You are on page 1of 13

CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang duaatau tiga minggu,

barulah aktiviti menanam anak getah boleh dilakukan. Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibeg sama ada daripada tunggul cantuman berpolibeg, cantuman muda berpolibeg atau tunggul teras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman. Kaedah Penanaman Satu bahan tanaman cantuman berpolibeg biasanya ditanam sehingga bekas cantumannya terbenam. Ianya boleh ditanam lebih dalam sehingga sedalam satu pusaran daun, yang mana bagi benih biasa dianggarkan sehingga 15 sm ukuran batang yang dicantum. Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam. Apabila polibeg ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan dalamnya yang sebenar. Sekiranyanya tidak cukup dalam, lubangnya perlu dikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam, lubangnya boleh dinaikkan dengan mengisi tanah ke paras yang dikehendaki. Bahagian bawah polibeg dipotong untuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satu potongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuh dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikambus sepenuhnya dengan tanah yang telah dicampur dengan 113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah di sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan di keliling pangkal pokok (GHenry
Nicholas Ridley CMG (1911), MA (Oxon), FRS, FLS, FRHS (10 Disember 1855-24 Oktober 1956) adalah seorang ahli botani Inggeris dan ahli geologi. Dilahirkan di West Harling Hall, Norfolk, England. Ridley adalah merupakan Pengarah pertama saintifik Singapura Botanic Gardens 1888-1911. Beliau memberi penumpuan terhadap industri getah yang didapati amat sesuai ditanam di Malaya. Pokok Getah (Hevea brasiliensis) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.Ridley menghabiskan bertahun-tahun mempromosi getah sebagai produk komersial, dan pada tahun 1895, menemui satu cara penorehan yang tidak serius merosakkan pokok-pokok getah.

Biji getah yang dikutip dikutip dari Hutan Amazon

Beliau merupakan peneraju utama yang bertanggungjawab dalam mewujudkan industri getah di Semenanjung Tanah Melayu ( Malaya - panggilan pada masa itu ), Beliau menghabiskan masa di Malaya, di mana dia tinggal selama dua puluh tahun sebelum penerbitan kaedah sistem tanaman & penyebaran dan sistem torehan, pada tahun 1930 dan diamalkan sehingga sekarang ini. Kerja ini adalah

kemuncak pemerhatian beliau sendiri sejak beberapa tahun lalu semasa beliau masih hidup, dan kajian secara meluas bertaburan di atas pembangunan industri getah. Ridley bersara dari Singapura pada tahun 1911 dan tinggal di England selama baki hidupnya. Beliau digelar Bapa Perusahaan Getah Asli. Antara sumbangan beliau seperti yang diutarakan diawal tadi, ialah sistem eksploitasi getah dan pisau toreh.

Pokok yang ditanam di Kuala Kangsar

Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil. Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam tulisan pensil. Pada tahun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta kain kalis air daripada getah. Charles Goodyear pula telah memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya mencipta tayar pneumatik yang lebih selesa daripada tayar padu. Rekacipta tersebut telah merintis jalan bagi kegunaan getah asli, Apabila kegunaan getah semakin meluas dan permintaan terhadap bahan mentah meningkat, usaha untuk mengembang industri getah asli telah dilaksanakan dengan:-

Pokok Getah Sejarah

1. Usaha membawa 70,000 biji getah dari Brazil ke Kew Garden, London oleh Farris, Cross dan Wickham pada tahun 1876. Sebanyak 2,000 anak getah telah dapat dihidupkan dalam rumah kaca bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil. 2. Sebahagian daripada pokok itu telah dibawa ke Sri Langka dan selebihnya sebanyak 13 pokok dihantar ke Taman Botani di Singapura dan 9 pokok dihantar ke Kuala Kangsar.

Apabila berjaya ditumbuh di luar negeri asal, Pokok Getah ditanam secara meluas di tanah-tanah jajahan British. Pada tahun 1898, ladang getah ditubuhkan di Tanah Melayu, dan kini kebanyakan ladang getah terdapat di Asia Tenggara dan sesetengah Afrika tropika. Percubaan untuk menanam Pokok Getah di Amerika Selatan ternyata tidak memuaskan. Peranan utama dalam memajukan industri getah di Malaysia sekarang ini diteruskan oleh badan-badan seperti Lembaga Getah Malaysia. Badan ini memberi penumpuan dalam bidang pembangunan klon benih dan teknologi getah.

