You are on page 1of 12

PROSPEKTUS MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ( Y.BHG. TAN SRI DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Manual Prosedur Kerja (MPK) merupakan dokumen yang sangat penting sebagai rujukan kepada para pemimpin dan pengurus sesebuah institusi atau organisasi khususnya organisasi pendidikan. Justeru usaha menghasilkan dokumen Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah yang dilakukan oleh PKPSM Malaysia ini merupakan sesuatu yang sangat tepat dan begitu signifikan sekali kepada warga pemimpin baru sekolah menengah di negara ini. Pertambahan bilangan sekolah menengah saban tahun, penyerapan sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan dan pertambahan pengurus-pengurus muda sekolah menengah sekali gus memerlukan suatu bahan rujukan mengurus sekolah yang standard dan sesuai digunakan oleh semua pengetua tanpa mengira jenis sekolah yang mereka pimpin. Melaluinya, semua pengetua boleh merujuk dan mendapat panduan secara bertulis langkah-langkah tindakan yang perlu mereka lakukan dalam sesuatu aspek pengurusan aktiviti utama sekolah masingmasing. Saya berharap semoga dengan terhasilnya dokumen penting ini, ia akan memberi manfaat kepada semua pengetua baru dan lama dalam usaha mereka mengelolakan sekolah masingmasing. Saya pasti, mereka akan berasa lebih yakin dan jelas untuk melakukan tindakan tindakan yang perlu dan betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan mengikuti sepenuhnya MPK ini, seseorang pemimpin sekolah akan bersikap lebih profesional dan yang lebih utama ialah mereka akan sentiasa terkawal dan terpelihara daripada melakukan tindakan-tindakan yang tidak perlu, tidak tepat dan tidak profesional. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKPSM Malaysia di atas kejayaan menghasilkan dokumen yang menjadi keperluan dan kehendak perkhidmatan awam melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 ini. Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan kata alu-aluan dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) Sekolah Menengah ini. MPK merupakan dokumen rujukan utama yang dapat membantu sesebuah organisasi atau jabatan berfungsi dengan cekap dan berkesan. Keperluan, kandungan, tujuan dan faedah MPK telah dinyatakan dengan jelas dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991. Justeru, usaha mewujudkan MPK Sekolah Menengah oleh PKPSM amat dialu-alukan. Usaha ini adalah selari dengan hasrat Perkhidmatan Awam Malaysia memantapkan jentera pentadbiran kerajaan dan seterusnya mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada PKPSM yang telah berjaya menerbitkan MPK Sekolah Menengah. Penyediaan MPK memerlukan perancangan yang teratur dan teliti. Oleh itu saya percaya bahawa penyediaan dokumen penting ini dapat disempurnakan berkat semangat kerja sepasukan yang tinggi dalam kalangan ahli PKPSM. MPK merupakan proses mendokumentasikan secara sistematik fungsi dan objektif penubuhan organisasi, proses dan peraturan kerja bagi membolehkan setiap anggota organisasi menjadikannya panduan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Segala isi kandungan MPK perlu difahami dan dihayati oleh semua anggota organisasi bagi mengelakkan kesilapan operasi dan implikasi perundangan ketika menjalankan tugas. Sebagai dokumen rasmi yang menjadi rujukan utama organisasi, MPK perlu dikaji semula dan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang anggota organisasi. Kajian semula ini juga penting bagi menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan dalam dokumen MPK. Semoga MPK Sekolah Menengah yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota organisasi khususnya dalam pengoperasian sekolah. Saya yakin bahawa pengoperasian sekolah yang sistematik dapat merealisasikan matlamat pendidikan negara dan seterusnya meningkatkan imej pendidikan negara di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih.

