You are on page 1of 29

DISEDIAKAN OLEH :

HERWAND BIN NAHARI (761018-12-5765)


MOHD. ZAMBRI BIN CHE EMBI (780116-02-6035)
WAN MOHD KHAIRUL REZUAN BIN WAN MUDA (831009-11-5283)

KPLI-SR (PENUH MASA)


K1.6
SOLAT BERJEMAAH

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Tunaikanlah sembahyang, keluarkanlah
zakat dan rukuklah (sembahyang) bersama-
sama orang yang rukuk”.
(surah Al-Baqarah: 43)
SOLAT JEMAAH
Solat jemaah adalah solat yang dilakukan
tidak kurang daripada 2 orang atau beramai-
ramai yang dipimpin oleh seorang yang
dipanggil imam dan yang mengikut ma’mum.
Ada pelbagai solat yang boleh dilakukan
secara jemaah antaranya ialah:
 Solat 5 waktu (Subuh,Zohor,Asar,Maghrib
dan Isyak)
 Solat Jumaat
 Solat Tarawikh, Aidilfitri, Aidiladha dsbgnya.
Illustrasi Solat Berjemaah
Bagaimana untuk melakukannya?
Berniat di dalam hati untuk melakukan solat
kemudian diikuti ingin menjadi makmum atau
imam.
Ma’mum hendaklah mengikuti imam dan tidak
dibenarkan mendahului imam.
Imam dan ma’mum harus berada dalam satu
jarak yang tidak terputus oleh sungai atau
tembok.
Imam hanyalah seorang dan mempunyai
syarat-syarat untuk menjadinya.
Hadis Riwayat Imam Ahmad dan
Muslim
Dari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah
S.A.W bersabda:”menjadi imam dari suatu
kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al
Qurannya.Bila semuanya sama bagus
hendaklah diimamkan yang paling alim akan
sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim
maka dahulukan mereka yang lebih dulu
hijrah.Kalau mereka sama dulu hijrah maka
imamkanlah mereka yang lebih tua usianya”.
Syarat-syarat berimam
Ada persamaan sembahyang antara dua
pihak.
Sembahyang fardhu boleh berimam
dengan orang yang sembahyang sunat.
Ma’mum mesti mengikut Imam dan tidak
mendahului Imam.
Kedudukan ma’mum hendaklah dibelakang
Imam.
Ma’mum berniat mengikut Imam.
Samb…

Janganlah Imam kurang kebolehannya


daripada ma’mum.
Imam adalah seorang lelaki.
Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri
dan tidak ma,mum sebagai orang lain.
Imam mestilah bersih daripada hadas dan
najis.
Kedudukan saf dalam solat jemaah
☻ imam

☻☻☻☻☻
Barisan lelaki dewasa
☺☺☺☺☺
Barisan kanak-kanak lelaki
ma’mum

ΩΩΩΩΩ
Barisan perempuan dewasa

ЮЮЮЮЮ
Barisan kanak-kanak perempuan
Hadis al-bukhari, muslim dan abu daud

Daripada Anas r.a. berkata “Adapun Nabi


s.a.w. akan melihat kepada kami sebelum
memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah
(saf) dan luruskan barisan kamu sekelian”. al-
Bukhari & Muslim
Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi
bersabda: “Luruskan barisan kamu (kerana)
barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan
solat”. Abu Daud
FAEDAH-FAEDAH SEMBAHYANG
BERJEMAAH
 Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul
pada waktu-waktu tertentu
 Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah
 Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah)
 Kenal-mengenali antara satu sama lain
 Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam
 Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orang
Islam
 Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama
 Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang
berjemaah
 Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu
 Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri
KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
 Mendapat ganjaran lebih daripada Allah S.W.T
 Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang
seorang diri dengan 27 darjat (Riwayat Al-bukhari
dan Muslim)
 Melatih diri bersifat disiplin
 Mengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiran
 Menunjukkan kekuatan dan kesepaduan islam
 Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang
islam
 Melatih sikap bekerjasama dalam melakukan
sesuatu kebaikan
RUMUSAN SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah ialah sembahyang


beramai-ramai yang sekurang-
kurangnya 2 orang, seorang
menjadi imam dan seorang menjadi
ma’mum. Semakin ramai bilangan
jemaah maka semakin besar
fadhilat pahalanya. Tuntutan
sembahyang jemaah pada lima
waktu dan hukumnya fardu kifayah.
MASBUQ DAN
MUAFIQ
Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas
seseorang ma’mum pada mana-mana
sahaja rakaat sembahyangnya, dan
kadangkala berlakunya kepada ma’mum
muwafiq menjadi ma’mum masbuq pada
rakaat berikutnya. Setiap ma’mum wajib
mengetahui dan memahami tentang
kedudukan ma’mum muwafiq dan masbuq
untuk menjamin sembahyangnya sah dan
tidak terbatal.
APA ITU MASBUQ?

