You are on page 1of 2

CATATAN REFLEKSI Pertandingan Mewarna Bersempena Bulan Ramadhan Disediakan oleh : Nur Syamira Bt Mohamad Shukri

1. Isu / Perkara yang difokus: Alhamdulillah, kami telah berjaya menyiapkan projek pertandingan mewarna bersempena bulan ramadhan bagi murid-murid Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas SK Cherang Ruku dengan jayanya. Saya selaku pengarah pertandingan ini sangat berpuas hati dengan perjalanan pertandingan ini yang telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah berganding bahu dan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam projek ini. Antara isu-isu yang dikenal pasti yang sangat kritikal ialah: Kawalan murid sewaktu sesi taklimat pertandingan kurang memuaskan Petandingan dijalankan agak lewat dari masa yang telah ditetapkan Tempat pertandingan kurang selesa kerana agak sempit untuk memuatkan bilangan peserta yang ramai.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Sepanjang pertandingan ini berjalan, banyak kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti. Antara kekuatan pertandingan ini ialah kami dapat mencungkil bakat murid-murid Pendidikan Khas yang terpendam serta dapat memebantu murid melahirkan perasaan sebenar mereka dalam menghayatai bulan suci Ramadhan. Kekuatan kedua pertandingan ini pula ialah pertandingan ini amat disokong oleh pihak sekolah memandangkan pihak pentadbiran bersedia untuk memberikan peruntukkan yang sewajarnya. Pihak pentadbiran memberikan hak mutlak kepada kami untuk mengubah mengikut kehendak kami sendiri. Kekuatan ketiga projek ini ialah kami mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada guru-guru Pendidikan Khas dan guru Pemulihan Khas yang sentiasa memberikan maklum balas yang positif terhadap setiap projek

yang telah kami jalankan di sekolah ini. Guru-guru juga tidak pernah lokek untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman mereka kepada kami untuk dijadikan panduan dan sokongan. Seterusnya, melalui projek ini juga, kami dapat mengeratkan silatulrahim antara murid-murid dan guru-guru di sini. Pergaulan antara guru dan murid juga dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara mereka di bulan Ramadhan ini. 2.2 Kelemahan: Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti semasa pertandingan ini dijalankan. Kelemahan pertama ialah terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menumpukan perhatian sewaktu sesi taklimat berlansung. Ini mungkin disebabkan kawalan murid kurang baik oleh guru. Kelemahan kedua ialah tempat pertandingan yang agak terhad untuk memberi ruang yang selesa kepada murid untuk mewarna. Ini disebabkan kerana dewan sekolah telah digunakan untuk program UPSR, jadi kami terpaksa untuk bertukar tempat ke dalam kelas sahaja.

3. Cadangan penambahbaikan: Beberapa cadangan yang boleh ditambah ialah: Semua guru haruslah melibatkan diri dalam setiap program yang dijalankan di sekolah. Kehadiran murid datang kesekolah juga haruslah diberi perhatian serius oleh guru-guru dan pihak sekolah kerana ia akan memberi impak yang negatif kepada semua pihak kelak. Pihak sekolah haruslah menetapkan segala perancangan aktiviti dengan lebih awal lagi supaya tidak ada sebarang masalah pada masa hadapan. Pihak sekolah haruslah mengadakan lebih banyak labi pertandinganpertandingan atau program yang melibatkan murid-murid pendidikan khas ini agar mereka merasai diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.

You might also like