You are on page 1of 17

Senarai kandungan

Tajuk kajian
1

Penghargaan
2

Objektif kajian
3

Kaedah kajian
4

Hasil kajian
5

Pengenalan
6
Peristiwa perjuangan
7
Sebab penentangan
7
Kesan
10

Rumusan
12

Lampiran
13

Rujukan
15
Penghargaan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan kepada:

a) Pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran untuk


menjalankan kajian sejarah ini.

b) Puan Che Asma guru sejarah kelas saya yang telah banyak memberi
panduan,nasihat serta bimbingan masa kajian dijalankan.

c) Ibu bapa tersayang yang telah memberi banyak prihatin dan semangat
kepada sya bagi menyempurnakan kajian ini.

d) Rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjasama serta sumbangan


semasa kajian dijalankan

Akhirnya,saya semoga mereka dapat berjaya dalam segala lapangan


yang di ceburi.
Objektif kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan sukatan
mata pelajaran sejarah tingkatan dua.antara objektif kajian yang ingin di
capai ialah:

a) Mengenali tokoh perjuangan tempatan.

b) Menghargai jasa perjuangan tokoh tempatan

c) Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap Bangsa dan Negara.

d) Menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan menganalisis


maklumat.
Kaedah kajian

Kaedah kajian yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini.saya
telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis
maklumat,iaitu:

a) Rujukan buku teks- saya merujuk kepada buku teks mengaji dan
meneliti serta mencatatkan isu isu dan gambar-gambar yang di
perlukan.

b) Kaedah perbincangan-saya berbincang dengan guru sejarah dan


kawan-kawan baik sya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

c) Kaedah perpustakkan dan internet-saya telah melayari beberapa laman


web yang berkaitan dengan kerja kursus ini.
Dato’Maharaja Lela perjuang
Kebanggan Perak:

-pengenalan
-peristiwa perjuangan
-sebab-sebab penentangan
-kesan
Pengenalan

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar


delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis
yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak
ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti
Perak dan dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan
kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan
menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai
perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti
Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato Sagor) dan
Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan
British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller
Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah


dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir
Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh
utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan
mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh
Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun,
perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-
22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada
20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela
adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya
tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Peristiwa perjuangan

Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja
Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah
bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang
perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di
pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.

Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah


mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela
telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW
Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke
Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan
tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch
untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan
kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( ....
bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan
seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW
Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si
Puntung (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli).

Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan


setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British.
Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20
Januari 1877 kerana merancang pembunuhan tersebut.

Sebab-sebab penentanagan

. Kelemahan Perjanjian Pangkor


kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan
Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang
perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar
Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana
baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak
mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai
pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana
baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan
Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang
diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.
Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi
Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan
kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar
mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh
Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa
pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari
Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti
sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy
yang dilantik sebagai Penolong Residen.
Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu
kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden.
Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di
Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak
mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu.

2. Kelemahan Birch
Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada
berlakunya Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch
sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan.
Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan
menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan
tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-
ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa
memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata
dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar
mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat
penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi
akan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di
kawasan masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember
1874 bila beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana
mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam
bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai “an idealist in a hurry”
kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu
dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.

3. Pembaharuan-pembaharuan Birch
Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan
kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun
sosial.
a. Politik
Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen
lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch
sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi mengeluarkan
arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan
Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat
kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa
Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan
Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah
Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar
dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan
bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan
kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai
British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar
dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi
kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan
pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka
serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman
hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British.

b. Ekonomi
Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan
Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti
sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana
Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut.
Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan
pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya
boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan
Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut
cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah
kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya,
Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai
$6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang
rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch.
Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi
juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia
bertentangan dengan arahan.

c. Sosial
Dari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat
tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan
merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn kewibawaan Sultan
dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan
hamba-hamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-
hamba perempuan di kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah
mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah
apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu,
berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch
bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba
perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada
Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan sahaja kerana
mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan
dengan syarat Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang
Melayu

.
4. Tindakan Sir William Jervais
Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor
Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak
1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran
Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan
secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai
British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang persaraan supaya
menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah telah
dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British.
Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut,
Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan.
Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

kesan

Peristiwa Pembunuhan J.WW. Birch

Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang


akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875,
satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar-
pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja
Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail
menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja Lela. Sebagai persiapan,
Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau
Pinang.
Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan
Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British
mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober
1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British.
Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa
hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato’ Maharaja Lela
membunuh Birch.
Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan
tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak
dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak
sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di
Pasir Salak pada 30 November 1875.
Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan
kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat
Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada
Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’
Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir
Salak.
4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan.
Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.

Perang Perak 1875-1876

Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British.


15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak.
Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British
dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari
India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.
Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail
berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan
hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk
Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk.
Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada
akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor.
Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai
1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam
pembunuhan Birch ditangkap.
Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:
a. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum
gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.
b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan
hukuman penjara seumur hidup.
c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar
dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.
d. Raja Ismail dipindah ke Johor.
e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.
Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British.
Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan
ekonomi Perak tanpa halangan.
rumusan
Dalamkajianini,saya telah mengetahui bahawa penjajah
menyebabkan penderitaan dan penghinaan.kekayaan tanah air telah
di bolot oleh penjajah dan penduduknya pula di tindas.demi
mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara,phalawan
tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk
menentang penjajah,tetapi bristish telah menggunakan tipu
helah,kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang
untuk melumpuhkan perjuangan mereka.

Walaupun uangan mereka gagal,namum semangat dan keberanian


mereka amat di kagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang
seterusnya.untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara
yang berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina
jati diri serta memperkasa bangsa dan negara.Saya bangga
menjadi rakyat Malaysia.
lampiran

Dalam gambar:dari kiri Dato’Maharaja Lela,di tengah sultan abdullah,dari kanan


Dato’Sagor

Dato’maharaja lela di hukum gantung sampai mati.

Perjanjian pangkor
peta negeri perak

Kampung Pasir Salak


Rujukan

Laman web.
http://images.google.com.my/images?hl=en&rlz=1C1RNCN_enMY320MY342&q=peta
+pasir+salak&um=1&ie=UTF-8&sa=N&tab=wi

http://www.scribd.com/doc/3232975/contoh-kerja-kursus-sejarah-pmr-2008complete-task

http://en.wikipedia.org/wiki/Pasir_Salak

http://muzium.perak.gov.my/m_ps_sejarah.html

orang sumber

K.Sekarasan
52 tahun
No23,jln Sultan Abdul Samad,Port Klang

S.Ambiga
41 tahun
No 23,jln Sultan Abdul Samad,Port Klang

Sumber buku

Sejarah tingkatan 2(buku teks)


Dewan bahasa dan pustaka

You might also like