You are on page 1of 21

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) LAPORAN KAJIAN LUAR GEOGRAFI (942/4) TAHUN 2013

TAJUK :

NAMA CALON

JEFFONE BIN NAIJIM

NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN

940531-13-5933

SE0160/1055 SMK ARSHAD

NAMA SEKOLAH

GURU PENILAI

TANDATANGAN TARIKH

MARKAH

940531-13-5933 1. PENGHARGAAN Kajian luar ini telah saya jalankan pada 9 MAC 2008 bersama-sama dengan rakan saya dari SMK Jengka Dua bagi tujuan memenuhi sukatan pelajaran Geografi 2 STPM 2008. Pada ruangan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak berikut yang banyak memberikan bantuan dan bimbingan kepada saya sepanjang menjalankan kajian luar ini. Pertama kepada pengetua SMK Jengka Dua, Encik Ali Hussein bin AB Ghani kerana memberikan kebenaran kepada kumpulan saya menjalankan kajian lapangan di luar bilik darjah. Kedua, kepada Cikgu Geografi saya Encik Rusly bin Musa yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar samada sebelum, semasa atau selepas kajian dijalankan sehingga terhasilnya satu laporan kajian yang lengkap. Di bawah bimbingan cikgu Rusly saya memperolehi pengalaman baru yang sangat berguna untuk memahami realiti Geografi. Seterusnya saya ingin mengucapkan terimakasih kepada rakan-rakan saya khususnya Mohd Fadullah bin Ali, Mujahidah binti Abul Jalil dan Nur Sahirah binti Abdul Mubim yang banyak membantu saya dalam menjayakan gerakerja berkumpulan. Akhirnya kepada responden yang telah disoal-selidik saya juga ingin mengucapkan terimakasih di atas segala kerjasama yang tuan-puan berikan.

940531-13-5933 2. PENDAHULUAN Kawasan kajian yang dipilih ialah _________yang merupakan sebuah daerah kecil. Aktiviti ekonomi yang terdapat di _____________ ini dikaji daripada segi jenisnya, sumbangan kepada penduduk dan pembangunan kawasan, kesan-kesan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap alam sekitar setempat dan juga langkah mengatasinya. Bandar Jengka dipilih berdasarkan sebab-sebab berikut: 1. Bandar Jengka merupakan bandar yang paling dekat dengan rumah saya, kira-kira 2 kilometer sahaja yang memudahkan saya untuk melakukan kajian pada hujung minggu. 2. Terdapat banyak aktiviti ekonomi dijalankan di Bandar Jengka, walaupun ia merupakan sebuah bandar kecil. Kajian luar di Bandar Jengka hanya mengambil masa 5 jam sahaja di lapangan bagi tujuan memperolehi maklumat primer. Dapatan maklumat-maklumat berkenaan dikumpul, disusun, dianalisis bagi tujuan menghasilkan laporan yang lengkap yang keseluruhannya mengambil masa kira-kira satu bulan.

3.

OBJEKTIF KAJIAN Pada amnya tujuan kajian luar ini ialah untuk meneliti bentuk-bentuk cerun yang

terdapat di _____________. Secara khususnya kajian luar ini ialah untuk; Mengenal pasti bentuk-bentuk cerun yang terdapat di ____________________. Menjelaskan proses-proses kegagalan cerun yang berlaku di_______________. Faktor berlakunya kegagalan cerun Menjelaskan kesan-kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai menstabilkan cerun.

Selain itu saya juga ingin menonjolkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan menghargai alam sekitar yang patut dimiliki oleh setiap pelajar berkaitan dengan apa yang ada di bandar mereka. Misalnya walaupun Bandar Jengka ini hanyalah sebuah bandar kecil sahaja tetapi alam sekitarnya jauh lebih bersih berbanding dengan Bandarbandar besar yang lain.

