You are on page 1of 57

ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA.

DISEDIAKAN OLEH SEH NILAMUDDIN BIN HASSAN SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PERSEKUTUAN)

PENGENALAN

HARTA PUSAKA
Harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain.
Kamus Dewan Edisi Ketiga

Ilmu pembahagian harta pusaka ini juga dikenali sebagai ilmu faraid atau Ilmu Pewarisan atau Ilmu at-Tarikah.

FARAID UNTUK MENGHINDARKAN


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). (Surah al-Nisa 4 : 29) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh lapisannya.

ILMU FARAID
Salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: Pelajarilah Ilmu Faraid, dan ajarkanlah ia kepada orang lain.. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu akan dilupakan, dan ia merupakan ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku

Merangkumi Kaedah Fekah dan Hisab Serta kombinasi 3 ilmu yang disatukan iaitu Ilmu Nasab, Ilmu Fatwa dan IImu Hisab (Matematik).
Bersumberkan al-Quran,Sunnah dan ijmak. Ayat 7 an nisaa

Ayat 11 an nisaa
Ayat 12 an nisaa Ayat 176 an nisaa

KEPENTINGAN ILMU FARAID


Mengenal pasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris. Mengenalpasti bahagian atau saham setiap waris berhak kepada harta pusaka.
Pengiraan (hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian atau habuan setiap waris melalui kaedah pengiraan (matematik).
7

Senarai waris yang berhak menerima pusaka:


Waris lelaki 15 orang
1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah 3. Bapa 4. Datuk sebelah bapa dan keatas 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki sebapa dan ke bawah 10. Bapa saudara seibu sebapa 11. Bapa saudara sebapa 12. Anak bapa saudara seibu sebapa 13. Anak bapa saudara sebapa 14. Suami 15. Tuan

Senarai waris yang berhak menerima pusaka:


Waris perempuan 10 orang 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan daripada anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan sebapa 8. Saudara perempuan seibu 9. Isteri 10.Puan
9

WARIS UTAMA
Ibu Bapa

SIMATI Suami/Isteri Anak Lelaki Anak Perempuan

10

KADAR BAHAGIAN WARIS


WARIS UTAMA IBU 1/6 BAPA 1/6

SIMATI

ISTERI 1/8

AL

AL

AP

AP

Mendapat baki
11

CARTA WARIS

BIDANG KUASA
Bidang kuasa Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1) Senarai 1, Jadual Kesembilan yang memperuntukkan Undang-Undang berkaitan pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah senarai Persekutuan.

AGENSI TERLIBAT
Agensi 1. Mahkamah Tinggi Nilai dan Jenis Harta Harta Pusaka Besar Ciri-ciri Nilaian harta >RM 2juta Harta berwasiat Akta Akta Probate & Pentadbiran 1960

Harta Pusaka Kecil 2.unit Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Ciri-ciri: Nilaian < RM 2 juta Ada Tanah sahaja (Harta Tak Alih) atau Tanah dan Harta Alih Tiada Wasiat Bagi Bukan Islam Harta Pusaka Ringkas Ciri-ciri: Harta alih sahaja Nilaian < RM600,000.00 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 dan Peraturan HPK 1955

3. Amanah Raya Bhd

Akta ARB

Perbadanan

DAFTAR PERMOHONAN
(Borang B/ Kad Biru)
Rujukan kepada Pendaftar Pusat Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur - setiap permohonan akan direkodkan - tidak membenarkan permohonan bertindih (kecuali ARB). - ada halangan Kaveat (6 Bulan)

Borang C Putih / Kuning lesen pembahagian

Mahkamah Tinggi Syariah


Perkara 1, Senarai 2 Perlembagaan memperuntukkan Hukum Syarak dan Undang-Undang diri dan keluarga bagi orang Islam termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah Senarai Negeri. Peruntukkan ini sebenarnya terhad kepada penentuan dari segi bahagian-bahagian waris mengikut faraid, kesahihan wasiat serta hibah, nasab, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang diri simati yang Islam

Kes rayuan Jumaaton & Raja Delila v. Raja Hizaruddin. Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, telah mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tiada berbidang kuasa mengenai probet dan pentadbiran pusaka kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. (1998) 6 MLJ 556.

