You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT Bil.

1/2019

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR 2019

Tarikh : 17 Januari 2019 (Khamis)

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Bilik Biduanda

Kehadiran :

BIL AGENDA TINDAKAN

1.0 Ucapan Alu-Aluan pengerusi majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pengarah, timbalan pengarah, ketua ketua jabatan, ketua-
ketua unit, pensyarah, JPP dan wakil bagi setiap rumah
sukan kerana dapat menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Kejohanan Olahraga Tahunan 2019. Pengerusi
memaklumkan bahawa semua pensyarah dan pelajar
terlibat dengan kejohanan ini. Pengerusi juga
memaklumkan bahawa beliau akan mengetuai sepanjang
kejohanan ini berlangsung. Pengerusi

1.2 Pengerusi memaklumkan Kejohanan Olahraga Tahunan


2019 ini diadakan bagi meningkatkan semangat
kesukanan dalam kalangan guru pelatih.’
1.3 Pengerusi mengingatkan bahawa program kejohanan ini
akan berlangsung pada 27 Februari 2019 selepas pelajar
pulang bercuti Tahun Baru Cina.

2.0 Bacaan Doa


2.1 Bacaan doa diketuai oleh Encik Abdul Hadi bin Sulaiman

3.0 Ucapan Tuan Pengarah :

3.1 Mencadangkan pembinaan pondok untuk setiap rumah sukan


dengan menggunakan bahan baki binaan penambahbaikan
Tindakan :
blok akademik.
Semua
Jawatankuasa
3.2 Tuan Pengarah telah memaklumkan bahawa beliau telah
mengadakan perbincangan dengan pihak UKM untuk mendapat
persetujuan untuk menggunakan bahan-bahan tersebut.

4.0 Ucapan Penyelaras Kejohanan :

4.1 Encik Tamil membaca senarai jawatankuasa bagi setiap


sukan.

4.2 Membincangkan tentang senarai ahli jawatankuasa KOT 2019.

4.3 Pensyarah mencadangkan agar mengadakan penukaran Tindakan :


ketua dan penolong ketua rumah sukan kerana telah menerima Semua
amanat yang sama pada tahun lepas. Jawatankuasa

4.4 Memaklumkan bagi setiap jabatan tentang skop tugasan yang


dilaksanakan bagi menjayakan KOT 2019.

4.5 Ketua Jabatan bagi setiap jabatan meminta agar guru pelatih
yang ditugaskan di bawah mereka terdiri daripada jabatan yang
sama supaya mudah untuk mengetahui perkembangan dari
semasa ke semasa.

4.6 Penyelaras memaklumkan bahawa tarikh asal pelaksanaan


KOT 2019 bertindih dengan tarikh Internship pelajar semester 8

4.7 Lantaran itu, tarikh baru telah dipilih iaitu pada 14 Februari
2019.

4.8 Kelemahan yang terdapat dalam Kejohanan Olahraga


Tahunan 2018 dikaji sehingga ke akar umbi terutamanya masalah
yang muncul dalam penyediaan borang pemarkahan.

5.0 Hal hal lain :

5.1 Encik Badurhisham ditugaskan untuk menjaga acara


perbarisan kontingen-kontingen rumah sukan.

5.2 Pengarah mengalakkan pensyarah untuk mendapatkan


penajaan daripada pihak luar agar dapat menampung
perbelanjaan sepanjang KOT 2019.
Tindakan : Encik
5.3 Pengarah mencadangkan untuk meminta penajaan berbentuk Badurhisham
minuman daripada pihak luar terutamanya Milo.

5.4 Penyelaras menentukan tarikh dan masa sesuai untuk


pelaksanaan raptai.

5.5 Pengarah mengharapkan kelainan daripada pihak yang teribat


dalam acara perbarisan untuk sesi ‘Tabik Hormat’.

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama
dalam menjayakan program ini.

6.2 Bekerja sebagai satu pasukan amatlah penting dalam setiap


aktiviti sekolah, terutamanya menjayakan kejohanan olahraga
tahunan yang akan diadakan tidak lama lagi.

6.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat


hadir dan memberi perhatian terhadap maklumat dalam mesyuarat
kali ini.

6.4 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 11.00 pagi..

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

___________________________ __________________________
(NURUL HUSNA BINTI AZMI) (EN GHAZALI BIN MUSTAPHA)
Setiausaha, Penyelaras,
Pertandingan Cakna Keselamatan, Pertandingan Cakna Keselamatan,
Kesihatan dan Keceriaan EKSA 2018, Kesihatan dan Keceriaan EKSA 2018,
IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Raja Melewar,

You might also like