You are on page 1of 24

Mardhiyah Matsah Mufidah Dhamirah Mihat

HANTU

KONSEP
Menurut Ismail Hamid (1986), cerita hantu dan makhluk halus dikategorikan oleh para sarjana tradisi lisan sebagai lagenda makhluk luar biasa. Hantu secara umum merujuk kepada roh atau arwah yang meninggalkan badan karena kematian. Definisi dari hantu pada umumnya berbeza untuk setiap agama, peradaban, mahupun adat istiadat. Kehadiran hantu dipercayai oleh hampir semua umat manusia yang mempercayai adanya Tuhan, meskipun hanya sebahagian kecil yang mengakui pernah melihat hantu secara langsung.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, hantu bermaksud roh jahat yang dikatakan terdapat di tempat-tempat tertentu. Menurut Wikipedia, hantu secara umum merujuk kepada roh atau arwah yang meninggalkan badan karena kematian.

Ciri-ciri umum cerita hantu


Tema (Dendam, cinta, kasih sayang, pengajaran, sejarah) Plot
Permulaan : Sebuah keluarga pindah ke rumah baru
Perkembangan : mencurigakan Anak mereka memperlihatkan perlakuan

Konflik : Anak mereka mengaku bermain dengan kawan baru


Puncak : Membawa masuk ustaz untuk mencari anak mereka. Peleraian : Kehidupan aman semula

Watak perwatakan
Hantu Manusia (biasa/bomoh/ustaz) Binatang (Kucing hitam)

Latar belakang
Latar tempat : Kubur, rumah baru / terbiar
Latar masa : Tengah malam, selepas maghrib Latar masyarakat : Melayu

Jenis cerita hantu


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Pontianak/ Puntianak/ Kuntilanak Polong Toyol Pelesit Hantu Air/ Hantu Laut Hantu Raya Hantu Bungkus/ Pocong/ Hantu Punjut Langsuir Bota Bajang Bunian Hantu Jepun Hantu Bukit Hantu Kubur Pari-pari
16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. Jerangkung Hantu Galah Jin Tanah Hantu Keramat Hantu Kum-Kum Orang Minyak Puaka Penanggalan Hantu Bidai Hantu Kopek Harimau Jadian Jembalang Tanah

Dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia. Ejaan awalnya adalah pontianak, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah. Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibu kota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia iaitu Kota Pontianak (Ibu kota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu puntianak tersebut.

Hantu langsuir / helangsuyar


Sejenis hantu yang suka menghisap darah perempuan yang baru melahirkan anak. Orang Melayu biasanya meletakkan duri-duri di bawah rumah ketika ibu melahirkan anak. Tujuannya supaya duri-duri itu akan menikam langsuir yang datang untuk menghisap darah yang jatuh ke bawah tanah.

Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan. Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan. Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya. Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Hantu Palesit
Hantu jenis palesit biasanya dipelihara oleh perempuan. Bertujuan merasuk orang dengan memasuki dalam tubuh manusia. Berlindung di tempat sulit seperti di sebalik ketiak, celah peha atau pangkal telinga. Tok bomoh biasanya guna biji lada hitam sebagai penolak palesit dan palesit akan keluar dari ibu jari kaki. Palesit biasanya berbentuk belalang warna hijau dan berbunyi waktu malam.

Hantu toyol
Mempunyai rupa bentuk seperti kanak-kanak berumur 4 tahun. Kepala botak Perut buncit Kalau nak beli kena beri makan Berkemampuan untuk mencuri barang dan duit pada waktu malam.

