You are on page 1of 52

iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i



Falsafah Pendidikan Guru i
Notis Hak Kerajaan ii
Kandungan iii
Kata-Alu-aluan Rektor v
Panduan Pelajar vi
Pengenalan viii
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) iv
1.0 Pengenalan Konsep Akhlak Dalam
Islam
1
Sipnosis 1
Hasil Pembelajaran 1
Kerangka Tajuk 2
1.1 Definisi Konsep Akhlak 3
1.2 Akhlak dan Moral 5
1.3 Kesan Akhlak Terhadap
Individu,Keluarga dan Masyarakat

8
1.4 Akhlak Mahmudah dan Akhlak
Mazmumah
11
1.5 Isu-isu Akhlak Dalam Masyarakat 21

2.0 Akhlak Dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam
24
Sipnosis 24
Hasil Pembelajaran 24
Kerangka Tajuk 24
2.1 Adab Dalam Kehidupan Seharian 25
2.2 Adab Dengan Ibu Bapa dan Keluarga 26
2.3 Adab Dalam Kehidupan Sosial 28
2.4 Adab Terhadap Al-Quran 34
2.5 Adab Menuntut Ilmu 38
2.6 Kesan Akhlak 45

















KANDUNGAN
MUKA SURAT
v
3.0 Analisis dan Huraian Isi Kandungan
Akhlak dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam Sekolah Rendah
47
Sipnosis 47
Hasil Pembelajaran 47
Kerangka Tajuk 47
3.1 Analisis dan Huraian Isi Kandungan 48
Bibliografi 50
Panel Penulis Modul 51
Ikon Modul 52




































vi
Pengenalan Modul





Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah
Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Ia ditulis sebagai bahan
pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan menguasai
kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina
dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub tajuk bagi
memudahkan pembelajaran kendiri pelajar.

Modul ini memberi tumpuan kepada penerangan konsep akhlak dalam Islam,
menganalisis dan memperincikan kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah.
Dalam modul ini anda akan mempelajari:

Tajuk 1: Pengenalan konsep akhlak dalam Islam

1.1 Definisi konsep akhlak
1.2 Akhlak dan moral

Tajuk 2: Akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah

2.1 Konsep
2.2 Pelaksanaan
2.3 Kesan

Tajuk 3: Analisis dan huraian isi kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah Tahun 1 hingga 6

3.1 Cerakin tajuk
3.2 Perincian isi kandungan

Di akhir setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana
kefahaman pelajar terhadap isi modul. Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan
kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama dengan
pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini,
pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan
kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.
ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH!
Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3107
vii

AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna





Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.


(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)


Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi
Bersemuka
(jam)

Modul
(jam)
Jum.
Jam
1 Pengenalan konsep akhlak dalam
Islam.
Definisi konsep akhlak
Akhlak dan moral



5


5
2 Akhlak dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah.
Konsep
Pelaksanaan
Kesan


5


5
3 Analisis dan huraian isi kandungan
akhlak dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Islam sekolah rendah
tahun 1 - 6.
Cerakin tajuk
Perincian isi kandungan




5



5



10
4 Aplikasi Strategi pengajaran dan
pembelajaran akhlak tahun 1-6


6


6
5 Penyediaan rancangan pengajaran
akhlak tahun 1-6
Semester
Mingguan
Harian

4

4
6
Amali pengajaran akhlak
15 15

30


15

45

viii

TAJUK 1 PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

SINOPSIS
Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep akhlak dan
perbezaannya dengan moral, kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan
masyarakat. Topik ini juga turut membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak
mazmumah di samping itu turut dibincangkan mengenai isu-isu akhlak dalam
masyarakat. Melalui isi kandungan pelajaran ini pelajar akan dapat menghayati
akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian mereka..

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini pelajar akan dapat
1. Menjelaskan konsep akhlak dalam Islam.
2. Membuat perbezaan di antara akhlak dan moral
3. Mengaplikasi akhlak mahmudah dan meninggalkan akhlak
mazmumah

KERANGKA KONSEP TAJUK





PENGENALAN
KONSEP AKHLAK
DALAM ISLAM
DEFINISI KONSEP
AKHLAK
AKHLAK DAN
MORAL
KESAN AKHLAK
TERHADAP
INDIVIDU,
KELUARGA
DAN MASYARAKAT
AKHLAK
MAHMUDAH DAN
AKHLAK
MAZMUMAH
ISU-ISU AKHLAK
DALAM
MASYARAKAT
ix
Para pelajar sekalian !
Anda pernah mendengar perkataan akhlak Islamiah? Adakah anda dapat
membezakan di antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak
berakhlak?

























Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik
banding beza dan buat catatan isi di dalam borang tersebut.
x
TAJUK
1.1
DEFINISI KONSEP AKHLAK

1.1.1 Definisi akhlak.

Dari sudut bahasa, akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata
akarnya ialah khuluk bermaksud perangai, atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan,
pegangan atau agama. Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi
pekerti,kelakuan,tabiat. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat
semulajadi, tabiat, maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa
batin seseorang.Menurut Yalchin, seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Mohd
Salleh (1997), akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek
berikut; sifat semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi latihan,
ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat; dan akhlak
meliputi dua dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.

Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai satu gambaran daripada keadaan
dalam diri yang telah sebati, daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah
dicerna tanpa memerlukan pengulangan (Ghazali Darussalam, 1997). Sifat serta
gambaran batin yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak
bersifat subjektif. Dalam Islam, sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara
mutlak oleh Penciptanya,iaitu Allah SWT.

Dari sudut istilah pula, akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau
perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua. Ia juga
kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan
baik atau buruk.Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam
dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran. Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan
sekian lama.

1.1.2 Konsep akhlak.

Menurut Mustafa Daud (1998), al-Maududi mengatakan bahawa : Nilai akhlak
yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat, iaitu semua masyarakat
xi
di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap
akhlak yang baik dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. Justeru itu al-Quran
menggunakan istilah al-maruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia
tentang baiknya sesuatu perbuatan) dan al-mungkar (sesuatu yang telah
diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang buruk.

Dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu sebarang
tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT
dikatakan baik dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan
kemurkaanNya dikatakan jahat dan keji.Ini kerana matlamat hidup manusia yang
sebenarnya ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Individu perlu mempelajari dan mengenal pasti antara akhlak yang baik dengan
yang buruk agar melakukan yang baik meninggalkan yang buruk. Segala suruhan
Allah yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan
memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak.

