You are on page 1of 12

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Amali 4 Bahan Bacaan

Mengukur dan Membanding Kepelbagaian Spesies

Surrey Beatty & Sons. Chapter 2 What should be conserved ? sections 2.1-2.5. dalam Burgman M.A. & Lindenmayer D.B. (1998). Conservation Biology for the Australian Environment.

Pengenalan Pada awal amali anda telah menjalani kesukaran apabila cuba mengasingkan individu kepada taxa atau spesies yang berbeza hanya berdasarkan morfologinya sahaja. Dalam amali ini kita melihat satu contoh, yang mana kita menggunakan spesies morfologi kupu-kupu yang telah dikumpul daripada tiga pulau, untuk dibuat perbandingan kepelbagaian spesies, dan membina cadangan-cadangan berkenaan keutamaan pemuliharaan berdasarkan perbandingan yang telah dibina. (Apakah morfospesies?)

Membandingkan Diversiti Spesies Kupu-kupu Asia Tenggara


Invertebrata kerap digunakan sebagai indikator kepada biodiversiti kerana secara taksonomi invertebrata mempunyai banyak spesies, dan secara ekologi pula ianya terdiri daripada pelbagai habitat, nic dan penggunaan dalam pelbagai strategi. Ada beberapa kumpulan seperti kumbang, semut, kupu-kupu serta rama-rama secara relatifnya mudah dikenalpasti kepada spesies morfologi dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologi luarnya sahaja.

Tugasan
Kupu-kupu dalam amali ini ialah dari Pulau Sipadan, Pulau TalangTalang dan Pulau Redang yang merupakan pulau-pulau dalam keadaan degradasi. Kupu-kupu ini dibawa oleh Dr.Dale dan anda akan menggunakan perbezaan kepelbagaian spesies sebagai rasional dalam memberikan keutamaan program pemulihan ekologi di antara pulau-pulau tersebut.

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Beberapa Indeks Kepelbagaian yang boleh digunakan untuk membanding dan membezakan kepelbagaian spesies. Di sini anda akan menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson. Baca penerangan di akhir amali ini.

Pertama, asingkan kupu-kupu ke dalam kumpulan mengikut ciri-ciri persamaan yang


ada sendiri berikan. Contohnya ialah relatif panjang sesungut, corak sayap, warna sayap, saiz atau bentuk abdomen & toraks. Tetapi jangan gunakan bilangan kaki atau saiz! (kenapa?).

Operational

taxonomic units atau OTU, yang anda telah gunakan untuk

mendefinisikan kumpulan boleh dianggap sebagai spesies yang berlainan. Berikan nama unik untuk setiap spesies anda bagi memudahkan perbincangan.

Pilih satu spesies dan bandingkan spesies tersebut di antara pulau-pulau tersebut.
Tandakan atau warnakan individu daripada kumpulan sama (spesies). Selepas itu, pilih spesies yang berikutnya dan ulangi prosedur sehingga semua kupu-kupu dimasukkan mengikut kumpulan masing-masing.

Hitungkan bilangan individu setiap spesies yang terdapat dalam setiap pulau dan catatkan ke dalam Jadual 1.

Hitungkan kepelbagaian spesies untuk setiap pulau dengan menggunakan Indeks


Simpson D. Ini boleh dilaksanakan secara manual atau dengan menggunakan kalkulator web. Arahan bagaimana menggunakan kalkulator web ada di akhir amali ini dan anda turut dapat mengira kekayaan dan kesamarataan spesies.

Laporan Anda
Bincangkan soalan-soalan di bawah dalam bentuk laporan esei. (lebih kurang 600 perkataan). Berikan Tajuk, Pengenalan Ringkas, Jadual 1( kekayaan, kesamarataan dan nilai D untuk spesies kupu-kupu), Keutamaan anda untuk pemuliharaan ketiga-tiga pulau dan Rujukan. 1. Apakah asas blok binaan atau operational taxonomic unit untuk biodiversiti? Terangkan. 2. Terangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan (1) kekayaan spesies dan (2) kesamarataan spesies.

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

3. Apakah urutan pulau-pulau dari kepelbagaian tertinggi hingga ke paling rendah? 4. Bagaimanakah anda menyusun keutamaan pulau-pulau ini untuk pemuliharaan? Adakah anda mengikuti indeks kepelbagaian? Apakah faktor-faktor lain yang boleh diambil kira untuk menentukan keutamaan dalam pemuliharaan? 5. Jika sumber tidak mencukupi untuk melindungi semua spesies, apakah kriteria yang yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan?

Jadual 1. Bilangan spesies dan bilangan individu setiap spesies untuk tiga pulau di Malaysia. D = Indeks Diversiti Simpson. P = Kedudukan keutamaan ( priority ranking) untuk pemuliharaan: 1= sangat penting, 2 = penting, 3= kurang penting.

Spesies

Pulau Sipadan Pulau Talang

Talang- Pulau Redang

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Kekayaan spesies Kesamarataan spesies Indeks Simpson (D) Kedudukan Keutamaan

untuk Pemuliharaan

Indeks Diversiti Simpson


Beberapa laman sesawang menjelaskan tentang bagaimana membandingkan diversiti spesies, ada diantaranya membenarkan anda menggunakan kalkulator atas talian mereka. http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html Indeks Diversiti Simpson adalah pengukur diversiti. Dalam ekologi, ianya sering digunakan untuk menentukan biodiversiti sesuatu habitat. Ianya mengambil kira bilangan spesies yang wujud dan banyaknya setiap spesies.

