You are on page 1of 17

MENENGAH KEBANGSAAN SERI BERANG

21700 KUALA BERANG,HULU TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN
TEL / FAX : 09 6816462

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN


SOALAN BERASASKAN PETA PELAJAR TINGKATAN TIGA
DENGAN MENGGUNAKAN
‘KAEDAH PENYUBURAN PETA’

Oleh

Hj. Kasman bin Embong


SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.
MENINGKATKAN PENCAPAIAN GEOGRAFI
PELAJAR TINGKATAN TIGA DENGAN MENGGUNAKAN
‘KAEDAH PENYUBURAN PETA’

Oleh

Hj. Kasman bin Embong


SMK Seri Berang, 21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, Terengganu.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan membantu pelajar Tingkatan 3 An Najmu


(3D) menjawab soalan berkaitan menanda lokasi peta. Sekiranya mereka mampu
berbuat demikian, harapan untuk lulus dalam mata pelajaran Geografi sangat
tinggi. Seramai 35 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini iaitu 26 orang
pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan dan seorang guru yang terlibat.
Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian yang dibuat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, semakan buku latihan pelajar dan jawapan ujian /
peperiksaan. Hasil daripada tinjauan yang dibuat ternyata 90% pelajar tidak dapat
menjawab soalan lokasi peta dengan baik. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan
berhadapan dengan masalah besar untuk menjawab soalan PMR nanti. Kandungan
mata pelajaran ini adalah pelbagai dan memerlukan banyak kemahiran dari segi
mengingat dan berfikir. Salah satu elemen dalam Geografi ialah peta. Dalam
peperiksaan PMR, soalan yang berkaitan dengan peta meliputi 15 soalan iaitu 13
soalan peta Malaysia dan 3 soalan peta dunia. Daripada pemerhatian yang
dijalankan melalui keputusan Peperiksaan TOV dan OTI 1 yang lepas menunjukkan
pelajar masih lemah dalam menguasai peta. Masalah ini berpunca daripada
kurangnya latihan dan minat dalam mengecam, melukis, menanda dan menamakan
lokasi dalam peta. Sebagai langkah awal penyelesaian saya telah mengambil
anisiatif menampal dan mencirikan lokasi pada peta dinding yang digantung di blok
pentadbiran sekolah. Namun apa yang mengecewakan, pelajar kurang minat untuk
mendapatkan maklumat daripada peta tersebut.Melalui kajian penyelidikan ini
diharapkan mampu membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam mata
pelajaran Geografi PMR 2007.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pelajar dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang pencapaian


sederhana. Daripada pemerhatian setelah dua bulan mengajar kelas tersebut dan melalui
aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, dan ujian bulanan, didapati mereka gagal
menjawab soalan yang melibatkan rangsangan peta. Saya mendapati kegagalan ini
berlaku kerana mereka tidak dapat menyatakan lokasi yang betul kerana kurang
membuat latihan dan tidak berminat untuk mengingat dan mengesan lokasi dalam peta.
Pada keseluruhannya, pencapaian pelajar tingkatan 3 An Najmu dalam mata pelajaran
Geografi agak lemah.Hal ini dapat dilihat melalui Ujian Pengesan TOV yang telah
diadakan baru-baru ini. Hanya 20 orang pelajar iaitu 57% yang lulus dan 15 orang iaitu
43% lagi yang gagal. Markah yang paling tinggi di kalangan pelajar yang lulus ialah 60%
markah, manakala yang lain sekitar 40 – 43 % markah. Ini menggambarkan tahap
pencapaian pelajar masih terlalu rendah. Berdasarkan analisis yang dibuat mendapati
daripada 11 soalan peta yang dikemukakan kebanyakan pelajar betul di bawah 5 soalan
sahaja. Di sini menampakkan bahawa pelajar tidak berminat dan semacam ada fobia
dengan peta. Beberapa kali bila ditanya tentang soalan berkaitan peta, pelajar menyatakan
soalan tersebut cukup sukar dijawab.Dalam siri ujian lisan yang saya lakukan, saya dapati
pelajar masih keliru dan tidak dapat menyatakan negeri-negeri di Malaysia, apa lagi
berkaitan dengan negara-negara di dunia secara umumnya.

