You are on page 1of 12

KERTASCADANGANPEMBINAANSURAUALMUHAJIRINTAMANDESAINDAH,

MERU
A.PENDAHULUAN/PENGENALAN

1.Untukpengetahuantuan,tamaninitelahmuladidudukipadabulanDisember2002.
Sehinggahariinisemuarumahsudahdiduduki.Daripadajumlahitu90%adalahberagama
Islam.
2.Peratusaninikinitelahsemakinbertambahapabilaadanyapembukaantamantaman
perumahanyangbaruberhampirankawasanperumahanTamanDesaIndah,Meruantaranya
TamanMewah7,TamanSeriMewah,TamanMeruPutera,TamanSeriMewahdanLaman
SeriMewahyangdalampembinaan.
B.TUJUAN/OBJEKTIF/KEGUNAAN
3.Memandangkankomitmenyangtinggidarikalanganpenduduksetempatkamimerayu
agarpermohonankamiinidiluluskanatasperkaraperkarayangberikut:
1.

Tiadakemudahantapaksuraudisediakanolehpemaju.

2.
Keluasantamanpermainaniniagakluasdanpenyediankemudahanperalatanpermainan
untukkanakkanakamatsedikit.Inimenyebabkanberlakubanyakpembaziranruang.
3.
Cadangankamiadalahuntukmewujudkansatukawasanberpagaryang
mengandungisebuahsurau,kemudahanpermainanuntukkanakkanakyangtelahsedia
ada,poskawalanmalam(KRT),BilikGerakanKRTTamanDesaIndahdanPersatuan
PendudukTamanDesaIndahdantapaklaluanrefleksi.
4.
Haliniakanmemudahkanpengurusankawasantersebutdisampingmendidikanakanak
untukmendekatisuraudanbelajarilmuilmukeagamaansepertiBelajarMuqaddamdanMengaji
AlQuran,FarduAinsertaSolatBerjamaah.Jumlahbilangankanakkanakdijangkaakan
meningkatkepada800orangapabilasemuatamantamanperumahaninididuduki.
5.

PertambahanpendudukberagamaIslam.

6.
Pembukaantamantamanperumahanyangbarumenyebabkankepadatanpendudukyang
tinggi.
7.
Sebagaipusatibadahdanperjumpaanpenduduksepertiaktiviticeramahatau
kuliahkeagamaandanmesyuaratmesyuaratpersatuanpenduduksertaaktiviti
kemasyarakatandanperpaduanpendudukdanKawasanRukuntetangga(KRT)Taman
DesaIndah.

C.KEDUDUKANMASJIDDANSURAUTERHAMPIR
KedudukanMasjidAsSyarifPekanMerudanSurauHajiKamarudinyangagakjauh
menyukarkanpenduduksekitaruntukmelakukansolatberjamaahataumajlismajliskeagamaan
yanglain.UntukpengetahuantuansambutanmajlismajlissepertiMaulidurRasuldan
IsrakMikrajterpaksadiadakandiatasjalanrayadenganberalaskantikar.
JarakantaratamanperumahaninidenganMasjidAsSyarif,Meruadalah2.5km.
Jarakantaratamaninidengansurauberhampiran:
I.SurauHajiKamarudin2.5km
IISurauJalanKenangan3.0km
D.ANALISISPENDUDUKMENGIKUTTAMAN
Berikutadalahbilanganpenghunitamantamanberkenaan:

NamaTaman
Unitrumah
AnggaranPenghuni
TamanDesaIndah
91
650
TamanMewah7
40
200
TamanSeriMewah1
90
1220
TamanSeriMewah
100
500
TamanMeruPutra
50
250
LamanSeriMewahdan
TamanLainDalam
50
850
Cadangan
Jumlah
3670

E.MASALAHPENDUDUKMENGERJAKANSOLATBERJEMAAH
1.Memandangkankedudukansuraudanmasjidyangberhampiranagakjauhmenyebabkan
pendudukterpaksaberkejardenganmasaterutamaapabilatibawaktumaghribatausubuh.
2.Pendudukyangbarupulangkerjatergesagesamenujukemasjidyangagakjauh.
3.DalamperjalanankemasjidpulaterpaksamelaluipersimpanganPekanMeruyangmempunyai
lampuisyarat.