HARTA PUSAKA KECIL


Bidangkuasa berkenaan dengan harta pusaka kecil diperjelaskan di bawah seksyen 4(1) Akta berkenaan:Kecuali sebagaimana Akta ini memperuntukkan sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah diturunkan atau terletakhak dalam mana-mana orang menurut kuasa mana-mana instrumen selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat di bawah Akta ini. Seksyen 3(3) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu Akta 98 mentakrifkan harta pusaka kecil seperti berikut: Bagi maksud Akta ini suatu harta pusaka kecil diertinya suatu harta pusaka simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian harta tak alih yang terletak dalam mana-mana negeri dan tidak melebihi dua juta ringgit dalam nilai total

PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL


Dibuat mengikut kehendak di bawah seksyen 8 (Akta 98) Mereka yang layak membuat permohonan adalah waris kadim, pemiutang, pembeli, Penghulu atau Pegawai Petempatan mengikut kehendak seksyen 8 Akta 98, Amanah Raya Berhad dan Baitulmal (jika simati tiada meninggalkan waris).

HAK DAN KEPENTINGAN AHLI WARIS

PRINSIP DAN KAEDAH PEMBAHAGIAN

ISLAM

BUKAN ISLAM
19

SEBELUM HARTA DIFARAIDKAN HARTA PUSAKA yang boleh dibahagi:


TOLAK

BELANJA KEBUMI

WASIAT

HUTANG

BELANJA KEMATIAN
Menguruskan jenazah Perbelanjaan menguruskan jenazah yang diiktiraf oleh syarak meliputi yang wajib sahaja boleh diambil dari harta simati seperti pembelian peralatan kafan, keranda, upah memandikan jenazah,menggali kubur membawa jenazah ke kubur sama ada diusung atau dengan kereta jenazah.
21

HUTANG SIMATI
1. Hutang kepada Allah
Mengikut mazhab al-Syafie hutang Allah seperi zakat,kifarah,haji hendaklah didahulukan

2. Hutang kepada manusia,sekiranya si piutang halal terlepas hutang,jika tidak waris hendaklah meyelesaikannya.

22

WASIAT
Pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain yang mana pemberian tersebut hanya berkuatkuasa setelah pewasiat meninggal dunia. Boleh ditarik balik / dibuat wasiat lain. Berkuatkuasa setelah pewasiat m/dunia Penerima wasiat bersetuju menerima wasiat
23

HUKUM BERWASIAT
peringkat awal bagi seseorang Islam yang merasakan dirinya hampir akan mati adalah wajib. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud : Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ada meninggalkan harta (yang banyak, hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.

Menurut para ulama ayat perintah di atas telah dimansuhkan dengan turunnya ayat tentang pembahagian harta warisan yang terdapat dalam surah An-Nisa ayat 7, 11, 12 dan lain-lain. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ashabussunan) yang bermaksud : Sesungguhnya Allah telah memberikan haknya kepada setiap yang mempunyai hak, maka tidak ada wasiat bagi ahli waris
Sabda Rasulullah S.A.W dari hadis yang diriwayatkan At Tarmizi yang bermaksud; Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan haknya, maka tidak ada wasiat bagi seorang perwaris kecuali jika dikehendakki oleh para pewaris.

HUKUM WASIAT KEPADA WARIS


Wasiat kepada ahli waris tidak diharuskan bersandarkan kepada dalil; Dari Ibnu Abbas; Rasulullah S.A.W telah bersabda: tidak harus wasiat bagi waris melainkan jika dikehendaki oleh waris-waris. ( Diriwayatkan oleh Ad Daruqutni)

KADAR WASIAT 1/3 BHG


Sabda Rasulullah S.A.W dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Dari Saad b Abu Waqas r.a bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan. Bolehkah aku wasiatkan hartaku itu semuanya?, Rasulullah S.A.W menjawab, Jangan! Dia bertanya lagi, Jika dua pertiga bagaimana? Baginda menjawad,Jangan! Aku bertanya lagi, Jika sepertiga? Baginda menjawab, Ya, boleh dan sepertiga itu telah banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kemiskinan, meminta-minta kepada manusia.
25