2.0 FOKUS KAJIAN

Memandangkan mata pelajaran geografi merangkumi suatu skop ilmu yang agak
luas dan memerlukan tahap kemahiran menganalisis peta yang baik, maka menjadi
keutamaan saya untuk memfokuskan kajian ini kepada masalah kegagalan pelajar
menentu dan mengesan lokasi dan ciri-ciri geografi dalam peta. Walaupun soalan yang
ditanya secara langsung berkaitan dengan peta sebanyak 13 hingga 15 soalan sahaja
namun sebenarnya pemahaman keseluruhan kandungan geografi itu sendiri adalah juga
berkaitan dengan kedudukan sesuatu lokasi di dalam peta. Pelajar yang cemerlang dalam
mata pelajaran ini adalah pelajar yang dapat menguasai kemahiran mengesan dan
mengenal sesuatu lokasi itu di dalam peta. Sekiranya saya mampu membantu pelajar
mengenali dan mengingati sesuatu ciri dan lokasi peta, sudah tentu mereka mampu lulus
dengan cemerlang dalam mata pelajaran Geogrfi di peringkat PMR. Oleh itu pendekatan
yang saya ambil ialah dengan menggunakan kaedah ”Penyuburan Peta”. Kaedah ini dapat
merangsang minat, pemahaman dan ingatan pelajar terhadap fakta-fakta geografi
terutama melibatkan lokasi di dalam peta.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1. Objektif Umum


Dapat mencapai sasaran lulus 100% dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR).

3.2. Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan keupayaan pelajar melakar sendiri peta Malaysia


dan dunia.
3.2.2 Meningkatkan kemahiran mengecam dan mengingat lokasi
sesuatu ciri di dalam peta.
3.2.3 Meningkatkan kemahiran pelajar menanda dan menamakan
lokasi sesuatu tempat berdasarkan fungsi tertentu di dalam peta
kosong.
3.2.4 Meningkatkan minat pelajar untuk menjawab soalan berkaitan
dengan peta.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 35 orang pelajar Tingkatan 3 An Najmu yang terdiri


daripada 26 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan. Semua pelajar berbangsa
Melayu ini akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2007.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Setelah melihat keputusan peperiksaan ”Take of Value” (TOV) 2007


yang baru selesai, terfikir dalam kepala saya tentang nasib pelajar saya yang akan
menghadapi peperiksaan PMR tahun ini. Ini kerana pencapaian kelulusan
keseluruhan pelajar masih terlalu rendah. Lantas terdetik di hati saya untuk
meneliti dan mencari punca kepada terjadinya permasalahan ini. Setelah saya
membuat analisis kepada setiap soalan yang dijawab oleh pelajar, saya dapati
pelajar amat lemah dalam menjawab soalan berkaitan dengan peta. Daripada 11
soalan peta, hanya beberapa orang sahaja yang jawapannya betul melebihi 5
daripada 11 soalan yang dikemukakan itu.

Jadual 1 : Keputusan Ujian TOV 2007 bahagian soalan peta.

Bilangan 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Soalan
Peta
Bilangan - - - - - 1 4 12 8 8 -
pelajar
Setelah melihat kelemahan-kelemahan ini, saya merasakan perlu dibuat
sesuatu tindakan dan langkah serta strategi bagi memberi kefahaman kepada
pelajar agar mereka dapat menjawab soalan peta dengan baik. Keutamaan yang
akan diberi ialah menimbulkan minat di kalangan pelajar untuk melakarkan peta
dan mengesan lokasi dalam peta.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah.

Setelah menganalisis keputusan Ujian TOV 2007, saya mula berfikir secara
yang lebih serius untuk mengatasi masalah pelajar Tingkatan 3 An Najmu yang
rata-ratanya lemah menjawab soalan berkaitan langsung dengan peta. Bagi
membuktikan kesahan bahawa pelajar benar-benar lemah bahagian peta, maka
saya membua sekali lagi ujian dikenali Ujian Pos yang memfokuskan kepada
soalan berkaitan dengan peta sahaja. Sebanyak 20 soalan dikemukakan. Ujian
yang dijalankan ini mengambil masa 30 minit. Setelah dibuat penyemakan
didapati hasil keputusannya hampir sama dengan TOV seperti yang ditunjukkan
dalam jadual di bawah:

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos TOV 2007 bahagian soalan peta.

