya puisi seperti sajak, aspek yang diberi penekanan hanya dari segi gaya bahasa sahaja. tulisan Mohd. Affandi Hassan mengenai novel Seroja Masih Di Kolam karya Adibah Amin dari aspek watak. Menurut Mohd. Affandi Hassan, novel Adibah amat lemah kerana watak-wataknya terdiri daripada golongan remaja

Pendekatan Formalistik
Novel Pertentangan karya S. Osman Kelantan. Affendi menekankan aspek teknik menyatakan bahawa S. Osman Kelantan telah gagal mencapainya dengan baik kerana peristiwa-peristiwa yang dikemukakan dalam novel ini adalah melompatlompat, tidak ada perpaduan yang rapat di antara satu sama lain. (Dewan Bahasa

Pendekatan Formalisme
Pendekatan ini membenarkan pengkritik menganalisis aspek struktur teks secara terpisah-pisah dan bergantung sepenuhnya dengan autonomi bahasa Pedekatan yang dianggap sudah lama

Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural berasaskan kepada idea struktur dalam teori Struktural. Setiap karya mempunyai suktur dalamannya sendiri TWPLGS Bahagian dalam sastera boleh dijelaskan secara terpisah tetapi hendaklah dilihat dari segi hubungan dan jalinannya dengan struktur teks

Pendekatan Struktural
Pengkritik harus berusaha mencari makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri pendekatan Struktural memberi tumpuan penelitian terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks. Struktur ini adalah perkara-perkara dalaman (content) yang membentuk rangka dan membangunakan sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan

Pendekatan Struktural prinsip-prinsip teori Struktur


1. keseluruhan,iaitu melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan, bukannya terpisah. Sinkronik/perkaitan; setiap satu stkrutur adalah berkait dengan sturktur yang lain. Tanpa perkaitan ini tidak mungkin makna teks dapat ditemui. transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. tema kemiskinan terhasil kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa dengan persoalan. regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks, bukannya akibat daripada pengaruh pengarang atau aspek-aspek di luar teks. Desentralisasi menjelaskan strukturalisme menolak unsur sejarah dan pengarang. Hal ini kerana strukturalisme menekankan unsur dalaman teks pengarang dan sejarah tidak berperanan dalam menganalisis karya.

2.
3.

4. 5.

Pendekatan Sosiologi
Popular tahun 1980-an Membicarakan hubungan sastera dengan masyarakat Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat baik di dalam teks mahupun di luar teks

Pendekatan Sosiologi Idea penting teori sosiologi


1. Sastera cerminan masyarakat karya sastera berkait rapat dengan konteks masa dan zaman, termasuk pemikiran dan pandangan hidup masyarakat dan sistem pemerintahan yang melahirkan karya tersebut

Pendekatan Sosiologi Idea penting teori sosiologi


2. Karya sastera merupakan citra masyarakat gambaran fenomena sosial, budaya, ekonomi, politik dan pelbagai aspek kehidupan masyarakat 3. Pengarang mempunyai tanggungjawab moral terhadap masyarakat menggambarkan segala peristiwa masyarakat dengan tepat

Pendekatan Sosiologi Idea penting teori sosiologi


4. Teks yang hendak dikaji perlu bermutu tinggi 5. Karya sastera harus mempunyai struktur yang bermakna yang mewakili perspektif penulis sebagai mewakili masyarakat Contoh novel Imam karya Abdullah Hussein

Pendekatan Feminisme
Feminisme merupakan perjuangan kaum wanita untuk mendapatkan status dan hak yang sama dengan kaum lelaki Teori ini bertitik tolak daripada tanggapan kaum wanita selama ini dipinggirkan, lemah, dibelenggu dan ditindas kaum lelaki

Pendekatan Feminisme
Feminisme merupakan perjuangan kaum wanita untuk mendapatkan status dan hak yang sama dengan kaum lelaki Teori ini bertitik tolak daripada tanggapan kaum wanita selama ini dipinggirkan, lemah, dibelenggu dan ditindas kaum lelaki

Pendekatan Feminisme
Dalam kajian sastera, pendekatan Feminisme bertujuan untuk memahami peranan, kedudukan dan keterlibatan wanita dalam kesusasteraan. bersandarkan kepada idea-idea Feminisme yang berkisar kepada kedudukan wanita sebagai pengkritik, penulis dan juga sebagai watak-watak dalam teks

Pendekatan Feminisme
Dalam banyak-banyak kritikan Feminisme, kritikan ginokritik yang dipopularkan oleh Elaine Showwalter merupakan pendekatan kritik Feminisme yang amat popular. Kritikan ini menyusuri peranan wanita sebagai pembaca (women as reader and consumer) dan wanita sebagai penulis (women as writer). Pendekatan kritikan melihat wanita sebagai pembaca berusaha untuk membolehkan wanita memahami imej atau citraan wanita dalam teks-teks yang ditulis oleh penulis lelaki. Dari situ wanita boleh mengkaji dan membetulkan imej-imej wanita yang tidak benar sebagaimana yang ditulis oleh penulis lelaki.

Pendekatan Feminisme
Pendekatan kritik yang melihat wanita sebagai penulis pula disebut sebagai ginokritik. Pendekatan ini melihat wanita sebagai sumber yang menerbitkan makna teks. Penulis wanita harusnya memiliki suatu rangka kerja bersistematik untuk mengemukakan imej-imej, perwatakan dan perjuangan yang boleh mencabar dan menentang serta merobohkan apa yang sudah dikonsepsikan oleh kaum lelaki sebelum ini (Mana Sikana,2005:289).

Pendekatan Feminisme
Karya-karya yang mengangkat wanita sebagai hero/ pejuang Contoh : Hikayat Siti Zubaidah Novel Ranjau Sepanjang Jalan Novel Ombak Kasih Filem Nur Kasih

You might also like