RUKUN WASIAT
PEMBERI WASIAT

SIGHAH

RUKUN WASIAT

PENERIMA WASIAT

HARTA
26

WASIAT BOLEH DIBATALKAN


Pewasiat tidak sempurna akal semasa membuat wasiat. Mengikut pendapat jumhur, wasiat sah jika pewasiat itu waras semasa membuat wasiat walaupun ia menjadi gila kemudiannya sehingga mati. Pewasiat atau penerima wasiat murtad. Wasiat yang tergantung disebabkan bersyarat. Penarikan atau pembatalan wasiat oleh pewasiat itu sendiri. Wasiat ditolak oleh penerima selepas kematian pewasiat. Penerima wasiat mati terlebih dahulu dari pewasiat atau penerima wasiat belum sempat menerima wasiat walaupun dia mati kemudian dari pewasiat. Harta wasiat rosak sebelum berlaku penerimaanya.

HIBAH
Pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya Harta Hibah bukan lagi milik simati dan terkeluar dari senarai harta yang boleh difaraidkan

28

HIBAH
Pemberian pemilik harta kepada orang lain semasa hayatnya - hibah Menjadi hak pemilik harta untuk membuat hibah Sunat memberi kepada anak-anak sama banyak Makruh membahagikan harta kepada anakanak berlebih kurang. Ada pendapat menyatakan haram sekiranya anak-anak bertelingkah dengan sebab tidak puas hati dengan pembahagian oleh ibu / bapa
29

HARTA SEPENCARIAN
Hak isteri yang bercerai mati @ 1/8 Hak lain menuntut harta sepencarian Mana-mana harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan sumbangan isteri walaupun si isteri tidak bekerja Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Mensabit dan menentukan kadar harta sepencarian Bakinya difaraidkan si isteri masih mendapat hak faraid
30

Pembahagian Mengikut Faraid, Simati Ada Bapa, Ibu, Isteri dan Anak-Anak
No. 1. 2. 3. 4. 5. Hubungan Dengan Simati Bapa Ibu Isteri Anak Lelaki Anak Lelaki Bahagian Mengikut Faraid 28 28 21 26 26 Nilai Bahagian Masing-masing 6,666.66 6,666.66 5,000.00 6,190.48 6,190.48

6.
7. 8.

Anak Perempuan
Anak Perempuan Anak Perempuan

13
13 13 168

3,095.24
3,095.24 3,095.24 RM 40,000.00
31

Jumlah bahagian / Nilai

Bahagian Isteri Mengikut Harta Sepencarian dan Faraid


No 1. 2. 3. 4. 5. 6. Hubungan Dengan Simati Bapa Ibu Isteri (Faraid) Isteri (Sepencarian) Anak Lelaki Anak Lelaki Bahagian Mengikut Faraid/Sepencarian 28 28 Nilai Bahagian Masing-masing 3,333.33 3,333.33

21 168
26 26

2,500.00 20,000.00
3,095.24 3,095.24

7. 8. 9.
32

Anak Perempuan Anak Perempuan Anak Perempuan Jumlah bahagian 6/13/2012 / Nilai

13 13 13
336

1,547.62 1,547.62 1,547.62


RM 40,000.00
32

Cara Pembahagian Harta Pusaka Kecil Dibuat


Disamping Akta 98, ada lebih kurang 35 akta berkaitan yang menjadi rujukan Pentadbir Tanah dan di antaranya adalah: Kanun Tanah Negara 1965 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Akta Hakmilik Strata. Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri. Akta Pengambilan Tanah 1960. Akta Keterangan, 1950 (disemak 1971) Akta Tafsiran 1948 & 1967 Age of Majority Act 1971 (Act 21) Guardianship of Infants Act 1961 (Act 351) Akta Kontrak 1950 Trustee Act 1949 (Act 208) Power of Attorney Ordinance 1949

Serta mempunya ilmu pengetahuan tentang hukum syarak yang berkaitan iaitu mengenai Hukum faraid, wasiat, hibah, harta sepencarian serta kedudukan sah taraf anak atau anak angkat.

