You are on page 1of 16

KBK 3063 : SOKONGAN DALAM KOMUNITI

TAJUK TUGASAN 2

TUGASAN 2 :

Kurikulum PDK mengutamakan modul kemahiran asas manakala kurikulum di sekolah untuk murid berkeperluan khas memfokuskan kepada kebolehdidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara Ilmiah bandingkan kurikulum yang dilaksanakan di PDK dan di sekolah.

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: KAMALIAH BT MUHAMMAD TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

Perkara 1.0 2.0 Pendahuluan Definisi Konsep/Istilah 2.1 2.2 2.2 2.3 3.0 4.0 5.0 Kurikulum Kurikulum Pendidikan Khas Pemulihan dalam Komuniti Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Halaman 3 3 4 4 6 7 8 11 13

Model Kurikulum Pendidikan Khas Kanak-kanak Berkeperluan Khas Model Modul Pembelajaran Pemulihan Dalam Komuniti Perbandingan Antara Kurikulum di Sekolah dan Modul di Pemulihan Dalam Komuniti Rumusan

6.0

15 15

Rujukan

1.0

Pendahuluan

Sejak beberapa dekad yang lalu, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan di negara kita. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada kanak-kanak berkeperluan khas pula, mereka juga tidak berkecuali mengikuti sistem pendidikan melalui pengaplikasian kurikulum yang dihasilkan. Namun perbezaannya, kurikulum bagi mereka telah diubahsuai mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh hal yang demikian, program pendidikan khas telah diwujudkan bagi memastikan pendidikan yang berterusan dapat diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986). Pendidikan khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid (Akta Pendidikan, 1996). Walaubagaimanapun, mereka yang berkeperluan khas mempunyai pelbagai alternatif untuk meningkatkan potensi diri melalui pendekatan-pendekatan kemahiran yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan bentuk pendidikan. Bagi yang mempunyai kelayakan kemasukan ke alam persekolahan, mereka akan mengikuti kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana-mana institusi pendidikan terpilih. Manakala bagi mereka yang tidak layak mengikuti persekolahan yang diselia oleh KPM, mereka masih boleh terus mendapatkan kemahiran dan pendidikan di pusat-pusat pendidikan dibawah selia Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau dibawah seliaan pihak persendirian contohnya Pusat Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis. 2.0 Definisi Istilah/Konsep

Maksud definisi yang diperolehi dari Wikipedia Insklopedia bebas ialah kenyatan ringkas dan padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep. Istilah yang akan dibincangkan dalam

unit seterusnya ialah definisi kurikulum, kurikulum khas, pemulihan dalam komuniti dan kanak-kanak berkeperluan khas. 2.1 Kurikulum

Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996). Oleh hal yang demikian, kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979). Kurikulum juga merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005). 2.2 Kurikulum Pendidikan Khas

Kurikulum Pendidikan Khas merupakan satu kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi yang mana kurikulum kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif. Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas (Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004). Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang

dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Objektif pendidikan khas ialah menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif pendidikan khas juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3m, meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran (Jabatan Pendidikan Khas, 2008). Program pendidikan khas dilaksanakan melalui konsep pengintegrasian bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa serta sekolah teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar belajar minimum sekolah menengah pendidikan khas selama lima tahun. Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Dalam mengikut perkembangan kurikulum semasa, kementerian telah menyediakan satu bentuk kurikulum terbaru menggantikan kurikulum terdahulu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahap Satu, mempunyai hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani. Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif. Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif. Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain minimum bagi keperluan pendidikan khas di sekolah rendah adalah selama enam tahun manakala tempoh

itu, kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktivitiaktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayaan murid melalui bidang- bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan Nilai -nilai Murni, serta Sosial, Riadah dan Kreativiti. Dalam setiap bidang utama tersebut, masing-masing terdapat komponen-komponen kecil seperti berikut: a) Bidang Pengurusan Diri merangkumi Komponen Pengurusan Diri, Komponen Kemahiran Manipulatif, Komponen Pengurusan Tingkah laku dan Komponen Kemahiran Hidup. b) Bidang Akademik Berfungsi merangkumi Komponen Bahasa Melayu, Komponen Matematik, Komponen Bahasa Inggeris, dan Komponen Multimedia. c) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni merangkumi Komponen Pendidikan Agama Islam dan Komponen Pendidikan Moral. d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti merangkumi Komponen Pendidikan Jasmani, Komponen Pendidikan Seni, Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama serta Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar 2.3 Pemulihan Dalam Komuniti

