You are on page 1of 14

Pentaksiran

Sebagai

penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. alat mencari punca kelemahan murid. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.

Sebagai

Menilai

prestasi dan kemajuan pelajar.

Mengetahui

pembelajaran lampau seseorang pelajar.Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.

Membuat

ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar.
sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.

Membuat

Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif

Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan Kebolehtadbiran Kebolehtafsiran

Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon. jian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. 2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. 3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

You might also like