You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN KEPADA TUMBUHAN YANG DIPILIH

1.1 Kacang Bendi (Kaedah Pembiakan seks- Biji Benih)

Kacang ini selain dipanggil sebagai bendi,ia juga sering dipanggil sebagai kacang lendir, atau pun kacang bendir manakala dalam bahasa inggeris pula adalah Ladyfinger, nama saintifik pula adalah Abelmoschus Esculentusdari kumpulan Hibiscus Esculentus.Tanaman ini mudah ditanam dan tidak mudah diserang penyakit.Ia merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap.Ia mempunyai jenis batang kayu yang lembut tetapi susah nak dipatahkan, bunga yang mempunyai 5 kelopak besar seperti bunga raya yang berwarna kuning muda ataupun warna jambu merah. Manakala untuk bahagian buahnya pula mempunyai lendir apabila dimasak jenis sajiannya pula terdapat kari, digoreng, direbus, salad, dan ulam.Di India, batang bendi tersebut dibiar tua untuk dijadikan sebagai kertas, dan biji tersebut dibiar tua untuk dijadikan pengganti kepada kopi.

1.2 Bunga Kertas (Kaedah Pembiakan Aseks Keratan Batang)

Pokok Bunga Kertas dalam bahasa Inggeris adalah bougainvillea, ia mempunyai warna yang berwarna warni yang berkembang sepanjang dan sentiasa menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Pokok jenis ini mempunyai batang kayu yang sederhana keras,bunga yang nipis yang mempunyai ciri-ciri seperti kertas yang menyebabkan namanya diberi. Ia berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam dan digunakan dalam bahagian landskap dan sebagainya. Semasa berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Selain daripada itu, pada zaman sekarang terdapat bayak jenis bunga kertas, ada yang jenis rendah tapi berbunga banyak, dan ada pula berbunga sikit yang sering orang guna sebagai Bonsai renek. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk

menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Selain itu, Pokok ini lebih suka hendaklah berada di bawah cahaya matahari dan tidak

terlindung atau lembap untuk dielakkan dari jangkitan bakteria dan kulat.

1.3 Buluh (Kaedah Pembiakan Aseks Rumpun)

Buluh juga dikenali sebagai aur atau bamboo dalam bahasa inggeris. Ia adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia desibabkan oleh system rizomnya yang unik. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Ia juga tidak mempunyai xilem.Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah serbaguna.Di seluruh dunia terdapat 75 genera dan 1250 spesis buluh manakala Pleioblastus pumilus adalah salah satu spesis buluh yang ditanamkan seperti yang dalam gambar rajah 1.1.3. Ia merupakan jenis buluh yang renek dan sering digunakan sebagai lanskap. Buluh boleh terdapat hampir seluruh dunia dan habitat pertumbuhan aslinya terdapat di semua benua kecuali benua Eropah. Buluh boleh di kumpulkan kepada 2 kumpulan besar iaitu yang mempunyai pertumbuhan tunggal (monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial). Buluh yang tumbuh tunggal hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana manakala di kawasan tropika pula pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.Di Malaysia terdapat 70 spesis buluh dan sebanyak 50 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia. 30 spesis di Sabah dan 20 spesis di Sarawak.Kebanyakkan buluh di Malaysia meliar di pinggir-pinggir hutan, kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang tebing-tebing sungai. Buluh juga ditanam di kampung-kampung untuk kegunaan harian dan ditanam di bandar-bandar sebagai landskap dan nurseri. Di anggarkan jumlah kawasan yang ditumbuhi oleh buluh di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 329 000 hektar.

1.4

Pokok lemon (Kaedah Pembiakan Aseks Tut ataupun Markot)

Lemon, dalam nama saintifik,C. lemon adalah sejenis buah yang berasal dari asia yang mempunyai ciri ciri seperti kulit tebal berwarna kuning dan masam rasanya manakala batangnya pula adalah jenis sederhana keras serta berduri.Ia sering digunakan dalam segi perhiasan, perisa, makanan, serta ubat.Ia merupakan tumbuhan jenis berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Lemon pertama tumbuh di India, utara Burma dan China. Di Asia Tenggara dan Selatan, ia dikenali kerana sifat antiseptik dan digunakan sebagai penawar untuk pelbagai racun. Lemon masuk ke Eropah (Itali selatan) paling lambat pada abad ke1 Masihi, pada masa Rom Kuno. Namun, tidak banyak yang ditanam. Lemon kemudian diperkenalkan ke Parsi dan kemudian ke Iraq dan Mesir sekitar tahun 700. Lemon pertama kali tercatat dalam kesusasteraan dalam risalah Arab abad ke-10 mengenai pertanian, dan juga digunakan sebagai tanaman hias di kebun Islam awal. Ia diedarkan secara meluas di seluruh dunia Arab dan wilayah Mediterranean antara 1000 dan 1150 M. Penanaman lemon besar pertama di Eropah bermula di Genoa pada pertengahan abad ke-15,kemudian diperkenalkan ke Amerika tahun 1493 ketika Christopher Columbus membawa biji lemon untuk Hispaniola sepanjang perjalanan itu. Penaklukan Sepanyol di seluruh Dunia Baru membantu menyebarkan biji lemon. Ia terutama digunakan sebagai perhiasan dan ubat. Pada abad ke-18 dan 19, lemon semakin banyak ditanam di Florida dan California, ketika itu lemon mula digunakan dalam masakan dan perisa. Pada 1747, ujian James Lind pada pelaut yang menderita penyakit skurvi melibatkan penambahan vitamin C dalam diet mereka dengan jus lemon.