940531-13-5933 4. KAWASAN KAJIAN

Bandar Jengka yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka adalah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Maran dan dikelilingi oleh beberapa buah tanah rancangan yang besar. Di sinilah berpusatnya kawasan Segitiga Jengka yang sangat terkenal dengan ladang kelapa sawit dan getah milik FELDA yang diusahakan oleh para peneroka FELDA. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Bandar Jengka terletak di kawasan muka bumi beralun yang disaliri oleh sungai Jengka dan sungai Chenerai yang dikategorikan sebagai cawangan sungai kecil. Secara bandingannya Bandar Jengka adalah sebuah bandar kecil yang diapit oleh tiga buah bandar sederhana iaitu bandar Maran, bandar Jerantut dan bandar Temerloh. Jarak mutlak bandar Jengka ke bandar Maran ialah 56 kilometer, ke bandar Jerantut ialah 25 kilometer dan ke bandar Temerloh ialah 48 kilometer. Perjalanan dari Kuala Lumpur dan Kuantan ke Bandar Jengka kini menjadi semakin mudah dengan beroperasinya Lebuhraya Pantai Timur pada Ogos 2004. (Lihat peta kawasan kajian di bawah)

PETA 1 : PETA NEGERI PAHANG DAN LOKASI BANDAR JENGKA 3

BANDAR JENGKA

940531-13-5933

PETA 2 : LOKASI BANDAR JENGKA DALAM DAERAH MARAN, PAHANG 4

940531-13-5933

Daerah Jerantut

Bandar Jengka atau Bandar Pusat Jengka yang berada dalam daerah Maran sebenarnya terletak dalam mukim Chenor. Arah kedudukannya adalah ke utara bandar Maran yang menghampiri daerah Jerantut. Bandar Jengka dikenali sebagai bandar baru di dalam Rancangan Pembangunan Wilayah JENGKA yang ditubuhkan pada tahun 1970. Data penduduk tahun 2006 menunjukkan jumlah penduduknya adalah kurang daripada 10,000 orang. Oleh sebab itu ia berstatus Bandar Kecil. Ke arah timur dari bandar Jengka terdapat sebuah pekan Cina yang dikenali sebagai Pekan Sungai Jerik.

PETA 3: KAWASAN KAJIAN DI BANDAR JENGKA, PAHANG 5

940531-13-5933

Ke Maran
Sg. Jengka Sg. Chenerai

IKS
Kilang elektronik ALPS

Ke Temerloh
Ladang Kelapa Sawit

Taman Perumahan Shah Bandar

hospital
Kawasan Perumahan Desa Jaya PUSAT BANDAR JENGKA

Kilang Papan Lion Vest

Sekolah

UiTM Cawangan Pahang

Ke Jerantur

Tapak Pasar Borong

Setinggan asal

Ladang Kelapa Sawit

Keluasan Bandar Jengka kira-kira 250 hektar. Di sekitar kawasan ini terdapat lokasi pelbagai jenis aktiviti ekonomi seperti aktiviti perniagaan di pasar borong, kilang memproses kayu balak, kilang pembuatan elektronik, Industri Kecil Sederhana (IKS), aktiviti pertanian perladangan kelapa sawit serta aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang terdapat di pusat Bandar Jengka itu sendiri. Pusat Bandar Jengka dikenali sebagai Nadi Kota. Selain daripada lokasi aktiviti ekonomi yang dinyatakan di atas, fokus kajian saya juga adalah tertumpu kepada aktiviti ekonomi di Nadi Kota Bandar Jengka.

940531-13-5933 PETA 4 : KAWASAN NADI KOTA, PUSAT BANDAR JENGKA, PAHANG

RUANG PERNIAGAAN

P E R N I A G A A N

Kawasan Nadi Kota menjadi pusat aktiviti ekonomi utama di Bandar Jengka. Kawasan ini berkembang sebagai ruang perniagaan dan perkhidmatan mulai tahun 2000 seiringan dengan perkembangan UiTM, hospital dan Jabatan serta agensi kerajaan yang lain seperti JPA 3, JPJ dan sebagainya. Ekoran daripada pertambahan penduduk dan kawasan

perumahan seperti Taman Permatang Shah bandar, Taman Desa Jaya 2, Taman Balora dan Taman Rantau Perintis maka keperluan perniagaan dan perkhidmatan semakin terdesak untuk menampung permintaan penduduk. Kesannya bangunan perniagaan dan ruang kedai bertambah dengan mendadak, aktiviti perniagaan berkembang dengan cepat dan kawasan Nadi Kota telah bertukar menjadi pusat aktiviti ekonomi yang terpenting. 7

