You are on page 1of 3

Laporan Kursus Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah

Kursus Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah telah dijalankan pada 22 Februari 2014 bertempat di Bilik Tutorial 1 IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Kursus in bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang dan terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi ialah sesi pembelajaran manakala sesi petang ialah masa untuk mengambil peperriksaan. Kursus ini disertai oleh semua ahli PBSM yang terdiri daripada 12 ahli perempuan dan 10 ahli lelaki namun dua orang ahli tidak dapat menghadirkan diri oleh kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya yang kronik. Pada hari kejadian, tepat pukul 9.00 pagi semua ahli tiba dan ahli jawatankuasa yang terlibat telah datang lebih awal untuk memastikan perjalanan kursus lancar. Siti Khadijah Binti Mad Zin ditugaskan untuk mengambil kehadiran setiap ahli yang tiba. Sitti Nadirah Bt Salleh danQurratu A'yun Binti Hashim @ Fauzi ditugaskan untuk memastikan makan tengahari fasilitator siap manakala Firigje Bin Motiboi pula ditugaskan untuk menyediakan bekalan air minuman untuk para peserta dan juga fasilitator. Tidak lama kemudian fasilitator tiba bersama pembantu beliau dan Muhamad Hanis Bin Che Zakaria telah mempengerusikan majlis dan memperkenalkan tuan fasilitator yang bernama Encik Azlan serta pembantu beliau. Seterusnya kursus bermula dan banyak input yang diberikan bermula dengan pengasas Persatuan Ahli Bulan Sabit Merah serta latar belakang beliau. Tuan fasilitator yang sangat ramah berjaya menarik para peserta untuk memberikan tumpuan penuh akan informasi-informasi yang disampaikan beliau. Sebelum kami diberikan rehat selama setengah jam, tuan fasilitator memberikan tugasan untuk melakonkan apa yang terjadi sepanjang penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah antaranya Peperangan di Solferino, 7 prinsip PBSM serta 4 Konvensyen Geneva yang mengasaskan PBSM. Selepas rehat 30 minit kami duduk berbincang bersama kumpulan kami bagaimana untuk melakonkan tugasan yang telah diberikan oleh tuan fasilitator. Berpandukan buku nota kami dan buku panduan tuan fasilitator sendiri kami berjaya melakonkan tugasan yang diberikan. Kumpulan satu telah melakonkan 7 prinsip PBSM dan salah seorang ahli menjelaskan secara

mendalam akan kepentingan setiap prinsip begitu juga dengan kumpulan seterusnya. Kumpulan kedua pula membentangkan Konvensyen Geneva yang terdiri daripada 4 Konvesyen, kumpulan kedua melakonkan setiap konvensyen serta kepentinganya. Akhir sekali kumpulan ketiga melakonkan situasi ketika berlakunya peperangan di Solferino dan bagaimana Henry Dunant mendapat ilham untuk menerbitkan buku beliau iaitu Kenangan Di Solferino. Sebelum sesi berakhir untuk makan tengahari tuan fasilitator mengutarakan soalan-soalan yang mungkin akan keluar pada peperiksaan petang nanti. Kami juga di beri latihan soalan-soalan secara lisan antaranya Nyatakan 5 prinsip PBSM?. Kami dinasihati untuk mengulang kaji input-input yang diberikan sebelum bermulanya peperiksaan petang nanti. Sesi petang bermula pada pukul 2.30 petang dan sebelum peperiksaan bermula orang ahli yang tidak mengikut etika pemakaian PBSM dan menunjukkan contoh pemakaian yang sepatutnya diikuti oleh ahli-ahli PBSM. Seterusnya tuan fasilitator juga memperkenalkan pangkat-pangkat dan aktiviti-aktivit yang biasanya dijalankan oleh ahli PBSM untuk mendapat pangkat tersebut. Sesi berakhir dengan peperiksaan dan ucapan daripada tuan fasilitator.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

-------------------------------Fatin Afyqah Bt Roszlan Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Kursus Sejarah PBSM, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

You might also like