Manakala badan RISDA yang memajukan dan meningkatkan jumlah kawasan tanaman getah dan memajukan petani dan pekebun kecil getah. Pihak RISDA telah menubuhkan dan membuka pejabatpejabatnya di setiap daerah di Malaysia, dalam usaha memberi bantuan dan nasihat kepada pekebun kecil RISDA serta memastikan penanaman getah dari segi kuantiti dan berkualiti. Peranan pegawaipegawai RISDA amat penting yang sentiasa masuk keluar kampung dalam mempromosikan tanaman semula bagi kawasan pokok getah tua dan kurang hasil.

Pokok getah merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan tanah pamah, kawasan yang beralun serta di kawasan lereng-lereng bukit. Tanih yang sesuai untuk tanaman getah ialah tanih jenis laterit. Tanaman getah memerlukan saliran yang baik. Malaysia merupakan pengeluar getah asli utama dunia selain negara Indonesia dan Thailand. Getah merupahan pertanian eksport yang ke-4 selepas

Kelapa sawit, koko dan padi Johor merupakan pengeluar utama getah

Sejarah ringkas
1496 Christhopher Columbus membawa balik cerita-cerita pelik seperti kisah sebiji bolayang boleh melambung. Orang-orang di Pulau Haiti di Laut Carribean membuat bola permainan ini dari gam sejenis pokok. Ahli kimia Inggeris bernama Joseph Priestley mendapati bahan ini boleh memadam tulisan dengan cara menggosoknya . Perkataan Inggeris 'rub' telah ditukar kepada 'rubber' yang bermaksud pemadam. 1820 Thomas Hancock berbangsa Inggeris telah mencipta mesin yang dapat melembut , mencampur dan membentuk getah. Akhirnya dapat membuat barang-barang pengguna .Kain yang disalut dengan larutan getah boleh menjadi kain kedap air. 1823 kain berlapis getah pertama dicipta. 1839 Charles Goodyear secara tidak sengaja mencipta bahan volkanan getah. Akhirnyatayar kereta tercipta daripada getah. 1850-an getah datang dari benua Amerika Selatan di mana pokok getah ditanam secara liar dengan iklim yang panas dan lembab. Getah telah dimajukan untuk membuat hos, tali penyangkut , lapik lantai dan kasut. 1876 Sir Henry Wickham diminta oleh Pejabat India untuk mengumpul dan mengirim 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kew Garden di London. Biji getah ini disemai dalam rumah panas yang khas. 1877 sebahagian biji getah tadi ditanam di Sri Lanka dan kemudian ke Malaysia danAsia Tenggara lain. 1888 Henry Nicholas Ridley dilantik sebagai Pengarah Kebun Botanik Singapura. Beliau menyimpan biji getah di dalam poketnya dan diedarkan kepada orang ramai untuk ditanam. 1900 terdapat 2500 hektar kebun getah di Asia.

Henry Ford mula membuat kereta dan permintaan terhadap tayar getah meningkat secara mendadak. 1910 terdapat 500,000 hentar tanah yang ditanam pokok getah di Asia. Enam juta hektar pokok getah masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tayar getah.

[sunting]Penanaman [sunting]Sistem

ladang

Ladang dengan keluasan lebih 40 hektar dusahakan oleh majikan dari England, Perancis, Belanda dan Australia. Rumah pekerja dibina dan pekerja dibawa dari Sri Lanka dan India. British telah menjajah India sejak sekian lama. [sunting]Kebun

kecil

Kawasan kurang 40 hektar disebut kebun kecil. Lebih 40 hektar disebut ladang. Biasanya kebun kecil getah hanya 1 hingga 5 hektar sahaja. Kira-kira 500,000 pekebun kecil memiliki 1,240,000 hektar kawasan getah. Iaitu 73.4 % dari jumlah kawasan getah di Semenanjung Malaysia. 1984 Semenanjung Malaysia mengeluarkan 1,486,025 tan metrik getah. kira-kira 60 % dari keluaran ini disumbangkan oleh sektor kebun kecil. Biasanya pekebun kecil tinggal berdekatan dengan kawasan pokok getah. Setelah 6 tahun ditanam, pokok getah bolehlah ditoreh.