4.Keadaankesesakanlalulintasmenyukarkanperjalanankemasjid.

F.ANGGARANKOSPEMBINAANDANCADANGANSUMBERSUMBER
KEWANGAN
I.Pendapatan
1.1SumbangantetappendudukRM150000.00
1.2DermaPerseoranganRM250000.00
1.3Baitulmal&BadanbadanlainRM250000.00
JUMLAHRM650000.00
IIPerbelanjaan
Anggarankos
(Pelan+Bangunan+Prasarana+Lanskap)RM650000.00

G.AKUJANJI
Kamiberharapagarpermohonankamiinimendapatpertimbangandankelulusanyang
sewajarnya.Memandangkaniniadalahpermohonankeempatkamimaka,kamiberjanji
sekiranyapermohonankamiinimendapatkelulusandankebenaran,kamiberjanjiakan
mematuhiperaturandantatacarayangtelahditetapkanolehpihakJabatanAgamaIslamSelangor
dalammentadbirsurauininanti.
Sekian.
Wassalamualaikum.
Pengerusi/AJK
PembinaanSurauAlMuhajirin
TamanDesaIndah,Meru.11Julai2011

KERTAS KERJA Ringkas


PENDAHULUAN
Bandar Armada Putra merupakan satu perbandaran yang baharu dibuka pada awal
tahun 2003. Kelewatan penyerahan unit-unit kediaman kepada pembeli disebabkan
kegawatan ekonomi yang melanda pada penghujung tahun 1997 menyebabkan
perpindahan masuk penduduk agak perlahan selepas beberapa tahun ianya dibuka.
Pada hari ini, selepas 6 tahun dibuka, 60% daripada unit-unit kediaman telahpun
dihuni samada oleh pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh
penyewa-penyewa yang kebanyakkannya terdiri daripada anggota Tentera Laut
DiRaja Malaysia, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
penuntut serta tenaga pengajar Kolej SEGi.
KEMUDAHAN SURAU SEDIAADA
Buat masa sekarang, terdapat 2 buah surau untuk kemudahan penduduk. Salah
satunya terletak di Blok E, Flat Sri Bahtera (Surau Sri Bahtera) yang dapat
memuatkan sekitar 60 jamaah, dibina dari dua unit kediaman tingkat bawah dan
sebuah surau sementara di Blok C, Sri Samudra (Surau Al-Qayyum)-Belakang Kolej
SEGi, dibina dengan mengubahsuai 4 unit kedai dengan kapasiti jamaah seramai
500 orang dan surau ini digunakan untuk solat Jumaat.
KEPERLUAN SEBUAH SURAU BARI DI ATAS TAPAK KEKAL
Memandangkan trend kemasukkan penduduk baru yang meningkat tahun demi
tahun, juga pertumbuhan penduduk sedia ada, serta kemudahan surau sedia ada
yang agak tidak selesa, sempit dan terpelosok dicelah unit-unit kedai, kami Ahli
Jawatankuasa Surau Al-Qayyum serta penduduk Bandar Armada Putra amnya, telah
bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sebuah surau baru yang lebih selesa di
atas tapak yang telah diluluskan di dalam pelan susunatur Bandar Armada Putra.
Untuk keperluan mengerjakan solat Jumaat, kapasiti jamaah yang menjangkau lebih
500 orang sekarang, juga dijangkakan meningkat dengan mendadak dalam masa

dua tahun akan datang. Surau yang lebih besar dan lebih selesa amat-amat perlu
dimulakan pembinaannya dari sekarang.
Adalah diharapkan, dengan siapnya surau baru ini kelak, para penduduk setempat
dapat mengerjakan ibadat dalam suasana yang lebih selesa. Sebuah surau di atas
tapak baru dan dikhaskan, diharapkan dapat memberikan impak yang lebih besar
pada khalayak kerana sebarang aktiviti dan program yang dirancang akan dapat
dilaksanakan dengan lebih tersusun.
TAPAK SURAU BARU
Tapak surau yang akan dibina terletak bersebelahan kiri jalan utama Bandar
Armada Putra di atas sebuah tanah seluas 0.5ekar lot PT 51677. Ianya juga terletak
bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 di sebelah timur .
Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah susunatur unit kediaman iaitu Flat
Sri Bahtera , Rumah Teres dan Apartment Sri Bayu -dijangka dapat menarik lebih
ramai jamaah pada waktu-waktu solat harian serta aktiviti-aktiviti surau kelak.