DATO HAJI ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

iii

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PKPSM MALAYSIA (PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA) ( Y.BHG DATO HAJI AZAM BIN HAJI MD. ATAN)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Manual Prosedur Kerja (MPK) untuk semua sekolah menengah di negara ini sudah lama dirancang untuk digubal dan diterbitkan bagi memudahkan semua pengetua melaksanakan amanah dan tanggungjawab ketika memimpin sesebuah sekolah. MPK yang diharapkan itu merupakan sebuah dokumen yang boleh diguna pakai di semua jenis sekolah menengah yang terdapat di dalam negara ini. Jika keadaan memerlukan untuk diubah suai dari semasa ke semasa pula ianya akan menjadi penambahbaikan yang perlu mengikut perubahan masa dan keperluan perkhidmatan. Justeru itu, kami mengharapkan agar penerbitan MPK ini bukan merupakan sesuatu yang muktamad sebaliknya ia harus dilihat sebagai titik tolak untuk kita terus menambahbaik, mengubahsuai, melengkap dan menyempurnakannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, JK Pelaksana MPK Sekolah Menengah PKPSM Malaysia seharusnya mempunyai rasa keterbukaan yang tinggi bagi menerima sebarang pandangan daripada semua ahli selepas pelancaran draf dan penerbitannya nanti. Kita juga mengharapkan sokongan padu daripada semua ahli untuk memilikinya di setiap sekolah pimpinan mereka. Ianya merupakan dokumen rujukan tambahan dan pelengkap kepada MPK yang mungkin telah disediakan di peringkat sekolah masingmasing mahupun negeri melalui PKPSM negeri masing-masing. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua input yang diberikan oleh PKPSM negeri-negeri terutamanya Terengganu, Sarawak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Begitu juga sumbang saran daripada Institut Aminuddin Baki (IAB), MAMPU dan Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita bersama serta menjadi sumbangan ikhlas kita kepada kemajuan perkhidmatan pendidikan di negara ini. Sekian, terima kasih.

(DATO HAJI AZAM BIN HAJI MD. ATAN) Yang Dipertua, PKPSM Malaysia.

iv

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM PENERBITAN MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA OLEH PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM)
PENDAHULUAN Manual Prosedur Kerja (MPK) bagi seseorang pegawai terutamanya dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan suatu kemestian bagi menambahkan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan di samping menjadi asas kepada cara-cara bertindak seseorang pegawai awam semasa melaksanakan atau menjalankan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Sebelum daripada itu, senarai tugas dan skop tugas masing-masing seperti yang perlu ditunjukkan melalui Fail Meja (FM) setiap perjawatan perlu disiapkan atau dibekalkan kepada mereka guna menjadi rujukan asas mereka dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah masing-masing. RASIONAL Tugas pengetua sekolah menengah begitu kompleks meliputi semua aspek yang berkaitan dengan institusi sekolah itu sendiri. Kerencaman dan kompleksiti tugas pengetua begitu ketara sekali apabila timbul pelbagai masalah sama ada dalam kalangan guru, murid, ibu bapa dan penjaga sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di kawasan yang boleh dikaitkan dengan sekolah akan terbeban diatas bahu pengetua untuk menanggungnya. Oleh itu, semua pengetua di negara ini memerlukan garis panduan dan skop kerja yang seragam, selaras dan tetap tanpa mengira sempadan geografi negara, jenis dan gred sekolah yang mereka pimpin mahupun batasan waktu. Walau bagaimanapun, hingga kini, adalah didapati bahawa Buku Panduan Tugas Pengetua yang telah bertulis dan disediakan didapati dilakukan secara terasing dan didapati tiada penyelarasan. Ia didapati berbeza-beza mengikut tafsiran antara negeri-negeri mahupun mengikut sekolah dalam negeri yang sama. Dengan panduan yang standard dan seragam itu, adalah dijangkakan akan kurang berlakunya tindakan-tindakan yang berbeza-beza dalam kalangan pengetua ketika menghadapi sesuatu kes atau masalah pentadbiran dan pengurusan yang sama. Oleh itu, sesuatu usaha harus digemblengkan bagi merealisasikan atau menterjemahkan hasrat menerbitkan buku seumpamanya bagi rujukan dan panduan mereka yang terlibat dalam perjawatan ini secara menyeluruh, standard dan seragam. OBJEKTIF 1. 2. 3. Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran bagi para pengetua di seluruh negara. Memberi dan menyediakan dokumen rujukan terkini dan reliable kepada semua pengetua bagi membantu mereka dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Menambahkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam kalangan pengetua di negara ini dengan sandaran dan pegangan terhadap buku ini dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka. Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengusahakan dokumen rasmi yang sangat berguna dan penting bagi panduan tugas dan kerja para pengetua di negara ini pada masa kini dan akan datang. Meningkatkan keutuhan, kebolehpercayaan dan keyakinan semua pihak kepada para pengetua yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai jawatan naik pangkat dalam kerjaya PPPS. Menyediakan dokumen asas dan awal bagi menyatakan secara jelas akan fungsi dan peranan yang perlu dimainkan oleh seorang pengetua yang dilantik pada sesuatu masa. Menambah keupayaan dan kepentingan PKPSM sebagai wadah wacana profesionalisme semua pengetua di negara ini.