Bilangan
20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 7 6 5
Soalan
Peta
Bilangan
- - - - - - - - 1 3 8 10 11 1 - -
pelajar

Keputusan Ujian Pos TOV di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar


dalam menjawab soalan peta begitu lemah. Walaupun ada sebahagian soalan
yang dikemukakan itu telah disoal dan dibincangkan di dalam kelas bersama
guru. Namun begitu dilihat majoriti pelajar tidak mencapai tahap 50% betul.

Saya mengadakan sesi temu-bual dan berbincang dengan para pelajar


Tingkatan 3 An Najmu untuk mengetahui punca-punca kelemahan mereka dalam
menjawab soalan tersebut. Kesimpulannya ialah pelajar tidak berminat menjawab
soalan peta, mereka tidak dapat membayangkan lokasi sebenar dan sentiasa
keliru dengan kedudukan dan lorekan-lorekan yang ditanda di dalam peta.
Keadaan ini berlaku ada kaitan dengan asas yang mereka pelajari semasa di
tingkatan 1 yang mana tajuk-tajuk di tingkatan 1 adalah agak berat berbanding
semasa di tingkatan 2 dan tingkatan 3. Ini kerana semasa di tingkatan 1 pelajar
perlu memahami dan mengingati lokasi-lokasi bentuk muka bumi, iklim dan
tumbuhan semula jadi sama ada di Malaysia atau di dunia. Dalam kesempatan
berbual itu juga saya telah menunjukkan peta Malaysia dan dunia bagi menguji
pengetahuan mereka, terbukti mereka tidak mengenali negara-negara di dunia.
Ada juga di kalangan mereka tidak tahu kedudukan Malaysia di dalam peta
dunia. Mereka juga tidak dapat menunjukkan kepada saya kedudukan negeri
Terengganu. Apa yang melucukan ada yang menunjukkan kedudukan Pulau
Langkawi di atas daratan Semenanjung Malaysia dan ada pelajar yang tertukar
kedudukan antara Melaka dengan Negeri Sembilan. Melihatkan keadaan
sedemikian saya mula terfikir mungkin juga ada di kalangan orang dewasa yang
tidak mengetahui kedudukan negeri-negeri di Malaysia. Daripada petunjuk-
petunjuk inilah timbulnya kesedaran dan keazaman saya untuk membantu pelajar
agar mereka lebih berminat dan dapat mengenali lokasi-lokasi di Malaysia
dengan lebih baik. Dengan itu saya telah mengatur beberapa strategi dan langkah
untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap peta.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Strategi melakar peta kosong

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran geografi kemahiran


melakar peta terutama peta Malaysia dan peta dunia adalah dikira pra
syarat penting kepada setiap orang guru. Walaupun penggunaan peta
gantung boleh dibeli di kedai, namun adalah dirasakan kurang lengkap
kalau guru tidak sekali sekalanya melakar sendiri di atas kertas atau di
papan putih di dalam kelas. Oleh kerana tidak ada latihan membina peta
maka timbul masalah apabila guru cuba menyatakan kedudukan lokasi
pada peta dengan menggunakan lakaran sendiri. Biasanya rupa peta yang
dilukisnya berbagai-bagai rupa malah melucukan sehingga boleh
diketawakan pelajar sendiri. Begitu juga halnya kepada pelajar, mereka
perlu dilatih dan dibiasakan melakar sendiri peta sama ada peta Malaysia
atau peta dunia. Pada peringkat awal sememangnya agak sukar untuk
menghasilkan peta yang sama dengan lakaran sebenar. Namun guru boleh
mulakan dengan cara membuat satu gerak kerja dengan membina garisan-
garisan lurus pada peta lakaran sebenar membentuk garisan grafik seperti
di bawah.

U
Garisan-garisan lurus tadi kemudiannya di buat pada kertas kosong
atau papan putih.

Setelah itu guru atau pelajar bolehlah membina garisan-garisan


tidak lurus sebagai garisan pantai sebagaimana peta lakaran sebenar.

Apabila saya tunjukkan langkah ini kepada pelajar, mereka mula


berminat dan dapat melakar sendiri dengan baik setelah mengulanginya beberapa
kali. Mereka seterusnya menggunakan peta lakaran sendiri itu apabila membuat
nota atau catatan geografi dengan memasukkan maklumat-maklumat penting
mengikut topik di dalam peta tersebut.