Pemulihan Dalam Komuniti adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk orang kelainan upaya yang menjalankan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Pemulihan Dalam Komuniti memberi tumpuan kepada pemulihan dan latihan asas dan ianya dibuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina. Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ibu bapa, ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting dalam PDK. PDK telah menggunakan teknologi dan kos yang rendah bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah seliaan dijalankan di pusat dan di rumah. Selain itu, PDK menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada bagi menjana dana kewangan. Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kelainan upaya untuk menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada orang kelainan upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Pemulihan Dalam Komuniti adalah salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat 6

untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Ia merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kelainan upaya menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada orang kelainan upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa, keluarga atau penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. 2.4 Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas juga diklasifikasikan sebagai mereka yang kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan atau bahasa, kurang upaya mental (kerencatan mental), kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya pembelajaran, mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku dan mereka yang pintar cerdas (IDEA, 1990). Menurut Kirk (1993) kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaankeupayaan deria, dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi, dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Mc Donnell (1995) pula menyatakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar yang mempunyai kerencatan akal, gangguan tingkahlaku, autisma, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal. Lerner (1998) telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai dua ciri yang mengklasifikasikan kanak-kanak tersebut iaitu mereka yang berisiko untuk gagal dalam pelajaran dan mempunyai kecacatan mengikut akta atau undang-undang. Dalam Akta Pendidikan (1996), konsep ketidakupayaan adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Heward dan Orlansky (1980) telah menjelaskan bahawa kanak-kanak yang kebolehanya 7

menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas, alatan khas dan guru khas. Kanak- kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran. Hallahan dan Kauffman (2000) telah mendefinisikan kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas atau berbakat dan juga masalah kognitif. Secara keseluruhannya, kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang unik yang telah menyebabkan mereka memerlukan bentuk pengajaran dan penggunaan peralatan yang khas bersesuaian dengan masalah kelainan upaya yang dihidapi. Justeru, mereka juga memerlukan satu kondisi pembelajaran yang berbeza dan pengubahsuaian bentuk pengajaran yang lebih komprehensif agar mereka berupaya mencapai objektif pembelajaran mereka. Antara masalah kelainan upaya yang dikategorikan berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang masalah pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas atau berbakat dan juga masalah kognitif. 3.0 Model Kurikulum Pendidikan Khas Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Matlamat utama kurikulum dibentuk adalah bertujuan untuk dijadikan satu garis panduan dan penentu sempadan ilmu, penyampaian maklumat ikut peringkat, memastikan kandungan pembelajaran adalah relevan dan sesuai dengan kehendak semasa, untuk membina modal insan abad ke 21, untuk melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan menggunakan satu kurikulum yang sama bagi membentuk ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu serta melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal, pendengaran, penglihatan dan percakapan. Walaupun begitu, mereka tetap bersekolah kerana mereka juga ingin menjadi manusia yang berguna dan ingin mempunyai pekerjaan. Penilaian tetap di utamakan untuk mereka mengikut tahap persekolahan mereka. Model kurikulum yang sesuai dalam pendidikan khas ialah Model Integrative Immerging. Model ini terdiri daripada

lima unsur yang saling membantu dan di gabungkan bersama-sama dalam menyediakan rangka yang sesuai dan membentuk sebuah proses yang berjaya. Lima unsur yang di perkenalkan dan berdasarkan model Dunkin dan Biddle (1974) adalah seperti berikut: a) Pembolehubah yang berkaitan dengan pelajar meliputi (umur, jenis kelamin, pengalaman sebelucmnya dalam sistem pendidikan,) b) Pengajaran pembolehubah konteks (sekolah, rumah-bilik dan guru-guru lain, kakitangan inklusi, menyokong program-program di luar sekolah, c) Isi pembolehubah termasuklah kurikulum kelas dan kurikulum yang di sesuaikan untuk pelajar. d) Pembolehubah Proses (guru perilaku, termasuk perilaku pelajar, rakan sebaya khas, penyelaras, dan interaksi di antara mereka) e) Hasil pembolehubah terdiri daripada kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam prestasi akademik dan kemahiran sosial dan perangai dan status.

Rajah 1 : Gambaran model inklusi integratif berdasarkan Dunkin dan Biddle (1974)

Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu. Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut iaitu mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Seiring dengan keperluan semasa, kurikulum bagi kanak-kanak berkeperluan khas juga telah bersama-sama bergerak ke aras yang lebih baik selaras dengan perkembangan kurikulum kebangsaan pada masa kini. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran. Bagi kumpulan murid dalam spektrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah, telah digubal satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada. Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanakkanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Oleh itu 10

adalah penting untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas di Malaysia iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, serta produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. 4.0 Pusat Model Modul Pembelajaran Pemulihan Dalam Komuniti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diwujudkan di seluruh negara untuk