[sunting]Bentuk Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampur asid formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap keping berbunga . Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC), sebuah agensi kerajaan. Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggalakkan pekebun kecilmembangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula diberikan. Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua. [sunting]Kegunaan Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri. Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geselan. Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermagaagar dermaga tidak bergegar. Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.

Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah. Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah. [sunting]Masa

depan

Pada suatu masa, getah sintatik bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta. Harga getah sintatik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal. Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang. Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.

1.0 Pendahuluan Perkembangan teknologi banyak dapat dilihat sekarang tidak mengira bidang dari perkilangan hinggalah kepada pertanian. Salah satu hasil pertanian negara yang.penting adalah getah. Hasil getah telah menjadi pendapatan negara melebihi 5 dekad .iaitu sebelum negara merdeka lagi. Hingga sekarang, hasil getah masih lagi .menyumbang kepada pendapatan negara tapi hasil getah semakin berkurangan .disebabkan oleh kekurangan pekerja dah kawasan penanaman getah yang telah gantikan dengan pokok lain seperti kelapa sawit dan juga terbiar tanpa diusahakan. Teknologi dalam penghasilan lebih banyak hasil getah giat oleh Lembaga Getah .Malaysia (LGM) dijalankan seperti penggunaan bahan perangsang untuk .menghasilkan lebih banyak susu getah dan lain-lain lagi telah dijalankan tapi cara torehan getah masih lagi berada pada tahap yang lama iaitu masih lagi menggunakan pisau toreh untuk menoreh getah. Ini menyebabkan bilangan penoreh semakin berkurangan kerana ia memerlukan kemahiran untuk menggunakannya selain hasil pendapatan yang sedikit. Terdapat juga penghasilan alat menoreh yang menggunakan bateri tapi tidak dapat di terima oleh para penoreh kerana banyak masalah yang timbul. Oleh itu sebuah alat yang efektif perlu bagi memastikan hasil getah negara terus menjadi penyumbang kepada pendapatan negara. 2 1.1 Objektif Setiap kerja atau perkara yang dilakukan mestilah mempunyai objektifnya yang tersendiri. Oleh itu, dalam menjalankan projek ini, objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk sebuah alat menoreh getah yang menggunakan mesin kecil seperti mesin rumput untuk memudahkan kerja penoreh getah dalam menjalankan kerja seharian di ladang atau kebun dan dapat menjimatkan masa. .Mesin ini juga dapat memenuhi semua aspek yang berkaitan dengan kerja menoreh dari segi kesesuaian dan penggunaannya kepada penoreh getah dan juga penoreh getah. Selain itu, objektif pojek ini adalah untuk mereka bentuk alat menoreh yang mana ciri-cirinya berdasarkan kriteria yang telah ditentukan melalui kajian yang telah di buat.

