You are on page 1of 3

BAJU MELAYU KONSEP/MAKSUD Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu.

Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia seperti negeri Johor sementara potongan cekak musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan cekak musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan teluk belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman sama seperti baju kurung. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden, juga dipanggil potongan Cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran yang selesa dipakai. Cara memakai baju juga terdapat perbezaan di mana bagi baju Melayu teluk belanga biasanya samping dipakai di luar baju, manakala baju Melayu cekak musang bajunya di dalam samping.

Asal usul

Baju Melayu berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444), memberi titah, di larang memakai cara Atas Angin (Arab termasuk China) Sebaliknya apabila baginda menunaikan solat sunat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar). Apabila tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin). Dalam sejarah Melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat

Melaka

singkat

dan

sendat,

tetapi

seorang

pembesar

Melayu

telah

memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju Melayu seperti sekarang.

Kancing

Kancing bagi baju Melayu adalah rekaan tiga, empat dan lima kancing. Baju Melayu cekak musang berhias lima butir kancing atau tiga butang mengikut tempat. Bagi rekaan lima butir kancing, dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan). Sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat Melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan di antara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bongsu Teori ini disangkal oleh Azah Aziz (Mak Ungku) kerana beliau menyatakan bahawa kalangan bangsawan atau raja di istana menggunakan tujuh butir pada baju Melayu mereka. Sesetengah Ulama Nusantara menyatakan bahawa falsafah Baju Melayu adalah selari dengan Agama Islam. Ini di buktikan dengan menyatakan bahawa 5 butir kancing melambangkan rukun Islam yang lima, 4 butir kancing melambangkan syariat, hakikat, tarikat dan marifat dan bagi 3 butir pula ia membawa maksud Islam, Iman dan Ihsan.

CIRI-CIRI

Baju Melayu Cekak Musang

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5 cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Terdapat dua rekaan butang di bahagian leher baju iaitu tiga butang ataupun lima butang.

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri pada tahun 1866 demi meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu. Reka bentuk kolar atau potongan lehernya menyerupai baju Baju Melayu teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia seperti negeri Johor sementara potongan cekak musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan cekak musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan teluk belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman sama seperti baju kurung. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Baju Melayu ini merupakan pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya Baju Melayu teluk belanga biasanya baju dipakai di luar samping.

You might also like