Gambar Rajah 1.1.1: Kaedah pembiakan seksual - Kacang Bendi dalam biji benih

Gambar Rajah 1.2.1: Kaedah Aseksual keratan batang jenis Bunga Kertas

Gambar Rajah 1.3.1: Kaedah Aseksual Buluh Renek jenis Pleioblastus pumilus jenis Rumpun

Gambar Rajah 1.4.1: Kaedah Aseksual Pokok Lemon jenis tut ataupun markot

2.0 FAKTOR FAKTOR DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH KAEDAH PEMBIAKAN.

2.1 Cepat mengeluarkan hasil Tanaman yang cepat matang memerlukan tempoh masa yang singkat untuk mengeluarkan hasil. Tempoh matang yang pendek

membolehkan penanaman ulangan berganda dilakukan.Contoh Durian Siam seperti D129 (Chanee), D130 (Kan Yan), dan D131 (Kato) mengambil masa matang kira-kira 125 hari dari peringkat pengeluaran bunga sehingga peringkat buah gugur. Klon D99 yang diperkenalkan mempunyai tempoh matang yang lebih pendek iaitu 90 hari sahaja

2.2 Hasil tinggi Objektif utama kebanyakan program pembiakbakaan ialah

memperkenalkan tanaman baru yang berupaya mengeluarkan hasil tinggi. Ini kerana lebih banyak makanan perlu dikeluarkan untuk memenuhi keperluan makanan penduduk dunia yang

meningkat.Contoh benih kopi polihibrid yang dikeluarkan oleh MARDI, iaitu MCL 34, MCL 43, MCL 44 dan MCL 46 (untuk kopi Liberica) dan MCR 09, MCR 10, MCR 11 dan MCR 16 ( untuk kopi Robusta) mampu mengeluarkan hasil sebanyak 1.7 tan metrik sehektar berbanding 0.75 tan metrik sehektar untuk benih biasa.

2.3 Hasil berkualiti Kualiti hasil tanaman ditentukan oleh kelazatan, kandungan gula dan nutrien yang tinggi serta warna isi atau bentuk buah ayang seragam.Pelanggan sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan buah-buahan yang lebih baik. Contoh durian D 24 dianggap sebagai salah satu klon yang terbaik dan digemari di pasaran tempatan

2.4

Resistan terhadap penyakit dan perosak Resistan merujuk kepada ciri-ciri tumbuhan atau haiwan yang mampu menangkis atau menghalang perkembangan patogen dan serangga perosak.Tahap resistan tanaman terhadap serangan penyakit dan perosak biasanya disebabkan oleh halangan mekanik tumbuhan seperti duri resin, bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak. Contoh sifat pokok tomato dan kacang soya yang berbulu menyebabkan vector virus seperti lelompat daundan afid tidak menghampiri tanaman tersebut. Ini secara langsung mengurangkan penggunaan racun mahluk perosak.

3.0 MENERANGKAN PEMBIAKAN

LANGKAH

PEMBIAKAN

DAN

FAKTOR

KEJAYAAN

3.1 Biji Benih

i)

Sediakan benih kacang bendi yang cukup matang dan kering sebanyak 3-5 biji yang sihat dan bebas perosak.

ii)

Sediakan tanah yang mengikut nisbah 2.1.1 di mana 2 adalah tanah loam, 1 pasir sungai, 1 tanah kompos atau organik

iii)

Menggali lubang kecil yang sedalam 5 cm pada tanah dan letakkan biji benih tersebut dalam lubang tersebut.

iv)

Penyiraman sekurang-kurangnya dua kali sehari agar benih mudah bercambah.

v)

Apabila benih telah bercambah, ketika anak bendi telah menjadi besar dan kuat, buanglah anak - anak bendi yang tidak perlu dari sekeliling agar hanya 1 sahaja pokok bendi pada 1 lubang.

