You are on page 1of 17

2014

Kertas Kerja Pembinaan Surau


Surau Ar Raudhah BSP Avenue

JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN SURAU

SURAU AR RAUDHAH, BSP AVENUE

15 JANUARI 2014
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

1.0 Pendahuluan
BSP Avenue adalah kawasan perumahan yang merangkumi lapan (8) taman perumahan baru yang
terletak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor. Taman-taman perumahan yang termasuk di
dalam BSP Avenue adalah seperti berikut:

i. Ivory Residences (88 Unit)


ii. Ivory Residences 2 (288 Unit)
iii. Magenta Homes (178 Unit)
iv. Indigo Homes (150 Unit)
v. Camellia Cottage (109 Unit)
vi. Royal Ivory (368 Unit – Dalam pembinaan)
vii. Royal Ivory 2 (252 Unit – Dalam pembinaan)
viii. Royal Garden(98 Unit – Dalam Pembinaan)

Pada masa kini, selepas setahun setengah dibuka (2012), 60% daripada unit-unit kediaman di BSP
Avenue telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun
dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta
dan pesara.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan
surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Pada bulan
November 2013, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja
Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Ar Raudhah BSP
Avenue ini.

2.0 Latar Belakang BSP Avenue

2.1 Maklumat Umum

BSP Avenue terletak di kawasan Bandar Saujana Putra, dalam jarak 2 km dari Lebuhraya Elite
dan SKVE. Bermula dengan pembukaan Ivory Residences dengan sejumlah 88 buah rumah
yang telah dimulakan pembinaan pada tahun 2010 dan siap untuk diduduki pada bulan Mei
2012.

Mukasurat 2/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Rajah 1: Peta BSP Avenue di Bandar Saujana Putra

2.2 Maklumat Sosio Ekonomi

Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan
utama ialah bekerja sebagai :

 Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain)


 Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, Pekerja Am dan
lain-lain)
 Pesara

Lain-lain pekerjaan termasuklah pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri
sebagai ahli perniagaan, perunding, konsultan dan sebagainya.

2.3 Kemudahan Asas

Di antara kemudahan asas taman perumahan ini adalah

 Taman permainan kanak-kanak –4 padang di kawasan berpagar


 Trek jogging dan senaman
 Tapak sekolah agama
 Tapak tadika
 Tapak dewan orang ramai

Mukasurat 3/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

3.0 Objektif Keperluan Surau


Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan solat secara berjemaah, aktiviti
keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk
penduduk setempat. Dengan komposisi 90% penduduk muslim dan menyedari kepentingan sesebuah
surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk telah bermesyuarat pada November 2013 dan
menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha
membina Surau Ar Raudhah BSP Avenue.

Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah untuk berfungsi sebagai:

 Pusat solat berjemaah & kegiatan keagamaan


 Kelas mengaji dan fardhu ain
 Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau)
 Pengurusan khairat kematian
 Tadika Islam
 Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian

4.0 Rasional
Antara rasionalisasi penubuhan surau ini termasuklah:

 Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk
semangat perpaduan/ukhuwah di kalangan penduduk.

 Tapak surau telah digazetkan oleh pemaju di kawasan yang strategik di tengah-tengah taman
dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.

 Surau-surau terdekat adalah terletak di taman perumahan berlainan, manakala tiada masjid
di dalam kawasan Bandar Saujana Putra.

 Pembinaan surau ini diharap akan menjadi pemangkin pembinaan tadika di tapak
bersebelahan.

Mukasurat 4/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

5.0 Tapak Surau

Tapak cadangan pembinaan surau Insaniah adalah merupakan kawasan tapak yang telah
disediakan oleh pemaju.

Tapak ini seluas 0.35 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan
perumahan BSP Avenue seperti dalam pelan di bawah:

Rajah 2: Pelan tapak surau yang telah diwartakan di B


TAPAK SURAU

Rajah 1: Pelan Tapak Surau BSP Avenue

Mukasurat 5/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

6.0 Perancangan Kemudahan Surau

Perancangan bagi kemudahan yang akan disediakan di surau termasuklah:

 Dewan solat jamaah yang selesa, berkapasiti 200 orang, lengkap dengan kemudahan
pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.

 Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan berkaitan.

 Ruang mengambil wudhu’ dan juga tandas serta bilik mandi berasingan.

 Kawasan khas pengurusan jenazah yang terpisah dari bangunan utama surau.

 Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam di
bahagian belakang dewan solat.

 Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan surau.

 Bilik persalinan Imam dan Bilal.

 Ruang simpanan barang dan ruangan memasak di kawasan berasingan dari bangunan
utama surau.

 Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan jemaah.

 Surau ini akan dibina dengan rekabentuk boleh naik taraf untuk sebarang perancangan
naik taraf surau untuk menempatkan pertambahan jemaah.