1.2 Skop Skop kajian adalah penting dalam melihat ringkasan keseluruhan kajian yang dijalankan. Tanpa skop kajian, penilai atau orang luar susah memahami atau menilai perkembangan kajian yang dijalankan. Dalam kajian yang dilakukan skop pertama yang telah ditetapkan adalah merekabentuk sebuah mesin torehan yang menggunakan enjin kecil yang mana enjin alat pemotong rumput akan digunakan sebagai alat yang akan menggerakkanmekanisma torehan alat ini. Kajian adalah tertumpu kepada pemilihan mesin yang sesuai kerana terdapat banyak mesin pemotong rumput di pasaran dan pemilihan adalah penting bagi memastikan enjin adalah sesuai dengan mekanisma alat torehan yang direkabentuk. Projek ini juga akan merangkumi aspek kajian dan penghasilan alat menoreh getah yang menggunakan mesin kecil yang boleh di bawa di atas belakang dan turut tidak membebankan petani semasa melakukan kerja. Skop kedua yang di tetapkan adalah merekabentuk sistem pemacu mesin torehan ini dimana semua mekanisma untuk alat torehan ini akan di rekabentuk yang mana mestilah sesuai dengan enjin yang dipilih dari semua segi. Rekabentuk alat 3torehan mestilah merangkumi mata torehan alat, sistem yang menggerakkan mata untuk menoreh dan ciri-ciri keselamatan yang ada pada mesin dan juga pada pokok getah. Penghasilan mesin ini lebih tertumpu pada rekabentuk pemegang alat menoreh getah dan mekanisma yang perlu manakala mesin adalah inovasi daripada alat memotong rumput. Skop ketiga yang ada adalah mengeluarkan prototaip bagi keseluruhan alat menoreh ini yang boleh berfungsi mengikut sistem torehan yang ada sekarang. Ini adalah untuk inovasi kepada alat yang lebih sempurna. Prototaip adalah termasuk enjin, sistem pemacu mesin torehan dan mekanisma torehan termasuk mata alat torehan dan ciri-ciri keselamatannya. 1.3 Latar Belakang Projek ( Kenyataan Masalah) Jika di lihat sekarang kebanyakan daripada penoreh adalah terdiri daripada golongan pertengahan umur iaitu dalam lingkungan 30an. Kebanyakkan daripada mereka mengusahakan kebun-kebun kecil dan hasil adalah terhad. Alat menoreh yang digunakan pula adalah pisau toreh dan banyak masa dan tenaga diperlukan untuk seseorang penoreh menyiapkan kerja mereka. Selain itu penggunaan pisau toreh juga memerlukan kemahiran tersendiri yang mana amat penting bagi menjaga kualiti dan juga hayat pokok getah. Disebabkan ini golongan pelapis untuk meneruskan kerja menoreh semakin berkurangan dan kebun getah yang terbiar semakin bertambah sedangkan salah satu hasil negara adalah dari getah dan kerajaan terpaksa berbelanja untuk mendapatkan pekerja luar untuk melakukan kerja menoreh ini. Banyak penyelidikan telah dilakukan bagi menampung permintaan hasil getah di pasaran dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan para petani. Penyelidikan banyak tertumpu kepada penggunaan bahan perangsang untuk merangsang pengeluaran latex tetapi cara penorehan masih berada pada tahap lama. Oleh itu alat ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana ia senang digunakan tanpa memerlukan kemahiran menggunakan pisau toreh dah juga tidak memberi kesan kepada pokok getah. Ia juga menjimatkan masa menoreh dan pada masa yang sama boleh menambahkan parameter kawasan torehan. Ini sekaligus 4dapat meningkatkan pendapatan para penoreh getah dan menyenangkan kerja penorehan tanpa memerlukan kemahiran menoreh. 1.4 Masalah Yang Dihadapi Dalam menjalankan kajian ini, beberapa masalah yang agak rumit telah dihadapi. Ini kerana kajian yang dijalankan ini sudah lama tidak di jalankan. Maklumat tentang alat yang pernah dicipta sebelum ini juga susah untuk diperolehi dan agak sukar untuk mencipta alat yang baru yang belum di cipta lagi tanpa

melibatkan ciptaan sebelum ini yang telah di patenkan. Mengikut kajian yang telah dijalankan, kajian tentang alat menoreh getah pernah dilakukan pada tahun 80an dan maklumat mengenainya perlu diperolehi di pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) sahaja Selain itu, kajian mengenai pokok getah juga perlu di lakukan bagi mengetahui kesesuaian alat yang ingin di rekabentuk dengan konsep torehan yang sedia ada. Terdapat beberapa cara torehan yang di amalkan oleh para penoreh sekarang dan alat yang ingin di cipta mestilah bersesuaian dengan konsep tersebut. Selain itu, jenis pokok getah, jangka hayat pokok yang boleh di toreh dan struktur kulit pokok getah perlu di ambil kira kerana semua ini mempengaruhi keberkesanan alat torehan supaya ia tidak menjejaskan pokok getah apabila digunakan kelak. Kajian ini juga menghadapi masalah dalam pemilihan mesin pemotong rumput yang betul-betul sesuai yang mana ia perlulah kecil dan efektif untuk mencapai matlamat torehan dan tidak membebankan pengguna. Terdapat banyak mesin yang berada di pasaran dan ini merumitkan lagi pemilihan mesin. Selain itu kajian terperinci mengenai pemacu mesin ini perlu bagi memastikan ia sepadan dengan alat torehan yang ingin di rekabentuk. Masalah lain adalah dalam mendapatkan maklumat yang memerlukan beberapa lawatan di lakukan ke Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan juga menjalankan kajian atau tinjauan ke kebun-kebun getah untuk mendapatkan maklum balas dari penoreh getah mengenai alat yang ingin di rekabentuk. Ini memerlukan masa yang agak lama dan masa untuk kajian pula adalah terhad. Bagaimana produk daripada getah berjaya dihasilkan 4:39 AM

