You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT INDUK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK JALAN KEBUN, KLANG SELANGOR.

TAHUN 2012

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mazlan Bin Kamis. Tindakan : Makluman 1.2 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan tentang Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah yang akan diadakan pada 8 julai 2012.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa semua guru haruslah memainkan peranan untuk membantu murid-murid sekolah mencapai kejayaan dalam sukan yang diceburi

Tindakan : Makluman

2. PERBINCANGAN AGENDA UTAMA

2.1 Pengerusi menjelaskan bahawa kejohanan sukan sekolah telah ditundakan tarikhnya dari 27 Jun 2012 kepada 8 Julai 2012 di atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan.

Tindakan : Makluman

2.2 En. Mohd Nazrul menyatakan bahawa tarikh kejohanan sukan yang baru telah dibincang dan dipersetujui oleh semua pihak.

Tindakan : Makluman

2.3

En. Mohd Nazrul menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dipertandingkan pada hari kejohanan tersebut ialah: 1) Acara Sukaneka Prasekolah Tahun 1, 2 dan 3 (L&P) 2) 100 meter Tahun 4, 5 & 6 (L&P) 3) 200 meter Tahun 4, 5 & 6 (L&P) 4) 4x100 meter Tahun 4, 5 &6 (L&P) 5) 4x200 meter Tahun 4, 5 &6 (L&P) 6) Lompat tinggi Tahun 4, 5 &6 (L&P) 7) Lompat jauh Tahun 4, 5 &6 (L&P) 8) Lontar peluru Terbuka (L&P)

9) Tarik tali Terbuka (L&P) Tindakan : Makluman

2.4

En. Mohd Nazrul juga menyatakan terdapat lagi dua acara iaitu lompat jauh bagi Tahun 4, 5 & 6 ( lelaki & perempuan ) dan lontar peluru bagi Tahap 2 ( lelaki & perempuan ). Kedua dua acara ini merupakan acara terdahulu.

Tindakan : Makluman

2.5 En. Mohd Nazrul memberitahu bahawa acara terdahulu (lompat jauh dan lontar peluru) akan dijalankan pada 22 September 2012 ( hari persekolahan ganti ).

Tindakan : Makluman

2.6

En. Mohd Nazrul menyatakan bahawa semua guru rumah pasukan boleh membuat latihan sukan pada masa dan hari yang ditetapkan. Latihan rumah sukan juga boleh dibuat pada sebelah petang.

Tindakan : Makluman

2.7

En. Mohd Nazrul berharap agar semua guru dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam kejohanan sukan yang akan diadakan. Beliau juga berharap latihan rumah sukan dapat diadakan selalu bagi melatih murid-murid untuk menghadapi kejohanan sukan tersebut.

Tindakan : Makluman

3. HAL-HAL LAIN

3.1 En. Hafiz menyatakan bahawa tempat latihan bagi acara lompatan, lontaran dan larian telah disiapkan.

Tindakan : Makluman

3.2 En. Hafiz juga memaklumkan bahawa beliau dan guru sukan yang lain sedia membantu untuk melatih murid-murid.

Tindakan : Makluman

4. PENANGGUHAN MESYUARAT

4.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan berharap agar kejohanan sukan tahunan ini dapat dijalankan dengan lancar.

4.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.30 petang dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan Oleh :

(EN. MOHD ASRI B ISMAIL) Naib setiausaha Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke -40 SK Jalan Kebun, Klang.

You might also like