4.

5.

6. 7.

SASARAN PENERBITAN Manual Prosedur Kerja (MPK) yang akan dihasilkan ini adalah untuk panduan semua pengetua di negara ini. AHLI JAWATANKUASA INDUK Penaung Penasihat Penyelaras : Y. Bhg. Tan Sri Dato Haji Alimuddin b. Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : Y. Bhg. Dato Haji Zulkifly b. Mohd Wazir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM : Encik Saiful Bahari b. Mohd Tauhid Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia : Y. Bhg. Dato Haji Azam b. Hj. Md. Atan YDP PKPSM Malaysia : Puan Alainal Hasani bt. Mohd Noor NYDP, PKPSM Malaysia : Tuan Haji Md. Fiah b. Md. Jamin Ketua Biro Penerbitan, PKPSM Malaysia : Pn. Noryah bt. Ahmad Setiausaha PKPSM Malaysia : Pn. Hjh. Halimah bt. Haron Penolong Setiausaha PKPSM Malaysia P.Setiausaha Bendahari Ajk : Pn. Hjh. Noorul-Aini bt. Ambak Ketua Biro Profesionalisme, PKPSM Malaysia : Pn. Hjh. Fazilah bt. Ibrahim Bendahari Kehormat PKPSM Malaysia : Tuan Haji Mohd b. Md. Isa (N. Sembilan) Tuan Haji Jamaluddin b. Yaacob (P. Pinang) Pn. Hjh. Mastura bt. Anuar (Sarawak) Tuan Haji Zakaria b. Awang (Terengganu) Tuan Haji Muhamad Khailani b. Abdul Jalil (WP KL) Dr. Hjh. Rosnanaini bt. Sulaiman (Melaka) Tuan Haji Ayob b. Jantan (Johor) Dr. Abdullah Khir b. Sulaiman (Perak) Puan Hjh. Zakiah bt. Md. Lasim (Selangor) Tuan Hj. Wan Mansor b. Mohmood (Kelantan) Pn. Hjh. Hafdzah bt. Ahmad (Kedah) Tuan Haji Ali b. Hj. Deros (WP Labuan) Tuan Haji Hashim b. Mohd Zayat (Pahang) Encik Liasin b. Kaloh (Sabah) Tuan Haji Azni b. Man (Perlis) Tuan Haji Yusof b. Hassan (WP Putrajaya) Encik Ahmad Badri b. Mardi (KB Kebajikan)

Pengerusi T. Pengerusi Setiausaha Bersama

vi

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA


Pengerusi N. Pengerusi Setiausaha N. Setiausaha : Tuan Hj. Azam b. Hj. Md. Atan YDP PKPSM Malaysia : Puan Alainal Hasani bt. Mohd Noor NYDP, PKPSM Malaysia : Tuan Haji Md. Fiah b. Md. Jamin Ketua Biro Penerbitan, PKPSM Malaysia : Puan Noryah bt. Ahmad Setiausaha PKPSM Malaysia : Puan Hjh. Halimah bt. Haron Penolong Setiausaha PKPSM Malaysia Penyelaras : Encik Saiful Bahari b. Mohd Tauhid Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia : Puan Fazilah bt. Ibrahim Bendahari PKPSM Malaysia : Tn. Haji Mohd b. Md. Isa (N.Sembilan) Tn. Haji Jamaluddin b. Yaacob (P.Pinang) Dr. Hjh. Rosnanaini bt. Sulaiman (Melaka) Pn. Hjh. Zakiah bt. Md. Lassim (Selangor) Tn. Haji Khailani b. Abdul Jalil (WP KL) Tn. Haji Zakaria b. Awang (Terengganu) Pn. Hjh. Mastura bt. Anuar (Sarawak) Pn. Hjh. Hafdzah bt. Ahmad (Kedah) Tn. Haji Ayob b. Jantan (Johor) Tn. Haji Mohamad b. Mahadi (Johor) Tn. Haji Mohamad Kamaluddin b. Taib (Putrajaya) En. Ahmad Badri b. Mardi (KB Kebajikan & Sosial) Pn. Hjh. Noorul Aini bt. Ambak (KB Profesionalisme)