Write comment CHARLES GOODYEAR 1839 gETAH YANG HANGUS Untuk sebahagian besar hidupnya, Charles Goodyear terlalu banyak memikirkan tentang getah. Bahan lembut dan menganjal ini memberikan Goodyear pengiktirafan dan kebanggaan juga kemiskinan dan kekalahan. Perasaan terpesona Goodyear dengan getah bermula dengan tidak sengaja. Pada satu hari pada 1834, jurujual yang menganggur ini tertarik dengan pelampung keselamatan getah yang dipamerkan di tingkap sebuah kedai di New York. Dia memeriksanya dengan teliti dan mendapati kecacatan pada produk itu. Dia bergegas pulang ke rumahnya, mereka cipta satu injap baru untuk pelampung itu dan dalam beberapa hari memulangkannya ke kedai itu. Dia pasti yang pengilang itu akan membeli ciptaannya yang baru itu. Tetapi dia tersilap. Masalah dengan pelampung keselamatan itu, dia diberitahu, bukannya injap tetapi getahnya. Walaupun getah mempunyai keanjalan yang hebat, ia mempunyai kelemahan. Dalam keadaan cuaca sejuk, ia menjadi sangat rapuh sehingga ia pecah menjadi serpihan; dalam cuaca panas ia menjadi melekit dan mengeluarkan bau busuk. "Cari penyelesaian kepada masalah itu", kata pengilang itu kepada Goodyear, dan syarikatnya akan membayar wang yang banyak untuk rahsia itu. Sejak dari itu, Charles Goodyear seperti ketagih dengan getah. Dengan duitnya yang tidak seberapa, dia membeli kepingan-kepingan besar getah. Mencincangnya menjadi ketulan kecil, melonggokkannya ke dalam kuali, menambah kimia,

