You are on page 1of 2

Sains Tahun 3 Unit 5: Tumbuh-Tumbuhan (KSSR

Semakan 2017)
5/18/2019

0 Comments

(A) Cara Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

1. Tumbuh-tumbuhan perlu membiak supaya tidak pupus.

2. Tumbuh-tumbuhan boleh membiak melalui pelbagai cara.

1. Biji Benih: Pokok cili dan pokok betik.

2. Anak Pokok: Pokok pisang dan pokok keladi.

3. Batang Bawah Tanah: Pokok bawang dan pokok ubi


kentang.

4. Spora: Paku pakis dan cendawan.

5. Keratan Batang: Pokok ubi kayu dan pokok bunga raya.

6. Daun: Pokok lidah jin dan pokok setawar.

(B) Satu Pokok, Pelbagai Cara Pembiakan

1. Terdapat pokok yang mempunyai dua cara pembiakan, seperti:

1. Pokok kangkung: Kaedah keratan batang dan biji benih.

2. Pokok selasih: Kaedah keratan batang dan biji benih.

3. Pokok ubi keledek: Kaedah keratan batang dan batang


bawah tanah.
(C) Kepentingan Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

1. Tumbuh-tumbuhan sentiasa membiak untuk menambahkan


bilangannya dan dapat mengekalkan spesiesnya.

2. Spesies ialah golongan benda hidup yang mempunyai sifat atau


jenis yang sama.

3. Pembiakan tumbuh-tumbuhan penting bagi memastikan tumbuh-


tumbuhan sentiasa ada untuk:

1. Membekalkan sumber makanan kepada hidupan lain.

2. Membolehkan hidupan lain dapat berlindung sebagai


habitat.

3. Membekalkan oksigen kepada hidupan lain.

4. Membekalkan sumber kayu.

(D) Teknologi Pembiakan Tumbuh-Tumbuhan

1. Pembiakan tumbuh-tumbuhan juga boleh menggunakan


teknologi seperti kultur tisu dan tut.

2. Kultur tisu boleh menghasilkan pokok baharu daripada tisu


pokok yang diletakkan dalam nutrien. Contohnya ialah pokok
pisang dan pokok orkid.

3. Tut dapat menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa


melalui proses menanam biji benih. Contohnya ialah pokok
mangga dan limau kasturi.

You might also like