You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA SK ANJUNG TEDUH 2011 KALI PERTAMA Tarikh : 28 Januari 2011 ( Jumaat

) Masa : 9.50 pagi Tempat : Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pn. Aidah Bt Abdul Latif Pn. Mariyanah Bt Ahmad Pn. Juliana Bt Joldi Pn. Siti Kamisah Bt Ismail Pn. Kartini Bt Mahmud Pn. MasnahBt Mahdi Pn. Nor Haida Bt Yaacob

Turut hadir: Pn. Fatimah Bt Hamid Khan Tidak Hadir ( bersebab) Pn. Rositah Bt Abd Rahim Agenda: 1. 2. 3. 4. 5. Ucapan pengerusi Pembubaran AJK Tahun 2010 dan Perlantikan AJK Tahun 2011 Jadual Bertugas Mingguan Yuran Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru. Beliau mengucapkan selamat bertugas dan menyeru agar semua guru berusaha meningkatkan kualiti aktiviti perjumpaan PPIM serta memikirkan aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat dan menambahkan kehadiran murid. Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya dapat memastikan aktiviti dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang dengan sebaiknya

2.0 Pembubaran AJK Tahun 2010 Dan Perlatikan AJK Tahun 2011 2.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran ahlijawatankuasa bagi tahun 2010 secara rasminya dan membuat sesi perlantikan bagi ahlijawatankuasa tahun 2011. 2.2 Pengerusi mencadangkan Pn. Mariyanah dilantik sebagai penolong pengerusi dan Pn. Nor Haida sebagai setiausaha dan disokong sebulat suara oleh ahli-ahli yang lain. 2.3 Pn. Siti Kamisah mencadangkan Pn. Kartini sebagai bendahari dan disokong oleh semua ahli-ahli yang lain. 2.4 Tugas ahlijawatankuasa dianggotai oleh Pn. Juliana, Pn. Siti Kamisah, Pn. Masnah dan Pn. Rositah. 3.0 Jadual Bertugas Mingguan 3.1 Mesyuarat seterusnya membincangkan tentang jadual bertugas setiap guru mengikut minggu yang telah ditetapkan. 3.2 Pengerusi memberi penerangan ringkas tugas guru mengikut tema mingguan dan pembahagian tugas yang perlu dibuat sepanjang aktiviti perjumpaan diadakan. 4.0 Yuran 4.1 Pengerusi memaklumkan tentang bayaran yuran keahlian bagi setiap murid adalah RM2.00 seorang manakala yuran bagi guru pula adalah RM7.00 seorang 5.0 Hal-hal Lain 5.1 Pn.Siti Kamisah memberi cadangan menjemput agensi kerajaan atau badan NGO untuk mengadakan ceramah atau pameran di sekolah. Contohnya ceramah kesihatan oleh Jabatan Kesihatan. Cadangan disokong oleh ahli yang lain dan juga guru penolong kanan Kokurikulum Pn. Fatimah. 5.2 Pn. Mariyanah pula mencadangkan supaya persatuan menyediakan bendera yang mempunyai logo untuk digunakan semasa aktiviti perbarisan. Pn. Fatimah meminta supaya dikemukankan surat permohonan membeli bendera kepada pihak pentadbiran. 5.3 Pengerusi menbincangkan aktiviti kawad kaki sebagai persediaan untuk perbarisan hari sukan dan juga pertandingan kawad kaki peringkat zon. 5.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pendaftaran keahlian bagi guru dan murid serta penilaian bagi murid juga perlu dibuat. 5.5 Pn. Fatimah memaklumkan minggu ketiga setiap hari Isnin murid perlu berpakaian mengikut badan uniform masing-masing begitu juga pada setiap hari Rabu adalah

wajib bagi guru dan murid. Pn. Fatimah juga mengingatkan supaya memastikan murid berpakaian lengkap bagi yang mampu atau sekurang-kurangnya t-shirt Puteri Islam setiap kali hadir perjumpaan. 5.6 Pengerusi berharap supaya semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah supaya aktiviti badan beruniform ini dapat memberikan manfaat kepada setiap murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Laporan disediakan oleh,

Disahkan oleh,

-----------------------Setiausaha Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh

--------------------------Pengerusi Persatuan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh

You might also like