940531-13-5933 5. KAEDAH KAJIAN Terdapat pelbagai kaedah yang saya gunakan untuk memperolehi data dan maklumat kajian luar ini. Kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada jenis data dan maklumat yang diperlukan. Bagi data dan maklumat primer saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan pencerapan, temubual dan soal selidik.

Kaedah pemerhatian dan pencerapan. Diguna untuk meninjau lokasi seperti di kawasan pasar borong, kawasan kilang papan dan elektronik, kawasan IKS dan kawasan pembinaan perumahan Taman Desa Jaya 2. Pemerhatian dibuat ialah terhadap kesan-kesan aktiviti ekonomi terhadap alam sekitar setempat seperti pencemaran udara, air dan pencemaran persekitaran.

Kaedah temubual. Diguna untuk menemubual responden utama (key responden) yang terdiri daripada peniaga dan pengusaha yang terdapat di sekitar Nadi Kota. Kaedah temu bual berkumpulan ini dibuat ke atas 10 orang peniaga dan pengusaha.

Kaedah soal-selidik. Diguna untuk memperolehi data dan maklumat dari pekerja kedai dan pekerja kilang. Seramai 20 responden telah dipilih secara rawak dan setiap responden telah diberikan borang soal-selidik masing-masing. Dapatan dari soal selidik telah dikumpul dan dianalisis.

Bagi memperolehi data dan maklumat sekunder pula saya telah melakukan rujukan di perpustakaan sekolah dan juga memperolehinya dari sumber internet. Beberapa laman web mengenai Bandar Jengka telah saya perolehi.

940531-13-5933 6. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi.

Terdapat tiga jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan di Bandar Jengka iaitu aktiviti ekonomi primer, sekunder dan tertier.

a)

Aktiviti ekonomi primer. Ia merujuk kepada aktiviti pertanian yang dijalankan di

sekeliling atau pinggiran Bandar Jengka. Tanaman utamanya ialah kelapa sawit yang dimiliki oleh peneroka FELDA Jengka 14 dan Jengka 11. Kawasan perladangan ini sebenarnya menjadi sempadan dengan Bandar Jengka. Selain itu terdapat juga tanaman sayuran secara kecil-kecilan yang dijalankan oleh penduduk Matau yang menjadi penempatan setinggan asal di kawasan Bandar Jengka. Tanaman sayuran secara kecilkecilan ini hanya untuk keperluan diri dan keluarga sahaja.

b)

Aktiviti ekonomi sekunder. Ia merujuk kepada aktiviti perindustrian yang

dijalankan. Terdapat tiga jenis perindustrian yang dijalankan di Bandar Jengka. Pertama industri memproses kayu balak, ke dua industri pembuatan elektronik dan ke tiga industri kecil dan sederhana (IKS). Industri memproses kayu balak merupakan industri paling awal beroperasi serentak dengan pembukaan wilayah JENGKA. Kilang yang dimaksudkan ialah Lion Vest Coporation yang dimiliki oleh Amanah Saham Pahang (ASPA). Pada masa ini kilang ini banyak menggunakan tenaga buruh Vietnam. Produk utamanya ialah papan lapis dan kayu yang digergaji. Industri pembuatan elektronik pula dimiliki oleh pelabur Jepun yang mengkhususkan pengeluaran mikrocip komputer dan barangan elektrik. Kilang yang dimaksudkan ialah kilang ALPS. Kilang ini banyak menggunakan tenaga buruh tempatan yang terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA 9