 Surau juga akan dibina dengan konsep mesra IT selaras dengan saranan kerajaan.

Mukasurat 6/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

7.0 Anggaran Kos Pembinaan

Pembinaan Surau Ar Raudhah BSP Avenue dijangka siap dalam tempoh 1 tahun (Mac 2014 –
Februari 2015). Pembinaan dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut:

Fasa 1:

Kerja cerucuk, kerangka konkrit tetulang, kerja bumbung, kerja batu dan lain-lain.

Anggaran kos : RM 300,000.00

Fasa 2:

Kerja pendawaian elektrik, PA system, system saliran, kemasan dinding dan lantai, karpet,
sehingga penyiapan pembinaan.

Anggaran kos : RM 200,00.00

Fasa 3:

Pengurusan kelengkapan, pengurusan jenazah dan peralatan surau dan bangunan

sokongan.

Anggaran kos : RM 100,000.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 600,000.00

Mukasurat 7/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

8.0 Sumber Dana Pembinaan

Dana semasa yang dikutip sejak Disember 2013 sehingga kini berjumlah RM 1231.00
Di antara sumber lain yang dicadangkan adalah seperti berikut:

 Permohonan rasmi kepada Pemimpin, Menteri atau VVIP.


 Permohonan rasmi kepada Syarikat GLC atau korporat.
 Sumbangan melalui komitmen ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa
ditetapkan.
 Sumbangan bergerak ke pasar-pasar malam atau lokasi tumpuan masyarakat, program
atau majlis orang ramai.
 Notis dan tabung di surau dan masjid-masjid berhampiran
 Edaran risalah ke rumah-rumah dan kedai berhampiran.
 Laman Web, laman facebook dan e-mail
 Banner, banting dan poster
 Unit tabung bergerak (Pengutip derma bergerak)
 Jualan Kupon wakaf bernilai RM50, RM10, RM5 setelah mendapat kelulusan kutipan
wakaf (dijangka Mei 2014)

Mukasurat 8/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

9.0 Penutup

Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama
pembinaann Surau Ar Raudhah ini adalah bertujuan sebagai titik tuju dan juga nadi kehidupan
harian masyarakat Islam di sini.

Dengan terbinanya bangunan surau ini, adalah menjadi harapan penduduk-penduduk Islam
setempat agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan
teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak
samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat. Insya Allah.

Mukasurat 9/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

10.0 Lampiran
Lampiran 1 - Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau.

Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Ar Raudhah, BSP Avenue.

Lampiran 3 – Cadangan Struktur Surau Ar Raudhah

Lampiran 4 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di BSP Avenue.

Lampiran 5 - Pengesahan daripada pihak pemaju berkenaan tapak surau disediakan.

Lampiran 6 - Permohonan penyerahan balik tanah daripada pihak pemaju kepada Pejabat Tanah
Daerah Kuala Langat.

Mukasurat 10/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Lampiran 1 – Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau

NO.
BIL NAMA ALAMAT NO. K/P JAWATAN
TELEFON

SANSUBARI B CHE MUD PENGERUSI


1

MOHD SANI B MAT ISA SETIAUSAHA


2

MOHD HUSNUL HAMDI B


BENDAHARI
3 HASSAN BASRI

HAIRY B HARUN IMAM


4

NIK MOHD FATTAH B NIK


BILAL
5 HAMDAN

IRWAN NURSHAH B
SIAK
6 SHAHARUNDDIN

WAKIL
FAIZ MOHAMAD NOOR
7 PEMUDA

SITI KRISTI BT MOHAMAD WAKIL

8 NORIZAM WANITA

PEMERIKSA
AZRUL HAZRI B JANTAN
9 KIRA-KIRA

PEMERIKSA
MOHD HELMI B MALEK
10 KIRA-KIRA

HJ AHMED AZHAR B
AJK
11 JAAFAR

MOHD SHUKRI B CHE


AJK
12 DAHALAN

MUHAMMAD AMIEN B MD
13 AJK
HAWARI

Mukasurat 11/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Ar Raudhah, BSP Avenue

Mukasurat 12/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Lampiran 3 – Cadangan Struktur Bangunan Surau Ar Raudhah

Mukasurat 13/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014
Lampiran 4 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark

Mukasurat 14/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Lampiran 5 – Pengesahan daripada pihak pemaju berkenaan tapak surau disediakan

Mukasurat 15/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Lampiran 6 – Permohonan penyerahan balik tanah daripada pihak pemaju kepada Pejabat
Tanah Daerah Kuala Langat

Mukasurat 16/17
Kertas Kerja Pembinaan Surau Ar Raudhah, BSP Avenue Jan 2014

Mukasurat 17/17

You might also like