Kesimpulannya, akhlak memberi maksud keperibadian, sahsiah dan tingkah laku
yang telah menjadi adat kebiasaan, yang tidak memerlukan manusia berfikir
panjang. Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia
dengan Tuhannya, diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam
sekitar.Antara contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah, jujur,
sabar, menepati janji, murah hati, kasih sayang, pemaaf dan adil. Manakala
akhlak yang tidak baik (mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong, dengki,
angkuh, mungkir janji, tidak amanah, mengumpat, menghina dan sebagainya.





o Anda telah mengetahui makna akhlak dalam Islam.
Tahukah anda perbezaannya dengan moral?
xii

TAJUK
1.2
AKHLAK DAN MORAL

1.2.1 Akhlak Islam
Akhlak dalam Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Ini ditegaskan
dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia
Saidatina Aisyah r.a. apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau
menjawab dengan katanya :
sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran.
Walaupun akhlak suatu sifat yang tetap dalam jiwa seseorang namun ianya boleh
dibentuk bagi menjadikannya suatu sifat yang tetap. Akhlak boleh dibentuk secara
umumnya dengan tiga cara iaitu pertama ; dengan mengawal suatu sifat ke tahap
yang sederhana seperti sifat marah. Ianya perlu dikawal agar tidak menjadi sifat
tercela seperti sifat panas baran. Kedua; memandu sesuatu sifat ke jalan yang
disuruh oleh Islam seperti berani berkata benar di hadapan pemerintah yang
zalim. Ketiga; mengubah dan menggantikan sifat tercela dan buruk dengan sifat
yang terpuji seperti bercakap bohong digantikan dengan bercakap benar.
Akhlak dapat mewarnai keseluruhan kehidupan setiap orang Islam apabila setiap
pelakunya adalah berlandaskan akhlak yang lahir dari berpegang dengan ajaran
Islam.

1.2.1 Definisi moral.

Moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk, keadilan,
amanah dan sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang
atau standard-standard yang lain.
Menurut Bahasa Latin moral ( moralis) berasal daripada perkataan mos, moris
yang bererti kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku
yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.
xiii
Manakala Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau masyarakat yang
digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti
sesuatu yang betul, benar atau boleh diterima.
1.2.2 Konsep moral.

Moral mengandungi kepercayaan tentang hakikat manusia, kepercayaan atau
pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai, peraturan
mengenai sesuatu yang boleh dan tidak boleh dibuat dan yang seharusnya dibuat
dan dorongan-dorongan yang membuat seseorang mengikut sesuatu arah yang
betul atau salah. Moral berakal tunjang dalam ajaran agama kerana ia terhasil
daripada kepercayaan atau agama.

Dua pandangan yang agak berbeza tentang moral terhasil daripada sikap
terhadap matlamat ajaran moral. Golongan deontologist menganggap peraturan-
peraturan moral terdiri daripada nilai-nilai unggul (ideals) yang sememangnya
baik dan perlu dipatuhi oleh semua, tetapi golongan teologis berpendapat
sesuatu peraturan adalah baik jika kesannya bertujuan untuk mencapai kebaikan
(iaitu kesihatan,kebahagiaan, ilmu, keindahan), dan mengelakkan perkara-
perkara yang tidak diingini (iaitu penyakit,penderitaan,kejahilan,keburukan).
Menurut pandangan ini kebaikan dan keburukan boleh dinilai daripada hasilnya
samada sesuatu perbuatan mendorong kepada kebaikan atau sebaliknya. Dua
pandangan ini juga boleh diakui untuk menilai sesuatu etika.

1.2.3 Perbezaan akhlak dan moral.

AKHLAK MORAL
Merangkumi zahir, batin dan akal. Merangkumi zahir dan akal semata-
mata.
Mementingkan hubungan dengan
Allah.
Hanya mementingkan hubungan
dengan manusia.
Bersumberkan al-Quran, Hadith &
contoh ulama salaf.
Berdasarkan budaya sesuatu bangsa.
Nilainya tetap/mutlak. Nilainya sentiasa berubah.
xiv
Matlamatnya ialah keredhaan Allah
s.w.t
Matlamatnya ialah keredhaan manusia.


TAJUK
1.3
KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA
DAN MASYARAKAT

1.2 KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan cara hidup
manusia ke arah mewujudkan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan
kedamaian hidup. Antara kepentingan akhlak dapat dilihat dari aspek-aspek
berikut;

1.3.1 Individu

Seseorang yang berakhlak akan menikmati kebaikan samada dari segi fizikal,
rohani, jasmani dan mental. Orang yang bersifat dengan akhlak Islam akan
sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak
masyarakat. Mereka akan berada dalam keadaan sihat sejahtera kerana sentiasa
menjaga kebersihan fizikal dan mental dengan sempurna. Begitu juga mereka
akan dapat mengawal emosi yang membantu membina sahsiah diri dengan sifat-
sifat terpuji seperti sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa, rajin, sederhana,
jujur, baik hati, bersyukur dan sebagainya. Dalam aspek mental , orang yang
berakhlak tidak suka membazirkan masa dengan memikirkan perkara-perkara
yang tidak berfaedah, sebaliknya membuat penilaian terlebih dahulu sebelum
sesuatu tindakan diambil. Mereka tidak merasa bimbang kerana berbuat baik
kepada semua orang dan masyarakat akan mengiktirafnya sebagai orang yang
berbudi tinggi. Dengan itu jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji
dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana akhlak telah
membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.


xv

1.3.2 Keluarga

Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan akhlak mulia, setiap ahli akan
bertanggungjawab dan dapat memainkan peranan masing-masing serta saling
hormat menghormati antara satu sama lain. Ikatan yang erat dalam keluarga
berjaya mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga,
keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga berasa selamat dan bahagia.

1.3.3 Masyarakat
Dengan adanya individu, keluarga dan organisasi yang berakhlak mulia,
masyarakat akan menjadi lebih bertanggungjawab, toleransi, serta peka terhadap
isu-isu sosial yang berlaku . Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman,
damai dan harmonis sepanjang masa.

Akhlak juga memberi kesan kepada organisasi, alam sekitar dan negara.
i. Organisasi
Bagi sesebuah organisasi, akhlak adalah penting kerana nilai-nilai ini dapat
membendung masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja,
rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual, pembaziran masa dan
sebagainya. Apabila semua ahli saling hormat menghormati, tahu tanggungjawab
dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing, maka organisasi itu akan menjadi
mantap serta lahirlah suatu budaya kerja positif yang mementingkan produktiviti
dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat
kekeluargaan dalam organisasi dan semua tingkahlaku yang baik dan terpuji yang
membawa kepada peningkatan keuntungan organisasi. Seterusnya keuntungan
tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja.

ii. Alam Sekitar

Masyarakat yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga kebersihan dan
keindahan persekitaran dengan mengelakkan apa jua bentuk pencemaran.
xvi
Mereka sentiasa peka terhadap isu alam sekitar.Hasilnya masyarakat dapat hidup
dengan sihat manfaat dari alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar.

iii. Negara

Rakyat yang berakhlak ialah rakyat yang hormat dan setia kepada pemimpin, taat
kepada Raja dan Negara, patuh kepada peraturan dan undang-undang serta cinta
kepada negara. Keamanan dan keharmonian negara akan terhasil dengan
memiliki rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap
negara. Negara akan aman, damai, maju, disegani dan mempunyai imej yang
tinggi di peringkat antarabangsa atau dunia.
Demikianlah hebatnya peranan akhlak dalam kehidupan manusia. Kepentingan-
kepentingan ini secara umumnya dapat disenaraikan seperti di bawah;
1. Membentuk tingkah laku
2. Membentuk keluarga harmonis
3. Membentuk masyarakat bermoral
4. Menangani gejala-gejala sosial
5. Memantapkan dasar-dasar negara
6. Mewujudkan kestabilan negara
7. Menjamin keamanan sejagat












xvii
TAJUK
1.4
AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH

1.4.1 AKHLAK MAHMUDAH

Akhlak mahmudah ialah akhlak terpuji seperti berkasih sayang sesama manusia,
berani, ikhlas, sabar, amanah, pemaaf dan lain-lain sifat terpuji yang perlu
dijadikan amalan dalam kehidupan seseorang.
Berikut adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dihayati oleh setiap
individu muslim :