mengeksploitasi sumber tempatan demi memberikan pembelaan kepada kanak-kanak kurang upaya.Oleh yang demikian, PDK menjadi satu pendekatan sosial yang penting untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi orang kurang upaya.Kini bilangan kanakkanak kurang upaya semakin bertambah dan mereka amat memerlukan pemulihan, khususnya pada peringkat awal. Terdapat tiga model yang digunakan dalam Pusat PDK. Tiga model yang dijalankan oleh PDK ialah Home based (PDK di rumah), Centre based (PDK di pusat) dan Centre home based (PDK di pusat dan di rumah). Ketiga-tiga model ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU. Antara program pemulihan yang dijalankan ialah latihan melalui manual, penyediaan peralatan pemulihan dan latihan assistive devices, pengubahsuaian keadaan dalam rumah atau permis, lawatan oleh pakar pemulihan seperti jurupulih anggota dan rujuk kepada perkhidmatan dan pendidikan. Ketiga-tiga model ini sering digunakan sebagai panduan kepada pihak berkenaan dalam aktiviti pemulihan. Dari segi modul pembelajaran, kesemua pusat PDK menggunakan modul dan pendekatan yang hampir sama kerana modul asas telah ditetapkan oleh pihak JKM. Modulmodul asas yang digunakan di PDK ialah pembelajaran motor kasar, pembelajaran motor halus, kemahiran urus diri, perkembangan bahasa, perhubungan sosial, kemahiran pra bacaan dan pra tulisan, kognitif, komuniti dan budaya, muzik, seni dan kraftangan, pendidikan moral, rekreasi dan riadah serta vokasional dan kemahiran (kraftangan, pertanian).

11

Modul pembelajaran motor kasar mengapliksikan kegiatan yang melibatkan kemahiran pergerakan otot kasar iaitu bahagian anggota badan yang besar seperti kaki, tangan, kepala seperti aktiviti melompat, berlari mengemop lantai, mengemas katil, menyapu sampah dan sebagainya. Modul pembelajaran motor halus pula memberi penumpuan kegiatan kepada pancaindera dengan menggunakan penglihatan berfikir. Modul kemahiran urus diri merupakan satu kegiatan yang dilakukan seseorang setiap hari seperti makan, minum, mandi, mencuci gigi, mambasuh, latihan ke tandas dan lainlain. Modul perkembangan bahasa mengaplikasikan kebolehan menyatakan sesuatu perkataan mengikut bahasa persuratan, percakapan bersyarat supaya dia beroleh kefahaman untuk memahami orang lain. Kemahiran bersosial adalah penting dalam memupuk hidup bermasyarakat. Oleh itu, modul perhubungan sosial mengajar individu dalam memahami perhubungan interaksi melalui kemahiran berinteraksi, bergaul, berkomunikasi secara lisan, bahasa isyarat dan bermasyarakat. Adalah menjadi peratus yang besar dikalangan penghuni PDK yang tidak tahu menulis dan membaca. Oleh itu, modul kemahiran pra bacaan dan pra tulisan bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran memahami, mengamalkan asasasas menulis, membaca, dan melukis secara bebas dengan sendirinya mengikut panduan abjad dan nombor. Selain itu pembelajaran pengendalian mengunakan komputer turut diajar. Perkembangan kognitif penting dalam meningkatkan tahap intelektual seseorang individu. Pendekatan pembelajaran dalam memperkembangkan kognitif penghuni PDK dapat dilihat melalui penggunaan modul kognitif yang disediakan. Ia merupakan satu bentuk pembelajaran di PDK juga turut melibatkan kognitif kanak-kanak dengan bertujuan mereka mampu menggunakan kemampuan kognitif mereka walaupun sedikit. Modul Komuniti dan Budaya memberi pendekatan pembelajaran juga melibatkan komuniti dan budaya, PDK melibatkan kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan di PDK dengan komuniti setempat dalam sesuatu program. Elemen Muzik, Seni dan Kraftangan amat sinonim dengan individu berkeperluan khas. Modul muzik, seni dan kraftangan yang diusahakan di PDK merupakan satu kegiatan bakat melalui permainan, kemahiran tangan dan Setiap kanak-kanak mempunyai bakat muzik seperti menari atau menyanyi. walaupun mereka mengalami tersendiri 12 untuk menyelaraskan pergerakan anggotanya seperti apa yang dilihat dan boleh dilakukan serta

ketidakupayaan. Anugerah yang diberikan kepada kanak-kanak istimewa adalah mereka berbakat dalam sesuatu bidang seperti melukis, menyanyi dan sebagainya. Modul Pendidikan Moral pula mengaplikasikan bentuk pembelajaran yang

