You are on page 1of 9

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS PLAYSMART KOTA KINABALU SK. TEBOBON, KOTA KINABALU

PENGENALAN Lawatan sambil belajar adalah salah satu perkara yang membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Jika di lihat dalam kurikulum sekolah, lawatan sambil belajar merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains. Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan.. Lokasi bagi menjalankan program lawatan sambil belajar adalah bertempat di Petrosains Playsmart, Kota Kinabalu, sabah. Petrosains PlaySmart merupakan pusat sains mini yang memberi peluang kepada murid untuk menerokai dunia sains melalui pembelajaran yang menyeronokkan iaitu melalui pameran dan aktiviti secara interaktif. Ia merupakan projek sosial korporat Petronas bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar sekolah kepada subjek sains. Pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat membantu murid mengalami satu pengalaman yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan setiap yang dipelajari di sekolah melalui permainan interaktif yang disediakan berteraskan sains dalam kehidupan seharian mereka. PERLAKSANAAN LAWATAN Satu lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu,

Perpustakaan Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 12 September 2013. Seramai 35 orang murid yang terdiri 17 orang murid tahun 5 dan 18 orang murid tahun 4. Masa lawatan ini ialah daripada jam 7.30 pagi sehingga jam 2.00 petang.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Sebelum lawatan ini dilaksanakan, saya dan rakan saya iaitu Cik Nur Farhana Bt Sairin telah membuat perancangan dan pembahagian tugas untuk lawatan sambil belajar ini. Pada hari pertama kami melaporkan diri untuk menjalani praktikum, guru besar sekolah tersebut meminta kami membuat satu tugasan atau projek untuk menunjukkan sumbangan kami kepada pihak sekolah tersebut. Setelah berbincang dengan rakan praktikum saya dan juga dengan guru pembimbing kami iaitu Puan Nursiah Subu, kami telah memutuskan untuk membuat lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu. Hal ini kerana dalam subjek SCE 3112 , tugasan kami adalah membuat satu lawatan sambil belajar. Satu mesyuarat ringkas telah dibuat bersama dengan pihak sekolah untuk membincangkan urusan bagi lawatan sambil belajar ini. Dalam mesyuarat ini, ahli jawatankuasa bagi lawatan telah dibentuk agar lawatan sambil belajar ini lebih mantap dan teratur. Ketua rombongan bagi lawatan ini adalah saya sendiri iaitu Kevin John Jalani. Lawatan sambil belajar kami ini telah diletakkan dibawah aktiviti kokurikulum. Seramai 5 orang guru sains telah dilantik sebagai guru pengiring bagi lawatan sambil belajar ini. Kertas kerja bagi lawatan sambil belajar ini telah dirangka dengan kerjasama saya dan rakan praktikum saya dengan di bantu oleh guru pembimbing kami. Segala peruntukan telah dimohon dan diluluskan oleh guru besar dan peruntukan kewangan ini telah dikeluarkan oleh kerani kewangan di bawah bahagian kokurikulum SK. Tebobon. Jumlah perbelanjaan yang telah diluluskan hasil daripada perbincangan ini adalah berjumlah RM 633. Bagi perbelanjaan bas, jumlah peruntukan adalah sebanyak RM 350.00 dan bagi makanan pula adalah berjumlah RM 280. Namun demikian 10 peratus dikenakan sebagai cukai pemprosesan pengeluaran kewangan daripada sekolah. Ini merupakan salah satu peraturan bagi proses pengeluaran wang daripada sekolah. Murid murid yang terlibat bagi lawatan sambil belajar ini dipilih hasil perbincangan dengan guru pembimbing serta pemantauan oleh guru praktikal berdasarkan ciri ciri seperti kerajinan murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang dibuat oleh guru serta sikap dan sahsiah murid dalam kelas.