1. Berkasih sayang
Sifat kasih sayang perlu ada kepada setiap makhluk terutama sesama manusia
dan juga haiwan. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam. Firman Allah SWT :
O 4p~E =}g` 4g~-.- W-ONL4`-47
W-O=-4O>4 )OO)
W-O=-4O>4 gO4EOO4^) ^_
Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk
bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
(Surah al-Balad : ayat 17 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
sesiapa yang tidak berkasih sayang kepada makhluk di bumi. Dia tidak
akan dikasihi oleh makhluk dilangit
( Riwayat at-Tabrani
)
2. Ikhlas

Sifat ini amat penting dihayati oleh umat Islam untuk kesempurnaan iman. Sifat ini
perlu dalam semua ibadah yang kita lakukan iaitu diikhlaskan semata-mata
kerana Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah SWT :
.4`4 W-+Oq ) W-+:u4Og
-.- 4-)U^C` N. 4g].-
xviii
47.E4LNO W-OONC4 E_OUO-
W-O>uNC4 E_OEEO- _ ElgO4 }Cg1
gOEj1^- ^)
Dan mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan
mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan
supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian
Itulah agama yang lurus.
( Surah al-Bayyinnah : ayat 5
)
Sifat ikhlas yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan meninggalkan kesan
positif kepada setiap individu. Orang yang ikhlas menjalankan tugas tidak mudah
kecewa apabila gagal dalam sesuatu usaha sebaliknya mereka akan terus
berusaha sehingga berjaya.

3. Bijaksana ( Al-Hikmah)

Bermaksud tindakan yang berasaskan kepada kebijaksaan akal dan fikiran yang
waras. Rasulullah SAW menggunakan Al-Hikmah semasa menjalankan
dakwahnya.

Firman Allah SWT :
7vu1- _O) O):Ec El)4O
gOE'g4^) gOgNOE^-4
gO4L=OO4^- W _^gE_4 /-)
"Og- }=O;O _ Ep) El+4O 4O- OU;N
}E) E= }4N g)-O):Ec W 4O-4
OU;N 4g4-;_^) ^g)
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran
yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara terbaik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.
(Surah an-Nahl : ayat 25
)
xix
Orang yang berhikmah akan mengamalkan sifat lemah lembut, menahan marah,
mengawal perasaan, memberi kemaafan dan bersedia meminta fikiran dari orang
lain.

4. Redha

Redha bermaksud bersedia dengan ikhlas hati untuk melakukan sesuatu.
Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa redha menghadapi ujian Allah SWT
samada secara langsung atau tidak. Orang yang memiliki sifat redha akan
menerima segala musibah dengan jiwa yang tenang. Redha juga bermaksud
perasaan tenang terhadap segala yang berlaku yang ditentukan oleh Allah SWT.
di dunia dan di akhirat. Para sahabat Rasulullah SAW memiliki sifat redha yang
tinggi sehingga Allah SWT mengaku meredhai mereka sepertimana dalam
firmannya :
;e-74.-4OE_ ELgN jgj4O eELE_
p;4N O@O^_` }g` 4g-^4` NOOgu+-
4g)-E= .OgOg -44 W =/@O +.-
gu+4N W-O4O4 +OuL4N _ ElgO ;}Eg
=/E= +O+4O ^g
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah
redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya, yang demikian
itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.
(Surah Al-Bayyinnah : ayat 8)


5. Ketepatan Masa
Merupakan sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap manusia. Untuk
mendapatkan sifat ini setiap individu perlu melatih diri supaya patuh kepada masa
yang telah ditetapkan. Seseorang yang menepati masa akan berjaya dalam
kehidupannya. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menepati masa melalui
ibadah solat. Firman Allah SWT :
xx
)O^E^-4 ^ Ep) =}=Oee"- O>
O;O7= ^g ) 4g~-.- W-ONL4`-47
W-OUg4N4 geE)UO- W-O=-4O>4
--E^) W-O=-4O>4 )OO)
^@
Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-
orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan
dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
( Surah Al-Asr : ayat 1-3)
1.4.2 AKHLAK MAZMUMAH
Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak baik, keji dan tercela,Sifat
mazmumah patut dijauhi dan dihindari oleh semua umat Islam supaya mereka
tidak rugi dunia dan akhirat..
Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut:
1. Marah
Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang
keadaan. Orang yang marah selalunya didorong oleh pengaruh bisikan syaitan
yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api

2. Hasad dengki dan iri hati
Sifat hasad dengki dan iri hati lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat
yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus
daripadanya.
Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
xxi
Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan
(membakar) kayu.
3. Takabur
Sifat takabur bermaksud bongkak dan merasakan dirinya lebih daripada orang
lain. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau
sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan
ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.Sifat sedemikian amat besar dosanya
dan menyebabkan orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan
sengsara di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT:
4~4 N:4O EO)+ONNu1- U4-c
7 _ Ep) -g~-.- 4p+O'4-OEC ;}4N
O)E14:gN 4pOU7=;4OEc 4-E_E_
-@O=-E1 ^g
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan
diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka J ahannam dalam keadaan hina
dina".
(Surah al-Mumin : ayat 60)

4. Riya
Riya pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan
menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan
semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Hukum riya adalah
haram dan amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya
dikerjakan untuk mendapat keredhaan Allah, tiba-tiba bertukar dan berubah niat
semata-mata untuk dilihat oleh manusia dan mengharapkan keredhaan manusia.
xxii
Firman Allah S.W.T :
uC4O --j-=Ug ^j 4g~-.-
- }4N jgjE= 4pO-Ec ^) 4g~-.-
- ]+7.-4ONC ^g
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang
lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya
(Surah al-Maun : ayat 4-6)
Sifat riya amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam
kumpulan orang yang syirik kepada Allah.


5. Ujub
Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti bangga
diri dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan
kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Ujub boleh
menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan
tidak diredhai oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT :
E W-EOO4O> 7=O^ W
Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci
(Surah an-Najm : ayat 32)


Tugasan Refleksi





Apakah akan terjadi kepada Negara Malaysia jika warganya
ketandusan akhlak mahmudah?
xxiii


1.4.3 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK
Pembentukan akhlak seseorang menurut pandangan Islam dipengaruhi oleh
beberapa faktor, antaranya ialah :
1. Faktor Wirathah (keturunan)
Iaitu suatu sifat warisan dalam keturunan seseorang. Sifat ini berpindah dari satu
generasi kepada generasi dan mempengaruhi dalam pembentukan akhlak. Oleh
sebab itu Islam menganjurkan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin
memilih pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang mulia, memilih pasangan
yang soleh dan solehah dan menjaga kehormatan diri.

2. Faktor Alam Sekitar
Iaitu kesemua benda yang berada di sekeliling seseorang termasuklah
rumahtangga, masyarakat, tempat tinggal, keadaan geografi dan lain-lain lagi
dapat mempengaruhi akhlak seseorang samada secara langsung atau tidak.
Contoh, seperti ibu yang mengandung mempengaruhi keadaan anak dalam
kandungan. Oleh sebab itu Islam membentuk peraturan dalam hubungan seks
bertujuan membentuk akhlak anak yang akan dikandung dan dilahirkan. Di
samping itu sentiasa mendoakan anak dalam kandungan. Begitu juga apabila
anak dilahirkan, Islam menggariskan panduan untuk mendidik anak agar anak-
anak ini akan membentuk institusi keluarga yang berbudi pekerti mulia dan di
redhai Allah.

