You are on page 1of 1

Kepada, Unit GERKO, Pusat Latihan Kokurikulum, IPG Kampus Perlis.

Tarikh : 3 SEPTEMBER 2012

Tuan / Puan, PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN / KEPERLUAN SEMPENA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan Pandu Puteri Kadet akan menyertai Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012. 2. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:2.1 2.2 Tarikh Tempat : : 10 September 2012 hingga 13 September 2012 Kem Timah Tasoh

3. Oleh yang demikian bagi melicinkan dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan pinjaman peralatan/ keperluan seperti mana yang dilampirkan bersama surat ini. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah ( )

NOR HASNIRA ERNI BT MOHD NOOR Ketua Biro Peralatan, Perkhemahan Bersepadu, Pandu Puteri Kadet.

You might also like