5.3.2 Membuat ulangkaji menggunakan peta lakar kosong.

Apabila saya selesai menyampaikan pengajaran dan pembelajaran


sesuatu topik sebagaimana yang terkandung dalam huraian sukatan
pelajaran dan buku teks, saya membimbing pelajar membuat nota
ulangkaji topik tersebut pada peta kosong yang diberikan atau pelajar
sendiri membina peta kosong pada kertas A4. Sebagai contoh nota
ulangkaji yang boleh dibuat ialah bagi tema atau tajuk bentuk muka bumi.
Langkah pertama ialah sediakan peta kosong Malaysia yang diletakkan
ditengah-tengah kertas A4. Pastikan ada rungan kosong d luar bingkai peta
bagi membolehkan maklumat ditulis di ruangan tersebut. Langkah kedua,
pelajar membaca nota atau buku teks dan fakta yang diperolehi itu
dipindah ke dalam peta kosong. Peta kosong di dalam bingkai hanya
digunakan untuk melorek atau menanda sahaja manakala maklumat atau
fakta ditulis di luar bingkai peta. Pelajar boleh menggunakan beberapa
warna bagi membezakan sub tajuk dalam tajuk atau tema bentuk muka
bumi seperti tanah tinggi ditulis dengan warna biru, tanah pamah dengan
warna kuning dan seumpamanya. Akhirnya pelajar akan dapat
menghasilkan satu bentuk nota yang lengkap seperti di bawah.

TEMA BENTUK MUKA BUMI

TANAH TINGGI
TANAH PAMAH
KWS BERALUN
SUNGAI DAN TASIK

TANAH TINGGI
Banjaran Titiwangsa
- Gunung lipat tua – berpunca dr Dataran Tinggi Yunnan, usia 130 juta tahun
- Pelancongan tanah tinggi
- Tanaman hawa sederhana – teh, sayur, bunga
- Jana kuasa hidro Sultan Abu Bakar Cameron Highland
Banjaran Crocker
- Gunung lipat muda – berpunca di Himalaya, usia 35 juta tahun
- Tanaman hawa sederhana di Kundasang

B.TAHAN B.PANTAI TIMUR

B. BINTANG B.CROCKER

B. KELEDANG B.TAMA ABU

B.KAPUAS HULU
B. TITIWANGSA
TEMA BENTUK MUKA BUMI

TANAH PAMAH KAWASAN BERALUN SELATAN

Dataran Kedah -Perlis, Delta Kelantan, Negeri Johor sesuai utk tanaman getah
Kerian -Sg. Manik ,Tanjung Karang & Delta Rajang dan kelapa sawit kerana saliran yang baik.
Merupakan kawasan penanaman padi kerana
tanih aluvium yang subur.
TASIK

Tasik semula jadi – Chini & Bera

SUNGAI

1. Mengairi tanaman padi – Sg. Muda, sg Kelantan, sg Rajang


2. Sempadan negeri – sg. Muda, sg. Bernam, Sg. Muar, sg Endau, sg. Golok
3. Kuasa Hidroelektrik – Sg. Perak,sg. Terengganu,sg.Kelantan,sg. Rajang,sg. Lupar, sg. Padas
4. Pengangkutan & hanyut balak – Sg.Kinabatangan, sg. Rajang & sg. Baram
Dataran Kedah
Sg. Padas –
Delta Kelantan
Sg. Muda Empangan Tenom Pangi

Kerian -Sg. Manik


Delta Rajang Sg. Kinabatangan
Sg. Perak –
Empangan Chenderoh, Temenggor
Sg. Baram

Tanjung Karang
Sg. Rajang -
Empangan Bakun
Tasik Chini
Kws Beralun Selatan
Sg. Lupar –
Tasik Bera
Empangan Batang Ai

5.3.3 Menjawab soalan menggunakan peta kosong

Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengulangkaji mengikut topik


menggunakan peta kosong. Cuma kaedah ini berbeza sedikit di mana walaupun
soalan-soalan yang dikemukakan tidak melibatkan peta , pelajar dikehendaki
membina peta kosong dan memasukkan maklumat daripada soalan dan jawapan
untuk soalan itu ke dalam peta tersebut sebagaimana contoh di bawah.