3. Faktor Teman dan Sahabat
Peranan teman dan sahabat memberi kesan kepada seseorang terutama pada
zaman remajanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
perbandingan seseorang yang bersahabat dengan orang yang baik sepertimana
seorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi, dia akan turut mendapat
haruman pada pakaiannya atau akan dihadiahkan minyak wangi kepadanya.
Manakala perumpamaan seorang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat
xxiv
sepertimana seorang yang bersahabat dengan tukang besi, bajunya akan
terkoyak atau mendapat baungan yang tengit


4. Faktor Ilmu
Iaitu ilmu tentang akhlak samada akhlak baik atau akhlak buruk dan mengikuti
setiap ilmu dengan amalan perbuatan atau menjauhinya. Ilmu merupakan
pemandu kepada amalan perbuatan samada di luar atau di dalam (hati) dan
amalan yang tidak berpandukan ilmu tidak diterima oleh Islam. Seseorang perlu
menyedari akan hubungan akhlak dengan keimanan dan ketaqwaan supaya
mereka tidak melakukan amalan yang bertentangan dengan apa yang dizahirkan
dengan apa yang berada dalam hati mereka.

5. Faktor Kebudayaan
Setiap garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam
merupakan asas kepada budaya Islam dan akhirnya memberi kesan kepada
keseluruhan anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.
























Guru perlu
Mengamalkan
kebersihan
setiap masa

Sifat
mahmudah









Guru perlu
Mengamalkan
kebersihan
setiap masa

Sifat mazmumah
Berdasarkan gambar di atas, dapatkan maklumat yang boleh menyokong
setiap tindakan yang menjurus kepada pelakuan seseorang.
xxv
TAJUK
1.5
ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT



Fikirkan sebentar! Apakah isu-isu akhlak yang sering berlaku di
kalangan masyarakat di Malaysia terutama umat Islam?


Isu akhlak ialah perkara atau perilaku yang bertentangan dengan agama yang
menjadi penghalang kepada kemajuan hidup seseorang. Amalan-amalan yang
tidak sihat ini perlulah dihindari oleh seluruh manusia. Sebenarnya isu yang
dimaksudkan itu termasuklah vandalism. homoseks, penderaan, seks bebas,
pembuangan bayi dan pengabaian warga tua serta jenayah seks.


1. JENAYAH SEKS

Perlakuan mencabul maruah seseorang terutamanya ke atas kaum wanita. Kes
pencabulan ini semakin berleluasa. Ia berlaku di mana-mana sahaja seperti di
rumah, di tempat kerja dan di tempat keramaian. Orang yang melakukan jenayah
ini terdiri dari orang yang tidak dikenali dan terdapat juga orang yang dikenali.
Lazimnya jenayah ini berlaku secara paksa namun begitu sudah terdapat kes-kes
di mana perlakunya secara sukarela sanggup menggadaikan maruahnya.

Antara faktor yang menyumbang kepada jenayah seks ialah pengaruh media
massa yang menayangkan filem lucah, pergaulan bebas dan eksploitasi wanita
dalam pengiklanan dan pakaian yang tidak menutup aurat. Tempat-tempat hiburan
yang terdapat secara berleluasa turut menyumbang perlakuan jenayah seks di
kalangan remaja.
Perlakuan ini adalah salah dari segi agama, undang-undang dan norma
masyarakat. Jenayah ini perlu dibendung supaya masyarakat tidak rosak dan
institusi keluarga tidak tercemar.
xxvi

2. PENGABAIAN WARGA TUA

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes yang melibatkan pengabaian warga
tua. Di antara sebab pengabaian ini ialah kerana terdapat anak-anak yang merasa
suatu beban apabila ibu bapa yang telah tua berada bersama mereka. Akibatnya
mereka menghantar kedua ibu bapa ke rumah orang-orang tua yang disediakan
oleh pihak kerajaan atau NGO.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ibubapa adalah insan yang
bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih saying
sehingga anak-anak Berjaya dalam kehidupan mereka. Anak-anak perlu ingat dan
insaf bahawa syurga mereka letaknya dibawah tapak kaki ibu.

3. PENDERAAN ANAK

Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan tidak berakhlak.
Penderaan terhadap mereka bermaksud tidak dijaga dengan baik, tidak diberikan
keperluan mereka, dipukul atau didera emosi mereka. Konsep penderaan juga
termasuk mencederakan, memperkosa dan dipaksa bekerja seperti mengemis.

Terdapat pelbagai jenis penderaan yang melibatkan kecederaan, perubahan fizikal,
kecacatan, kesakitan dan lain-lain lagi terhadap kanak-kanak. Umumnya
penderaan kanak-kanak dapat diklasifikasikan kepada empat jenis, iaitu penderaan
fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan penderaan pengabaian.

Faktor-faktor yang menyebabkan penderaan ialah keganasan ibubapa dan faktor
persekitaran. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan penganiayaan
terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa tidak akan berterusan.

4. PENGGUGURAN

Pengguguran bererti menamatkan proses kehamilan dengan memaksa janin dalam
kandungan keluar sebelum cukup tempoh masanya. Perbuatan ini samalah seperti
xxvii
membunuh janin tersebut. Perlakuan ini haram disisi agama Islam dan salah dari
segi undang-undang Negara dan nilia-nilai kemanusiaan.

Kes-kes pengguguran biasanya berlaku kerana si ibu takut menanggung malu
kerana anak yang dikandung adalah anak luar nikah atau mereka belum lagi
bersedia untuk memelihara anak.

Masalah pengguguran perlulah dibenteras kerana anak adalah anugerah Allah
yang di amanahkan kepada ibubapa untuk dipelihara sebaik mungkin. Mereka
merupakan perhiasan hidup bagi setiap keluarga. Tanpa anak-anak kehidupan
berkeluarga akan menjadi suram dan tidak ceria.








((
















Tugasan Pembelajaran
(2 jam)


Isu-isu akhlak yang berlaku dalam masyarakat Malaysia masa kini
menunjukkan bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat
semakin tenat. Sebagai pendidik, anda diminta untuk menghuraikan cara
untuk menangani isu akhlak tersebut secara berkesan.

xxviii
Tajuk 2
AKHLAK DALAM SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM

Sinopsis

Pendidikan adab di dalam Islam bertujuan melengkapkan individu dengan ilmu
dan amalan yang perlu dihayati dalam kehidupan seharian. Penghayatan adab
dan akhlak Islamiah mampu melahirkan muslim dan mukmin yang bertaqwa yang
bertanggungjawab dan berakhlak mulia dalam kehidupan. Adab dan akhlak juga
akan mengawal diri individu dari segala gejala negatif.

Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini pelajar akan dapat
1. Menyenaraikan keistimewaan akhlak Islam
2. Membezakan tingkahlaku beradab dengan tingkahlaku tidak bersopan
3. Menghias diri dengan akhlak Islamiah.