BENTUK-BENTUK PERINTAH PENTADBIR TANAH


Pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir bagi kes-kes yang melibatkan hutang-hutang si mati, ada tuntutan hibah atau harta sepencarian, harta tak alih yang belum ada hakmilik, harta tak alih yang tidak boleh dipecahbahagi seperti seperti tanah Felda, melibatkan waris yang bukan warganegara dan sebagainya. Perintah ini dikeluarkan dalam borang F. Pembahagian muktamad dalam borang E di mana hartaharta si mati diturunmilik terus kepada waris. Perintah muktamad (Borang E) dan Surat Kuasa Mentadbir di mana ada harta yang boleh dibahagikan terus dan harta harta yang hanya diberi Surat Kuasa Mentadbir.

PRINSIP PERBICARAAN BERDASARKAN FARAID


Secara umumnya proses pentadbiran dan pembahagian harta pusaka adalah konbinasi antara hukum syarak dan undang-undang sivil. Siasatan perbicaraan berlandaskan hukum syarak Seksyen 12(7) Akta 98 menyatakan:"Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam cara yang paling sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan masing-masing".

TERTIB SIASATAN WARIS (CONTOH)


Nenek
m/d

nenek
m/d

datuk
m/d

Ibu
m/d

Bapa
m/d

SIMATI
SIL/P x SBL SBP SIBL SIBP

Isteri
Anak Perempuan
ada

Anak Lelaki
m/d

Cucu lelaki
tiada

Cucu Perempuan
tiada

CONTOH PENGIRAAN FARAID


24 IBU BAPA ISTERI A L - 2 bhg AL - 2bhg AP - 1 bhg AP - 1 bhg 1/6 1/6 1/8
ASABAH ASABAH ASABAH ASABAH

144 24 24 18 26 26 13 13

4 4 3 } } 13 } }

PENENTUAN HUTANG SI MATI


Semasa perbicaraan juga, Pentadbir Tanah juga perlu menyiasat dan memutuskan tentang hutang si mati seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 98 Seksyen 13 (1):"Di akhir perbicaraan Pentadbir Tanah hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukkan bagi pembayaran daripada harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan hutang-hutang si mati sekiranya berbangkit ..."

RUJUKAN BAWAH SEKSYEN 19 AKTA 98


Pentadbir Tanah juga boleh membuat rujukan mengikut kehendak seksyen 19 Akta 98 sekiranya terdapat apa-apa persoalan berkaitan dengan hukum syarak, termasuk Hukum Faraid atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya seperti penentuan nasab, sah taraf anak, pengesahan wasiat, hibah dan sebagainya "Jika soalan itu berkaitan dengan undang-undang Islam atau adat Melayu atau undang-undang anak watan atau adat Sabah atau Sarawak, merujuk perkara itu untuk mendapat keputusannya kepada pihak berkuasa negeri (Ruler of the state) di mana daerahnya terletak atau kepada mana-mana orang lain atau kumpulan orang sebagaimana yang diarahkan oleh Raja itu"

TAKHARUJ
Penarikan diri daripada menerima bahagian harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya, dengan memberi bahagianya itu kepada seseorang atau beberapa orang atau kepada kesemua waris lain sama ada secara sukarela atau diberi balasan atau imbuhan atau dibayar ganti rugi daripada harta wariswaris atau diberi sebahagian daripada harta pusaka kepadanya.

