You are on page 1of 22

1

PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

1.KAEDAH STRUKTURAL
1.
2.
3.
4.
5.

Tujuan faham aspek kesusasteraan, sturktur & binaannya


Tidak pentingkan pghayatan/
Analisis dari sudut pmbinaan/strukturnya
Guna kaedah induktif bagi mgkaji elemen struktur
Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirian

CIRI KAEDAH STRUKTURAL :


Perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar,

teknik, gaya bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya.

Guna pendekatan induktif

Dibimbing cari objektif tertentu elemen struktur

Unsur struktur dikenal dulu sebelum pengajaran dimulakan

Banyak dipandukn olh guru

Bahan bantu mengajar tidak dipentingkn

Kaedah yang sesuai di peringkat tinggi

2.KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Tekankan apa yg dialami oleh pmbaca


Sejauh mana pmbaca dpt mghayati rakaman penulis melalui bhs yg disampaikn
Tekankan penikmatan
Aspek sasatera yg dikaji perlu dirasai & dihayat
Guna semua pgalaman murid bg mdpat sesuatu pgalaman baharu.
Bbm penting utk suburkan imaginasi
Buat simulasi agr wujud kefahaman mdlm
Boleh beri kepuasan & tinggalkn kesan yg mdlm di jiwa murid.
Guna pgalaman utk buat tanggapan karya

CIRI KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

Pengalaman murid diutamakan

Bimbing murid & dapatkn emosi & pgalaman drpd karya

Objektif terakhir ialah penikmatan & pghayatan.

Bbm & teknik pyoalan mambantu guru capai objektif

Murid diberi peluang bca karya dahulu dlm masa ttntu utk dptkan kesan pghayatan

Elemen struktur akn disentuh scr x lgsung

Dilatih guna fikiran dgn kritis & kreatif

Aktvt murid bersama bimbingan guru amat penting murid melakonkn sendiri & bncng
persoalan tertentu yg wujud dlm fikiran tnpa ditetapkn olh guru.

Bbm amat penting.

Dpt wujudkn sebuah kelas yg aktif


3.KAEDAH BERFOKUS

Fokus pd kandungan & isi pelajaran


2 tumpuan :

Tumpuan Utama : FOKUS UTAMA

Tumpuan Kedua : Fokus Sampingan (lbh drpd 1 & utk bantu & kuatkn fokus utama)

FOKUS UTAMA : Pkara paling menonjol dlm karya yg mahu diberi penekanan

FU & FS boleh bertukar ganti

4. KAEDAH GLOBAL
1. kaedah mudah spt simulasi khasnya bdrama.
2. Mesti bsesuaian dgn thp keupayaan murid & situasi murid krn meliputi kesesuaian tatacara
kehidupan (permainan) kanak2.
3. kaedah ini dilakukan secara bebas.
PELAKSANAAN KAEDAH GLOBAL
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid mencari persoalan yg menarik dalam karya sastera.
3. Dalam suasana informal guru meminta murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di
atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:

lakonan berasaskan gambar

lakonan berasaskan skrip

lakonan guna topeng

lakonan guna cerita berlagu

KRITERIA MENILAI KARYA GUNA KAEDAH GLOBAL

Meneliti sesuatu aspek karya secara menyeluruh, bukannya terpisah-pisah.

Melihat hubungan elemen atau komponen yang membina karya

Elemen atau komponen karya dinilai secara impression, am dan spontan.

Penilaiannya adalah bersifat subjektif

Kajian atau penilaian boleh dilakukan secara separuh global sebelum menjurus kepada
aspek khusus yang hendak dikaji.

PENDEKATAN
1) Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.
Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek.
Contoh: Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah
seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis
atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut.
Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya
yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema
dan persoalan) karya sastera.
KAEDAH
1) Kaedah Struktural

Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang

membangun karya sastera.


Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui

pembicaraan tentang elemen-elemen seperti


watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis,

neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya;


latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu;
jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita,
sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar;
sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil;

jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka,

imbas kembali;
jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan
isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.
Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu

mendalam dari segi jangkauan penjelasannya.


Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus
digunakan.

2) KAEDAH MENGALAMI DAN MENGHAYATI

Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.


Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan
pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam
karya sastera.

Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya.
Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi.
Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau
dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.
3 Pendekatan Pemahaman Teks
Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi
keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan
sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus
sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus
utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
2

KESUSASTERAAN BANDINGAN

SASTERA BANDINGAN

Disiplin ini tercetus kesan daripada reaksi pengkaji sastera yang ekstrem terhadap
perubahan semangat kebangsaan pada abad ke-18.

Kajian merangkumi pelbagai bentuk sastera sesuatu bangsa dan membandingkannya

dengan sastera bangsa yang lain.


Kajian merangkumi dua aspek iaitu vertikal iaitu tentang aspek masa dan horizontal iaitu

tentang aspek ruang.


Ada 2 mod kajian bandingan;
1. Merentas negara/bangsa
2. Merentas disiplin

Merentas negara
Tematik
1. Bandingan tema antara karya sastera.
2. Contohnya; Pulang Si Tenggang (Muhammah Haji Salleh) dengan The Bamboo
Dancers (Gonzalez). Kedua-dua karya ini bertemakan pengembaraan mencari identiti.
Genetik
1. Kajian mengenai bandingan asal usul, untung nasib, penerimaan, pengaruh,
terjemahan.
2. Terjemahan bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan bahasa asal dan bahasa
sasaran serta ketepatan dan keindahan yang digarap orang pengarangnya. Contoh;
Orang Asing (Ainon Muhammad) dengan The Outsider (Albert Camus).
3. Pengaruh yang boleh melibatkan bandingan karya mengikut zaman. Contoh, novel
Perlumbaan Kedua (Marwilis Haji Yusof) yang terpengaruh dengan cerita asal
Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura.
Generik
1. Berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg dimiliki dalam sesuatu genre seperti epik, novel, cerpen,
sajak, drama dll.
2. Contoh; banding ciri-ciri puisi Penerimaan (Chairil Anwar) dengan Kusangka (Amir
Hamzah).
3. Dalam Penerimaan, Aku masih boleh menerima dan menanti gadis yang dicintai walau
sudah tidak suci lagi, namun dalam Kusangka, Aku sudah tidak mahu menerima lagi
gadis yang dicintainya setelah tidak suci lagi.
Keselarian
1. Misalnya, unsur yang melahirkan karya iaitu diri pengarang dan persekitarannya.
2. Contohnya; Shahnon Ahmad dan Kamala Markandaya dibesarkan dan dibudayai oleh
kehidupan masyarakat tani. Dapat dilihat melalui persamaan novel mereka yang berlatar
belakangkan masyarakat tani iaitu Ranjau Sepanjang Jalan (SA) dan Madu Dalam
Saringan (KM)

6
3. Contoh; novel Daerah Zeni (A.Samad Said, Malaysia) dengan novel Jalan Flander
(C.Simon, Perancis) merupkan karya sastera antara negara berlainan namun dikatakan
C.Simon merupakan pengikut neuveau roman yang tidak begitu setia dan A.Samad Said
juga terpengaruh dengan aliran neuveau roman dan juga tidak setia.

Konsentrik

Merentas disiplin
Sastera dengan seni lain
1. Bandingan sastera dengan seni tampak, muzik dll)
2. Contoh; Bandingan subplot yang serupa atau hampir serupa yang berulang-ulang dalam
sesebuah karya sastera dengan refrain atau leitmotive dalam muzik.
3. Bandingan citra (gambaran atau imej) bagi aliran romantisme dalam seni sastera (karya
sastera) dan seni lukis.

Sastera dan disiplin lain


Konsep dan aspek tertentu dalam karya sastera dengan konsep dan aspek tertentu

dalam seni atau ilmu lain atau kepercayaan.


Contoh; Perbandingan antara aspek penceraian dalam novel Di Bawah Lindungan

Kaabah (Hamka) dengan sesebuah buku syariah tentang penceraian.