Kerangka Konsep Tajuk




AKHLAK DALAM
SUKATAN
PELAJARAN
ADAB DALAM
KEHIDUPAN
SEHARIAN
ADAB DENGAN
IBU BAPA DAN
KELUARGA
ADAB DALAM
KEHIDUPAN
SOSIAL
ADAB
TERHADAP AL-
QURAN
ADAB
MENUNTUT
ILMU
KESAN AKHLAK
xxix
2.1 ADAB DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berakhlak dengan akhlak
mahmudah. Adab yang berteraskan akhlak Islamiah meliputi hubungan dengan
Allah dan hubungan sesama manusia seperti hubungan sesama murid terhadap
guru, ibu bapa, alam sekitar dan negara. Adab ini juga meliputi aktiviti individu,
hubungannya dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Pelajar yang beradab boleh bertindak dalam segala keadaan dengan berkesan
sehingga menjadikan individu tersebut berpekerti mulia dan dihormati oleh orang
lain. Kumpulan akhlak dan adab Islamiah adalah seperti berikut :

Hubungan diri dengan Allah
Hubungan dengan diri sendiri
Hubungan diri dengan individu lain
Hubungan diri dengan alam sekitar dan negara

Komponan adab dan akhlak Islamiah menyediakan panduan amalan yang perlu
dilakukan atau yang perlu dihindarkan. Berdasarkan ajaran dan adab Islam,
peringkat akhlak yang pertama ialah hubungan manusia dengan penciptaNya iaitu
Allah. Berakhlak dengan Allah menuntut kita supaya beriman denganNya iaitu
dengan mengakui Rububiyyah dan UluhiyyahNya. Kita juga tidak boleh
mempertuhankan sesuatu selain dari Allah. Sebaliknya seseorang itu mesti
mengabdikan diri kepada Allah dan meninggalkan segala perkara yang dilarang.

Bagi menunjukkan kepentingan adab, contohnya seorang yang tidak
menghormati diri sendiri tidak akan dapat mengembangkan potensi dirinya secara
fitrah. Seseorang yang menebang pokok secara sewenang-wenangnya dianggap
tidak berakhlak kepada alam. Orang yang kurang sopan tidak akan berupaya
mewujudkan hubungan yang harmoni di antara dirinya dengan manusia lain.

Sebagai pendidik, guru perlu memastikan pelajar-pelajar mereka mengamalkan
akhlak dan adab Islamiah. Contohnya adab di dalam kelas, adab bertutur dengan
sopan sesama rakan dan guru, mengambil sesuatu dengan tangan kanan dan
xxx
mengucapkan terima kasih. Kecemerlangan guru dalam pendidikan akhlak
mereka bergantung kepada keupayaan mereka mempamerkan diri mereka
dengan akhlak Islamiah pada setiap ketika.

2.2 ADAB DENGAN IBU BAPA DAN KELUARGA

Islam telah meletakkan martabat ibu bapa pada tempat yang tinggi. Akhlak
dengan ibu bapa bermaksud setiap anak wajib mentaati segala perintah mereka
selagi perintah itu tidak melanggari perintah Allah. Setiap anak wajib berbakti
kepada kedua ibu bapa mereka supaya anak-anak ini mendapat keredhaan Allah
dalam kehidupan mereka. Kebajikan kepada kedua ibu bapa perlu diberikan
keutamaan berbanding kewajipan yang lain. Rasulullah SAW pernah tidak
mengizinkan seorang pemuda berperang kerana tidak ada orang yang menjaga
ibunya.

Islam menetapkan beberapa peraturan dan adab yang harus menjadi amalan
semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Firman Allah SWT :
W-+:;N-4 -.- 4
W-O7)O; gO) 6*^OE- W
^4).4O^)4 4L=O;O) ...

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu
pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa...
(Surah an-Nisaa, ayat 36).

Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat
baik kepada mereka.



xxxi

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.

Firman Allah SWT :
;*gu=-4 E_ EE4LE_
]e~.- =}g` gOE;OO- ~4
pO E_uEOO- EE
O)+4O+4O -LOO= ^gj
...Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan
dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil.
(Surah al-Isra, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan
yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya
dengan suara tinggi.

Firman Allah SWT :
... E > .E+= l]q .... ^g@
Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya...
(Surah al-Israa, ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih
hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak salih, tidak
seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.


xxxii
Firman Allah SWT :
; ... ~4 pO E_uEOO- EE
O)+4O+4O -LOO= ^gj
... Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana
mereka berdua mendidik aku waktu kecil.
(Surah al-Isra, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa.

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya,
derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Keredhaan Allah bergantung dari keredhaan kedua ibubapa, Kemurkaan Allah
bergantung kepada kemurkaan kedua ibubapa

Anak yang soleh akan sentiasa melakukan kebajikan kepada kedua ibu bapa
mereka. Mereka akan sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan
kesejahteraan kepada kedua-duanya. Jika kedua ibu bapa telah meninggal dunia
mereka akan mendoakan kedua-duanya sebagai tanda kasih dan sayang kepada
mereka.

2.3 ADAB DALAM KEHIDUPAN BERSOSIAL

Manusia adalah makhluk sosial, dimana manusia tidak boleh hidup seorang diri, atau
mengasingkan diri dari kehidupan bermasyarakat. Dengan dasar penciptaan manusia yang
memikul amanah berat sebagai khalifah di bumi ini, maka Islam memerintahkan umat
manusia untuk saling tolong-menolong dan bantu membantu untuk tersebarnya nilai
rahmatan lil alamin ajaran Islam. Maka Islam menganjurkan umatnya untuk saling bantu
membantu dalam kebaikan saja dan tidak dibenarkan menolong dalam kejahatan.


Firman Allah SWT :
xxxiii
W-O+^4E>4 O>4N )O^-
O4O^+--4 W 4 W-O+^4E>
O>4N ^e"- p4;N^-4 _ W
dan tolong menolonglah kamu dalam urusan taqwa, dan janganlah kamu menolong
dalam perkara-perkara dosa dan permusuhan,.
( Surah Al Maaidah: ayat 2)
Oleh karena itu manusia selalu memerlukan orang lain untuk terus
mengingatkannya, agar tak tersesat dari jalan Islam. Maka hendaknya umat Islam
mengerahkan segala daya dan upayanya untuk sentiasa mengadakan peringatan
ke arah kebaikan pada masyarakat dengan memanfaatkan peluang yang ada.
Jika kita berada di bulan Ramadhan contohnya, kita perlu mengingatkan
pentingnya memanfaatkan waktu semasa menjalankan puasa. Janganlah kita
mensia-siakan puasa dengan amalan yang dilarang syariat dan perkara-perkara
yang boleh membatalkan pahala puasa. Di bulan Syawal, kita perlu tingkatkan
lagi hubungan sosial dengan saling ziarah menziarahi sesama manusia. Bulan
Zulhijjah juga amat penting untuk mengeratkan lagi ukhuwah Islamiah. Tentu saja
hari-hari selain itu perlu kita tegakkan aktiviti-aktiviti sosial yang memang
merupakan seruan Islam. Antara adab yang dituntut Islam dalam mengukuhkan
hubungan sosial, ialah :
1. Silaturrahim
Islam menganjurkan silaturrahim antara anggota keluarga baik yang dekat
mahupun yang jauh, sama ada mahram ataupun bukan. Apalagi terhadap kedua
orang tua. Islam mengkategorikan tindakan terhadap pemutusan hubungan
silaturahim adalah dalam dosa-dosa besar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Tidak masuk surga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim
(Riwayat Bukhari, Muslim)
2. Memuliakan tetamu
xxxiv
Tetamu dalam Islam mempunyai kedudukan yang amat terhormat. Orang yang
menghormati tetamu termasuk dalam golongan orang beriman.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia
memuliakan tetamunya
(Riwayat Bukhari, Muslim)