merancang sesuatu tingkahlaku yang positif mengikut norma masyarakat. Walaupun kadangkala tingkahlaku kanak-kanak di PDK sukar diuruskan namun, pembelajaran moral tetap diterapkan dalam diri kanak-kanak agar mereka boleh diterima dalam masyarakat. Kesihatan yang baik adalah penting bagi setiap individu dan tidak berkecuali kepada individu berkeperluan khas. Melalui modul rekreasi dan riadah, pihak PDK akan membawa kanak-kanak kurang upaya ini keluar beriadah bagi kanak-kanak yang mampu. Kadang kala mereka membuat lawatan ke sesuatu tempat atau mengadakan sukaneka dan sebagainya, ini bertujuan untuk kanak-kanak merasa bebas dan menghirup udara segar. Modul Vokasional & Kemahiran (Kraftangan, Pertanian) adalah satu pendekatan pembelajaran berasaskan latihan kraf mengikut minat dan pencapaian seseorang pelatih. Latihan vokasional hanya dilakukan kepada pelatih yang ada kemampuan dan minat. Kepada pelatih yang kurang hanya sebagai pembantu. Antara latihan yang biasa dilakukan di PDK adalah membuat origami ataupun bunga rotan, membuat makan atau minuman yang mudah serta latihanlatihan ke arah pekerjaan diluar. Kesimpulannya, pendekatan-pendekatan pembelajaran yang dihasilkan dalam modul asas tersebut adalah sangat relevan dengan meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kognitif, emosi, social dan kemahiran. Walaupun pada pembelajaran yang diterapkan adalah pada peringkat asas, namun objektif modul tersebut adalah seiring dalam pembentukan individu berkeperluan khas yang berkemahiran dan dapat meningkatkan kesejahteraan diri dalam hidup bemasyarakat. 5.0 Perbandingan Antara Kurikulum Pendidikan Khas dan Modul Pemulihan Dalam Komuniti Berdasarkan perbincangan yang disentuh dalam kedua-dua pendekatan kurikulum yang digunakan bagi pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah naima di PDK dapat dilihat kedua-duanya menunjukkan elemen persamaaan dan kontra antara satu sama lain. Elemen yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan khas adalah mementingkan penguasaan dalam aspek kognitif, fizikal dan social. Pendekatan yang digunakan

13

meletakkan seseorang individu tersebut untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kurikulum pendidikan khas merupakan satu bentuk organisasi kurikulum berasaskan tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan berkeperluan khas yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang ialah komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta keterampilan Diri. Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. Didalam KSSR pendidikan khas telah ditetapkan satu bentuk standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan adalah satu pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan. Pendekatan kurikulum adalah bersifat lebih spesifik dalam melahirkan individu berkeperluan khas yang lebih berkemahiran dan berpengetahuan. Merujuk kepada pembelajaran yang diaplikasikan di PDK, mereka menggunakan modul asas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ciri-ciri pembelajaran yang diterapkan didalam modul asas adalah berbentuk kemahiran yang asas yang perlu dicapai oleh penghuni PDK. Matlamat yang ingin dicapai adalah melahirkan individu yang mampu mengurus diri sendiri agar boleh bersama-sama mencapai kesejahteraan hidup dalam bermasyarakat. Modul asas yang dihasilkan tidak menetapkan apa jua standard yang perlu dicapai dan hanya menetapkan sasaran kebolehupayaan seseorang mencapai sesuatu kemahiran itu atau sebaliknya. Modul asas yang disediakan lebih bersifat pencapaian berasaskan kemahiran yang turut merangkumi penguasaan aspek kognitif, fizikal dan sosial.

14

6.0

Rumusan

Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti yang dijelaskan di atas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menjelaskan seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut iaitu murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. Oleh hal yang demikian, sama ada penggunaan kurikulum pendidikan khas atau modul khas di PDK, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama memenuhi keperluan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah dimeterai. Rujukan Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Sekolah., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. 1998. Susunan oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book. Servis. Culatta, A.R., Tompkins, R.J. & Werts G.M. 2003. Fundamentals of

Special Children Education. New Jersey: Upper Saddle River. Jamilah K.A Mohamed. 2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.

Batu Caves: Pencetakan Zafar Sdn. Bhd. Lewis, A. & Norwich, B. 2005. Special Teaching For Special Children. New

York: Open University Press. Marylyn Friend. 2006.Special Education: IDEA 2004:Update Edition. New York: Pearson. Mohd Sharani Ahmad. 2004. Special Children. Universiti Putra Malaysia: Press (M) Sdn .Bhd. Nancy Hunt & Kathleen Marshall, 2005. Exceptional Children And Youth. United states: Patricia A. Coryell. 15 Aremes

Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia Laman Web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5643kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html http://www.ceritarasahati2.com www.gwgf.org.my/ www.jkmwpkl.gov.my/...pdk/pemulihan-dalam-komuniti-pdk

16

You might also like