Sastera dan kepercayaan

Interteks
1. Tiap-tiap karya wujud dalam hubungannya dengan karya-karya lain yang mendahuluinya.
2. Setiap teks merupakan penyerapan (transformasi) teks-teks lain.
3. Kajian intertekstual dimaksudkan sebagai kajian terhadap sejumlah teks yang diduga
mempunyai bentuk-bentuk hubungan tertentu. Misalnya, untuk menemukan adanya
hubungan unsur-unsur intrinsik seperti idea, gagasan, peristiwa, plot, penokohan, dan gaya
bahasa di antara teks-teks yang dikaji.
4. Secara lebih khusus dapat dikatakan bahwa kajian interteks berusaha menemukan aspekaspek tertentu yang telah ada pada karya-karya sebelumnya dan pada karya yang muncul
kemudian.
5. Maksudnya, setiap teks, mengambil hal-hal yang baik lalu diolah kembali dalam sebuah
karya baru atau karya baru itu ditulis setelah melihat, mencerapi, menyerap hal yang
menarik sama ada secara sedar maupun tidak sedar.
6. Teks yang menjadi latar penciptaan karya baru disebut hipogram, dan teks baru yang
menyerap dan mentransformasikan hipogram disebut teks transformasi (Riffaterre, 1978).
7. Contoh; Teeuw (1983) membandingkan antara sajak Berdiri Aku karya Amir Hamzah
dengan Senja di Pelabuhan Kecil karya Chairil Anwar.

7
8. Contoh; novel Layla Majnun (Nizami) dengan Romeo and Juliet (William Shakespeare).

PARODI
1. Hutchinson (1983), parodi ialah satu menifestasi pengaruh yang diperlihatkan oleh
pengarang dalam sesebuah karya sama ada karya sastera, lukisan ataupun teater dan,
pengaruh itu dimanifestasikan secara luar biasa daripada karya asal.
2. Karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg
melucukan atau menyindir.
3. Parodi yang dihasilkan oleh seseorang pengarang boleh bensifat mengkritik, menyindir
ataupun melucukan ke atas model ataupun karya asal; dan ia dihasilkan dengan
mempunyai mesej tertentu.
4. Untuk sesebuah karya parodi itu hidup, ataupun dihayati oleh pembaca, maka ia terpaksa
bersandar pada sebuah karya yang sudah dikenali umum, dan pertalian itu begitu jelas.
5. Parodi bukan bermakna pengarang itu ketandusan idea untuk berkarya sehingga terpaksa
meniru karya lain. Sebenarnya,
6. untuk menghasilkan sesebuah kanya panodi memerlukan kreativiti tententu seperti yang
lazim diperlukan oleh seseorang pengarang untuk benkarya.
7. Contoh; Perlumbaan Kedua (Manwilis Haji Yusof) dan Wan Empuk Kakak Wan Malani
(Shahnon Ahmad)
Perlumbaan Kedua (Manwilis Haji Yusof)
1. mendapat kesan pengaruh daripada tipa yang terdahulu iaitu Perlumbaan Kura-kura
2.
3.
4.
5.

dengan Amab
menggubah sebuah cerita baru berdasarkan kisah tersebut.
Bertujuan untuk menyindir gaya penulisan pengarang rakyat yang tidak dikenali namanya.
mungkin suatu kritikan secara langsung atau sebaliknya.
mungkin menyindir dan mempersenda secara bersahaja; atau mungkin bertujuan mengkritik

secara bijaksana terhadap karya


(cerita) asal.
6. Contohnya; tiba-tiba Sang Kancil yang pada suatu ketika dahulu (cerita asal) dikenali
sebagai haiwan bijaksana dan arif pernah beberapa kali berjaya menipu, menjadi hakim,
dan pernah juga tertipu, muncul mencabar Arnab yang tangkas agar berlumba lagi dengan
kura-kura dalam Perlumbaan Kedua.