3.2 Keratan Batang Bunga Kertas (Bougainvillea)

i)

Memilih keratan batang keras sihat serta bebas dari perosak yang sepanjang 250 mm 300 mm untuk bunga kertas untuk prosedur awal megeluarkan akar serta awal mengeluarkan bunga Buangkan daun daun lebih sehingga tinggalah 2 3 helai daun sahaja.

ii)

iii) iv) v)

Pastikan mempunyai 1 tunas akar dan 1 tunas pucuk. Menyediakan tanah yang mengikut nisbah 2.1.1 Potong batang tersebut dengan menyerong 45 di bawah mata tunas.

vi)

Celupkan bahagian yang dipotong serong ke dalam ubat penggallak akar yang dikhaskan untuk dahan sederhana keras.

vii)

Tanam batang atau dahan tersebut dalam tanah yang telah digaulkan mengikut nisbah.

viii)

Selepas tanam, siram dan tentukan dahan tersebut mendapat cukup air sehingga batang atau dahan tersebut berakar.

3.3 Rumpun Buluh Renek jenis Pleioblastus pumilus

i)

Pecahkan atau dalam istilah lain uraikan rumpun tersebut dalam keadaan atau kuantiti yang lebih kecil untuk tanam.

ii)

Pastikan keadaan rumpun tersebut bebas dari sebarang penyakit atau perosak, serta mempunyai akar.

iii) iv)

Tanah digaul mengikut nisbah 2.1.1 Tanamkan rumpun tersebut dalam tanah, menyiram air pada tanaman tersebut.

3.4 Tut atau Markot Pokok Lemon

i) ii)

Pilih dahan lurus dan sihat berukuran 300 mm. Buangkan daun,putik bunga pada dahan yang dipilih terutamanya pada bahagian yang hendak ditut.

iii)

Buat kelaran di bawah mata tunas pada dahan yang dipilih. Tentukan kelaran itu kemas dan bersih. Buat kelaran kedua 50 mm di bawah kelaran pertama. Kupaskan kulit di antara kedua dua kelaran dan kikis kulit hingga bersih.

iv)

v)

Sapukan ubat penggalak akar di bawakeratan pertama, iaitu di atas kelaran kedua.

vi)

Sediakan tanah yang mengikut nisbah dan buat genggaman sehingga jadinya seperti bentuk bebola.

vii)

Ambil plastik dan lilitkan keliling bahagian bawah dahan yang dikikis dan ikat kemas.

viii)

Buka plastik dan dedahkan bahagian yang dikikis. Ambil genggaman tanah yang telah disediakan tadi dibelah dua kepalan tanah dan lekapkan di keliling dahan yang dikikis terutamanya di bahagian kelaran.

Rujukan

Zahari Rusdi, Norlin Hasnan, Kemahiran Hidup Bersepadu 2011, Memilih pokok hiasan dan menyediakan keratan batang, zaharinorlin.blogspot.com Nur Azreen Ali, arts.nature.architecture. Debungor 2011, Teknik Pembiakan Tanaman (penyediaan dan penjagaan), debungor.blogspot.com Norain mohd. Rejab, siri tanaman bunga-bungaan dalam lansdkap, MELUR, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2001,Keperluan Pertumbuhan,ms 14 15 Wright, A. Clifford. History of Lemonade, CliffordAWright.com James Lind, A treatise on the scurvy, Edisi kedua. London: diterbitkan A. Millar, 1757. [St. Thomas's Historical Collection 28.b.9]. Wikipedia, Lemon, wikipedia.org/wiki/Lemon Chin Hoong Fong,. Queen of Trapical Flowers, THE HIBISCUS,Edisi Pertama 1986. Propagatio,Planting, and Maintenance, 138 143 M Anem, Anim Agro technology, Pembiakan Tampang Tumbuhan 2010, animhosnan.blogspot.com S.P PERTANIAN .PT, Sains Pertanian, mazlansmkbbsl.blogspot.com Aku di Fiji Islands,Cara Kami Menanam Kacang Bendi,2012, oursimplegarden.blogspot.com Graft, A. B. (1974). Exotica. Roehrs Company Inc.

Chaniago, D. dan Mohd. Saufi Abdullah. (1981). Pokok Pinggiran Jalan di Malaysia. DBP, Kuala Lumpur. Hsuan, K.. (1986). Order dan Famili Tumbuhan Berbiji di Tanah Melayu. DBP. Kuala Lumpur. Ismail Saidin. (1977). Bunga-bungaan Malaysia. DBP, Kuala Lumpur. Krempin, K. (1990). Know Your Indoor & House Plants. Horwitz Grahame, Pty. Ltd., Sydney.

You might also like