You are on page 1of 5

KEMAHIRAN MENCONGKLANG

Kelas / Murid Tema Tajuk Masa Tarikh

: Tahun 1 Gigih : Mencongklang : Pergerakan Lokomotor : 0800-0900 ( 60 minit ) : 25 Januari 2010

Standard Kandungan:
1.2 - Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. 2.2 - Memahami dan membezakan pergerakan lokomotor dengan bukan lokomotor. 5.4 - Berkebolehan membentuk kumpulan dinamik dan bkerjasama dalam kumpulan tersebut

Standard Pembelajaran;
1.2.1 Melakukan pergerakan mencongklang. 2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Alatan : 1. Kon 2. Gelung Plastik 3. Pundi kacang

Fasa Fasa Imaginasi 1. Memanaskan badan. Berjalan Bebas

Situasi Guru mengarahkan murid berjalan bebas seperti kuda dan penguin dalam kawasan terkawal. Guru menunjukcara mencongklang dengan cara yang betul
Melangkah dengan sebelah kaki diikuti dengan kaki belakang secara perlahan. Kaki belakang tidak boleh melepasi kaki hadapan.

EMK Kecerdasan Pelbagai

Fasa Perkembangan Aktiviti 1: Mencongklang Bebas 1. Mencongklang bebas menggunakan gelung.

Kreativiti

Fasa Perkembangan Aktiviti 2: Meniru Pergerakan Ketua. 1. Melakukan aktiviti congklang dalam pelbagai arah.

Murid masuk ke dalam gelung dan memegang gelung dengan dua belah tangan di hadapan. Murid mencongklang dalam kawasan yang ditandakan. Murid mencongklang mengikut tempo. Lakuan tangan seperti memegang tali kekang kuda. M/m dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi tiga hingga empat orang ahli. Lantik seorang menjadi ketua dan melakukan congklang dalam pelbagai arah. Ahli lain meniru pergerakan ketua mereka. (Kedudukan tangan murid seperti memegang kekang kuda). Aktiviti diulang dengan menukar ketua serta arah kaki

Kreativiti & Inovasi

Fasa Pentaksiran

Aktiviti 3: Mencongklang Laluan ZigZag. 1. Mencongklang sambil membunyikan derapan kaki kuda dan tangan seperti memegang kekang kuda

Guru menggunakan kon untuk menentukan jarak yang sesuai untuk pelajar mencongklang. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Bergilir-gilir mencongklang dalam laluan Zigzag. Ulang beberapa kali.

Permainan Kecil : Menembak Kuda

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mencongklang melepasi sempadan pihak lawan. Satu kumpulan lagi akan cuba menembak dengan membaling pundi kacang ke kaki kuda sebelum berjaya melepasi sempadan tersebut. Tukar peranan penembak dan mencongklang.

Rifleksi : Pelajar seronok melaksanakan aktiviti p&p dan standard pembelajaran tercapai.

PENTAKSIRAN

MENCONGKLANG Kelas :.

Kumpulan :. Tandakan (/) pada kemahiran yang telah dikuasai.

Tarikh :..

T.T Guru PJ : Nama :

You might also like