You are on page 1of 3

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANAG TAHUN IPTHO KALI KE 22/2014

Hari : Selasa

Tarikh : 1 April 2014

Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Kehadiran :

Semua pensyarah dan staf-staf IPGKTHO

Laporan/Ulasan

1. Persembahan Tarian
 Dipersembahkan oleh pelajar PPISMP Sem 2 ketika ketibaan pengarah
IPGKTHO ke Dewan Seri Budiman

2. Pelajar berdiri, Nyayian, Bacaan Doa


 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu IPGM
 Bacaan doa oleh Pelajar PISMP Tesl Semester 3: ??

3. Persembahan Multimedia
 Disediakan oleh wakil JPP dengan Temanya: Transformasi Minda Pemangkin
Keunggulan Guru
 Kandundan video adalah aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dalam pelbagai
jabatan dalam masa dahulu.

4. Persembahan Nyayian
 Dipersembahkan oleh pelajar PPISMP Sem 2 BC(SK)
5. Majlis Perkongsian Perdana “Menjejaki Jambatan Transformasi”
 Dijalankan oleh Tn. Hj. Jamal bin Nasir dan mempunyai dua orang panel iaitu
Tn. Hj. Azni bin Jaffar dan Tn. Hj. Kamarudin bin Abu
 Kedua-dua orang panel merupakan pensyarah yang pertama masuk ke
IPGKTHO untuk dilantik sebagai pensyarah dan mereka juga akan bersara
pada tahun ini
 Kandungan forum mereka adalah berkongsi pengalaman mereka berada di
IPTHO ini selama 22 tahun dan kesulitan yang mereka menghadapi serta
cara penyelesaian mereka ke atas masalah tersebut
 Antara masalah yang serius adalah kekurangan man power dan prasana
yang tidak mencukupi
 Kedua-dua panel menegaskan bahawa sebagai seorang guru yang
berwibawa akan menjalankan tanggungjawab masing-masing secara
berkesan. Selain itu, guru mesti menganggarkan kesusahan tersebut sebagai
satu latihan bagi melatih keinsafan diri sendiri supaya menjadi seorang guru
yang cemerlang

6. Persembahan Nyayian (Lagu Remek Temek)


 Dipersembahkan oleh tiga orang pensyarah GERKO iaitu En. Mohd. Nahar
bin Mohd. Wasir, En. Lukman bin Sa’adon dan En. Abdul Latif bin Ahmad

7. Ucapan Perasmian
 Dilaksanakan oleh Pengarah IPGKTHO yang baru iaitu Dr. Hamzah bin Ihsan.
 Beliau menegaskan ucapan yang telah diberi oleh Tn. Hj. Kamarudin bin Abu
dalam forum tersebut
 Beliau juga bercadang bahawa slogan IPTHO dahulu iaitu Di Sini Pendidik
Bermula bertukar ke slogan yang baru iaitu Pelajar Cemerlang Bermula Di
Sini
 Beliau mengakhiri ucapannya dengan menyempurnakan majlis sambutan
ulangtahun IPTHO kali ke 22/2014

8. Upacara Memotong Pulut Kuning dan Gimik Sambutan Ulangtahun IPTHO Kali
ke 22/2014
 Disempurnakan oleh semua warga IPTHO dan staf-staf sokongan IPTHO

9. Majlis Ku Hargai Mu
 Sesi pertukaran hadiah antara staf IPTHO

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, IPTHO dan Bangsa Johor. Majlis
tamat pada jam 11.30 pagi.

Laporan Disediakan Oleh , 1 APRIL 2014

……………………………………………………….

(PANG JIUNN HER)


Exco Hubungan Domestik dan Antarabangsa
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn

You might also like