940531-13-5933 di sekitar Bandar Jengka. Seterusnya Industri Kecil Sederhana (IKS) seratus peratus dimiliki oleh bumiputera tempatan. Di antara kilang yang beroperasi ialah seperti kilang pemprosesan kopi, kilang pepmrosesan dan pembuatan air minuman bergas, kilang pembungkusan minyak masak dan juga kilang pemprosesan herba tempatan. Industri Kecil Sederhana ini diletakkan di bawah skim kilang bimbingan oleh Bank Pembangunan Malaysia.

c)

Aktiviti ekonomi tertier. Kegiatan ekonomi ini tertumpu di kawasan Nadi Kota,

Bandar Jengka. Aktiviti ekonomi tertier boleh dibahagikan kepada aktiviti perkhidmatan dan perniagaan. Antara perkhidmatan perniagaan ialah seperti perkhidmatan bank dan insuran. Di Bandar Jengka terdapatnya Bank Islam, May Bank, Perwira Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan juga Bank Pertanian Malaysia. Manakala Lembaga Tabung Haji menjadi institusi kewangan tunggal di Bandar Jengka. Perkhidmatan perniagaan yang lain ialah seperti perkhidmatan insurans, perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi, bekalan air, tenaga dan pos, perkhidmatan kesihatan seperti klinik swasta, perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan sebagainya. Manakala aktiviti perniagaan barangan pula ialah seperti adanya supermarket (B5 dan UMart), perniagaan runcit dan borong, perniagaan pakaian, restoran dan gerai makanan, perniagaan komputer dan alat ganti, perniagaan barangan dan produk pertanian, kraf tangan, perniagaan pasar malam dan pasar tani dan lain-lain lagi. Aktiviti ekonomi ini bercorak setempat bagi memenuhi keperluan penduduk sekitarnya. Selain itu terdapat juga aktiviti pembinaan yang dijalankan khususnya pembinaan perumahan di Taman Perumahan Desa Jaya 2 yang banyak menggunakan tenaga buruh Indonesia.

10

940531-13-5933 Pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di Bandar Jengka boleh ditunjukkan melalui jenis-jenis pekerjaan yang diceburi seperti jadual 1 dan 2 di bawah. Jadual 1 : menunjukkan kegiatan ekonomi di Bandar Jengka, Pahang berdasarkan jenis-jenis pekerjaan yang diceburi penduduk Jenis-jenis Pekerjaan Pekerja kilang Peniaga/pekedai Kakitangan kerajaan Kakitangan swasta Jumlah //// //// // // 30 Bilangan //// / //// //// Jumlah 20 6 2 2 30

Sumber : Soal selidik 30 orang responden di Bandar Jengka

Graf 1 : Graf Bar Menunjukkan Taburan Jenis-Jenis Pekerjaan di Bandar Jengka Berdasarkan 30 Responden yang telah disoal selidik

11

940531-13-5933 Jadual 2 : Jenis Jenis Perniagaan yang dijalankan di Nadi Kota, Bandar Jengka, Pahang Jenis Perniagaan Bilangan Perniagaan runcit 2 Perniagaan borong Perniagaan makanan (gerai dan 2 restoran) Supermarket 1 Perabot 1 Pakaian/fabrik 1 Elektrik dan elektronik 1 Pembekalan barangan pertanian Pembekalan bahan binaan Perniagaan insuran 1 Perniagaan telekomunikasi Perniagaan rawatan kecantikan dan 1 salon Jumlah 10 Sumber : Temubual 10 responden utama (peniaga) di Bandar Jengka.

Secara ringkas pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Bandar Jengka boleh ditunjukkan melalui peta minda 1 di bawah. Peta Minda 1: Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi Bandar Jengka JENIS-JENIS AKTIVITI EKONOMI

BANDAR JENGKA, PAHANG


EKONOMI PRIMER Pertanian ladang kelapa sawit dan sayuran di pinggiran bandar Jengka. EKONOMI SEKUNDER Kilang memproses kayu balak Kilang pembuatan elektronik Industri Kecil Sederhana (IKS) EKONOMI TERTIER Perniagaan barangan seperti pakaian, runcit dan borong Perniagaan perkhidmatan seperti bank dan insuran Perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi Pembinaan perumahan

12

940531-13-5933 6.2 Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian.

Pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan di Bandar Jengka telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan setempat. Di antaranya ialah;

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan

penduduk sekitar. Anak-anak peneroka kini tidak lagi bergantung kepada sektor pertanian ladang semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka kini berpeluang bekerja di Kilang elektronik ALPS Bandar Jengka sebagai penyelia dan operator pengeluaran, bekerja sebagai pembantu kedai, restoran dan sebagainya. Bagi yang berpendidikan pula mereka diserapkan sebagai pekerja bank, perkhidmatan telekomunikasi, pekerja TNB, JBA dan di pelbagai agensi kerajaan serta swasta yang wujud di Bandar Jengka. Purata pendapatan bagi pekerja ini ialah di antara RM: 1000.00 hingga RM: 1500.00 sebulan. Bagi penduduk wilayah Jengka yang mempunyai keupayaan modal pula mereka menceburkan diri dalam sektor perniagaan seperti perniagaan runcit dan borong, perniagaan pakaian, peniaga restoran dan gerai makanan, perniagaan alat tulis, perniagaan perkhidmatan seperti kedai telekomunikasi, fotostat, kedai gambar dan lain-lain yang sangat menguntungkan. Hasil kajian menunjukkan pendapatan purata bagi golongan peniaga ini adalah antara RM: 3000.00 hingga RM: 4000.00 sebulan.

Taburan pendapatan responden di Bandar Jengka yang ditemubual dan disoalselidik adalah seperti Carta 1 di bawah.

13

940531-13-5933 b) Meningkatkan kemudahan infrastruktur. Perkembangan pesat aktiviti ekonomi di

bandar Jengka telah meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur yang sedia ada sebagai pelengkap kepada kemajuan ekonomi tersebut. Dalam hal ini pihak kerajaan telah menaiktaraf jaringan jalanraya yang menghubungkan Bandar Jengka dengan bandar Maran, Temerloh dan Jerantut. Lebuh raya Pantai Timur yang melalui Wilayah JENGKA telah meningkatkan lagi ketersampaian antara Bandar Jengka dengan bandar Kuantan dan Kuala Lumpur. Selain itu kemudahan-kemudahan yang lain seperti bekalan air, elektrik, sistem telekomunikasi juga disediakan dengan lengkap kepada penduduk bandar Jengka. Kerajaan juga menyediakan kemudahan sosial secara percuma kepada penduduk seperti kemudahan hospital dan poliklinik, stadium sukan, dewan permainan, institusi pendidikan dan sebagainya.

c)

Pemindahan teknologi dan pertambahan modal. Kewujudan industri pembuatan

elektronik (Kilang ALPS) telah menyebabkan berlakunya pemindahan teknologi dari negara Jepun kepada penduduk tempatan. Teknologi menghasilkan mikrocip komputer dan komponen barangan elektrik telah berjaya dimiliki oleh penduduk tempatan yang bekerja di kilang ALPS samada sebagai operator pengeluaran, penyelia, juruteknik atau jurutera kawalan. Pemindahan teknologi ini berlangsung melalui program latihan lanjutan yang dibuat oleh pihak pengurusan kilang. Misalnya ada pekerja yang dilatih di Pusat Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan dan ada sesetengah juruteknik yang dihantar ke Jepun untuk dilatih sebagai tenaga pakar. Selain itu keupayaan modal tempatan juga turut bertambah dengan kemasukan pelaburan Jepun yang memiliki kilang ALPS di Bandar Jengka.

14

940531-13-5933 Dalam hal ini generasi anak peneroka FELDA di sekitar wilayah JENGKA seharusnya bersyukur kerana bukan sahaja Kilang ALPS yang wujud di Bandar Jengka telah menyediakan peluang pekerjaan yang baik kepada mereka tetapi mereka juga turut diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi yang terkini melalui program latihan lanjutan yang diberikan oleh majikan mereka. Dengan kemahiran yang dimiliki mereka berupaya meningkatkan kerjaya masing-masing.

