You are on page 1of 10

UNIT 4: PROSES HIDUP

TUMBUHAN
4.2 KEMANDIRIAN SPESIS
HAIWAN
Pengenalan Pencaran Biji Benih
1. Anak-anak pokok berasal daripada biji benih yang dihasilkan oleh
pokok induk. Pokok induk menghasilkan banyak biji benih untuk
memastikan spesisnya terus hidup di muka bumi ini .
2. Antara cara untuk memastikan kemandirian spesisnya adalah melalui
pencaran biji benih.
3. Pencaran biji benih bermaksud cara untuk membawa biji benih jauh
daripada induknya untuk disebarkan dan tumbuh di tempat lain.
4. Biji-biji ini perlu dipencarkan ke kawasan yang mempunyai banyak
sumber air, cahaya matahari, dan ruang udara supaya tumbuhan
dapat menjalankan proses fotosintesis dan membesar dengan baik.
5. Oleh kerana tumbuhan tidak boleh bergerak, agen-agen pencaran
diperlukan.
6. Biji benih dipencarkan melalui 4 cara iaitu:
 Melalui haiwan dan manusia
 Melalui angin
 Melalui air
 Melalui mekanisme letupan
u
i

m
e
Melalui AGEN
haiwan dan Manusia
k PENCARAN
Melalui air
Melalui angin
a BIJI BENIH
n
i
s
AGEN
CIRI KHAS BIJI BENIH ATAU BUAH CONTOH
PENCARAN

Haiwan dan  Buah mempunyai ciri-ciri seperti:


 Buah boleh dimakan
Manusia  Warna buah menarik dan terang Mangga
 Rasa manis dan sedap
 Biji yang keras
 Ciri-ciri ini menyebabkan haiwan dan manusia tertarik
kepada buah tersebut sekaligus membantu menyebarkan biji Rambutan
benihnya.

 Buah mempunyai ciri-ciri seperti:


 Buah boleh dimakan Tomato
 Biji yang kecil dan keras
 Biji benih yang kecil dimakan oleh haiwan
 Biji benih yang keras tidak dihadam dan akan dikeluarkan Tembikai
bersama najis haiwan itu ke tanah.

 Buah atau biji benih yang kecil, ringan dan mempunyai


cangkuk.
 Cangkuk akan melekat pada bulu haiwan atau pakaian
haiwan untuk disebarkan.
Kemuncup Semalu
AGEN PENCARAN CIRI KHAS BIJI BENIH ATAU BUAH CONTOH

Melalui air  Buah mempunyai ciri-ciri seperti


berikut:
 Ringan
 Mempunyai kulit yang kalis air
 Mempunyai sabut
 Sabut yang ringan mempunyai
ruang udara yang membolehkan
buah terapung di atas permukaan
air dan dibawa oleh air.

 Buah yang ringan dan mempunyai


ruang udara / berongga.
 Buah boleh terapung dan
dihanyutkan oleh air
AGEN PENCARAN CIRI KHAS BIJI BENIH ATAU BUAH CONTOH

Melalui Angin
 Buah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 Kecil, ringan dan kering
 Mempunyai struktur seperti sayap
 Membolehkan buah diterbangkan oleh angin
Angsana Meranti

 Buah mempunyai ciri-ciri seperti:


 Ringan dan kering
 Mempunyai struktur seperti bulu
 Struktur ini membolehkannya terapung dan
diterbangkan oleh angina.
Lalang Kapas
AGEN PENCARAN CIRI KHAS BIJI BENIH ATAU BUAH CONTOH

Mekanisme letupan  Biji benih atau buah pokok boleh


meletup sekaligus terpencar jauh
daripada induknya.
 Apabila masak dan matang, buah
getah dan buah keembung boleh Semarak api
meletup dan biji benih di dalamnya
dipencarkan. Bendi
 Cara ini membantu biji benih
disebarkan jauh daripada
Keembung
induknya.

Getah
KEPENTINGAN PENCARAN BIJI BENIH

Biji benih yang tidak dipencar


jauh tidak dapat tumbuh dengan
 Biji benih perlu dipencarkan oleh spesis
subur akibat daripada
tumbuhan. persaingan dengan biji benih

 Pencaran juga dapat mengelakkan yang lain.

persaingan untuk memperoleh sumber


Biji benih yang terpencar jauh
cahaya dan air antara biji benih untuk
dapat tumbuh dengan lebih
tumbuh dengan sihat. subur untuk mengembangkan
spesisnya.
KEPENTINGAN KEMANDIRIAN SPESIS TUMBUHAN
Sesetengah tumbuhan merupakan sumber makanan kepada manusia dan haiwan

Kemandirian spesis tumbuhan adalah amat penting bagi membekalkan sumber makanan secara
berterusan

Tumbuhan juga menjadi habitat bagi pelbagai organisma seperti burung belatuk, burung hantu
dan tupai

Oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan hijau semasa proses fotosintesis diperlukan oleh
kehidupan untuk bernafas

Karbon dioksida yang dikeluarkan oleh hidupan semasa proses respirasi diserap oleh tumbuhan hijau
bagi proses fotosintesis

Jika populasi tumbuhan berkurang, manusia dan haiwan akan kekurangan oksigen dan kandungan karbon
dioksida di dalam atmosfera akan bertambah

You might also like