3. Menghormati tetangga
Hal ini juga merupakan adab untuk penilaian apakah seseorang itu beriman atau
belum.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia
memuliakan tetangganya
(Riwayat Bukhari, Muslim)
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memuliakan tetangga, di antaranya:
- Menjaga hak-hak tetangga
- Tidak mengganggu tetangga
- Berbuat baik dan menghormatinya
- Mendoakannya, dan sebagainya.




xxxv
4. Saling menziarahi.
Rasulullah SAW, sering menziarahi para sahabatnya. Beliau pernah menziarahi
Qais bin Saad bin Ubaidah di rumahnya dan mendoakan: Ya Allah, limpahkanlah
rahmat-Mu buat keluarga Saad bin Ubadah. Beliau juga menziarahi Abdullah bin
Zaid bin Asim, Jabir bin Abdullah juga sahabat-sahabat lainnya. Ini menunjukkan
betapa ziarah memiliki nilai positif dalam mengharmoniskan hidup bermasyarakat.
Abu Hurairah RA. Berkata: Bersabda Nabi SAW yang bermaksud :
Ada seorang menziarahi temannya di suatu dusun, maka Allah menyuruh
seorang malaikat (dengan rupa manusia) menghadangnya di tengah jalan, dan
ketika bertemu, Malaikat bertanya; engkau hendak kemana? Jawabnya; Saya
hendak menziarahi seorang teman di dusun itu kerana Allah. Maka ditanya;
Apakah kau merasa terhutang budi padanya atau membalas budi kebaikannya?
Jawabnya; Tidak, hanya semata-mata kasih sayang kepadanya kerana Allah.
Berkata Malaikat; Saya utusan Allah kepadamu, bahwa Allah kasih kepadamu
sebagaimana kau kasih kepada kawanmu itu kerana Allah
(Riwayat Muslim)

5. Memberi ucapan selamat.

Islam amat menganjurkan amalan memberi ucapan selamat. Ucapan ini selalunya
dilakukan di majlis pernikahan, kelahiran anak baru, menyambut bulan puasa dan
sebagainya dengan menggunakan kaedah yang disesuaikan dengan zamannya.
Pada masa sekarang masyarakat biasanya menggunakan kad ucapan selamat,
mengirim surat, talipon, internet, SMS dan sebagainya.
Sesungguhnya ucapan selamat terhadap suatu kebaikan itu merupakan hal yang
dilakukan Allah SWT terhadap para Nabinya dan kepada hamba-hamba-Nya
yang melakukan amalan surga.
xxxvi
Firman Allah SWT :
4g~-.- 4pONg4OEC 4O^-
4pON):+4O +O4L=O;O _
Elj^q 4g~-.- N_.EE-
+.- W Elj^q4 -
W-O7q U4l^- ^g
Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.
mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah
orang-orang yang mempunyai akal.
(Surah Az Zumar: ayat 18)
Rasulullah SAW juga memberikan khabar gembira yakni syurga kepada para
sahabatnya seperti Abu Bakar RA, Umar bin Khatthab RA, Utsman RA, Ali RA,
dsb.

6. Mengambil sikap peduli dengan aktiviti sosial.

Orang yang peduli dengan aktiviti sosial di sekitarnya, serta sabar menghadapi
risiko yang mungkin akan dihadapinya, seperti cemuhan, cercaan, serta sikap
prejudis masyarakat adalah lebih baik daripada orang yang pada asalnya sudah
tidak mahu untuk berhadapan dengan risiko yang mungkin menghalangnya
sehingga ia memilih untuk mengasingkan diri dan tidak menampakkan wajahnya
di khalayak masyarakat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
xxxvii
Seorang mukmin yang bergaul dengan orang lain dan sabar dengan gangguan
mereka lebih baik dari mukmin yang tidak mau bergaul serta tidak sabar dengan
gangguan mereka
(Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi, dan Ahmad)

7. Memberi bantuan sosial.

Orang-orang lemah mendapat perhatian yang cukup tinggi dalam ajaran Islam.
Kita diperintahkan untuk membantunya. Bahkan orang yang tidak terdetik hatinya
untuk menolong golongan lemah atau mendorong orang lain untuk melakukan
amal yang mulia ini dikatakan sebagai orang yang mendustakan agama.
Firman Allah SWT :
=euC474O Og~-.- CONC
-g].) ^ CgEO Og~-.-
Ov4C =1g41^- ^g 4 O*+4
_O>4N gEC -Og^- ^@
Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik
anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin
(Surah Al Maaun: ayat 1-3)

Islam sangat menitikberatkan konsep persaudaraan yang dikenali sebagai
ukhuwwah. Sebagai saudara kita perlu membantu saudara kita, memaafkan
kesalahan mereka, tidak menghebohkan rahsia mereka dan sentiasa menjalinkan
hubungan yang harmoni sesama mereka.



xxxviii
2.4 ADAB TERHADAP AL-QURAN

Al-Quran merupakan wahyu Ilahi yang mempunyai adab-adab tersendiri yang
sudah diatur dengan tersusun bagi orang yang membacanya. Setiap orang mesti
berpedoman kepada al-Quran dan mengerjakannya sebagai penghormatan di
atas keagungannya.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah menggariskan dengan
terperinci tentang adab-adab terhadap al-Quran secara zahir dan batin. Adab
secara batin ini diperincikan dengan arti memahami asal kalimat, cara hati
membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati ketika membaca sampai ke
tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa. Dengan
demikian, kandungan Al Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat
bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubari.

Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, iaitu dengan hati
dan jiwa. Sebagai contoh, Imam Al Gazhali menjelaskan, bagaimana cara hati
membesarkan kalimat Allah, iaitu bagi pembaca Al-Quran ketika ia
memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya,
betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin
dalam hatinya, bahwa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi
adalah kalam Allah Azza wa Jalla. Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja
dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al Quran itu
sendiri.

Sebagaimana yang diriwayatkan, Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya
bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Quran berserak-serak
seolah-olah tersia-sia, lalu ia memungutnya selembar demi selembar, sambil
berkata:Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan
kalam Allah bererti membesarkan Allah.

Adapun mengenai adab dalam membaca Al Quran, selain didapati di dalam
kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lain.
xxxix
Di antara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:

1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan
bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.
2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya
memegangnya dengan kedua belah tangan.
3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah,
di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih.
Tapi yang paling utama ialah di mesjid.
4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya
dengan khusyu dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.
5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi
makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi
dibersihkan terlebih dahulu.
6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca taawwudz, yang
berbunyi: audzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah
dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu
perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga
hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al Quran, dijauhi dari
gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca
taawwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Allah supaya
hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi sebagai berikut.
Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah
kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, iaitu dengan bacaan yang
perlahan-perlahan dan tenang, sesuai dengan Firman Allah SWT :
u u1)e gO^OU4N gE>4O4
4p-47O^- EOg>O> ^j
Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil.
(Surah Al Muzammil : ayat 4)

Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan
mempengaruhi jiwa, serta serta lebih mendatangkan ketenangan batin
xl
dan rasa hormat kepada Al Quran.

