You are on page 1of 32

Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamnya dalam pengajaran PJ yg dijalankan di dalam bilik

darjah & di luar bilik darjah dengan pelbagai situasi.

Penulisan objektif pengajaran yang berteraskan psikomotor, kognitif dan afektif yang sebaiknya perlu menekankan perkara berikut iaitu:

1. 2. 3. 4. 5.

Kemahiran yang khusus (specific) Boleh diukur (measureable) Boleh dicapai (attainable) Munasabah (rational) Masa yang mencukupi (time)

Sebelum merancang satu sesi pengajaran dan pembelajaran PJ & PK, perkara berikut perlu difikirkan iaitu:

Dedahkan hanya satu kemahiran baru saja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. 2. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. 3. Masa perlu dihadkan bagi setiap gerak kerja untuk mengawal perjalanan kelas.
1.

4. Beri peluang untuk murid berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. 5. Latih tubi secara beransur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuknlatihannya perlu ada kesinambungan atau berhubungkait.

6. langkah-langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P iaitu.. i. Penerangan (semasa, maklumbalas) ii. Praktik (pengelolaan) iii. Pelakuan (tunjuk cara, tepat, berulang) iv. Permainan / pertandingan v. Penyeliaan / pembetulan

7. Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. 8. Elakkan bercakap / memberi arahan selagi murid tidak menumpukan atau memberikan perhatian. 9. Penilaian / refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran PJ. Antara kaedah yang disarankan ialah:

Kaedah kuliah 2. Kaedah perbincangan 3. Kaedah kuliah-demonstrasi 4. Kaedah latihan 5. Kaedah penemuan 6. Kaedah projek 7. Kaedah persembahan lisan 8. Kaedah sebahagian keseluruhan
1.

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :

KAEDAH KULIAH

1. Pengenalan Menerang dan menjelaskan skop pelajaran Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka Cuba membangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang. 2. Persembahan Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai Huraikan istilah yang digunakan Bercakap dengan semua pelajar Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain Ulang butiran penting Guna lawak jenaka Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin 3. Penutup Mengulangi point-point utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan point yang lemah

1. Pendahuluan 2. Demonstrasi 3. Demonstrasi dan pengajaran 4. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting 5. Penutup

Pengenalan Menerang & menjelaskan skop pelajaran Memberitahu pelajar apa yg dikehendaki Cuba bangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas & bercakap dgn semua pelajar. Persembahan Suara yang kuat tapi bernada mesra Jelas percakapan dan ayat yg mudah.

1. Sasaran (Target) Objek ditempatkan pada sasaran atau murid-murid mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Sasaran permainan berfokus kepada tempat sasaran. Contoh permainan adalah seperti boling, memanah dan golf. Permainan seperti ini dapat mengembangkan kemahiran taktikal seperti ketelitian dan fokus 2. Striking/Fielding Perlawanan bersemuka dua pihak iaitu pasukan striking dan fielding. Pasukan striking perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pasukan fielding harus berhempas pulas menghalang pasukan striking mendapatkan mata. Kaedah pengumpulan mata adalah melalui larian yang selamat atau jumlah pukulan yang dibuat dalam satu masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah ragbi, softball dan kriket. Kemahiran taktikal seperti teknik kecergasan fizikal dan kerjasama dalam pasukan diperlukan.

3. Jaring/dinding (net/wall) Permainan di atas jaring atau menghentam dinding. Kedua-dua pihak bermain dengan alat manipulasi seperti bulu tangkis atau bola. Mata diperolehi apabila objek dihantar kepada pihak lawan dan tidak dapat disambut semula oleh pihak lawan. Contoh permainan adalah badminton, squash dan ping pong.
4. Serangan (Invasion) Dimainkan secara berpasukan. Dalam kerangka masa tertentu, pemain hendaklah masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan adalah bola sepak, bola keranjang dan bola baling.

Sebelum pengajaran keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan. Selepas pengajaran penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Gaya A: Arahan Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

Guru mengawal keseluruhan kelas Guru membuat semua keputusan dalam P&P Guru memberi arahan satu persatu Guru melakukan demonstrasi Guru memberi komen / ulasan tentang prestasi pelajar Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru Pelajar melakukan perlakuan guru Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan Sesuai untuk masa P&P yang terhad Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal Tanggungjawab berpusat kepada guru Masa latihan pelajar adalah terhad.

Gaya B: Latihan Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat. Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru. Sesuai untuk masa P&P yang terhad Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan.

Gaya C: Timbal balik Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar melakukan latihan secara berpasangan. Guru menentukan apa yang akan dipelajari

Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti. Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah Guru bertanggungjawab pada awal P&P Aktiviti dilakukan secara berpasangan Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti.

Gaya D: Semak kendiri

Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru menentukan kriteria pembelajaran Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti Pelajar bertanggungjawab di atas pembelajaran Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar

Gaya E: Inklusif

Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru menentukan kriteria pembelajaran Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan diri Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

Guru sebagai pemerhati kepada pelajar Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari Pelajar menetapkan pendekatan sendiri Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Gaya G: Penghasilan Mencapah

Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawapan dan membuat perbandingan Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya. Tugasan disediakan oleh guru Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar

Gaya H: Pembelajaran Individu Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu.

Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat Guru memantau proses pembelajaran Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar

Gaya I: Penemuan terbimbing Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.

Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan yang hanya menjurus pada satu jawapan sahaja Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru. Pelajar memberi jawapan. Guru merancang P&P dan guru menyediakan tugasan.

Gaya J: Daya usaha

Guru memantau proses pembelajaran Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan jasmani.

http://muhamadhairaniahmad.blogspot.co m/2012/10/kaedah-teknik-pengajaranpendidikan.html http://lpmpprovinsibali.blogspot.com/2013/ 01/orientasi-baru.html http://pjhyperx.blogspot.com/2010/10/kae dah-pengajaran-pendidikan-jasmani.html http://monazman.blogspot.com/2013/04/t gfu-dalam-pengajaran-pendidikan.html http://mondnieltalk.blogspot.com/2013/02/ kertas-konsep-gaya-pengajaranmosston.html

Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.

Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.). Columbus, OH: Merrill Publishing Company. Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/teachingstylesmo sstonpe. aspx

You might also like