Diversiti Biologikal - Varieti kehidupan yang paling besar


Diversiti biologikal boleh ditentukan dengan pelbagai cara. Dua faktor utama yang perlu diambilkira apabila mengukur diversiti ialah kekayaan dan kesamarataan. Kekayaan mengukur bilangan spesies yang berbeza wujud dalam kawasan yang tertentu. Sebagai contoh, kekayaan spesies adalah bilangan spesies berbeza yang wujud. Namun begitu, diversiti bergantung bukan hanya kepada kekayaan sahaja tetapi kesamarataan. Kesamarataan membandingkan kesamaan saiz populasi bagi setiap spesies yang wujud. 1. Kekayaan Bilangan spesies per sampel adalah mengukur kekayaan. Lebih banyak spesies yang wujud dalam setiap sampel, maka lebih kaya sampel tersebut.

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Kekayaan spesies tidak mengambil kira kepada bilangan individu setiap spesies yang wujud. Dengan itu, indeks ini memberikan banyak pemberat kepada individu yang mempunyai bilangan sedikit berbanding dengan individu yang banyak bilangan. Oleh demikian satu daisy mempunyai kesan yang besar ke atas kekayaan sesuatu kawasan tertentu berbanding dengan 1000 buttercups. 2. Kesamarataan Kesamarataan mengukur secara relatif banyaknya spesies yang berbeza ang menyebabkan kekayaan sesuatu kawasan. Sebagai satu contoh, kita mempunyai sampel daripada dua kawasan lapangan yang berbeza untuk bunga yang hidup liar. Kawasan lapangan yang pertama terdiri daripada 300 daisy, 335 dandelion dan 365 buttercups. Sampel daripada kawasan lapangan kedua mengandungi 20 daisy, 49 dandelion dan 931 buttercup (lihat jadual di bawah). Keduadua sampel mempunyai kekayaan yang sama (3 spesies) dan jumlah bilangan individu yang sama (1000). Namun begitu sampel yang pertama mempunyai kesamarataan yang lebih daripada sampel kedua. Ini kerana jumlah bilangan individu dalam sampel tertabur secara sama rata antara ketiga-tiga spesies. Dalam sampel kedua yang kebanyakan terdiri daripada individu buttercup dengan hanya sedikit kehadiran daisy dan dandelion dikatakan rendah diversiti berbanding sampel satu.
Bilangan individu Sampel 1 Sampel 2 300 20 335 49 365 931 1000 1000

Spesies Bunga Daisy Dandelion Buttercup Jumlah

Komuniti yang didominasikan oleh satu atau dua spesies dikatakan kurang diversiti berbanding dengan kawasan yang terdiri daripada beberapa spesies yang hampir sama banyaknya. Semakin meningkat kekayaan dan kesamarataan spesies, maka diversiti semakin tinggi. Indeks Diversiti Simpson mengambilkira kedua-duanya iaitu kekayaan dan kesamarataan. Semakin meningkat diversiti spesies, begitu juga nilai D Indeks Diversiti Simpson akan menngkat.

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Pengiraan Indeks Diversiti Simpson secara manual


Indeks ini dikira seperti berikut:

D = 1/pi2
yang mana pi = pecahan kecil ith spesies yang wujud di pulau tersebut. Sebagai contoh, jika ada sampel yang terdiri daripada 2 spesies dengan 5 individu daripada spesies A dan 8 individu spesies B maka jumlah keseluruhan ialah 13 individu spesies. Dengan itu: D = 1 / (5/13)2 + (8/13)2) = 1 / (0.38)2 + (0.62)2) = 1/(0.52) D = 1.92 dengan demikian semakin meningkatnya nilai D, maka begitu juga diversiti.

Sila ambil perhatian, anda tidak perlu menghafal bagaimana membuat pengiraan ini, tetapi perlu mengetahui bahawa terdapat pengukuran secara kuantitatif kepada diversiti spesies.

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Pengiraan Indeks Diversiti Simpson satu contoh


Spesies
1. 2. 3. 4. Jumlah individu Indeks Simpson (D)

Pulau Sipadan
5 8 9 22 2.8

Pulau Talang
5 7 2 6 20 3.6

Talang- Pulau Redang

Pulau Sipadan

D = 1/((5/22)2 + (8/22)2 + (9/22)2) = 1/(0.23)2 + (0.36)2 + (0.41)2) = 1/(0.05 + 0.13 + 0.17) = 1/0.35 D = 2.8

Pulau Talang-Talang

D = 1/((5/20)2 + (7/20)2 + (2/20)2 + (6/20)2) = 1/(0.25)2 + (0.35)2 + (0.10)2 + (0.30)2) = 1/0.06 + 0.12 + 0.01 + 0.01) = 1/0.28 D = 3.6

Dengan itu, oleh kerana D = 3.6 adalah lebih besar daripada D = 2.8, boleh kita katakan bahawa Pulau Talang-Talang mempunyai lebih diversiti kupukupu daripada Pulau Sipadan.

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

KUPU-KUPU ASIA TENGGARA

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

Ekosistem & Biodiversiti

Mengukur Kepelbagaian Spesies

You might also like