6.3

Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar.

Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Bandar Jengka telah menyebabkan beberapa kesan negatif terhadap persekitaran fizikalnya. Hasil pemerhatian dan pencerapan yang dibuat, maka kesan-kesan berikut nyata wujud.

a)

Pencemaran air. Fenomena ini banyak terdapat di kawasan perniagaan pasar

borong. Di dapati peniaga pasar borong yang tidak peka kepada alam sekitar telah membuang sisa-sisa perniagaan mereka seperti sayuran yang rosak, sisa ayam proses, buahan yang sudah busuk, plastik, sampah sarap ke dalam sungai dan paya yang berhampiran dengan tapak pasar borong berkenaan.

Kesannya air sungai Chenerai telah mengalami pencemaran, berbau busuk, kotor dan dipenuhi sampah sarap. Di kawasan Nadi Kota pula pencemaran air parit dan longkang dilakukan oleh peniaga restoran, gerai makanan, peniaga pasar malam dan pasar tani yang tidak bertanggungjawab membuang sisa perniagaan mereka ke dalam parit dan longkang yang berdekatan. Kesannya air longkang dan parit dipenuhi dengan sisa

makanan, plastik dan sampah sarap yang menyebabkan aliran air tersekat, bertakung yang seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk. Lihat gambar 2 di sebelah. 15

940531-13-5933 Dalam hal ini jelas sekali sikap peniaga yang menyebabkan pencemaran sumber-sumber air di Bandar Jengka. Sepatutnya para peniaga menanam sikap menghargai alam sekitar dengan tidak menjadikan sungai, paya, parit dan longkang sebagai tempat pembuangan sisa perniagaan mereka. Kita seharusnya mensyukuri dan menghargai anugerah alam sekitar yang bersih yang telah diberikan oleh tuhan kepada manusia. Bukti berlakunya pencemaran air di bandar Jengka terutama di sekitar kawasan perniagaan makanan boleh ditunjukkan melalui gambar 1 di sebalah.

Gambar 1 : Pencemaran air longkang di Nadi Kota, Bandar Jengka akibat pembuangan sisa oleh peniaga restoran, gerai makanan dan peniaga pasar tani/pasar malam.

b)

Pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku di kawasan kilang memproses

kayu balak (Lion Vest Corporation). Terdapat dua sebab berlakunya pencemaran udara di kawasan ini. Pertama asap kilang yang dibebaskan semasa operasi dan ke dua aktiviti pembakaran habuk kayu dan sisa kayu balak yang telah siap di proses. Akibatnya asap yang dibebaskan akan mencemarkan udara sekitar terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Selain itu habuk-habuk kayu juga diterbangkan oleh angin menyebabkan udara sekitar berdebu dengan bahan-bahan terampai. Bahan-bahan terampai ini boleh melekat

16

940531-13-5933 di pakaian yang disidai, mencemari gerai-gerai makanan yang terletak berdekatan dengan kawasan kilang berkenaan.

c)

Hakisan tanah. Kesan-kesan hakisan boleh didapati di kawasan/tapak pembinaan

perumahan khususnya di Taman Perumahan Desa Jaya Fasa 2 yang sedang dalam pembinaan. Tapak bina kawasan perumahan ini pada asalnya terdiri daripada kawasan kaki bukit beralun dan berlembah serta ditumbuhi oleh hutan akasia. Apabila kawasan hutan ditebang dan kaki bukit dipotong serta ditarah maka proses hakisan larian air permukaan mudah berlaku meninggalkan lekukan-lekukan yang kecil yang dikenali sebagai gegalur. Lihat gambar 2 di bawah.

Gambar 2: Kewujudan gegalur sebagai bukti berlakunya hakisan tanah di kawasan tapak bina perumahan Taman Desa Jaya Fasa 2, Bandar Jengka.