Wan Empuk Kakak Wan Malani (Shahnon Ahmad)


1. Membaca cerpen ini akan membuatkan pembaca mengimbas kembali Sejarah Melayu.
Perhubungan cerpen ni dengan Sejarah Melayu adalah suatu perhubungan yang bersifat

8
parasitic, kerana WEKWM hidup bensardar pada sebuah karya yang lebih besar dan
sudah dikenali umum.
2. Parodi dilakukan terhadap peristiwa kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran yang berbeza.
3. Dalam WEKWM, Shahnon Ahmad menggambarkan bahawa Raja Suran dan ketiga-tiga
anaknya itu bukan berasal dari laut seperti yang dipaparkan dalam Sejarah Melayu, tetapi
dari Tanah Keling.
4. Kemunculan ketiga-tiga anak Raja Suran di Bukit Siguntang pula tidak mengubah keadaan
tempat Wan Empuk dan Wan Malini berhuma.
Kelebihan Sastera Bandingan
1. Sastera di Malaysia akan diangkat tahap nasionalnya ke tahap internasional. Tidak lagi
dianggap kelompok marginal yang ketinggalan dan berada pada tahap yang lama.
2. Karya sastera Melayu akan disegani apabila
3. Pengkaji dapat menghayati dan memahami karya sastera walaupun dari luar lingkungan
atau budaya sendiri.
4. Menemukan unsur nilai atau unsur kesejagatan dalam sastera yang dapat memupuk
rasa kefahaman dan kehormatan dalam kalangan manusia.
5. Membolehkan pengkaji mengatahui adanya unsur peniruan, penciplakan dan pengaruh
apabila mengkaji dua atau lebih karya.
3
PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

TEKNIK
Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Mestamu
1. Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik.
2. Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu mendeklamasi dan melagukan
puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap.
3. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasi dan seorang
lagi akan melagukannya.
Deklamasi
1. Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya yang sesuai.
2. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya
menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

Langkah pengajaran menggunakan teknik deklamasi

Video deklamasi sajak dipertonton kepada murid.


Guru berbincang dengan murid tentang video yang telah ditunjukkan.
Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak di hadapan

kelas.
Sekiranya terdapat kesalahan dari aspek sebutan dan intonasi, guru segera
membetulkan kesilapan tersebut dengan memberi bimbingan mendeklamasikan sajak
dengan betul.

Pemaduan seni
1. Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara,
seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera.
2. Untuk tujuan pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada
masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel
boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama
pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain
menyanyikan fakta mengenai watak tersebut.
Adaptasi,
1. Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu.
2. Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk
lain yang difikirkan lebih menarik.
3. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak
tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.
Kerusi panas
1. Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam
sesebuah karya sastera.
2. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam
sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan
kelas.

10
3. Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan
watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya
berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut.
4. Kerusi Panas atau Hot Sitting adalah satu teknik latihan asas penghayatan watak dan
perwatakan.
5. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater.
6. Biasanya, pelakon akan diberi satu peranan dan akan cuba mengimaginasikan gaya atau
aksi watak dalam semua aspek.
7. Kerusi panas adalah kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
8. Seorang pelajar duduk di kerusi itu dan bersedia menjawab setiap soalan yang
dikemukakan.
9. Soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan watak yang dilakonkan dalam cerita
daripada teks.
LANGKAH PELAKSANAAN
i. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diberikan tugas untuk membincangkan watak dan perwatakan yang telah
ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si Ketua Semut untuk kumpulan 1, watak dan
perwatakan Raja Sulaiman untuk kumpulan 2 dan watak dan perwatakan Semut hitam untuk
kumpulan 3.
iii. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang
memegang watak yang telah ditetapkan .
iv. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala
ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan
dan dia akan menjawabnya secara spontan. Disamping itu, ahli kumpulanlain dibenarkan untuk
menyoal.
v. Jika pemegang watak tidak dapat menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh
membantu. Ketika ini, rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam
lembaran grafik.
Boneka
1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, boneka ialah anak patung, anak-anakan. Patung
yang dimaksudkan ialah patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan
memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.