TAKHARUJ DALAM AKTA 98


Seksyen 15 Akta yang antara lain menyatakan: "(1) Jika Pemungut berpuas hati bahawa semua benefisiari harta pusaka yang telah cukup umur dan berkeupayaan telah bersetuju antara mereka kepada cara di mana harta pusaka patut dibahagikan, Pemungut boleh, selepas merekodkan dalam perintah pembahagian terma-terma persetujuan; dan persetujuan pihak-pihaknya, membahagikan harta pusaka dalam cara yang diperuntukan oleh persetujuan melainkan ia adalah jelas kepada Pemungut adalah tidak adil dan tidak saksama untuk berbuat demikian." (2) ... (3) Jika dua atau lebih benefisiari berhak kepada bahagian dalam mana- mana tanah yang terkandung dalam harta pusaka Pemungut boleh, atas budibicaranya, mengambil perhatian kepada kepentingan orang yang berkenaan dan kepentingan pembangunan tanah dengan baik- (a) menguntukkan lot-lot berasingan kepada benefisiari-benefisiari individu; (b) ...

Takharuj boleh di bahagikan kepada tiga bentuk; 1. Penarikan diri dengan balasan yang diambil dari harta waris 2. Penarikan diri dengan balasan diambil dari harta pusaka 3. Penarikan diri tanpa balasan secara sukarela. Penarikan diri ini boleh berlaku oleh seorang atau beberapa orang yang membuat persetujuan dengan; 1. Seorang waris 2. Beberapa waris 3. Kesemua waris

BAITULMAL
Harta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaankeadaan berikut: 1. Tiada ahli waris yang berhak menerimanya 2. Ahli waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki harta pusaka 3. Harta si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa 4. Tiada ahli waris langsung. Akta 98 ada peruntukan di bawah seksyen 13(1) yang menyatakan:....Dengan syarat jika ada undang-undang bertulis yang berkuatkusa berhubungan dengan baitulmal, Pentadbir Tanah hendaklah sebelum membahagikan apa-apa bahagian harta pusaka seorang simatiberagama Islam memuaskan dirinya bahawa apa-apa bahagian harta pusaka yang kena dibayar kepada baitulmal telahdibayar sewajarnya atau peruntukan sesuai telah dibuat bagi pembayarannya.

ISU DAN MASALAH


1. Tiada Jabatan Khusus
Waris menjadi keliru
Cadangan Wujud Jabatan. Mahkamah Tinggi Syariah tepat rayuan bagi kes orang Islam

2. Lewat Membuat Tuntutan


Kurang kesedaran Masalah waris berlapis Kesukaran mendapat dokumen penting Tiada kerjasama Mengambil hak orang lain
Langkah-Langkah Oleh Seksyen Pembahagian Pusaka - Program Outreach

SIBL Embong

Ibu Alawiyah m/k 1982 Simati Sidiq Sigaragar 1980 Azimah

BAPA m/d

SIBP

IBU m/d

BAPA Alawi

Azizah

Isteri Chegu Murni m/k 1985

Osman c/m
Kasim Selamat Sabariah Zailani

Kematian Berlapis (Munasakhat)

Program Outreach
Program Sehari Bersama Waris berbentuk taklimat/memberi penerangan Seminar dan Dialog Harta Pusaka - seminar kepada ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat mengikut daerah Projek Kg. Angkat pemilihan kampung untuk ditempatkan kakitangan/pegawai dalam tempoh tertentu dengan kerjasama Jawatankuasa Kampung untuk memberikan maklumat secara langsung bagi menyelesaikan isu pusaka kecil di kampung terbabit.

Inisiatif Transformasi
Pelancaran Permohonan Online Pusaka Kecil oleh YB.Dato Sri Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 07.06.2012. satu alternatif di dalam membantu memberi keselesaan kepada pihak waris menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka. Tanpa perlu ke Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil semata-mata untuk mengambil borang permohonan dan kembali semula untuk mengemukakannya, Sistem ini menyediakan platform pengemukaan permohonan untuk pemprosesan di mana-mana sahaja tuan-tuan dan puan-puan berada, selagi mana internet dapat dilayari. Pelaksanaan My SMS 15888 untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat semakan status permohonan mereka. Pelaksanaan SMS Blast iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang antara lain berfungsi untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan yang dikemukakan telahpun didaftarkan, meminta pemohon mengemukakan maklumat tambahan jika permohanan tidak lengkap, seterusnya memaklumkan tarikh perbicaraan dan perintah telah dikeluarkan. Perkhidmatan ini tidak dikenakan apa-apa bayaran. Penambahbaikan dalam pelaksanaan sistem perkomputeran iaitu sistem e-TaPP bagi memudahkan pemprosesan permohonan dan penjagaan rekod yang lebih sistematik, efisien dan selamat. Integrasi maklumat melalui sistem e-TaPP dengan jabatan kerajaan juga dalam proses pelaksanaan. Agensi berkaitan adalah
Mahkamah Tinggi, Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Raya Berhad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan: Mahkamah Syariah.

