You are on page 1of 2

Tumbuh-tumbuhan

(A) Cara Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

1. Tumbuh-tumbuhan perlu membiak supaya tidak pupus.


2. Tumbuh-tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara.
1. Biji Benih: Pokok cili dan pokok betik.
2. Anak Pokok: Pokok pisang dan pokok keladi.
3. Batang Bawah Tanah: Pokok bawang dan pokok ubi kentang.
4. Spora: Paku pakis dan cendawan.
5. Keratan Batang: Pokok ubi kayu dan pokok bunga raya.
6. Daun: Pokok lidah jin dan pokok setawar.

(B) Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan

1. Terdapat pokok yang mempunyai dua cara pembiakan, seperti:


1. Pokok kangkung: Kaedah keratan batang dan biji benih.
2. Pokok selasih: Kaedah keratan batang dan biji benih.
3. Pokok ubi keledek: Kaedah keratan batang dan batang bawah
tanah.

(C) Kepentingan Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

1. Tumbuh-tumbuhan sentiasa membiak untuk menambahkan


bilangannya dan dapat mengekalkan spesiesnya.
2. Spesies ialah golongan benda hidup yang mempunyai sifat atau jenis
yang sama.
3. Pembiakan tumbuh-tumbuhan penting bagi memastikan tumbuh-
tumbuhan sentiasa ada untuk:
1. Membekalkan sumber makanan kepada hidupan lain.
2. Membolehkan hidupan lain dapat berlindung sebagai habitat.
3. Membekalkan oksigen kepada hidupan lain.
4. Membekalkan sumber kayu.

(D) Teknologi Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan


1. Pembiakan tumbuh-tumbuhan juga boleh menggunakan teknologi
seperti kultur tisu dan tut.
2. Kultur tisu boleh menghasilkan pokok baharu daripada tisu pokok
yang diletakkan dalam nutrien. Contohnya ialah pokok pisang dan
pokok orkid.
3. Tut dapat menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa melalui
proses menanam biji benih. Contohnya ialah pokok mangga dan
limau kasturi.

You might also like