You are on page 1of 2

REFLEKSI NAMA: SITI NUR AISYAH BT MANSOR UNIT: PISMP BM

Pada 9 september yang lalu, seramai 20 orang guru pelatih Pandu Puteri semester 4 Ambilan Januari 2010 telah mengadakan program Khidmat Masyarakat di Rumah Warga Tua Sri Pritchard. Perjalanan ke Rumah Warga Tua itu telang mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Kami telah melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya seperti aktivit permainan berbentuk motivasi kepada warga tua , gotongroyong dan menjalankan aktiviti membersihkan bilik warga tua.

Bagi AJK Makanan, kami telah menjalankan tugas sebelum hari program lagi dalam penyediaan menu dan Setelah perbincangan bersama pensyarah penasihat Pandu Puteri yang terlibat, kami kemudiannya memutuskan memilih beberapa menu yang sesuai untuk diberi kepada guru pelatih. Pada peringkat permulaan, kami selaku ajk makanan telah menghadapi beberapa masalah berikutan dengan pengurusan bersama pihak atasan. Namun yang demikian, segala kesulitan yang dihadapi dapat di atasi dengan jayanya.

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 9 September 2011, seawal jam 5 pagi ajk makanan telah berkumpul di kafeteria untuk mengambil makanan iaitu sarapan pagi. Kami berasa sangat berpuas hati kerana pihak pengurusan kafeteria telah menyediakan sarapan pagi kami dengan teratur. Kami difahamkan oleh pihak kafeteria bahawa makanan tengah hari akan diberi sejurus setibanya kami di institut. Kami telah dimaklumkan bahawa mereka tidak menyediakan makanan tengah hari untuk dibawa bersama ke Rumah warga Tua kerana dikhuatiri makanan akan menjadi basi. Kami dibantu oleh beberapa rakan yang lain membawa bekalan makanan ke tempat berkumpul di tempat parkir bas. Setelah mendengar taklimat pendek yang disampaikan oleh pensyarah penasihat iaitu Cik Hajah Dayang Mayang Awang Abas dan pengerusi Pandu Puteri iaitu Fazilah Binti Suhud, kami telah bertolak pada jam 5.50 pagi.

Sewaktu berada di dalam bas mini, kami ajk makanan telah mengedarkan sarapan pagi yang berupakan Nasi Lemak. Kami khuatiri jika terdapat mana-mana guru pelatih yang sakit kerana tidak bersarapan. Oleh yang demikian, langkah awal telah diambil bagi memastikan kebajikan para guru pelatih dijaga dengan baik.

Setibanya kami di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, telah menyediakan dewan dengan menyusun kerusi dan menyusun cenderahati di atas meja yang telah di sediakan. Kami telah melakukan beberapa aktiviti bersama warga tua iaitu sesi beramah mesra dan persembahan nyanyian oleh semua ahli pandu puteri. Semua ahli pandu telah terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Tepat pada jam 11.30 pagi kami bersiap untuk berangkat pulang ke institut. Dan telah tiba di institut sekita jam 1.30 petang. Kami selaku ajk makanan telah menyuruh agar ahli yang lain untuk pergi ke kafeteria untuk mengambil makanan tengah hari. Namun yang demikian, makanan tengah hari tidak disediakan oleh pihak kefeteria atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, pihak kafeteria telah berusaha untuk menyelesaikan dengan baik. Dan makanan tengah hari telah pun disediakan.

Kesimpulannya, kami AJK Makanan telah menimba banyak pengalaman dalam mengendalikan makanan pada program Khidmat Masyarakat bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan bagi menguruskan organisasi kelak.

Yang menjalankan tugas, (SITI NUR AISYAH BINTI MANSOR) AJK Makanan, Program Khidmat Masyarakat, Persatuan Pandu Puteri Semester 4/2011.

9 September 2011

You might also like