Selain itu akibat penebangan hutan akasia untuk dijadikan kawasan tapak bina perumahan turut memusnahkan ekosistem hutan sekunder. Sebelum ini di kawasan hutan akasia berkenaan menjadi habitat beberapa haiwan primat seperti kera, pelbagai spesis

17

940531-13-5933 burung, ular, tenggiling dan sebagainya. Apabila hutan ditebang ia akan memusnahkan habitat, rantaian makanan dan kepelbagaian spesis yang ada di kawasan hutan berkenaan.

6.4

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap

Alam Sekitar.

Terdapat tiga langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Bandar Jengka, Pahang. Langkah-langkah tersebut ialah;

a)

Penguatkuasaan undang-undang. Majlis Daerah Maran dan Jabatan Alam

Sekitar Daerah Maran mestilah mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga yang didapati jelas terbukti mencemarkan alam sekitar dengan membuang sisa-sisa perniagaan mereka ke dalam sungai, paya dan longkang yang berdekatan. Mereka harus dikenakan denda/kompaun yang tinggi, menyitar premis atau membatalkan lesen perniagaan mereka jika didapati bersalah mencemarkan alam sekitar.

b)

Amalan pengurusan alam sekitar yang baik. Di antaranya seperti meninggikan

serombong asap kilang, mengitar semula bahan buangan atau habuk kayu untuk diproses menjadi perabot dan tidak dibakar begitu sahaja bagi mengelakkan pencemaran udara. Selain itu untuk mengelakkan kesan hakisan dan pembentukan gegalur, rumput mestilah ditanam di tebing atau cerun bukit yang telah dipotong untuk dijadikan kawasan tapak bina perumahan.

c)

Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Kempen yang berterusan

hendaklah diberikan kepada penduduk Bandar Jengka samada melalui risalah, ceramah/seminar alam sekitar atau melalui media cetak dan elektronik. Kempen 18

940531-13-5933 kesedaran ini sangat penting untuk menanamkan sikap menghargai alam sekitar dan menjadikan alam sekitar sebagai hak milik bersama. Selain itu program gotong royong membersihkan sungai, parit dan longkang yang tercemar juga perlu dilaksanakan secara berterusan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dengan penduduk Bandar Jengka itu sendiri.

7.

Rumusan.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari kajian luar ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di Bandar Jengka ini walaupun ia hanya sebuah bandar kecil sahaja. Sektor perniagaan dan perkhidmatan menjadi sektor yang paling penting dan paling pesat berkembang bagi menampung keperluan penduduk. Penduduk sekitar tidak perlu lagi ke bandar-bandar lain seperti ke bandar Maran, Jerantut dan Temerloh bagi mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Kegiatan ekonomi yang dijalankan juga memberikan sumbangan yang besar kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan perkapita mereka. Peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan membolehkan taraf hidup penduduk meningkat.

Namun begitu akibat daripada kurangnya kesedaran di kalangan penduduk khususnya peniaga, maka alam sekitar di bandar Jengka juga tercemar khususnya fenomena pencemaran air seperti sungai, paya dan longkang. Keadaan ini memerlukan langkah penyelesaian yang segera dan konkrit samada secara perundangan, pengurusan dan kesedaran agar kadar pencemaran dapat dibendung dan alam sekitar sentiasa bersih.

19

940531-13-5933 SENARAI RUJUKAN 1. Katiman Rostam dan Tengku Anuar Tengku Dalam (1989), Geografi Kemanusiaan, Kuala Lumpur; Nurin Enterprise. 2. Mohammad Raduan Mohd Ariff, Othman Abdul Ghani dan Hamirdin Ithnin (1985), Kaji Ukur Sukat dan Kartografi, Kuala Lumpur; Yayasan Anda Sdn.Bhd. 3. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah (2008), Teks Pra U Geografi Manusia, Petaling Jaya; Pearson Education Sdn.Bhd.

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Jengka

5. http://www.mdmaran.gov.my/peta.htm

20

You might also like