You are on page 1of 16

2013

Kertas Kerja Pembinaan Surau


Surau Insaniah HillPark

AJK Penaja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark 3/20/2013

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

1.0

Pendahuluan

HillPark Homes adalah sebuah taman perumahan baru yang terletak di dalam mukim Semenyih, Selangor. Pada hari ini, selepas setahun dibuka (2012), 75% daripada unit-unit kediaman di Fasa 1 telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakkannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara. Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Pada bulan Ogos 2012, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Insaniah HillPark.

2.0

Latar Belakang HillPark Homes

2.1 Maklumat Umum HillPark Homes terletak di kawasan Bandar Teknologi Kajang, dalam jarak 2km dari Jalan Persekutuan Semenyih-Kajang. Fasa 1 Hillpark Homes sebanyak kira-kira 300 buah rumah telah dimulakan pembinaan pada tahun 2010 dan siap untuk diduduki pada bulan Januari 2012. Selain beberapa kawasan perumahan lain, kawasan Hillpark Homes ini juga berdekatan dengan kawasan industri dan juga kawasan komersial di Bandar Teknologi Kajang.

Hillpark Homes

Rajah 1: Peta Hillpark Homes di mukim Semenyih, Selangor

Mukasurat 2/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark 2.2 Maklumat Sosio Ekonomi

Mac 2013

Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai : Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain) Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, Pekerja Am dan lain-lain) Pesara

Dan lain-lain pekerjaan seperti pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, perunding, konsultan dan sebagainya. 2.3 Kemudahan Asas Diantara kemudahan asas taman perumahan ini adalah Taman permainan kanak-kanak 1 padang umum dan 2 padang di kawasan berpagar HillPark Fasa 2 Trek jogging dan senaman Gelanggang bola keranjang Padang bolasepak berkeluasan 1.2 padang bolasepak Padang am berkeluasan 0.25 ekar Tapak sekolah agama Tapak tadika Tapak dewan orang ramai Tapak gerai 5 lot

3.0

Objektif Keperluan Surau

Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Dengan komposisi 80% penduduk muslim, dan menyedari peri penting peranan sebuah surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk telah bermesyuarat pada Ogos 2012 dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Insaniah HillPark Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah untuk berfungsi sebagai: Pusat solat jamaah & kegiatan agama Kelas mengaji dan fardhu ain Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau) Pengurusan khairat kematian Tadika Islam Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian Dan lain lain

Mukasurat 3/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

4.0

Rasional

4.1 Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk semangat perpaduan/ukhuwah di kalangan penduduk. 4.2 Tapak surau telah digazetkan oleh pemaju di kawasan yang strategik di tengah-tengah taman dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau. 4.3 Surau-surau terdekat adalah terletak di taman perumahan lain yang berjauhan, manakala masjid terdekat adalah di Masjid Pekan Semenyih (7km) dan juga Masjid Bandar Kajang (10km). 4.4 Pembinaan surau ini diharap akan menjadi pemangkin pembinaan tadika di tapak bersebelahan.

5.0

Tapak Surau

5.1 Tapak cadangan pembinaan surau Insaniah adalah merupakan kawasan tapak yang telah disediakan oleh pemaju. 5.2 Tapak ini seluas 0.5 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan perumahan Hillpark seperti dalam pelan di bawah:

Rajah 2: Pelan tapak surau yang telah diwartakan di HillPark Homes

Mukasurat 4/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

6.0
6.1

Perancangan Kemudahan Surau


Dewan solat jamaah yang selesa, berkapasiti 300 orang, lengkap dengan kemudahan pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu. Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan berkaitan. Ruang mengambil wudhu dan juga tandas serta bilik mandi. Kawasan khas pengurusan jenazah yang terpisah dari bangunan utama surau. Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Quran beserta buku rujukan islam di bahagian belakang dewan solat. Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan surau. Bilik persalinan Imam dan Bilal. Ruang simpanan barang dan ruangan memasak di kawasan berasingan dari bangunan utama surau. Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan jemaah. Surau ini akan dibina dengan rekabentuk boleh naik taraf untuk sebarang perancangan naik taraf surau untuk menempatkan pertambahan jemaah. Surau juga akan dibina dengan konsep mesra IT selaras dengan saranan kerajaan.

6.2 6.3 6.4 6.5

6.6 6.7 6.8

6.9 6.10

6.11

7.0

Anggaran Kos Pembinaan

Pembinaan Surau Insaniah Hillpark dijangka siap dalam tempoh 1 tahun (Ogos 2013 Julai 2014). Pembinaan dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut: Fasa 1: Kerja cerucuk, kerangka konkrit tetulang, kerja bumbung, kerja Batu Bata. Anggaran kos : RM 400,000.00 Fasa 2: Kerja pendawaian elektrik, PA system, perpaipan, kemasan dinding dan lantai, karpet, sehingga penyiapan pembinaan. Anggaran kos : RM 400,000.00

Mukasurat 5/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Fasa 3:

Mac 2013

Pengurusan kelengkapan, pengurusan jenazah dan peralatan surau dan bangunan sokongan. Anggaran kos : RM 200,000.00

Jumlah keseluruhan = RM 1,000,000.00

8.0

Sumber Dana Pembinaan

8.1 Dana semasa yang dikutip sejak Disember 2012 sehingga kini berjumlah RM 8,000.00 8.2 Diantara sumber lain yang dicadangkan adalah seperti berikut: 8.2.1 8.2.2 8.2.3 Permohonan rasmi kepada Pemimpin, Menteri atau VVIP. Permohonan rasmi kepada Syarikat GLC atau korporat. Sumbangan melalui komitmen ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan. 8.2.4 Sumbangan bergerak ke pasar-pasar malam atau lokasi tumpuan masyarakat, program atau Majlis orang ramai. 8.2.5 8.2.6 8.2.7 8.2.8 8.2.9 Notis dan tabung di surau dan masjid-masjid berhampiran Edaran risalah ke rumah-rumah dan kedai berhampiran. Laman Web (http://surauinsaniah.com), laman facebook dan e-mail Banner, banting dan poster Unit tabung bergerak (Pengutip derma bergerak)

8.2.10 Jualan Kupon wakaf bernilai RM50, RM10, RM5 setelah mendapat kelulusan kutipan wakaf (dijangka Mei 2013)

9.0

Penutup

9.1 Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama pembinaann surau Insanish ini adalah bertujuan sebagai titik tuju dan juga nadi kehidupan harian masyarakat Islam di sini. 9.2 Dengan terbinanya bangunan surau ini, adalah menjadi harapan penduduk-penduduk Islam di setempat, agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh

Mukasurat 6/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat, Insya Allah.

10.0 Lampiran
Lampiran 1 Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Insaniah, Hillpark Homes Lampiran 3 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark Lampiran 4 Surat Sokongan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Lampiran 5 Surat Permohonan Mewartakan Tanah Rezab Surau di Perumahan Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Lampiran 6 Surat Penerimaan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor Lampiran 7 Surat Kebenaran Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor Lampiran 8 Surat Permohonan Pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark oleh J/K Penaja Surau Insaniah Hillpark Lampiran 9 Dokumen pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark dari CIMB Bank.

Mukasurat 7/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Lampiran 1 Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau
BIL NAMA ALAMAT NO. KP JAWATAN

Mac 2013

NO. TELEFON

01.

Hamzah bin Husin

No. 1 Jln. HP 3/1 Hill Park No.. 5 Jln. HP 1/3 Hill Park

600430-10-6817

PENGERUSI

017 6023789

02.

Asrul Hafiz bin Houd

800815-10-5993

SETIAUSAHA

010 3668434

03.

Muhamad Ismail bin Mohamad Hisham

No. 22 Jln. HP 1/3 Hill Park

831210-14-5425

BENDAHARI

012 2382714

04.

Mohd Ramzi bin Abdul No. 13A Jln. HP 3/1 Hill Park Shamsol Fahimy No. 13 Jln. HP 1/3 Hill Park

760701-08-6671

IMAM

019 2379198

05.

BILAL

016 6180510

06.

Ayub bin Haji Muda

No. 13 Jln. HP 1/1 Hill Park

760413-11-5175

SIAK

012 2900369

07.

Siti Fadhilah bin Abd. Rani Helmeey bin Jumaat

No. 1 Jln. HP 3/1 Hill Park No. 3 Jln. HP Hill Park Bdr.

670305-06-5306

BILAL WANITA WAKIL PEMUDA PEMERIKSA KIRA-KIRA PEMERIKSA KIRA-KIRA AJK

017 6416001

08.

780811-01-6031

013 6699390

09.

Mohd Faisal Fikri bin Kamaruddin Khairol Nizam bin Anuar Rohizad Jamel

No. 13A, Jln HP1/3

820802-14-5089

013 6555192

10.

No. 22 Jln. HP Hill Park No. 3A, Jln HP1/6

800816-14-6121

019 2670969

11.

770407-02-5797

017-2657447

12.

Zulkefli bin Ab. Rahman Hanafi bin Latif

No. 6 Jln. HP Hill Park

780125-04-5289

AJK

012 6564551

13.

AJK

013 9027066

Mukasurat 8/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Insaniah, Hillpark Homes

Mac 2013

Mukasurat 9/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Lampiran 3 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark

Mac 2013

Mukasurat 10/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

Lampiran 4 Surat Sokongan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Mukasurat 11/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

Lampiran 5 Surat Permohonan Mewartakan Tanah Rezab Surau di Perumahan Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Mukasurat 12/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

Lampiran 6 Surat Penerimaan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Mukasurat 13/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

Lampiran 7 Surat Kebenaran Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Mukasurat 14/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

Lampiran 8 Surat Permohonan Pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark oleh J/K Penaja Surau Insaniah Hillpark

Mukasurat 15/16

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark

Mac 2013

Lampiran 9 Dokumen pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark dari CIMB Bank.

Mukasurat 16/16

You might also like