3. Masalah Bidangkuasa Mahkamah Syariah


Kes yang diputuskan di Mahkamah Agung, iaitu Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah binti Dato Talib [1992] 2 MLJ 793, telah mengiktiraf mentadbir pusaka diletakkan di bawah Senarai Kuasa Perundangan Persekutuan (Senarai 1 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Antara alasan penghakiman dalam kes ini adalah sebagaimana berikut: Sungguhpun Senarai 2, Jadual Kesembilan itu menyebut mengenai Hukum Syarak berhubung dengan mewaris harta berwasiat dan tak berwasiat dan pembahagian harta, apabila rujukan dibuat kepada Senarai 1, Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan itu, ini tidak termasuk probet dan surat mentadbir pusaka. Perkara (e), Perenggan (i) dalam Senarai Persekutuan itu menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang antara lain mengenai perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat mentadbir pusaka. Kemudian dalam Bahagian (ii), Perkara (a) itu disebut Perkara yang tersebut dalam Perenggan (1) tidak termasuk undangundang diri orang-orang Islam berhubung dengan pemberian atau perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat. Ini bermakna undangundang mengenai probet dan surat mentadbir harta dimasukkan dalam Senarai Persekutuan dan bukan Senarai Negeri dan oleh kerana itu Badan Perundangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa dalam perkara probet dan surat mentadbir harta itu. Inilah sebab undang-undang mengenai probet dan surat mentadbir bagi semua orang di Malaysia terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

4. WASIAT KEPADA WARIS


1. 2. 3. 4. 5. Agen wasiat tumbuh bak cendawan Memanipulasikan ayat-ayat wasiat yang awal Tidak telus dalam mempromosikan produk Menggunakan institusi kewangan. Mempromosi wasiat kepada waris sebagai jalan pintas menyelesaikan tuntutan pusaka.
Orang awam perlu faham bahawa dokumen wasiat adalah raw material yang hanya boleh dilaksanakan setelah wasiat tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan setelah mendapat perintah perlaksanaan dari Pentadbir Tanah (jika pusaka Kecil) atau Mahkamah Tinggi Sivil (jika harta pusaka besar)

5.
1.

Masalah Bahagian Waris Tidak Boleh Didaftarkan

Ini adalah kerana adanya halangan dari aspek undang-undang:2.


3. Hakmilik yang didaftarkan di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960 yang hanya membenarkan dua orang pemilik bersama. Halangan memilikki tanah bagi bukan warganegara Malaysia perlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Tanah Rezab Melayu yang tidak membenarkan bukan Melayu didaftarkan sebagai pemilik

Dalam keadaan seperti ini ada beberapa pendekatan diambil untuk menjaga hak-hak waris iaitu:Bagi kes pertama di atas, seoarang atau dua orang akan dilantik sebagai Pentadbir Harta simati dan Pentadbir Harta diperintah membahagikan segala bentuk hasil keuntungan dari harta tersebut mengikut faraid atau mengikut persetujuan bersama ahli waris. Bagi kes bukan warganegara, waris akan diberi Surat Kuasa Mentadbir untuk tujuan memohon kebenaran dari pihak berkuasa Negeri supaya nama waris yang terbabit boleh didaftarkan atau waris yang lain diberi peluang menebusbeli bahagian waris berkenaan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui atau mengikut perintah Pentadbir Tanah. Bagi kes tanah rezab Melayu, waris tiada pilihan untuk menebus bahagian waris berkenaan atau dalam kes tertentu jalan terakhir adalah dengan mendapatkan perintah kebenaran menjual