11
2. Menurut ensiklopedia bebas, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca
yang bermaksud sejenis mainan yang berbentuk pelbagai terutamanya manusia atau
haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.
3. Boneka merupakan sebarang objek yang digerakkan lakonan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.
JENIS-JENIS BONEKA
1. Boneka Sarung Tangan
2. Boneka lidi
3. Wayang kulit
4. Boneka bertali
5. Boneka jari
6. Boneka penuh
TUJUAN BONEKA DALAM P DAN P
1. Sebagai alat bantuan dalam proses P dan P untuk menyampaikan cerita atau maklumat
dengan lebih berkesan.
2. Mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea
kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.
3. Mendedahkan murid untuk bekerjasama secara berkumpulan.
Langkah Pelaksanaan
i. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
ii. Setiap murid berbincang dalam kumpulan masing-masing bagi pembahagian watak dalam
masa yang ditetapkan.
iii. Guru akan meminta murid-murid untuk menjayakan aktiviti di hadapan kelas.
iv. Murid-murid akan diberikan latar, skrip mengikut watak mereka.
Teater Pembaca, Teater Bercerita
Teater pembaca
1. Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita
sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu.
2. Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan gaya seperti watak yang
terdapat bahan bacaan tersebut.

12
3. Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan
secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang
sama.
4. Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara
yang diceritakan oleh pencerita itu.
5. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi
bahan-bahan sastera yang dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk
mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa
klasik.
Improvisasi
Improvisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah
daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam
pengajaran cepern misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara
berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan
peleraian dalam cerpen berkenaan.
NYANYIAN
1. Suara merupakan satu alat muzik semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua
orang.
2. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,
sayang, sedih, takut dan seronok.
3. Cara yang baik bagi kanak-kanak untuk menimba pengalaman muzikal.
4. Nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik
dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.
5. Nyanyian lagu kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa tema contohnya tema
haiwan, tumbuhan, konsep masa, nombor dan sebagainya
6. Mempelajari nilai kerjasama dalam kumpulan, sikap positif dan semangat ingin mencuba
7. Murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni melalui lagu yang dinyanyikan
8. Keyakinan diri kanak-kanak bertambah

LAKONAN

Definisi Teknik Lakonan

13

Lakonan ialah meniru watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar


atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.

Kelebihan Lakonan
Individu

Melatih murid menggunakan unsur bahasa seperti jeda, intonasi dan nada.

Melatih murid menggunakan mimik muka, gerakan tangan, kepala dan sebagainya.

Menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran.

Mendidik sifat berani untuk ke hadapan dan melontarkan suara.

Sosial

Mengalakkan interaksi antara murid.

Melahirkan kerjasama dalam kumpulan

Langkah Pengajaran

Murid diberikan teks yang mengandungi skrip lakonan.

Murid diminta membaca secara mentalis terlebih dahulu.

Guru menunjukkan cara bacaan skrip dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta berbincang.

Murid diminta mempersembahkan lakonan.

DEKON
(deklamasi dan lakonan)
Definisi Dekon

Dekon ialah sajak yang dideklamasikan oleh penyajak dengan disertai beberapa orang
murid yang akan melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak tanpa suara.

Singkatan dari deklamasi dan lakonan

Menekankan pergerakan sewaktu mendeklamasikan sajak.


KELEBIHAN Dekon

Individu

Melatih murid untuk menggunakan mimik muka, pergerakan badan.

Melatih murid untuk mendeklamasikan sajak.

14

Lebih mudah untuk murid mengingati sajak.

Melahirkan kreativiti murid dalam pergerakan lakonan.

Meningkatkan kemahiran mendengar.

Memberi kefahaman dan gambaran yang lebih tentang maksud sajak.

Sosial

Menggalakan kerjasama antara penyajak dan pelakon.

Meningkatkan teknik komunikasi antara satu sama lain.

Langkah Pengajaran

Murid diedarkan teks sajak.

Murid diminta membaca sajak secara senyap.

Guru menunjukkan cara bacaan sajak dan murid diminta mengikut bacaan guru.

Guru menerangkan mengenai teknik dekon.

Murid membaca sajak dan guru melakonkannya sebagai tunjuk cara.

TAJUK 4

SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA

Sastera Kanak-kanak
SASTERA KANAK-KANAK
DEFINISI
dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan
keseronokan

dalam bentuk tulisan dan ilustrasi.

