You are on page 1of 6

: , :

) : ) : ( ) : , ( ) ) :

: ,,,,, .

: .
:

: . () :

: .

Apa itu Rasm Quran?

Rasm Quran terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut : Qiasi/ Imlai : Mengambarkan lafaz dengan tulisan huruf hijaiyyah dengan kesesuaian pada bentuk tulisan dengan lafaznya ibtida dan wakaf, iaitu bacaan berdasarkan apa yang ditulis. Istilahi: Dikenali sebagai Rasm Uthmani iaitu ilmu yang direka atau kaedah yang dibuat oleh Saidina Uthman Ibn Affan mengikut satu pendapat dan disepakati oleh para sahabat. Arudhi : Diistilahkan oleh ahli bahasa Arab dari segi rima rima bait syair Arab.

Sejarah Penulisan
* Al Quran pada zaman Baginda s.a.w : Terkumpul dalam dada para penghafaz, ditulis pada kepingan kepingan kayu, pelepah tamar dan tulang belulang binatang. Tidak terkumpul dalam satu tempat ( seperti yang kita miliki sekarang ). Nabi seorang yang bersifat ummi ( buta huruf ) dan para sahabat pada ketika itu tidak menulis selain daripada ayat al-quran. Baginda juga bertalaqqi ( membaca Al-Quran secara bersemuka ) dengan Malaikat Jibril satu kali setiap tahun di bulan Ramadhan dan 2 kali pada bulan Ramadhan pada tahun baginda wafat. Segala surah disusun mengikut wahyu yang diturunkan

* *

Al Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq : Pada zaman beliau telah berlaku peperangan yang dikenali sebagai perang Yamamah. Peperangan tersebut menyebabkan ramai para penghafaz quran syahid, maka disebabkan bimbang akan kehilangan Al-Quran maka Saidina Umar memberitahu Khalifah Abu Bakar supaya mengumpulkan Al-Quran. Pada mulanya beliau tidak bersetuju tetapi setelah memikirkan kemaslahatan umat untuk generasi akan datang maka keputusan untuk membukukan Al-Quran telah dibuat. Menulis semua ayat al-quran kecuali ayat yang dinasakhkan. Menulis semua ayat-ayat yang diijma oleh para sahabat yang ia adalah mutawatir. Tidak terdapat kaedah penulisan khusus pada ayat yang mengandungi qiraat. Menulis semua qiraat yang diriwayatkan daripada Rasulullah. Menyusun semua ayat tetapi bukan surah.

* * * * *

Al Quran pada zaman Khalifah Uthman Ibn Affan : Pada zaman beliau terdapat beberapa orang dalam kalangan muslim membaca Al-Quran pada waktu peperangan dan timbul pergaduhan disebabkan pelbagai kelainan pada cara bacaan Al-Quran tersebut. Perkara ini diketahui oleh Khalifah Uthman Ibn Affan maka beliau mengumpulkan sejumlah sahabat untuk berbincang dalam usaha untuk menyatukan kesemua mushaf. Maka mushaf Uthmani dibentuk mengikut Lahjah Quraisy. Terdapat khilaf ( perbezaan pendapat) dalam kalangan ulama berkenaan jumlah mushaf Uthmani yang dihantar ke Negara Negara Islam seperti berikut :

1) Syam, Kufah, Basrah, dan Madinah. 2) Syam, Kufah, Basrah, Madinah dan Mekah. 3) Syam, Kufah, Basrah, Madinah dan Mekah dan Al Bahrain. 4) Syam, Kufah, Basrah, Madinah dan Mekah dan Al Bahrain dan Al-Yaman.

5) Syam, Kufah, Basrah, Madinah, Mekah, Al Bahrain, Al-Yaman dan Mushaf AlImam .

Penulisan Mushaf Uthmani

Daripada riwayat Bukhari penulis Mushaf Uthmani adalah 4 orang sahaja manakala riwayat Abu Amru ad-Dani adalah 5 orang seperti berikut :

1. Zaid bin thabit 2. Abdullah bin az-zubair 3. Saed bin al-Aso 4. Abdul Rahman bin Haris bin Hisyam 5. Abdullah bin Abbas

Sistem Uthmani

* * * * * * *

Merujuk kepada semua mushaf yang ditulis oleh penulis wahyu iaitu Zaid bin Thabit pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Menggunakan dialek Quraisy sebagai bahasanya. Menulis perkataan yang betul dan tepat secara mutawatir. ( disepakati oleh bilangan yang ramai dan mustahil berlaku pendustaan ). Penulisan tertakluk kepada wahyu terakhir Baginda Rasulullah s.a.w Menulis ayat yang tidak nasakh ( hapus ) tilawahnya ( bacaannya ). Tidak menulis Al-Quran yang diriwayatkan secara Ahad. Mengumpul kepelbagaian qiraat ( bacaan ) dalam satu mushaf dengan cara tulisan Ihtimali (isyarat) dan Iqtisar atau ditulis pada mushaf yang berlainan secara Ikhtisar.

Istilah Istilah Rasm Uthmani

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan dalam penulisan Uthmani antaranya adalah :

You might also like