Masbuq: seorang ma’mum yang tidak sempat


berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak
mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-
Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam
telahpun rukuk atau hampir-hampir rukuk
kemudian ma’mum tadi masuk ke saf
sembahyang berjemaah.
APA ITU MUAFIQ?

Muafiq: Seorang ma’mum yang sempat


berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam)
imamnya, di mana ia mempunyai masa yang
cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama
Imam dengan bacaan yang sederhana.
BILA BERLAKU?

Iaboleh berlaku ke atas seseorang


ma’mum kepada empat rakaat sama ada
pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat
ketiga, dan seterusnya pada rakaat
keempat.
HUKUM ORANG MUAFIQ
Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya
tertinggal jarak tiga rukun yang panjang
daripada imamnya. Tidak termasuk rukun
yang pendek. Contoh rukun panjang seperti
rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek
seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud
awal dan duduk antara dua sujud.
CONTOH DAN GAMBARAN MUAFIQ
Seorang ma’mum yang muafiq sedang solat
berjemaah, sebelum imam berdiri tegak
daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.
Maka ma’mum berkenaan mendapat rakaat itu
kerana ketinggalan daripada imam belum
masuk kepada rukun keempat.

Seorang ma’mum yang muafiq sedang


berjemaah sebelum imam duduk tasyahud
akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk,
hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.
Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa
ma’mum berkenaan masih lagi berada
dalam jarak tiga rukun daripada imamnya,
belum lagi masuk ke rukun keempat.
Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa
rukun-rukun yang jarak antara ma’mum
dengan imam ialah tiga rukun yang dikira
daripada:
Rukuk
Sujud yang pertama
Sujud yang kedua
HUKUM ORANG MASBUQ
Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan
meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah
yang belum dibaca atau sempat dibaca
sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira
semuanya ditanggung oleh imamnya.

Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda:


“Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya
maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan
jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan
bukan atas mereka”.
(hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)
CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ
ma’mum itu pada mulanya dia adalah muafiq,
di dalam menunaikan peraturan-peraturan
solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri
tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk,
hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika
ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum
imamnya bangkit daripada rukuk maka ia
mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia
meninggalkan bacaan fatihah.
CONTOH-CONTOH MASBUQ
Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam
solat. Apabila ma’mum berdiri daripada
sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan
ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al-
Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas
ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya
kerana ia seperti orang masbuq dan dia
mendapat rakaat itu.

Jika seorang makmum masbuq rukuk


terkemudian daripada imam sebab ia
membaca al fatihah hingga imamnya bangkit
daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan
wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat
selepas salam imamnya.
MASBUQ JUMAAT
Solat jumaat diwajibkan dengan
berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat
kecuali dengan berjemaah sekurang-
kurangnya dengan 40 puluh orang yang
berakal, cukup umur(baligh), merdeka
dan bermastautin.
Bagi seorang ma’mum masbuq yang
ingin mendapat jumaat, dia hendaklah
sekurang-kurangnya sempat rukuk
bersama imam pada rakaat yang kedua
serta mempunyai tamakninah. Kemudian
dia hendaklah menambah satu lagi
rakaat selepas salam imam dan
MASBUQ JUMAAT samb...

Jikaia tidak sempat mendapatkan rukuk


bersama imam pada rakaat kedua itu, maka
hendaklah ia menyempurnakan solat itu
sebagai solat zohor iaitu dengan
menambahkan empat rakaat selepas salam
imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat
selepasnya hendaklah dengan perlahan.
RUMUSAN MUWAFIQ DAN MASBUQ

Muwafiq ialah ma’mum yang


sempat menghabiskan bacaan Al-
Fatihah dengan bacaan sederhana
ketika qiam imamnya sebelum
rukuk imamnya.
Masbuq ialah ma’mum yang tidak
sempat menghabiskan bacaan Al-
Fatihah dengan bacaan sederhana
dalam qiam imamnya seperti ketika
dia masuk berjemaah itu imamnya
sudah hampir rukuk atau sedang
Bahan Rujukan
Ahmad & Mohd Farid. (2008). Islam Agama Rabbani: Dasar
Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Al-Qari. (2003). Kewajipan & Keunggulan Sembahyang


Jemaah: menurut Al-Quran & As-sunnah. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers.

Hanafi Mohamed. (1999). 40 Fadhilat Sembahyang Berjemaah.


Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Hassan Ahmad. (1990). Masalah Muwafiq dan Masbuq. Kota


Bharu: Syarikat Jaafar Rawas.

You might also like