Bendahari Ajk

vii

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PENYEDIAAN MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI
1. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS a. HAJI MOHD BIN MD. ISA (SMK KING GEORGE V, SEREMBAN) b. PUAN NORYAH BT HASHIM (SMK SENAWANG, SEREMBAN) c. PUAN SOLLEHA BT HASHIM (SMK DATO KLANA PUTRA, LENGGENG) d. PUAN MARIAM BT MOHAMED (SM TEKNIK (ERT) DATO UNDANG MOHD. SHARIF, REMBAU) e. HAJI MD.FIAH BIN MD.JAMIN (SMK KOMPLEKS KLIA, NILAI) f. ENCIK AWALLUDIN BIN MAT DIN (SMK TUNKU SYED IDRUS, TAMPIN) g. ENCIK ABDUL HALIM BIN HAJI YUNUS (SMK BANDAR BARU SERTING, BB SERTING) NEGERI PULAU PINANG a. HAJI JAMALUDIN BIN YAACOB (SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM) b. PUAN JAMAAH BT. TAMAM (SM SAINS KEPALA BATAS) c. PUAN ZAITON BT MD. NOOR (SMK JAWI) d. PUAN HJH. SITI AJAR BT MAN (SMK PENANTI) e. HAJI ABD. WAHAB BIN MAT (SMK BAKTI) f. ENCIK ISMAIL PAWANTEH(SMK SG. ARA) NEGERI TERENGGANU a. HAJI ZAKARIA BIN AWANG (SMK SULTAN SULAIMAN) b. HAJI MD. ZAIN BIN MUDA (SMK TENGKU INTAN ZAHARAH) c. HAJI HASSAN BIN AWANG MAT (SMK MANIR) d. HAJI AHMAD ZAWAWI BIN MAT JUNOH (SMK TENGKU MAHMUD II) e. HAJAH HAMIDAH BT HUSSIN (SMK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT) f. HAJAH TARUNAH BT SAAD (SMK BUKIT TUNGGAL) g. TUAN HAJI HASHIM BIN ABD. RAHMAN (SMK PADANG NEGARA) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR a. TUAN HAJI MUHAMAD KHAILANI B ABDUL JALIL (SMK SEGAMBUT JAYA) b. PUAN SHAMSHIAH B AHMAD (SMK COACHRANE) c. PUAN FARIDAH BT SALLEH (SMK BANDAR BARU SENTUL) d. Y.BHG. DATIN HASMAH BT ABU (SMK TAMAN TUN DR. ISMAIL) e. PUAN ROAINI BT JAAFAR (SMK SERI BINTANG SELATAN) f. ENCIK ONG BOON PHUAH (SMK KEPONG BAHARU) g. PUAN NORYAH BT. AHMAD (SMK KIARAMAS) h. ENCIK LEONG KUM LAI (SMK LA SALLE, SENTUL) i. ENCIK JUAHIR BIN MUNDAKIR (SMK RAJA ABDULLAH) NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM a. b. c. d. e. TUAN HAJI AYOB BIN JANTAN (SMK SERI KENANGAN) TUAN HAJI MUHAMAD BIN MAHADI (SMK TANJUNG DATOK, PENGERANG) ENCIK AZMAN BIN ADNAN (SMK BANDAR PUTRA, KULAI) PUAN SALINA BT. HUSSIN (SMK DATO ABDUL RAHMAN YUNUS, J. BAHRU) TUAN HAJI SAMIAN BIN SAWIYO (SM SAINS MUAR)

2.

3.

4.

5.

viii

6.

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN a. b. c. d. e. f. g. PUAN HAJAH ZAKIAH BT. MD. LASSIM (SMK SULTAN SULAIMAN SHAH, 45600 BESTARI JAYA) TUAN HAJI SURIMIN BIN GIMAN (SMK JALAN 3, BANDAR BARU BANGI) PUAN HAJAH JUNAIDAH BT. TUKIMIN (SMK SAAS, KAJANG) PUAN HAJAH NORSHAM BT. BAHARUDDIN (SMK DAMANSARA UTAMA) PUAN HJH. NOORUL-AINI BT. AMBAK (SMK SULTAN ABDUL SAMAD, PETALING ] JAYA, BEB 86572) ENCIK AHMAD BADRI BIN MARDI (SMK DENGKIL) PUAN HAJAH ALAINAL HASANI BT. MD.NOOR (SMK(P) SRI AMAN)

7.

NEGERI MELAKA a. b. c. d. e. DR. HAJAH ROSNANAINI BT. SULAIMAN (SMK SERI PENGKALAN) TUAN HAJI OMAR BIN SABAN PUAN SHALEHA BT. ABDUL PUAN HAJAH KHALIJAH BT. AB. RAHMAN PUAN HAJAH UMAIZAHRAH BT. ALWI

8.