mengacau dan memanaskan campuran itu di atas dapurnya. Kemudian dia memakukan sampel getah yang berlainan di sekeliling rumahnya untuk melihat kesan suhu ke atasnya. Selama lima tahun Goodyear menumpukan perhatian kepada eksperimennya. Dia menjadi penat, pucat dan tidak sihat. Sedikit demi sedikit rumahnya menjadi kosong, satu demi satu, dia menjual barangan rumahnya supaya dia boleh membeli makanan dan pakaian untuk keluarganya dan tentunya, lebih banyak getah untuk eksperimennya. Walaupun menghadapi banyak kegagalan, Goodyear tidak pernah putus asa. Tetapi, dengan tidak disangka, pada tahun 1839, satu kemalangan kecil telah mengubah hidupnya. Dia sedang membuat eksperimen pada satu hari dengan kumpulan getah, sulfur dan plumbum putih. Sambil dia mengacau campuran itu, ia terpercik diatas dapur yang panas. Ia tidak cair, seperti yang dijangka oleh Goodyear; ia berdesir dan hangus di bahagian tepinya. Hairan dengan reaksi yang ganjil ini, Goodyear menjatuhkan satu lagi cairan getah diatas dapur. Kali ini dia dapat melihat satu rim nipis getah di antara tepian yang hangus dan bahan yang selebihnya. Dia rnendapati rim ini fleksibel dan boleh dibentuk, seperti getah, tetapi tidak menjadi rapuh bila sejuk dan melekit bila panas. Goodyear telah hampir menyelesaikan masalah. Dia menamakan penemuannya ini getah yang divulkan sempena Vulcan, dewa api Rom. Goodyear telah menjumpai kombinasi kimia yang tepat untuk membuat getah yang divulkan. Cuma satu soalan perlu dijawab - berapa banyak haba yang diperlukan? Untuk lima tahun yang seterusnya, Goodyear sentiasa menjalankan eksperimen di dapur rumahnya, mencuba untuk mencari jawapannya. Kesihatannya semakin merosot dan keluarganya menjadi semakin miskin kerana usahanya untuk membiayai eksperimennya. Berkemungkinan ejekan yang terpaksa dihadapi oleh Goodyear lebih teruk daripada kesihatannya dan kemiskinannya. Tiada siapa yang mengambil peduli tentang kerjanya. Lagipun, dia telah gagal banyak kali sebelum ini. Sekarang orang mentertawakannya bila dia mendakwa bahawa haba, faktor yang menyebabkan getah melekit, diperlukan untuk menghilangkan sifat melekit ini. Akhirnya, selepas sepuluh tahun berjuang dan menghadapi malapetaka, prosesnya ini berjaya. Dia dapat membuktikannya. Tetapi walaupun Goodyear mendapat paten untuk getah yang divulkan, dia tidak mendapat kekayaan atau penghormatan yang sepatutnya. Orang lain pula mengakui bahawa mereka telah mencipta getah yang divulkan terlebih dahulu. Goodyear meneruskan eksperimennya, membangunkan banyak kegunaan untuk getah. Dia menjual rahsianya kepada pengilang. Sementara mereka mendapat keuntungan yang berlipat ganda, Goodyear terus miskin sepanjang hidupnya. Hari ini kita menghargai getah. Kita boleh menjumpainya di dalam beratus-ratus produk yang berguna, daripada pemadam pensil kepada alat pembedahan di hospital - terima kasih kepada ketekunan dan rasa ingin tahu Charles Goodyear.
Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Hanafi Ismail dengan dibantu calon Sarjana Sains di bawah penyeliaannya, Nabil Hayeemasae berjaya menghasilkan bahan penjerap minyak yang berasaskan getah yang dikatakan pertama di dunia.

Produk penyelidikan yang dikenali sebagai 1 Plus 1 From Rubber Wastes into 2 Novel Products telah memenangi pingat emas di Pameran Antarabangsa Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Ke-22 (ITEX) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 -22 Mei lalu. Produk ini turut diiktiraf juri dan memenangi hadiah Best Invention pada pameran tersebut. Produk ini dihasilkan menggunakan satu bahan khas bersama bahan buangan getah yang banyak terdapat di negara ini dengan kosnya yang efektif yang berupaya menjadi kaedah terkini dalam mengatasi masalah tumpahan minyak di atas lantai dan di dalam air. Ia dijangka boleh dipasarkan pada harga sekitar RM12.00 satu kg berbanding dengan antara RM25.00 RM50.00 menggunakan kaedah komersil sekarang dengan menggunakan bahan sedia ada yang banyak menggunakan bahan organik. Profesor di Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral USM itu berkata, ia adalah penyelesaian terbaik untuk pembersihan tumpahan minyak di kawasan sesak dan sempit seperti gudang dan kilang, stesen minyak bengkel kereta, industri petrokimia dan perkapalan dan tempat-tempat yang lazim mengalami tumpahan minyak. Dalam Sidang Media yang diadakan di USM hari ini, Hanafi menjelaskan bahawa pada masa ini ia adalah satusatunya penjerap minyak dihasilkan daripada sisa-sisa buangan getah Manakala penjerap minyak yang terdapat secara komersil diperbuat daripada gentian-gentian organik (jut, kapas) atau pengisi organik (tanah liat,) yang boleh melarut dan memberikan kesan sampingan kepada terutamanya hidupan laut jika ia digunakan di kawasan berkenaan. Menurut Hanafi, terdapat kira-kira 18 juta tan produk getah digunakan setiap tahun di seluruh dunia yang menghasilkan sisa-sisa buangan yang susah untuk terurai kerana tersambung silang secara kimia. Pembuangan sisa-sisa getah ditapak pelupusan menyebabkan masalah persekitaran yang teruk seperti menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus dan membahayakan kepada kesihatan jika dibakar. Manakala penanaman sisa-sisa getah di dalam tanah juga mendatangkan masalah kerana akan menyebabkan tanah tidak stabil dan meningkatkan kos untuk pemulihan kestabilan tanah. Sumber-sumber utama sisa-sisa buangan getah adalah tayar terbuang, tiub motosikal, sarung tangan getah, catheter, paip getah, kasut getah dan skrap daripada pemprosesan produk getah malah di Malaysia sahaja dianggarkan 1.4 juta tayar dibuang setiap bulan, katanya lagi.