PELAN LANTAI DAN TAMPAK SURAU BARU


Untuk memulakan kerja-kerja rekabentuk pelan bangunan , kami pihak Ahli
Jawatankuasa Pembinaan telah melantik firma Arkitek Fajar yang beralamat di
Pusat Bandar Melawati. Manakala untuk kerja-kerja rekabentuk struktur, elektrikal
dan mekanikal serta system bunyi kami telah mendapat pengecualian sementara
untuk perlantikan Perunding daripada pihak MPK sehingga mendapat kelulusan
pelan bangunan dari pihak Arkitek.
Rekabentuk surau dengan tampak (fasade) yang moden dengan mengambilkira
rekabentuk unit-unit kediaman di persekitaran surau, diharap dapat membentuk
satu suasana harmoni yang dapat mengadunkan suasana persekitaran dan
melahirkan ambian kekitaan pada hati dan nurani para jamaah surau kelak.
Kemudahan-kemudahan yang dirancang termasuklah sebuah surau dengan ruang
solat yang luas tanpa gangguan tiang-tiang, sebuah pejabat dan bilik PA, kemudahan
tempat wudhuk lelaki dan perempuan, bilik persiapan jenazah dan sebuah dapur

untuk penyediaan jamuan untuk majlis-majlis yang akan dianjurkan. Terdapat juga
sebuah menara dengan rekabentuk geometri juga akan menambahkan seri surau ini
kelak.
Surau baru ini dijangka dapat memuatkan seramai 600 orang jamaah di dalam
ruang utama surau dan sehingga 100 orang lagi jamaah di bahagian anjung kiri,
kanan dan hadapan. Rekabentuk surau juga membenarkan sedikit pengubahsuaian
pembesaran ruang solat pada masa hadapan. Pembesaran ruang kelak akan dapat
menampung pertambahan jamaah seramai 150 orang.
ANGGARAN KOS PEMBINAAN
Anggaran kos pembinaan yang dibentang di dalam kertas kerja ini adalah
berdasarkan kepada maklumat semasa dengan mengambilkira keluasan lantai dan
kemasan biasa seperti jubin seramik untuk lantai luaran dan kemasan permaidani
untuk ruang solat dalaman serta ruang pejabat. Kos keseluruhan dianggarkan
sebanyak RM910 ribu.
SALURAN DERMA DAN PEMBIAYAAN PEMBINAAN
Kami, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau amatlah berbesar hati untuk menerima
sebarang bentuk derma atau pembiayaan untuk merealisasikan harapan dan impian
penduduk Bandar Armada Putra, untuk memiliki sebuah surau baru yang lebih
selesa untuk beribadat dan menjalankan aktiviti-aktivi keagamaan.
Sebarang bentuk bantuan keewangan, amal jariah ataupun bantuan material seperti
bahan-bahan pembinaan seperti simen, jubin, batu bata serta kelengkapan surau
seperti alat pandang dengar, lampu, kipas, penyaman udara, alatan sanitari dan
sebagainya bolehlah disalurkan kepada saluran-saluran seperti berikut:
Bantuan Kewangan:
1: Bank in ke dalam akaun AmIslamic Bank (Akaun Pembinaan)
A/C:

131 202 200088 3

Nama A/C:

Surau Al-Qayyum

2: Bank in ke dalam akaun Maybank Islamic (Akaun Pentadbiran)


Sila SMS untuk makluman kepada 012-3080362 (Riza- Bendahari)
A/C:

5 62049 005 621

Nama A/C:

Surau Al-Qayyum Bandar Armada Putra

Bantuan bantuan Lain:


