You are on page 1of 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4 ( ANAK ANGKAT )

Tarikh : 11 September 2012 - 13 September 2012 Tempat : Kg.Mantob , Kiulu , Tamparuli AJK Dokumentasi : Amir Haziq bin Semail (Ketua) Intan Jamala binti Maarop Nor Mimeh Atim Farhan Bin Sayuati Nuramalina Mohammad Arbi Nur Fadhtia Adiela

Pada 11 hingga 13 September 2012, guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 telah menjalani program Bina Insan Guru(BIG) Fasa 4 di Kampung Mantob. BIG kali ini melibatkan Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat. Sebelum bertolak, kami telah bermesyuarat bagi menentukan barang keperluan, kawasan serta waktu mengambil gambar agar segala tugas berjalan dengan lancar. Pengecas bateri, kad memori tambahan dan beg kamera telah kami sediakan secara masing-masing. Kami juga telah meminta agar semua guru pelatih yang memiliki kamera persendirian untuk membawanya semasa berlangsungnya program ini. Semasa hari pertama, kami sudah mula mengambil gambar semasa guru pelatih berkumpul sebelum bertolak. Setibanya di Kampung Mantob, kami mendapati bahawa tiada plak bagi mengecas kamera di kawasan perkhemahan. Plak hanya boleh didapati di kawasan aktiviti BIG. Perkara ini agak merumitkan bagi kami. Pada hari kedua perkhemahan , kami telah bergerak mengikut keluarga angkat masing-masing. Maka, kami telah meminta agar setiap kumpulan agar mengambil gambar semasa aktiviti di rumah keluarga angkat. Hal ini kerana jarak antara setiap rumah jauh dan mustahil bagi setiap ahli AJK Dokumentasi untuk pergi ke setiap rumah. Tambahan, kami juga perlu menjalani aktiviti dengan keluarga angkat sendiri. Maka, dengan kerjasama setiap kumpulan, kami hanya perlu mengumpul gambar yang mereka telah tangkap sendiri.

Semasa hari terakhir , semua guru pelatih menjalani Program Khidmat Masyarakat di SK Mantob. Kami membahagikan kawasan mengambil gambar agar kami dapat merakam gambar sebagai bukti kami telah menjalani aktiviti di samping menyumbang tenaga menceriakan sekolah tersebut.

Kelebihan : Semua ahli memberi kerjasama yang baik. Tiada masalah pada simpanan kad memori dan tiada kerosakan peralatan kamera yang berlaku. Kebanyakan gambar mempunyai kualiti yang baik. Kekurangan : Tiada persediaan bagi menghadapi situasi ketiadaan plak mengecas. Tidak menyediakan bateri tambahan bagi kamera. Penambahbaikan : Gadjet power bank perlu disediakan bagi mengatasi masalah mengecas kamera.

Disediakan oleh ,

............................... ( AMIR HAZIQ BIN SEMAIL )

You might also like