Harimau Jadian
Harimau jadian atau juga dikenali sebagai harimau akuan dalam budaya Melayu dan orang asli, antaranya orang Semai, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh. Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

CONTOH PENULISAN CERITA HANTU

Muhd. Mansur Abdullah Cerita Hantu Kopek


Dalam sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri sangat menyintai isterinya, tetapi isterinya bersikap curang kerana menghubungi seorang pemuda untuk berkasih-kasihan. Akhirnya si suami mendapat tahu perbuatan isterinya itu, lalu mendesak agar dia tidak berbuat curang lagi; tetapi si isteri tidak menghiraukan nasihat suami. Pada suatu hari dimasukkannya racun ke dalam makanan suaminya. Maka suami itu pun meninggal dunia. Lalu si isteri itu pun mencari pemuda yang dicintainya tetapi tidak ditemui. Lalu diketahui bahawa pemuda itu adalah jelmaan syaitan. Maka perempuan itu menyesal di atas perbuatannya dan dia sering mengunjungi kubur suaminya siang dan malam, sehingga akhirnya di hilang menjadi hantu kopek.

Gaya bahasa sinopsis cerita


Lalu si isteri itu pun mencari pemuda yang dicintainya tetapi tidak ditemui. Lalu diketahui bahawa pemuda itu adalah jelmaan syaitan. Penggunaan gaya bahasa Anafora kerana pengulangan perkataan yang sama di awal baris secara berurut.

PERI

KONSEP
Kata peri berasal dari bahasa Persia: Pari, iaitu malaikat yang jatuh. Mitos menyatakan peri berukuran kecil, namun pada kisah lainnya diceritakan bahawa peri memiliki ukuran seperti manusia biasa. Di Eropah, peri digambarkan menjelma sebagai wanita cantik bersayap (fairy). Istilah Perancis fai berasal dari Bahasa latin fatae yang bererti wanitawanita peri yang mengunjungi sebuah rumah tangga pada saat ada peristiwa kelahiran dan meramalkan masa depan dari si bayi, seperti yang dilakukan oleh tiga takdir (Three fates). Asal usul peri pada awalnya digambarkan dari daerah pergunungan. Namun dalam perkembangannya digambarkan sebagai makhluk kecil yang tidur di atas bunga, tinggal di hutan dan menjaga pokok sehingga disebut peri hutan, atau tinggal dalam rumah sehingga disebut sebagai peri rumah.

Dipercayai memiliki bentuk rupa mirip dengan manusia walaupun berbadan kecil

Merupakan makhluk ghaib yang mempunyai kuasa mistik dimana manusia biasa tidak mampu melihatnya tanpa persetujuan oleh mereka.

Ciri-ciri umum

Ada diantaranya dipercayai mempunyai sayap dan boleh terbang.

Ada dua golongan iaitu peri baik dan peri jahat.

Jenis-jenis Peri
1. Asrais Kecil, lembut, peri lelaki. Tidak boleh terkena cahaya matahari. Selain itu mereka akan meleburkan diri dalam kolam air.

2. Banshee peri wanita Ia merupakan peri yang melekat pada keluarga-keluarga tertentu. Ketika ajal seorang anggota keluarga mendekatinya, keluarga itu akan mendengar banshee menangis. Tidak selalu menakutkan. 3. Bogles Umumnya mempunyai sifat iblis seperti melakukan kebohongan dan pembunuhan.

4. Brownies Umumnya berada di sekitar manusia dan pekarangan rumah. Bersahabat dan benarbenar membantu. 5. Dwarfs bertubuh pendek gemuk dan kuat. Mencapai dewasa pada usia tiga tahun dan berwarna kelabu dan berjanggut pada usia tujuh tahun. Disebutkan bahawa mereka tidak boleh berada di bawah sinar matahari atau akan berubah menjadi batu

6. Dryads Mereka menghuni pohon-pohon, khususnya pohon oak. 7. Elves Nama lain dari pasukan peri yang diketahui. Memiliki telinga yang panjang. 8. Fir Darrig (Fear Deang) Merupakan badut alam yang mengerikan. Mereka boleh mengubah wajah menjadi siapa pun yang diinginkannya. 9. Gnomes Elemen-elemen dasar bumi. Mereka hidup di bawah permukaan tanah dan menjaga harta-harta yang ada di bumi. Gnome pekerja logam yang mengagumkan, khususnya untuk pedang dan baju besi.

Cinderella

Snow white and the seven dwarfs

CONTOH CERITA PERI


Sleeping beauty

You might also like