You are on page 1of 3

LAPORAN PERJUMPAAN MINGGUAN KELAB NASYID 2018

MASA :

TARIKH :

LOKASI : BILIK KULIAH, BALAI ISLAM

Pagi Rabu ini merupakan Rabu pertama bagi semester ini berlangsung selama 1
jam 30 minit. Ustazah Norlela binti Mohamad Syariff, pensyarah penasihat bagi kelab ini
telah memberikan sedikit sebanyak pendedahan atau pengenalan mengenai kelab ini
kepada kami. Seterusnya Ustazah juga mengingatkan kami bahawa mesyuarat agong kali
pertama ini adalah sebagai salah satu agenda wajib dalam penubuhan sesebuah kelab dan
persatuan.

Seterusnya, Kamidiarahkan untuk membentuk satu organisasi yang terdiri


daripada seorang pengerusi, setiausaha, bendahari dan tiga orang ahli jawatankuasa dari
semester 5 dan 7. Hasil daripada perbincangan selama 20 minit, kami telah membentuk
sebuah organisasi kumpulan kami (rujuk lampiran A).

Selepas itu, setiausaha diminta untuk mengedarkan boring pendaftaran kepada


setiap ahli untuk tujuan pendaftaran dan perekodan maklumat bagi ahli kelab. Kemudian,
perancangan aktiviti tahunan bersama pensyarah penasihat dan ahli kelab. Hal ini adalah
bertujuan untuk menjadikan kelab ini aktif sepanjang tahun dengan menjalankan aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang.

Selain itu, ustazah Norlela turut memberitahu kami bahawa pada akhir semester
ini kami dikehendaki untuk menganjurkan satu musabaqah nasyid antara IPG jika
berkelapangan. Semua organisasi yang telah dibentuk akan digabungkan menjadi satu
induk untuk mengendalikan program ini. Lebih kurang setelah 1 jam 45 minit perjumpaan
ini berlangsung, kami dibenarkan bersurai. Perjumpaan ditangguhkan ke hari Rabu pada
minggu seterusnya.
Lampiran A

Penaung Dr Nizam bin Abd Latib

Pensyarah Ustazah Norlela binti Mohamad Sharif


penasihat

Pengerusi Muhamad Yusoff Fahmi bin Mansor

Setiausaha Nurul Husna binti Azmi

Bendahari Wan Nurul Akma binti Wan Razali

Ahli jawatankuasa Semester 7

Muhammad Hanif Bin Mohamad Nazri

Nadiah Hanim Binti Ramli

Natasha Binti Phillip

Semester 5

Nur Syiffa Najiha Binti Mohd Hashim

Nur 'Umairah Binti Zakaria

Tuan Mohamad Amirul Azim Bin Tuan Ismail


Disediakan oleh,

…………………………………….

(NURUL HUSNA BINTI AZMI)

Setiausaha ,

Kelab Nasyid,

IPG Kampus Raja Melewar.

Disahkan oleh,

………………………………...

(USTAZAH NORLELA BINTI MOHAMAD SYARIF)

Pensyarah Penasihat,

Kelab Nasyid,

IPG Kampus Raja Melewar.

You might also like