Sila berhubung dengan mana-mana AJK Pembinaan dan nyatakan hasrat dan
jumlah bantuan, pihak kami akan menguruskan hal-hal yang berkaitan.
AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU
Untuk melicinkan pentadbiran dan urusan pembinaan surau baru, Ahli
Jawatankuasa Surau Al-Qayyum, bersetuju memikul sama tanggungjawab sebagai
Ahli Jawatankuasa Pembinaan, ini adalah untuk mengelakkan kerenah pentadbiran
dan masalah komunikasi di antara AJK. Senarai penuh Jawatankuasa Pembinaan
Surau berserta nombor talipon disertakan Untuk kemudahan para penderma dan
penyumbang untuk menyalurkan bantuan .
SURAT-SURAT BERKAITAN CADANGAN PEMBINAAN
Sebagai bukti kebenaran dan kesahihan cadangan pembinaan surau ini, disertakan
bersama beberapa surat-surat penting yang berkaitan untuk bacaan pihak yang
berminat.
PENUTUP
Kami Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK Surau Al-Qayyum serta semua
penduduk Bandar Armada Putra amatlah berbesar hati di atas segala bantuan
samada dalam bentuk kewangan, material, tenaga dan nasihat dalam merealisasikan
harapan kami untuk memiliki sebuah surau baru. Semoga, segala bentuk bantuan
yang telah dan akan diberikan akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah
s.w.t.

Kami berdoa, moga-moga dengan terbinanya surau ini kelak, syiar Islam di Malaysia
akan terus berkembang maju selaras dengan pembangunan fizikal negara ini.
Wassalam dan Jutaan Terima Kasih.

SEKOLAH SUKAN NEGERI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA
JALAN AIR LELEH
75050 MELAKA

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH


2012

SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU

JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU


SEKOLAH SUKAN NEGERI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA
MELAKA
TAHUN 2012

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH ( 2012 )

1.0 MUQADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti
Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul , Sambutan Peristiwa Isra Mikraj , Program Solat Hajat
dan program-program motivasi seperti Kem Insaf Diri , Amali Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan
Umrah dan lain-lain.

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif objektif program yang dijalankan
di surau.Maka program untuk menaiktaraf surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota telah mula
dijalankan mulai tahun 2009. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Lembaga Surau Sekolah untuk
mencari dana dan memperbaiki prasaran di surau.Walau bagaimana pun , masih terdapat kekurangan
yang perlu diperbaiki , maka usaha menaiktaraf surau sekolah SMK Seri Kota perlu diteruskan lagi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim
SMK Seri Kota.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada pelajar-pelajar
Islam terutama pelajar-pelajar asrama SMK Seri Kota , Sekolah Sukan Negeri Melaka.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :

3.1 Memasang penghawa dingin di Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota , Melaka.
3.2 Memperbaiki stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan lebih teratur .
3.3 Memperbaiki tandas dan bilik mandi surau agar lebih selesa dan kelihatan bersih serta
kemas.
3.4 Mengelakkan surau daripada serangan anai-anai.

4.0 NAMA PROGRAM

Program menaiktaraf Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota , Melaka.

5.0 TEMA

SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU .


6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU

Pengerusi : En. Othman bin Sagap ( Pengetua )


Timb. Pengerusi : En. Abdul Ghani b Ahmad ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En. Baharim Md. Yassin ( GPK HEM )
En. Zaiman bin Husin ( GPK Ko Ku )
: Pn Lili Basmi ( GPK Tingkatan 6 )
Penyelaras : Pn. Hjh Puspa Adam (GKMP Kemanusiaan )
Setiausaha : Pn. Hjh Noorlizah Eusoff
AJK

: En. Mohd. Fairos b. Jaafar


: En. Mohd. Rizal b. Abd. Rauf

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


PERKARA

JUMLAH

Penghawa dingin

RM 10,000.00

Tingkap Sliding

RM 4,000.00

Menaiktaraf stor

RM 3,000.00

Menaiktaraf tandas

RM 3,000.00

Rawatan anai-anai

RM 2,000.00
JUMLAH

RM 22,000.00

8.0 SUMBER PENDAPATAN


8.1 Kutipan derma daripada guru-guru dan pelajar SMK Seri Kota
8.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

9.0 PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang
telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam.
Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas nama Bendahari Tabung Surau SMK Seri
Kota / akaun Bank Muamalat 0401-0025831-72-9 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati Allah ,
Insya Allah.

Sekian , Wassalam .

Disediakan oleh ,

....................................

Disahkan oleh :

..............................

You might also like