You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFOM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

SK ULU PELAGUS, KAPIT


BIL 1/2011

Tempat : Bilik Guru, SK Ulu Pelagus


Tarikh : 21 Februari 2011
Masa : 1400 – 1500
Kehadiran : Rujuk Lampiran A

AGENDA PERKARA TINDAKAN


1. Kata-kata Aluan

Encik Mokhtar bin Ya’kup selaku pengerusi majlis Pengerusi


memberikan kata-kata aluan dan beliau mengucapkan Majlis
jutaan terima kasih di atas kehadiran semua guru yang
terlibat. Semua guru

Beliau juga menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat


pada petang tersebut adalah untuk memperkenalkan
guru penasihat tambahan untuk Unit Berunifom Bulan
Sabit Merah serta perancangan aktiviti tahunan untuk
unit ini.

2. Memperkenalkan Guru Penasihat Baru

Pengerusi majlis menjemput Guru Besar, CIkgu Amin Pengerusi


Bin Rostani untuk memperkenalkan guru penasihat Majlis
baru unit BSMM iaitu Encik Ahmad Fikri Bin Johari
kepada semua guru yang hadir. Guru Besar

Encik Ahmad Fikri Bin Johari memberi sedikit ucapan Ahmad Fikri
dan penghargaan kepada semua kerana diberi peluang
untuk menjadi guru penasihat untuk unit ini.

3. Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM 2011


Clara Bungan
Puan Clara Bungan meneruskan mesyuarat dengan Erang
memberikan cadangan untuk Aktiviti Tahunan BSMM
2011.
Cik Molly Kirup juga mencadangkan untuk Molly Kirup
mengadakan aktiviti kawad kadi kawasan lapang
sekolah. Ini dapat mendedahkan kepada murid-murid
tentang kawad. Beliau mencadangkan Encik Ahmad
Fikri Bin Johari untuk menjadi guru kawad kaki untuk
unit BSMM. Semua guru yang hadir menyokong
cadangan tersebut.

Encik Semon Matu mencadangkan untuk mengadakan Semon Matu


aktiviti perkhemahan sekiranya mempunyai masa yang
sesuai. Beliau juga mencadangkan untuk unit BSMM
bergabung dengan unit Pengakap dan di adakan
seboleh-bolehnya selepas sahaja peperiksaan UPSR.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1600.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………………………………
(AHMAD FIKRI BIN JOHARI) (ENCIK SEMON MATU)
Ketua Penasihat, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Unit Berunifom Bulan Sabit Merah Unit Berunifom Bulan Sabit Merah
Malaysia Malaysia
LAMPIRAN A
SENARAI KEHADIRAN GURU

1. ENCIK AMIN BIN ROSTANI (GURU BESAR)


2. ENCIK SEMON MATU (GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM)
3. ENCIK AHMAD FIKRI BIN JOHARI
4. ENCIK MOKHTAR BIN YA’KUP
5. PUAN CLARA BUNGAN ERANG
6. CIK MOLLY KIRUP

You might also like