Ibnu Abbas r. a. telah berkata: Aku lebih suka membaca surat Al
Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran
dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat.

8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran,
disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang
ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti
inilah yang dikehendaki, iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut
memperhatikan dan memikirkan erti dan maksud yang terkandung dalam
ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada
hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi
yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk
mengamalkan isi Al Quran itu.
Firman Allah SWT :
E 4pNO+E44C 4p-47O^- _
O4 4p~E ;}g` gLgN )OOEN *.-
W-E}4O gO1g LUgu=-
-LOOg1 ^gg
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al
Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan
yang banyak di dalamnya.
(Surah an-Nisa: ayat 82 )
9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan erti
dan maksudnya, lebih-lebih apabila sampai pada ayat-ayat yang
menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana
hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu,
menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di
kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran yang
menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang
berdosa.

xli
10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu,
sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan uslubnya
Al Quran.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
Kamu hiasilah Al-Quran itu dengan suaramu yang merdu

Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah SAW menunggu-
nunggu isterinya, Siti Aisyah RA yang kebetulan agak terlambat
datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:
Bagaimanakah keadaanmu? Aisyah menjawab :Aku terlambat datang,
karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus
lagi merdu suaranya. Belum pernah aku mendengarkan suara sebagus
itu. Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al
Quran yang dikatakan Aisyah itu. Rasulullah kembali dan mengatakan
kepada Aisyah: Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah.
Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu
seperti Salim itu sebagai umatku

Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah
disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara
membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan
tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan
lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahwa
melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar
ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya;
orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang yang
mendengarkannya turut berdosa.

11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya
kerana hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan
diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi.
Juga dilarang ketawa, bermain-main dan lain-lain yang seumpama itu,
xlii
ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan yang seperti itu
tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan bererti tidak
menghormati kesuciannya.

Demikianlah di antara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan
diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara
menurut erti yang sebenarnya


2.4 ADAB DALAM MENUNTUT ILMU

Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap manusia kerana ilmu
merupakan satu pengetahuan, kebolehan atau pengalaman yang diberi Allah
SWT setelah melalui beberapa proses seperti pembelajaran, pengalaman, latihan,
perjalanan dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim

Oleh yang demikian, setiap muslim yang menuntut ilmu perlu mempunyai adab
ketika menuntut agar ilmu yang dipelajari diberkati dan dirahmati Allah SWT dan
ilmu yang disampaikan mendapat rahmat masyarakat setempat.
Antara adab menuntut ilmu, seperti berikut :

1. IKHLAS NIAT

Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut
ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang
sementara kerana Rasulullah SAW pernah memberi amaran yang mana
Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut
ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam
dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita
mesti terus berusaha ke arahnya.Ilmu yang dipelajari bukan untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk
xliii
menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi
perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa
perubahan kepada keIslaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang
mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri.
Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit
kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut
ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri.

Firman Allah SWT :
W-EOU;N-4 Ep -.- NUu4C
4` EO) 7O^ ++OEOu _
W-EOU;N-4 Ep -.- NOOEN
_1)UEO ^g@)
...Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu
maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
(Surah al-Baqarah : ayat 235)

Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,
setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan
setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar
ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL

Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan
dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan
buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang
kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa
Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati
kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan
mengeraskan hatinya.

xliv


Firman Allah SWT :

^O)4 4~ _E<ON` gOg`Og
O4C =g /j_4^Ou> ~4
]OUuE> O)E+ NOc4O *.-
:O) W OU W-EO7N-Ee
^-Ee +.- _4OU~ _ +.-4
Ogg4 4O^-
4-OE^- ^)
Dan (Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku,
Mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa
Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka
berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak
memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
(Surah as-Shaff : ayat 5 )

Berusaha mewujudkan suasana persekitaran sekeliling terutama di rumah
dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan
kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat
untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Contohi ulama'-ulama' silam yang
mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka
sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh
kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk
belajar.Di samping itu bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan
dapat dimiliki.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu
berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun
keputusan kepada Allah sepenuh hati.




xlv
3. MENJAUHI MAKSIAT

Budaya amar maruf dan nahi munkar hendaklah disemai dan dipupuk dalam
diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya
ilmu itu adalah cahaya yang suci yang mana ia tidak dapat diperolehi jika diri
sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya upaya yang
mungkin untuk menghindari kehendak nafsu dengan menutup segala jalan
menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali membuka jalan kepada maksiat untuk
bertapak di hati. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah
sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan diri
kepada maksiat yang lebih besar lagi.

Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti
maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan) serta pergaulan
antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang
biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap
hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi
sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi
dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH

Teman yang dipilih adalah mereka yang mampu membawa ke arah kebaikan
dan sentiasa menghidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain
di dalam rumah sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau
melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al -Hakim pernah
berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh
serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan dan
orang lain yang turut sama memperolehinya.

Apabila sentiasa bersama orang soleh mereka ini akan sentiasa menasihati
ke arah kebaikan serta menegur apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan.
Ini akan mematangkan lagi diri di samping menambahkan lagi semangat
dalam belajar. Keadaan ini bukan bermakna orang yang tidak soleh perlu
xlvi
dijauhi sebaliknya diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan
yang ada dan jangan pula terpengaruh dengan cara hidup mereka.
Firman Allah SWT :
+7E=- Oj4`O4C __u4
`*u4lg 4N ) --+^-
^g_
Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian
yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Zukhruf : ayat 67)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH

Memastikan sentiasa mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama
sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan
hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin
memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang mathur
selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan
ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah
diperintahkan oleh Rabbul Izzati. Jangan mengajar diri melengah-lengahkan
solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri ke arah
mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari
kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam
setiap gerak kerja seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya
akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN

xlvii
Menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain adalah menjadi kewajipan
setiap muslim. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa
kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri. Hanya orang yang
mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang
mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka
yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara
yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain
kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.

Firman Allah SWT :
Og^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
W-O+lg[4-;_- -LOOg1E =}g)`
^-}-- ]) 4*u4 ^-}--
_^) W 4 W-OOOOOO_` 4 U4-^4C
7_u+ _u4 _ OUg47
4 p 4C = gO1=
6-^14` +O+u-@O _
W-OE>-4 -.- _ Ep) -.-
_-O> 7gOO ^g
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka
(kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah
mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain.
Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.
(Surah al-Hujurat : ayat 12 )







xlviii
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA

Sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa dan menghormati mereka dalam
perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan
mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan
kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Hendaklah sentiasa meminta agar
mereka meredhai dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan
Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa.

8. MENGHORMATI GURU

Menghormati guru dan mematuhi segala arahannya adalah wajib selagi mana
tidak menyalahi kehendak Islam walaupun fikrah atau pendapat berbeza.
Sebagai contoh, Imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam
solat Subuh adalah sunat ab'adh ( sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi
dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam
gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya.