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Kertas kerja dan borang permohonan membuat lawatan yang telah diluluskan oleh guru besar telah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu di Wisma KWSP. Satu surat yang menyatakan kelulusan kebenaran untuk membuat lawatan tersebut telah dikeluarkan 3 hari selepas borang permohonan dihantar ke Pejabat Pelajaran. Setelah semua permohonan diluluskan, borang kebenaran iaitu borang K1 diedarkan kepada murid murid untuk diisi oleh ibu bapa mereka. Borang ini penting agar guru dapat mengetahui sekiranya ibu bapa murid tersebut memberi kebenaran kepada anak mereka untuk mengikuti lawatan tersebut atau tidak. SEMASA Murid murid yang mengikuti lawatan sambil belajar telah berkumpul di kantin sekolah seawal jam 7.00 pagi lagi. Sarapan pagi telah disediakan di kantin sekolah. Guru pengiring yang dapat mengikuti lawatan samil belajar ini terdiri daripada Kevin John, Nur Farhana Bt Sairin, Pn. Rapiah Manap, Nur Nadia Bt Yusuf dan Muaz Mudrikah. Guru guru sains yang sepatutnya mengikuti lawatan ini tidak dapat mengikutinya kerana mengikuti aktiviti atau program yang telah dirancang lebih awal oleh pihak sekolah. Satu taklimat ringkas kepada murid telah diberi oleh saya sendiri selaku ketua rombongan dan pemeriksaan kehadiran murid telah dibuat oleh Cik Nur Farhana bagi memastikan semua murid telah berada di dalam bas. Murid murid telah diberi satu tanda nama sebagai pengenalan diri mereka. Rombongan lawatan sambil belajar bertolak ke Petrosains Playsmart pada jam 7.30 pagi dan tiba ke lokasi lawatan pada jam 8.30 pagi. Setiba di lokasi, murid murid berkumpul di hadapan Perpustakaan Negeri Sabah. Memandangkan Petrosains belum lagi buka, maka murid murid sekolah telah dibenarkan untuk masuk ke dalam pusat sumber negeri untuk membaca buku sebelum dibenar masuk ke dalam Petrosains pada jam 9.00 pagi. Kami disambut oleh pegawai Petrosains tersebut dan satu taklimat ringkas diberi oleh pegawai Petrosains tersebut.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Murid murid kemudiannya diberi peluang untuk meneroka dan mencuba alatan yang disediakan oleh pihak petrosains. Terdapat banyak alatan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid murid di dalam petrosains ini. Contohnya seperti rock detectives, materials laboratory, menyiasat bagaimana bunyi bergerak, domino, menyiasat bagaimana bayang bayang terbentuk, mini excavator, multimedia lab, kuasa angin, make your own roller coaster dan sebagainya lagi. Murid murid berasa seronok dan teruja apabila dapat menimba pengalaman baru dalam lawatan sambil belajar ini. Setelah itu, pada jam 11.00 pagi, murid murid berkumpul di satu ruang kumpul di dalam petrosains untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya dibuat oleh pegawai petrosains. Aktiviti seterusnya adalah menguji minda murid dimana beberapa orang murid dipanggil oleh pegawai petrosains tersebut untuk menjawab beberapa soalan. Setelah itu, murid murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat aktiviti berkumpulan. Setelah selesai aktiviti kumpulan dan penyampaian hadiah, sesi penutupan secara ringkas telah dibuat, ketua rombongan telah menyampaikan cenderahati kepada pihak petrosains sebagai tanda penghargaan kepada petrosains kerana sudi menerima lawatan daripada pihak sekolah. Sesi bergambar bersama dengan pihak petrosains dibuat selepas sesi penyampaian cenderahati. Setelah selesai semuanya, murid murid berkumpul di hadapan perpustakaan dan mengambil beberapa gambar kenangan sebelum menikmati makan tengahari yang dihantar ke perpustakaan. Murid murid dan guru pengiring berangkat balik ke sekolah pada jam 1.00 petang dan selamat tiba ke sekolah pada jam 2.10 petang. Semua murid selamat tiba dan para ibu bapa telah berada di sekolah untuk mengambil anak anak mereka semua.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

LAPORAN BERGAMBAR

Murid murid sedang beratur menaiki bas.

Taklimat perjalanan di berikan oleh ketua rombongan.

Cik Nur Farhana sedang mengedarkan tanda nama kepada murid yang mana harus dipakai sepanjang lawatan.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Ketibaan murid di Perpustakaan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Murid murid beratur untuk masuk ke dalam Perpustakaan Negeri sabah.

Murid murid meluangkan masa di perpustakaan Petrosains buka. sementara menanti

Murid murid bersedia untuk masuk ke dalam Petrosains.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Murid

murid

mendengar

sedikit

ceramah daripada pegawai Petrosains.

Murid murid dan guru pengiring sedang mencuba permainan yang terdapat di dalam Petrosains.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Aktiviti kedua bersama dengan pegawai Petrosains.

KEVIN JOHN JALANI

SCE 3112

PISMP SN JAN 2011

Acara penutupan dan sesi bergambar beramai ramai.

You might also like