MANFAAT

berupaya mlengkapkan pkembangan seseorang kanak-kanak.

mampu memberikan keseronokan

dapat merangsang imaginasi

dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri

dapat memahami bhs secara semula jadi

15

dapat membantu mendapatkan maklumat

dapat memupuk nilai-nilai murni

ASPEK PENTING PENULISAN KANAK-KANAK

Sesuai dgn usia, tahap berfikir dan pencapaian bhs kanak2

Bentuk, isi & tujuannya perlulah segera dpt menarik minat mbaca kanak2

Berdasarkan tujuan pendidikan tertentu.

cth :banyak menyelitkan unsur yg berkait rapat dgn PnP formal.

tema, pemikiran dan persoalan harus sesuai utk mencapai matlamat pendidikan

prasekolah.
cth :bersifat didaktik dan menghiburkan, bknnya membawa pemikiran berat ttg kehidupan

Kesulitan yg bakal dihadapi oleh kanak2 perlu diambil kira sms pengarang mencipta

cerpen.

Penggunaan bhs dalam cerpen kanak2 haruslah sesuai dgn thp pencapaian mrka.

cth :Bhs yg digunakan haruslah terjamin kesopanan & mutunya. Mudah difahami oleh
kanak2, ada tanda bacaan yg betul &teratur, ayat yg pendek & perkataan yg tegas.

Perlu memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar.

cth : bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Buku bergambar ada
nilai sastera & ilustrasi yang memancarkan mutu seninya
KEBAIKAN SASTERA KANAK2

Bantu pkbgn bhs & komunikasi kanak2

Didedahkn dgn fungsi literasi yg bermakna & menarik

Tgkatkn perbendaharaan kata

Dpt buat penilaian ttg perasaan org lain

Tingkat sifat kerohanian

Tingkat kmhrn bsosial (peniruan)

Tahu perbezaan individu

Tahu cara atasi mslh emosi

Ilutrasi tgkat pkbgn emosi

Tgkat kreativiti & imaginasi

CARA GABUNGJALIN SASTERA DLM PNP

16
Guna bhn bacaan asas bacaan bersiri yg diperingkatkn drpd mudah ke susah. (bntu guru
kawal prgram bacaan scr sistematik)

Guna buku bg tema tertentu

Sedia sudut literasi

Sedia koleksi buku kanak2

FUNGSI SASTERA KANAK2 & REMAJA


1. utk membiasakan mrk dgn bhs sastera.
2. utk mpertingkatkn thp keintelektualan, daya imaginasi & kreativiti kanak2 dan remaja
3. Sbg medium hiburan
4. utk menyampaikan pengajaran & didikan moral kpd msyrkt tradisi.
5. utk menerapkan nilai murni kpd pembaca
6. sbg keperluan material / kebendaan. Kperluan material ini mggambarkan keadaan
kehidupan fizikal yg serba lengkap.

Ciri-ciri Sastera Remaja


SASTERA REMAJA
1. bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan
kreativiti pengarang yang relevan dgn pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja
yang berusia sekitar 12-20 tahun
CIRI-CIRI SASTERA REMAJA
1.
2.
3.
4.
5.

Relevan dgn pertumbuhan & pkmbangan psikologi & psikososial remaja


Tgkatkan pgalaman & pgetahuan remaja.
Mengajak remaja berfikir scr rasional & kritis
Rangsang minat & berupaya mghidupkan daya imaginasi & daya cipta.
Dpt tampilkan watak2 teladan yg boleh mpkayakan kesedaran org ramai thadap lingkungan

kehidupan, kesihatan & mbina wawasan terhadap ramaja.


6. Ada nilai murni yg dpt menyumbang kpd pglahiran insan yg seimbang dr rohani, jasmani &
intelek.
7. Meneroka kpd isu multicultural ttp x mjdi streotaip yg teroka dunia remaja yg ada budaya yg
berlainan ttp dpt diaplikasi ke dalam budaya lokal & mbangunkan dalam konteks kehidupan
msyrakt Melayu.

17
Unsur2 yg lbh mcabar, ada kelompok yg ttindas, bincang ttg suara bisu yg patut
diperdengarkan, ada perspektif yg tepat & x bias.
Guna bhs yg sederhana & mudah difahamu tp arasnya lbh tinggi drpd sastera kanak-kanak.
Diselitkan dgn adegan romantis dan cinta.
Konsep realiti kehidupan spt ada bidang politik, falsafah, pembangunan diri remaja.