Penjerap Minyak

Penyelidikan ini adalah untuk mengatasi masalah alam sekitar dengan mengitar semula sisa-sisa buangan getah kepada Penjerap Minyak dan Bahanapi Berasaskan Getah (RubFuel) yang memastikan agar keseluruhan bahan buangan tersebut dapat dimanafaatkan dengan baik-baiknya, jelasnya lagi. Malah, dengan menukarkan sisa-sisa buangan getah menjadi Penjerap Minyak ia berpotensi untuk dikomersilkan dalam pasaran kerana setiap tahun terdapat kira-kira 100 juta US gallon tumpahan minyak (AbsorbentsOnline.com) dengtan data-data menunjukkan bahawa sejak tahun 1970 hingga tahun 2010 terdapat kira 1,700 tumpahan minyak dengan amaun kira-kira 5.7 juta ton tumpahan minyak, kata Hanafi. Penjerap Minyak yang dihasilkan adalah sangat reaktif dan berporos atau berliang, berbentuk serbuk, ringan dan boleh menjerap minyak 5 kali ganda daripada beratnya yang asal, tidak menyerap air dan sentiasa terapung di atas permukaan air malah boleh menyerap minyak di atas permukaan lantai dan permukaan air dengan kapasiti penjerapan minyak yang sama jelas Hanafi tentang keunikan dan kel ebihan produk yang dihasilkannya ini. Selain dari menghasilkan bahan penjerap, bahan penjerap minyak bersama-sama dengan minyak yang telah diserap ini boleh digunakan sebagai Bahan api Berasaskan Getah (RubFuel) yang mempunyai nilai kalori (40 MJ/kg) lebih tinggi daripada arang batu (29 MJ/kg). Menurut Hanafi, memandangkan Penjerap Minyak bersama minyak mengandungi simpanan tenaga yang besar yang boleh diperolehi secara proses pembakaran, maka RubFuel boleh dibakar secara sendiri atau dicampurkan bersama bahanapi pepejal seperti arang batu untuk dandang di loji-loji janakuasa, malah pembakaran RubFuel berupaya menghasilkan stim untuk pemanasan atau penjanaan elektrik. RubFuel juga boleh dikomersilkan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding arang batu yang banyak digunakan pada masa ini iaitu sekitar RM10.00 setiap kg.

RubFuel (bahan dari penjerap bersama minyak yang diisi dalam straw yang boleh dijual pada harga kurang dari 5 sen setiap unit berbanding dengan arang batu.

Penyelidikan yang dilakukan ini pada mulanya menggunakan geran jangka pendek USM dan kemudiannya geran Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) berjumlah keseluruhan kira-kira RM3 juta. Ini adalah satu lagi kejayaan USM dalam memanfaatkan bahan buangan untuk tujuan kelestar ian alam sekitar selaras dengan transformasi pengajian tinggi untuk masa depan melalui hasil penyelidikan, kata Hanafi.

Kegiatan komersial yang kedua terpenting ialah penanaman getah. Tanaman getah telah mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat,kemudian diikuti oleh para pekebun bumiputera dan cina. Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat Berpiagam Utara Borneo turut memberikan pelepasan cukai eksport selama 50 tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor peningkatan penanaman getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pantai Barat. Keluasan kawasan tanaman getah telah bertambah dengan mendadak. Misalnya pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1 306 hektar kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941,getah masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah.

Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou) Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia Ladang berkenaan mempunyai keluasan 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok

Setariadan kekacang (white clover). Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.Tidak keterlaluan jika ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.

You might also like