6.Pentadbir Harta Yang Tidak Amanah


Di dalam kes-kes tertentu seperti contoh di atas, lebih-lebih lagi yang melibatkan rancangan tanah Felda atau Felcra, isu dan masalah yang sering dibangkitkan ialah Pentadbir Harta yang dilantik tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggongjawab membahagikan segala hasil keuntungan seperti yang diarahkan. Sikap tamak, tidak menghiraukan hukum, meletak hukum ditangan sendiri dan bergaduh sesama waris, kesemuanya menyumbang kepada masalah Pentadbir Harta yang tidak amanah. Untuk mengatasi masalah ini, waris yang tidak berpuashati boleh memohon bicara (seksyen 17 Akta 98) supaya dilantik Pentadbir Harta yang baru mengantikan Pentadbir Harta yang tidak amanah. Isu ini tidak terhenti di sini, malah terdapat banyak permohonan dalam harta pusaka yang sama untuk membatalkan dan melantik Pentadbir Harta yang baru. Ini seolah-olah tiada kesudahannya. Hendak membenarkan urusan tebus beli bahagian, nilaian harta agak tinggi dan waris tiada kemampuan. Hendak dilelong atau diperitah jual pula melibat beberapa faktor undang-undang berkaitan. Oleh itu dicadangkan agensi yang berkenaan terutamanya Felda mengambil tindakan yang lebih drastik termasuk meminda undang-undang berkaitan agar pihak Felda sendiri boleh mengambil alih atau mentadbir atau membeli bahagian waris untuk diserahkan kepada peneroka yang baru dalam bentuk pinjaman.

7.

Meninggalkan Waris Dengan Sengaja

Isu memberi keterangan palsu atau menipu semasa memberi keterangan bukanlah perkara baru di dalam mana-mana proses perbicaraan serta perudangan. Walaupun ada undang-undang dan hukuman yang berat akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memberi keterangan palsu, kes-kes menipu tetap berlaku.

Anak Angkat

Anak angkat dinasabkan kepada simati. Enggan mengakui dirinya anak angkat Ibu/bapa angkat mengakui ianya anak kandung Waris yang sah enggan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk membetulkan keadaan.

9.

Waris Hilang (Mafqud)

Waris yang hilang serta gagal dikesan dianggap masih hidup selagi tidak dibuktikan mati. Oleh itu hak waris berkenaan akan dipelihara. Sekiranya tiada bukti kematiannya, maka hanya Mahkamah Tinggi sahaja yang boleh membuktikan ianya telah mati dan tarikh ia dianggap telah mati ialah pada tarikh perintah angapan mati dikeluarkan. Persoalannya:- Adakah Perintah Anggapan Mati Mahkamah Tinggi Syariah boleh digunapakai untuk tujuan tuntutan harta pusaka?

10. Isu Baitumal


Tiada keseragaman di antara negeri-negeri dari segi kaedah menebusbeli bahagian baitulmal. Ada yang meminta bahagian baitulmal didaftarkan terlebih dahulu dan urusan tebusbeli dibuat seperti jualbeli biasa. Ada pihak baitulmal negeri yang mengikut jumlah nilaian harta yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah dan ada yang ingin membuat penilaian sendiri. Ada pihak baitulmal negeri yang enggan membuat permohonan walaupun dimaklumkan simati tiada meninggalkan waris dan ada juga yang enggan membuat bayaran perintah walaupun baitulmal mendapat bahagian.

Isu dan Masalah Lain


Isu seperti penama dalam KWSP, LUTH dan polisi insuran. Isu dan masalah terpencil yang lain seperti isu kematian serentak, isu waris khunza, bunuh dengan sengaja atau tidak sengaja, anak dalam kandungan dan lain-lain isu yang memerlukan pengesahan serta perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah

PENUTUP
Kesedaran tentang ilmu pembahagian pusaka kini makin meningkat. Telah banyak pihak menganjurkan seminar /bengkel dan sebagainya. Perkembangan ICT serta maklumat dihujung jari. Bidangkuasa perlu diperjelaskan. Wujudkan satu jabatan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai badan tempat kes rayuan

sehnilamuddin@kptg.gov.my

You might also like