Sesungguhnya ulama' silam begitu menitikberatkan masalah keberkatan ilmu,
sedangkan hari ini pelajar tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.Janganlah menganggap guru hanya guru di sekolah,
universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi mestilah menganggap
bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti
dihormati walaupun di mana berada

Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar
tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan
seharian.Binalah kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar
agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari
perkara negatif dalam kehidupan.



xlix
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI

Amalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu. Ulama'
silam sentiasa mengingatkan bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal
dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada
penyembah berhala. Ilmu yang dipelajari hendaklah dijadikan sebagai benteng
daripada terjerumus ke kancah maksiat dan sebagai senjata di dalam
mematahkan serangan musuh Islam serta ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.

Ilmu yang dijadikan sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia
yang sementara atau untuk mengaut kemewahan dunia merupakan antara
sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Ramai yang
belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya
kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari. Memberi nasihat dan
tazkirah begitu mudah tetapi begitu sukar untuk mengota dan
merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh-
sungguh, sukar untuk melaksanakannya.
Firman Allah SWT :
Og^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
=g ]O7O> 4` 4pOUE^> ^g
4ON ^4` E4gN *.- p
W-O7O> 4` ]OUE^> ^@
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu
mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(Surah as-Shaaf : ayat 2-3 )





l
Cuba fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza
antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan
penghormatan mereka terhadap guru
.



2.5 KESAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Akhlak dan pembinaan sahsiah merupakan unsur penting dalam menjamin
kehidupan yang sempurna bagi seseorang muslim. Proses pembentukan akhlak
dan pembinaan sahsiah memerlukan masa yang lama untuk direalisasikan.
Sebagai contoh, orang yang berakhlak dengan Allah akan meninggalkan kesan
yang mendalam dalam dirinya sehingga sentiasa merasa takut untuk melakukan
apa jua kejahatan. Kesan berakhlak dengan guru menjadikan seseorang pelajar
itu sentiasa memuliakan gurunya, menghormatinya dan sentiasa mengenang jasa
guru.


Antara lain kesan akhlak dalam kehidupan muslim, iaitu :

1.Mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
2. Dapat menjalinkan hubungan ukhuwwah Islamiah secara harmoni.
3. Membentuk generasi rabbani
4. Membina sifat positif dalam hidup.
5. Pelengkap kehidupan muslim.
6. Kembali kepada fitrah kejadian manusia.







li


Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk
ini dengan jayanya!
.












































1. Jelaskan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan masyarakat dan
bernegara?
2. Sifat-sifat mahmudah di kalangan umat Islam semakin terhakis dewasa
ini.Bincangkan.
TUGASAN
lii


TAJUK 3 ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN AKHLAK
DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH


SINOPSIS

Dalam tajuk tiga anda akan diperkenalkan pelajaran adab dan akhlak
Islamiah. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan beberapa adab. Bagi
pelajar Tahun 1hingga Tahun 6, mereka akan mempelajari pelbagai jenis
adab antaranya makan dan minum, adab qada hajat, adab tidur dan bangun
tidur, adab mandi dan bersugi, adab berwuduk, adab berpakaian, adab
berkenderaan, adab menghidang makanan dan minuman, adab melayan
tetamu, adab menziarahi orang sakit, adab berjalan, adab menziarahi
jenazah, adab rehlah dan adab menjaga harta benda sekolah.


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini pelajar akan dapat

1. Menerangkan adab-adab dalam kehidupan seharian

2. Mengamalkan adab Islam dalam situasi tertentu

3. Membuat cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adab dan akhlak
Islamiah



KERANGKA TAJUK-TAJUK





ANALISIS DAN HURAIAN ISI
KANDUNGAN AKHLAK
DALAM SUKATAN
PELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH
ANALISIS ISI KANDUNGAN
HURAIAN ISI KANDUNGAN
liii

3.1 ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN

TAHUN TAJUK CADANGAN AKTIVITI
1 1. Adab makan dan minum
2. Adab qada hajat
3. Adab tidur dan bangun tidur
4. Adab mandi dan bersugi
5. Adab berwuduk

1. Aktiviti Kumpulan
2. Sumbangsaran
3. Tunjuk cara
4. Lakonan.
5. Simulasi

2 1. Adab berpakaian
2. Adab berkenderaan
3. Adab masuk dan keluar
masjid
1. Tunjuk cara menggunakan bahan
maujud
2. Lawatan
3. Hafazan

3 1. Adab menghidang makanan
2. Adab melayan tetamu
3. Adab menziarahi orang sakit

1. Tunjuk cara
2. Aktiviti kumpulan
3. Lakonan
4. Lawatan

4 1. Adab berjalan
2. Adab makan di majlis
keramaian
3. Adab dengan orang tua
4. Adab semasa di sekolah

1. Lakonan
2. Simulasi
3. Tunjuk cara
4. Lawatan
5. Aktiviti kumpulan
6. Tayangan video

5 1. Adab mengurus diri
2. Adab menolong ibu bapa
3. Adab dengan pemimpin
1. Lakonan
2. Simulasi
3. Tunjuk cara
4. Lawatan
5. Tayangan video

6 1. Adab menjaga harta benda
sekolah
2. Adab menjaga kebersihan
sekolah
3. Adab menjaga kebersihan
alam sekitar
4. Adab rehlah
5. Adab terhadap tempat awam
6. Adab terhadap manusia dan
makhluk lain

1. Gotong royong
2. Lawatan
3. Tunjuk cara
4. Aktiviti kumpulan
5. Tayangan video






liv



















































TUGASAN
3. Pilih 2 tajuk dari adab dan akhlak Islamiah dan cadangkan aktiviti yang
bersesuaian menggunakan carta grafik serta sediakan bahan bantu
mengajar yang berkesan untuk tajuk tersebut.
lv


BIBLIOGRAFI

Al-Quran
Abdullah Basmih, 1985. Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Agama Jabatan Perdana Menteri.
Abdul Halim El-Muhammadi. 1992. Ibadah dan Peranannya Dalam Pembentukan
Peribadi dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Disiplin dan Peranan Pendidik. Kuala
Lumpur: ABIM & Budaya Ilmu.
Abdullah Nasih Ulwan.1988. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam Jld 1.Singapura:
Pustaka Nasional
Ahmad Mohd Salleh.1997.Pendidikan Islam:Falsafah, Pedagogi dan
Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus.2003.Gejala Sosial dalam Masyarakat
Islam,Punca dan Penyelesaian.Kuala Lumpur:Utusan Publication.
Al-Ghazali.1992.Akhlak Seorang Muslim.Kuala Lumpur:Victoria Agencie
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.2002. Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam.Kuala Lumpur:JAPIM
Ghazali Darusalam.1997.Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.Kuala Lumpur:Utusan
Publications Distributors Sdn Bhd.
Imam Ghazali.1988. Ihya Ulumuddin. (Terj. Tk H Ismail Yakub MA-
SH).Singapura:Pustaka Nasional.
Kamus Dewan.1997.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
M.Abdai Rothomy.1986.Sendi Agama.Singapura:Pustaka Nasional.
Sulaiman Noordin.2000. Islam Al-Quran Dan Ideologi Masa Kini : Prinsip Akhlak
Islam (Ahmad Rafizi Salleh). Pusat Pengajian Umum,UKM.
Sulaiman Yasin.1992.Akhlak dan Tasauf.Kuala Lumpur: Masadah (M) Sdn Bhd.

You might also like