TAJUK 5

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH

Konsep Puisi
1. Puisi sering dianggap objek yang kabur dan menakutkan. Banyak orang yang cuba
menjelajahinya tersesat dalam rimba puisi yang gelap dan misteri itu.
2. Seserang pujangga yang mencipta puisi mengikut T.S. Eliot (1993) ialah arkitek yang
membina keindahan pengalaman dengan kecantikan bahasa secara bijaksana.
3. Zaba (1962:218)
yang mendefinisikan puisi sebagai karangan berangkap, dilihat
memberikan tafsiran yang agak umum dan kabur walaupun terdapat penegasan tentang
konsep kecantikan puisi tersebut. Katanya:
Karangan berangkap itu khas dipakai untuk melafazkan fikiran.
4. Struktur karangan berangkap yang dimaksudkan Zaba merangkumi aspek susunan kata,
rentak bunyi dan isi.
5. Dalam perbahasan pengarang-pengarag cara baharu sekarang, karangan demikian disebut
puisi (berlawanan dengan prosa iaitu karangan lurus sahaja).
6. Sebait puisi juga merupakan alunan rasa dalam kilasan imaginasi si penyajak seperti yang
dikonsepkan oleh William Worsdworth (1988:4) iaitu suatu pengucapan tentang
perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak dan berlaku secara spontan
dalam suasana tenang.
7. Sungguhpun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa puisi ialah ciptaan yang indah
daripada aspek bentuk dan isi sehingga mendorong Samuel Taylor Coleridge (1988:4)
menganggap puisi sebagai the best words in their best order.

CIRI-CIRI PUISI

18
Pada umumnya, puisi mempunyai ciri berikut:
1. Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai
keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
2. Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar, sama
ada berbentuk konvensional, berpola (bagi puisi tradisional) atau berbentuk bebas (bagi
sajak).
3. Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak,
4.

irama dan keharmonian bunyi.


Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu (bagi puisi
tradisional) atau tanpa ikatan pola tertentu (bagi sajak) yang dipengaruhi jumlah baris,

jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.


5. Bagi puisi tradisional, wujud pembahagian unit dalam penyataan idea, misalnya dua
6.

baris serangkap atau beberapa baris seuntai.


Digunakan dalam kehidupan masyarakat seharian untuk hiburan, keramaian, ritual,
keagamaan, pengajaraan dan sebagainya. Puisi berfungsi juga sebagai pancaran

7.

pemikiran masyarakat zamannya.


Ada puisi tradisional yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan system
kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu, misalnya ungkapan Adat

Pepatih.
8. Bahasa yang padat, kental mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan
perbandingan sama ada bersifat tradisional atau moden untuk menyatakan sesuatu dan
melahirkan perasaan.

JENIS PUISI
1. Puisi, sebagai satu genre kesusasteraan, terbahagi kepada dua jenis utama iaitu puisi
tradisional dan puisi moden iaitu sajak.
2. Dalam teks Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas), puisi tradisional
mempunyai beberapa sub-jenis lagi. Sub-sub puisi tradisional adalah seperti yang berikut:
- Pantun
- Syair
- Gurindam
- Seloka
Mengenal Aspek Dasar Puisi
(i)

Medan Makna

Medan makna merujuk kepada perkara-perkara yang membantu menjelaskan gambaran


idea penyair atau isi sesebuah puisi.

19
(ii)

Medan Kata

Medan kata merujuk kepada unsur-unsur serta gaya pemakaian bahasa sesebuah puisi
(iii)

Medan Rasa

Aspek-aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi yang mempengaruhi


pengucapan dan perasaan penyair atau pembaca.
SELOKA
1. Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu semasa
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
2. Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000
rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat
Piah, 1989, hlm. 334).