NEGERI KEDAH DARUL AMAN a. PUAN HAJAH HAFDZAH BT. AHMAD (SMK HUTAN KAMPONG) b. TUAN HAJI ABU SEMAN B. SAREH MD. ISA (SMK JITRA) c. PUAN LATIPAH BT. KASSIM (SMK PULAU NYIOR) d. PUAN SOPIAH BT. RAMLI (SMK TUNKU LAKSAMANA) NEGERI PERAK DARUL REDHUAN a. DR. ABDULLAH KHIR B. SULAIMAN (SMK PEKAN BARU, PARIT BUNTAR) b. TUAN HAJI IDRIS B. ABDULLAH (SMK SERI PERAK, PARIT BUNTAR) c. ENCIK SHAFIEE B. OTHMAN (SMK JELAI, BATU KURAU) d. TUAN HAJI MOHD. ZAHARI B. BAHARIN (SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR) e. ENCIK CHEE PENG SOO (SMK HUA LIAN, TAIPING) f. ENCIK ABD. KHADIR JALANI B. MOHAMAD (SMK GUNUNG SEMANGGOL) g. TUAN HAJI ALI B. SALLIH (SMK HUTAN MELINTANG) NEGERI SARAWAK a. PUAN HAJAH MASTURA BT. HJ. ANUAR b. PUAN HAJAH JOHARA BT. ZEN c. DR. LINTON @ JERAH BRITTEN d. DR. SLUHI BIN HJ. LAMAT e. ENCIK HASSAN BIN HJ. WA GANI f. ENCIK THOMAS LAU ING NGAN g. ENCIK TAN HOCK SANG h. PUAN HASANAH BT. HJ. JUNAIDI i. TUAN HAJI AFFENDI BIN ROSLI j. DR. LAMBAT AK LINDONG

9.

10.

ix

JADUAL PERBATUAN PROGRAM

Aktiviti Pelan Tindakan i. Pelantikan Pengurusan a. JK Induk Penyediaan MPK b. JK Kerja Penyediaan MPK ii. Dokumentasi a. Objektif Sekolah b. Carta Organisasi Sekolah c. Fungsi Utama & Khusus Sekolah d. Aktiviti Fungsi Utama e. Proses Kerja Aktiviti Fungsi Utama & Khusus f. Carta Aliran Aktiviti Fungsi Utama & Khusus Strategi Pelaksanaan i. Mesyuarat Pelaksanaan ii. Pelancaran iii. Penandaarasan iv. Ujicuba v. Penilaian Pengubahsuaian Mentoring & Coaching i. Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan ii. Tindakan Pencegahan Tindakan Penyeragaman i. Mesyuarat Pelaksanaan ii. Pelancaran iii. Ujicuba iv. Penilaian v. Persijilan

Mula

Tamat

Jangka Masa (minggu)

29.01.09

29.01.09

Merancang

1.

29.01.09

28.02.09

4 minggu

Mei 2009

Pelaksanaan

1. 2.

Penilaian

1.

Jan 2010

Mac 2010

6 minggu

Tindakan Menyeluruh

1.

Jun 2010

PENUTUP Penerbitan Manual Prosedur Kerja Sekolah Menengah Malaysia ini merupakan usaha PKPSM Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia dan PKPSM Negeri-Negeri untuk menyediakan skop tugas dan panduan tugas kepada semua pengetua di negara ini. Ia juga boleh memberi manfaat kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dan minat dalam kerjaya kepengetuaan di negara ini. Pada masa yang sama ia akan menjadi suatu hasil dokumentasi profesional para pengetua melalui PKPSM sebagai khazanah ilmu yang akan diwariskan kepada para pengetua dari semasa ke semasa. Ia diharap dapat memenuhi hasrat menjadikan ia sebagai bahan rujukan asas yang akan ditambah baik dari semasa ke semasa oleh para pengamal kepimpinan sekolah menengah di seluruh negara pada masa akan datang.

xi

PENGHARGAAN
* * * * * * * * * Y. Bhg. Tan Sri Dato Haji Alimuddin b. Mohd Dom ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) Y. Bhg. Dato Haji Zulkifly b. Mohd Wazir (Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia) Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. MAMPU INTAN Wilayah Selatan (IKWAS) Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Negeri-Negeri. Encik Mohd. Nasim b. Zakaria (Pegawai Khas, KPPM). Serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Semoga amal bakti yang dicurahkan akan mendapat keberkatan dan anugerah kebaikan daripadaNya serta diucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

xii

You might also like