Soalan : Banjaran yang dikenali sebagai tulang


belakang Semenanjung Malaysia ialah

A Banjaran Crocker C Banjaran Titiwangsa


B Banjaran Iran D Banjaran Tahan

Daripada soalan dan jawapan ini pelajar boleh memindahkan maklumat daripada
soalan dan jawapan ke dalam peta kosong yang disediakan. Banjaran Titiwangsa
dilorek pada peta kosong dan jawapan yang betul ditulis pula di luar bingkai peta
sebagai maklumat atau fakta.
BANJARAN
TITIWANGSA

Tulang belakang U

Semenanjung Malaysia

Seterusnya pelajar menjawab soalan-soalan lainnya dan memindahkan jawapan


yang betul sebagai fakta atau maklumat.Akhirnya daripada soalan yang
dikemukakan (rujuk lampiran) , pelajar akan dapat menghasilkan maklumat peta
seperti berikut

SUNGAI GOLOK

Sempadan A/bangsa Malaysia DELTA KELANTAN


dgn Thailand
Dataran bertanih lanar
BANJARAN BINTANG
Terima hujan Monson TL

Sg Terengganu

BANJARAN TITIWANGSA LAUT Empangan kenyir


CHINA Pusat Pelancongan
Tulang belakang Semenanjung SELATAN
LAUT
Malaysia SULU Jana kuasa Hidroeletrik

Pusat peranginan BANJARAN CROCKER

Tanah Tinggi Genting, Bukit Gunung tertinggi di Asia Tenggara


Fraser & Tanah Tinggi Cameron
Ketinggian 4101 m – Gunung
Kinabalu
SELAT TEBRAU

•Perairan memisahkan S’jung Sungai Rajang Sungai Kinabatangan


M’sia dgn Singapura

peranan
BANJARAN TAHAN
•Mengangkut barangan
•Jalan perhubungan ke kws
pedalaman

Apabila maklumat yang ditulis itu telah banyak dan peta menjadi padat,
maka pelajar boleh menggunakan peta kosong yang lain pula. Pada peringkat
permulaan ini pelajar perlu menggunakan buku teks atau buku rujukan lain untuk
mendapatkan lokasi lorekan yang betul dan tepat. Adalah diyakini sekiranya
pelajar mempraktikkan kaedah ini pelajar akan dapat mengingat lokasi-lokasi
penting di dalam peta.
5.3.4 ’Explore race’lima minit

Kaedah ini sebagai pemanas badan sebelum saya memulakan pengajaran


dan pembelajaran sesuatu topik pada hari berkenaan. Pelajar diminta mengisi
rungan kosong peta yang diberikan, sebagai contoh tajuk yang akan diajar pada
hari itu ialah tajuk penduduk. Dalam masa lima minit selepas atau dalam masa set
induksi guru boleh mengemukakan soalan mengingat lokasi tentang bentuk muka
bumi atau lain-lain tajuk sebelumnya kepada pelajar sama ada dalam bentuk
lembaran kerja atau tayangan LCD. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan.
Namun begitu kaedah ini tidaklah semestinya dilakukan setiap kali P&P
dijalankan, sebaliknya guru boleh menggunakannya antara dua atau tiga kali
seminggu bagi mengelakkan pelajar berasa jemu dengan kaedah tersebut. Walau
bagaimanapun kaedah ini sebenarnya cukup menarik tumpuan dan memberi kesan
kepada pemahaman dan ingatan pelajar terhadap topik-topik yang diajar oleh
guru.

Dat. Kedah Hutan Pantai

Bjn. Crocker
Bjn.Titiwangsa
Kuantan Lahat
Bintulu
Datu

Pel. Tasik Sg.Baram


Delta Gua Niah
Kelang Bera Rajang
6.0 PEMERHATIAN DAN HASILAN

Malalui aktiviti yang dijalankan di atas, menampakkan ada satu perubahanyang


besar di kalangan pelajar. Pelajar lebih berminat mempelajari mata pelajaran Geografi
berbanding sebelumnya. Hakikat ini dapat diterjemahkan menerusi perbandingan antara
Ujian TOV dengan Ujian ”Operational Target Indicator” (OTI) 1 yang telah dijalankan,
lebih-lebih lagi berkaitan soalan rangsangan peta.

Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian TOV dengan Ujian OTI1


bahagian soalan peta.