CIRI DAN BENTUK


Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut :
i)

Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.

ii)

Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)

iii)

Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.

iv)

Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda

Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

SYAIR
1. Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shir (puisi / sajak) dan shair (penulis puisi /
penyajak). Syair mula diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri dan berkembang selepas
kematiannya pada 1630.
2. Dipercayai bentuk prototaip syair tertulis pada 1380 di batu nesan Minye Tujuh, Acheh.
CIRI SYAIR
1. Empat baris serangkap.
2. Jumlah perkataan ialah 3 4 perkataan sebaris dengan bilangan suku kata
12.

antara 8

20
3. Skima rima hujung ialah a,a,a,a dan rima tengah tidak dipentingkan.
4. Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di hujung baris
pertukaran lengguk suara dan melodi.
5. Keseluruhan baris ialah satu kesatuan idea.
6. Syair tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu rangkap. Sebaliknya, keseluruhan rangkap
ialah satu kesatuan idea.
7. Isinya bercorak cerita atau huraian panjang tentang sesuatu subjek. Bahasanya puitis.
8. Sesebuah syair ialah satu cerita yang lengkap (mengandungi watak, urutan peristiwa, plot
seperti cereka).

Cara Mendendangkan Syair


Lagu Selendang Delima :Lagu syair ini digunakan secara meluas oleh pelajar dan guru di
sekolah serta masyarakat umum untuk mendendangkan syair.
Lagu Siti Zubaidah :Lagu ini popular di Pahang dan Terengganu.
Lagu Rakis : (teks Syair Rakis karangan Almarhum Pangeran Shahbandar Pangeran
Mohamad Salleh).Popular di Brunei dan Sarawak.
Lagu Narasi :Popular di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan

GURINDAM
1. Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali sekarang
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun
1846.
2. Bentuk gurindam adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi
tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima a;a. Seuntai gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
3. Bahasanya bernas dan serius. Isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta
pernyataan perasaan cinta.

CIRI-CIRI GURINDAM
1. Dua baris serangkap

21
2. Empat hingga enam patah perkataan / 8 12 suku kata sebaris.
Contoh :
Apabila terpelihara mata,Sedikit cita-cita.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,Daripada segala berat dan ringan. (Kerusi,
hlm. 8)
3.
4.
5.
6.

Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak ditentukan.


Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a.
Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam baris.
Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama ) dan jawab

atau anak kalimat (baris kedua)


7. Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau
menyatakan perasaan cinta.

TRADISI LISAN:

Prosa lipur lara, mitos, lagenda, cerita rakyat


Puisi pantun, syair, gurindam, seloka
Lagu Rakyat (LR) merupakan satu daripada genre puisi klasik yang merdu apabila

dipersembahkan secara berlagu.


LR terhasil daripada gabungan gubahan seni kata dan melodi dengan / tanpa iringan

muzik.
LR mencerminkan pemikiran, sikap, nilai dan kelakuan rakyat dalam sesuatu
masyarakat.

Jenis Lagu Rakyat:

2 Jenis / golongan
Lagu Rakyat Tanpa Mementingkan Lirik Proto folksongs (worldless folksongs): muzik

lebih dipentingkan daripada lirik lagu. Mengiringi muzik tarian.


Lagu Rakyat Mementingkan Lirik (Near folksongs) : lirik lebih dipentingkan daripada
muzik. Alat bunyi-bunyian yang digunakan lebih mudah / ringkas seperti rebana, serunai,
gendang, biola atau gamelan.

Ciri-Ciri Lagu Rakyat:

22
1. Lahir secara spontan, tidak bertulis dan pelbagai bentuk seperti pantun, syair, pepatah
petitih, bidalan dan sebagainya.
2. Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk
persembahan seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan lain-lain.
3. Bahasa yang digunakan dalam lagu rakyat mengikut dialek tempat asal.
4. Gaya persembahan memaparkan bentuk tradisi walaupun ada yang mengalami perubahan.
5. Peralatan muzik untuk persembahan Lagu Rakyat pada asasnya menggunakan alatan yang
ringkas dan mudah seperti gendang, gong, rebana dan kompang sahaja.
Fungsi Lagu Rakyat:
1. Dalam tradisi kolektif masyarakat lisan, lagu rakyat berperanan:
2. - sebagai alat hiburan (escapisme) diri dari kemelut hidup dan persekitaran
3.
yang merungsingkan, untuk kedamaian jiwa.
4. - meningkatkan semangat bekerja dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab.
5.

- menceritakan salasilah keluarga atau keturunan (masyarakat Jawa).

6.
7.

- wahana protes sosial dan protes ketidakadilan dalam masyarakat.


- alat untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman.

You might also like