Bilangan 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
Soalan
Peta
Bilangan 2 13 16 3 1 - - - - -
pelajar

Secara keseluruhannya saya bersyukur kerana kajian yang saya jalankan ini telah
dapat membantu pelajar-pelajar dalam mengatasi kekeliruan dan kesalahan ketika
menjawab soalan berkaitan peta. Melalui kaedah yang dilaksanakan ini juga dapat
memperlihatkan bahawa Geografi itu sebenarnya mudah dan dapat dipermudahkan lagi
penyampaiannya. Dengan ini juga minat dan tumpuan pelajar boleh terarah dan
dipertingkatkan lagi demi kecemerlangan mereka.

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Secara kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa mata pelajaran Geografi


merupakan mata pelajaran yang cukup menarik dan kaedah pengajarannya pula boleh
dipelbagaikan. Kepelbagaian kaedah ini tentunya dapat meningkatkan minat para pelajar.
Apabila minat itu timbul, maka guru akan menjadi lebih mudah untuk menyampaikan
kandungan mata pelajaran ini. Seterusnya pencapian dalam peperiksaan akan menjadi
lebih cemerlang. Keberkesanan kajian ini juga sebenarnya telah mendorong saya untuk
melakukan kajian yang seterusnya bagi membangkitkan lagi minat dan kesungguhan
pelajar dalam mempelajari dan menguasai mata pelajaran ini. Perancangan saya yang
seterusnya untuk tahun 2008 ialah ”Meningkatkan Penguasaan Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 3 Dengan Menggunakan Kaedah ”Taman Mini Replika Peta Malaysia”.
8.0 BIBLIOGRAFI

Buku Seminar Penyelidikan Pendidikan (AKRAM). (2005). Jabatan Pelajaran


Terengganu.

Prosiding Seminar Pendidikan. (2005). Universiti Sains Malaysia dan


Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan. Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Ke-3. (2000). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khaw Ah Seng. (2004). Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur; PTS Publications


& Distributors Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

SOALAN LATIHAN PENYUBURAN PETA

1. Banjaran yang dikenali sebagai tulang


belakang Semenanjung Malaysia ialah

A Banjaran Crocker C Banjaran Titiwangsa


B Banjaran Iran D Banjaran Tahan

Soalan 2 dan 3 berdasarkan peta di bawah.

I
III
II

IV
X

Malaysia
Ketinggian gunung ini melebihi 4101 m.
Merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara

2. Pernyataan di atas merujuk kepada gunung bertanda

A. I C III
B II D IV

3. Perairan X telah memisahkan Semenanjung Malaysia


dengan Singapura. Perairan terssebut ialah

A Selat Tebrau C Selat Melaka


B Selat Batam D Selat Singapura

Kawasan ini merupakan dataran bertanah lanar


Menerima hujan lebat ketika Monsun Timur Laut
4. Pernyataan di atas dikaitkan dengan

A. Dataran Cangkat Jong C Delta Kelantan


B Dataran Kerian D Dataran Kedah
5. Perairan manakah yang mengelilingi Malaysia?

I Selat Tebrau
II Laut Sulu
III Laut Jawa
IV Laut China Selatan

A I, II dan III C I,III dan IV


B I, II dan IV D II,III dan IV

6. Sungai yang manakah menjadi sempadan antarabangsa


antara negara Malaysia dengan Thailand?

A. Sungai Muda C Sungai Bernam


B Sungai Kelantan D Sungai Golok

Soalan 7 berdasarkan peta di bawah.

I
III
II

IV

Malaysia

7. Antara berikut yang manakah benar menerangkan lokasi


tanah tinggi di Malaysia?

A I - Banjaran Tahan
B II - Banjaran Keledang
C III - Banjaran Nakawan
D IV - Banjaran Crocker

8. Peranan utama Sungai Rajang dan Sungai


Kinabatangan ialah

I membekal air untuk tanaman sayuran hawa sederhana


II kawasan pemeliharaan hidupan liar
III mengangkut barang-barang
IV jalan perhubungan ke kawasan pedalaman

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
9. Di kawasan tanah tinggi terdapat banyak pusat
peranginan yang terkenal. Tanah Tinggi Cameron,
Bukit Freser dan Tanah Tinggi Genting terletak di

A Banjaran Keledang C Banjaran Crocker


B Banjaran Titiwangsa D Banjaran Kapuas

Soalan 10 berdasarkan peta di bawah

IV
I
II

III

Semenanjung Malaysia

Pembinaan Empangan Kenyir di hulunya


Lokasi pelancongan yang menarik
Terdapat stesen jana kuasa

10. Pernyataan di atas merujuk kepada sungai bertanda

A. I C III
B II D IV

You might also like